BAB 12. AEFI YANG DISEMBUNYIKAN



SENTIMEN AEFI DI MEDIA SOSIAL


Kenapa mereka lakukan ayu seperti ini? Ayu insan yg lemah. Berdosa kah Ayu?
Lepas ni kalian bahas lah sendiri. Makan lah vaksin tu.
Maka kau akan lihat kes autisme, ekzema, psoriasis, AEFI dll autoimmune diseases terus meningkat tajam. Bila tanya pakar, dah tau jawapan sama ada
1. Penyakit keturunan ( mcm lah keturunan kau bukan dari Adam )
2. Unknown ( tak tau punca )
Samalah mcm org Inggeris abad ke 19, masuk tanah melayu, belajar dgn org Melayu bagaimana malaria disebar. Sblm tu mrk kata malaria ni sebar lalu udara / unknown. Org melayu yg ajar malaria disebar oleh vektor bernama Nyamuk!
Hari ini gadis melayu et al sekali lagi ajar, vaksin itu memudharatkan.. tapi apa blh buat. Ramai yg berasa pintar. Tak mau dengar hujah org. Block. Character assasination. Mat pot pun ade. Mrk tak tau ayu byk duit warisan sampai 59 juta ringgit. Yg meracau tu, byr angsuran kereta pun terkebil mata. Setakat tarik lesen APC MMC, ape lah sgt. Jgn bicara perjuangan klw takut risiko
Setuju tak ayu tutup akaun ni? Kalau setuju komen "setuju". Kalau tak setuju, komen "teruskan". Ayu ikut suara majoriti – Ayu Raudhah, 1/7/2016[i]



Kehadapan Ayu Raudhah yang dihormati dan dikasihi Allah,

Saya memandang serius status berunsur sarkastik yang Ayu kongsikan di Laman Facebook biarpun ia dipadamkan selepas beberapa jam. Status ini dikongsi setelah mengalami serangan beberapa penjuru dari golongan Provaksin.

Walaupun status ini nampak kebudak-budakan dan penuh dengan emosi, saya memandang dari sudut yang positif. 

Status Ayu ini tidak menggambarkan posisi selaku Anti Vaksin secara total. Akan tetapi, ia adalah tentang kebimbangan terhadap kemudharatan yang disebabkan oleh vaksin.

Saya tahu Ayu risau. Kerisauan ini bukan dari Ayu sahaja bahkan dikongsi oleh puluhan pengguna facebook.

Ramai yang mengambil keputusan untuk menafikan dakwaan ini dan membuat serangan balas mengatakan bahawa anak-anak mereka yang diberi suntikan vaksinasi berada dalam keadaan sihat.

Kenyataan ini pasti diketawakan sebahagian golongan pro choice. Ada yang berkata;


Eiii geli je aku tengok anak-anak kawan aku yang diberi suntikan vaksin tu. Dengan hingus bergayut di hidung. Hijau pekat lagi. Ada yang asyik ulang-alik masuk hospital. Kata diberi suntikan vaksin yang menjadi baju kebal untuk melindungi mereka dari penyakit. Tapi, macam terbalik pula dengan anak-anak kita yang tidak diberi suntikan vaksin. Sihat memanjang je.


Ada juga ibu-bapa pro choice yang berkongsi pengalaman mereka membesarkan anak-anak mereka tanpa diberi suntikan vaksin. Betapa mereka memberi makanan untuk menguatkan sistem imuniti. Kos makanan tersebut berganda-ganda mahal berbanding dengan harga sepinggan nasi yang tidak mampu di bayar oleh segelintir rakyat Malaysia. Tentu ayu tahu kisah gelandangan di Malaysia kan.

Golongan Pro vaksin membuat serangan balas. Menyebar gambar-gambar pesakit yang dijangkiti diphteria, pertussis dan measles. Juga berkongsi pengalaman ibu-bapa yang pada asalnya menolak vaksin tetapi kembali insaf di atas kecelakaan yang menimpa anak-anak mereka.

Paling menyedihkan, kisah mereka berkongsi pengalaman tentang keadaan anak mereka yang kritikal akibat jangkitan kuman yang teruk. Bertarung nyawa di unit rawatan rapi dan akhirnya meninggal dunia. Mereka meluahkan rasa penyesalan mereka atas kedegilan dalam memberi suntikan imunisasi terhadap anak mereka. Lantas membuat rayuan terhadap para ibu bapa agar memberi suntikan imunisasi dengan kadar yang segera.

Golongan Pro Choice tidak mahu mengalah. Mereka kembali lebih gagah dengan memuat naik gambar-gambar anak mereka yang menghidap eczema yang sangat teruk kesan daripada pemberian imunisasi. 

Akhbar seperti Sinar Harian turut mengambil kesempatan dengan menyiarkan sudut pandang ibu yang mempunyai anak cacat diakibatkan oleh suntikan vaksinasi tanpa mengambil kira pandangan pakar. Seluruh dunia menghentam kembali akhbar ini, membawa kepada tindakan mereka menghasilkan siri laporan susulan dan mendakwa bahawa mereka sebenarnya ingin menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan vaksin. Tindakan ini sebenarnya bersifat defensif yang dibuat setelah menerima kritikan para pakar dan ahli yang memunyai autoriti dalam bidang perubatan. Walhal, mereka cukup terkenal dengan sentimen anti vaksin dan pro kepada makanan berunsur organik. Ini dapat dilihat melalui tindakan mereka melantik kolumnis yang mempunyai latar belakang akademik palsu dan sewenang-wenangnya menggunakan gelaran doktor.

Akhirnya, masing-masing menjadi keyboard warrior. Kesemua masalah ini menjadi persepsi dan sekadar buah mulut di kedai kopi. Testimoni dan perkongsian pengalaman peribadi atau pengalaman mak cik, pak cik, adik, kakak, kawan dan jiran adalah berstatus paling rendah untuk dijadikan bahan bukti kepada satu-satu penyelidikan.

Adakah tindakan sebegini membawa kepada solusi? Tentu sekali tidak. Ia hanya membuat fitnah menjadi lebih berleluasa dan tanpa kawalan. Yang pasti, golongan pro vaksin akan terus menafikan kejadian AEFI sekalipun anak-anak mereka turut mengalaminya. Dan golongan Pro Choice pasti akan menanam sentimen anti vaksin dalam diri mereka dengan lebih kukuh. Bagi mereka, segala testimoni tersebut menjadi saksi akan kemudharatan yang disebabkan oleh vaksin.


USAHA MENGENAL PASTI ADUAN AEFI DI MEDIA SOSIAL


Saudara Hafiz Sulaiman adalah antara individu yang memberanikan diri untuk tampil sebagai sukarelawan di laman sesawan facebook untuk mengumpul laporan AEFI daripada ibu-bapa di facebook untuk dipanjangkan kepada pihak berwajib. Status facebook beliau (sudah di delete) yang menyatakan kesediaan menjadi jambatan buat ibu-bapa yang mempunyai pengalaman kejadian AEFI dalam kalangan anak-anak mereka mendapat reaksi berbeza dari netizen. Untuk kalangan pre choice, ia dilihat sebagai satu tindakan heroic.


Kami pernah berbincang secara sepintas lalu tentang perkara ini. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi beliau pernah meminta pendapat tanpa unsur berat sebelah saya berhubung tulisan kontroversi beliau. Pendapat saya tersebut dibuat berdasarkan penilaian terhadap artikel beliau di platform sebuah badan NGO yang dianggotai oleh doktor-doktor Malaysia.


Saya turut berhubung dengan beliau melalui facebook messengger  dan berpendapat bahawa post ambiguiti beliau itu tidak bersifat menanam kebencian terhadap vaksin.


Satu page yang dikendalikan oleh mereka yang membongkar idea disebalik sains palsu turut mengambil keputusan untuk menyerang Saudara Hafiz Sulaiman di atas tindakan tersebut, yang disifatkan sebagai cubaan meraih populariti dan mempunyai agenda tersendiri. Ia mengakibatkan lebih banyak salah faham berlaku dan serangan tersebut akhirnya dipadamkan dari laman facebook mereka.


Sewaktu membaca tulisan Hafiz Sulaiman yang sudah dipadamkan itu, saya melihat beliau cuba untuk mengkaji masalah sebenar yang menjadi punca mengapa ibu-bapa bertindak untuk memberhentikan suntikan imunisasi kepada anak-anak. Berdasarkan pemerhatian, majoriti besarnya adalah disebabkan kesan AEFI yang berlaku kepada anak-anak melalui pemerhatian ibu-bapa. Ia cukup untuk menjadi bukti punca kepada tindakan ibu-bapa berbuat demikian.


Persoalannya adalah, sejauh mana kita berani menerima kenyataan bahawa vaksin menyebabkan AEFI untuk segolongan kecil kanak-kanak?

Kebimbangan masyarakat ini sebenarnya berasas. Beberapa orang pengguna facebook membuat kenyataan seperti berikut.



“bila diberitahu kepada nurse dan doktor, mereka gelak-gelak je dan cakap jangan nak memandai-mandai puan.”




“Alah, biasalah tu demam-demam lepas cucuk imunisasi. Mana ada disebabkan AEFI.”



Teguran sebegini sepatutnya menjadi ikhtibar buat kita semua. Ibu bapa dan para doktor mesti lebih peka tentang isu AEFI. Maka, saya faham kebimbangan yang ditimbulkan oleh Saudara Hafiz Sulaiman, Ayu Raudhah dan pengguna facebook yang lain. Mereka bukanlah anti vaksin secara hakiki tetapi berjuang untuk mendapatkan vaksin yang terbukti selamat dan berkesan untuk anak-anak.  Konklusi ini dapat kita lihat melalui status terbaru saudara Hafiz Sulaiman di Facebook beliau[ii];



1:09:10 - 1:12:35
Alhamdulillah Allah berikan kekuatan untuk menyatakan pendirian saya iaitu menyokong vaksin sebagai " acquired immunity" yang lebih superior secara amnya

Pokok isu yang cuba saya bawa ialah supaya KKM lebih peka pada rintihan dan keprihatinan ibu bapa terhadap kesan sampingan selepas imunisasi.

Bahawa staff kesihatan sendiri tidak cukup didedahkan dengan AEFI dan GPFK.

Kata pendidik saya di universiti masih terngiang-ngiang.

"Your eyes does not see what your mind does not know".
-Mata tidak melihat apa yang tiada di fikirannya-

Masyarakat juga perlu diberi maklumat secukupnya berkenaan AEFI sebelum suntikan diberikan supaya mereka menerima vaksinasi selepas penerangan dan persediaan yang memuaskan. Pendapat saya ini selari dengan kenyataan Menteri Kesihatan hari ini bahawa tidak semua perkara perlu dipaksa menggunakan undang-undang.

Janganlah kerana kita tidak setuju dengan pendapat sesuatu golongan sehingga kita bias dan mendiskriminasikan mereka..menafikan hak mereka untuk bersuara.
Saya berharap post beberapa hari ini merupakan pos pertama dan terakhir saya mengenai vaksin kerana saya bukan ahlinya untuk membuat kesimpulan yang memberi impak kepada umum. Saya lebih berminat kepada mengkaji pemakanan yang sihat dan menyembuhkan :D namun insha Allah saya akan istiqomah mendengar dan empati pada pesakit- pesakit saya insha Allah.

Dengan pengakuan saya secara terbuka, saya ingin mengingatkan sahabat dan sesiapa yang berkenaan, cukuplah mengaibkan saya, memfitnah, dan membuat kesimpulan dan andaian logik berdasarkan keupayaan manusia yang terbatas. Jika saya dapati ada bukti fitnah, andaian dan sangkaan tidak berasas serta mengaibkan saya di mata umum, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil TINDAKAN UNDANG-UNDANG terhadap anda yang terlibat.

Saya punya kapasiti dan sokongan daripada mereka yang prihatin insha Allah.

Yang sudah buat tu..saya maafkan jika anda padamkan pos artikel dan komen menghasut anda. Tak kiralah anda selebriti FB, akaun fake, insaflah bulan puasa ni bro..saya tak buat anda tapi anda malukan saya...beri persepsi negatif masyarakat terhadap saya dan keluarga.

Ysng duk komen seronok bashing tu Ingatlah balasan Allah adalah pasti..dan saya berdoa sebagai orang teraniaya..anda diberi hidayah dan petunjuk sewajarnya insha Allah.

Terima kasih atas semua yang memahami dan memberi sokongan pada saya..provaxx, pro-choice, antivaxx dan humpty dumpty..saya sangat2 menghargainya :) pasni kita cerita makanan pula orait ;) lagi best (y)
___________________
"Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin"
___________________
Ikhlas,
- Encik Hafiz Sulaiman -
Pejuang Kesihatan



BENARKAH REALITI AEFI DISEMBUNYIKAN?


Bagi saya, isu ini harus dipandang secara objektif dan berdasarkan kes demi kes.  Dalam surat sebelum ini, saya sudah berkongsi makna tentang AEFI. Dengan memahami maksud tersebut, maka kita akan mendapati bahawa AEFI merujuk kepada SEBARANG KEJADIAN BURUK BERKAIT DENGAN PERUBATAN yang berlaku semasa proses pemberian vaksin atau sejurus selepas imunisasi diberi kepada sasaran. Ia juga boleh melangkaui tempoh masa tertentu.


Perlu diingatkan bahawa kejadian tersebut bukan semata-mata disebabkan oleh vaksin. Untuk memahaminya dengan lebih mendalam, saya akan kemukakan pendapat yang dijelaskan oleh Badan Kesihatan Dunia[iii] mengikut kaca mata dan pemahaman saya.


Imunisasi adalah intervensi paling berjaya dalam mencegah penyakit berjangkit dan dijalankan dengan kos yang setimpal oleh unit Kesihatan Awam. Tidak dinafikan, ia berjaya menghapuskan penyakit smallpox dan mengawal penyakit poliomyelitis. Malah, dengan kadar pemberian vaksin global pada tahun 2011 untuk kanak-kanak bawah satu tahun dengan menggunakan Diphteria - Tetanus - Pertussis (DTP3) (83%), vaksin measles (84%) dan BCG (88%), sebanyak 2-3 juta kematian akibat penyakit diphteria, tetanus, pertussis dan measles berjaya dielakkan.

Akan tetapi, populasi dunia telah meletakkan satu pengharapan yang sangat tinggi berhubung isu keselamatan vaksin. Ini berbeza sekali berbanding sentimen ke atas kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubatan. Ini kerana, vaksin kebiasaannya diberi kepada populasi yang sihat tanpa sebarang penyakit yang jelas pada pandangan mata masyarakat. (sesetengah kecacatan genetik tidak kelihatan tanpa ada provokasi)

Mengikut pemahaman sesetengah dari mereka, vaksin itu mestilah 100% selamat dan 100% berjaya mencegah penyakit berjangkit. Jika tidak, ia bererti vaksin tidak selamat.

Oleh yang demikian, apa-apa sahaja kesan sampingan yang diperhatikan berlaku selepas pemberian suntikan imunisasi dikaitkan secara rambang dengan bahaya vaksin.

Kaitan tersebut tidak dipandang sebelah mata oleh Badan Kesihatan Sedunia andai dilaporkan oleh masyarakat baik orang awam mahupun professional perubatan. Ini kerana, mereka serius untuk memastikan vaksin yang ada pada hari ini semaksimum mungkin selamat. AEFI boleh disebabkan beberapa masalah (mengikut revisi pada tahun 2013- garis panduan di Malaysia adalah berdasarkan garis panduan WHO yang lama tetapi masih boleh digunapakai) iaitu

Spesifik; AEFI berpunca daripada vaksin yang disebabkan oleh satu atau dua bahan dalam vaksin. Bahan ini juga mungkin bukan penyebab kepada AEFI itu sendiri tetapi merangsang pembentukan AEFI.

Kemerosotan Kualiti Vaksin; terdapat kemerosotan kualiti vaksin termasuklah kerosakan pada alat atau sistem yang direka untuk memberi suntikan vaksin.

Ralat; kejadian AEFI yang disebabkan ralat manusia termasuklah kaedah pengendalian yang tidak mengikut piawaian, kesalahan dalam membuat preskripsi pemberian vaksin atau teknik pemberian vaksin. Kesan ini adalah boleh dicegah.

Kegelisahan; AEFI berpunca bukan disebabkan oleh vaksin itu sendiri tetapi kegelisahan masyarakat tentang vaksin. Umum diketahui bahawa kegelisahan yang timbul akibat salah faham terhadap vaksin dan pemberiannya akan merangsang otak untuk menghasilkan kesan Nocebo- Kesan negatif, berbahaya dan tidak selesa hasil daripada tindakan kimia otak ke atas sistem tubuh badan.

Kebetulan; Tidak berkait dengan produk vaksin, ralat atau kegelisahan sebaliknya berlaku secara kebetulan.

Pengeluar vaksin tidak menafikan bahawa terdapat kesan negatif yang direkodkan sewaktu kajian keberkesanan vaksin dijalankan. Vaksin yang dihasilkan pasca wabak secara majoritinya melalui fasa yang dinamakan sebagai fasa klinikal, sekaligus menafikan dakwaan bahawa tiada kajian dibuat sebelum vaksin digunakan. Sejumlah besar populasi diberi suntikan vaksin dan segala kesan yang berlaku terhadap populasi itu direkod dan dibuat analisa. Hasil daripada analisa tersebut akan dikategorikan sebagai kesan sampingan yang diakui, kebetulan ataupun berbahaya. 

Sebagai contohnya, kajian yang dijalankan mendapati bahawa RotaShield meningkatkan risiko intussusception dalam populasi bayi. Ini membawa kepada tindakan penuh integriti oleh The United States Advisory Committee on Immunization Practices (ACIP) untuk menghentikan saranan pemberian vaksin itu kepada bayi pada 22 oktober 1999.

Kajian yang dijalankan juga dapat menafikan khabar angin yang disebarkan oleh media tentang bahaya vaksin dan boleh dilihat melalui beberapa contoh seperti berikut.

Post Mortem yang dilakukan ke atas mayat seorang gadis di United Kingdom yang meninggal dunia setelah diberi suntikan vaksin mencegah Human papilloma virus (HPV) mendapati punca kematian adalah disebabkan barah mediastinum yang agresif.

Dakwaan vaksin mencegah Japanese encephalitis menyebabkan wabak encephalitis di Uttar Pradesh, India pada tahun 2007 telah dibuktikan tidak benar. Ia bukanlah encephalitis yang disebabkan oleh virus tetapi kesan tindakbalas badan terhadap kacang Cassia occidentalis yang mengakibatkan kegagalan hati melalui sindrom yang dinamakan Syndrome of acure hepato-myoencephalopathy.

Adakah ini menunjukkan bahawa Badan Kesihatan Dunia cuba menyembunyikan bahaya vaksin dengan memberi punca kematian atau punca wabak itu tidak berkaitan dengan vaksin?

Tentu sekali tidak! Kajian yang dijalankan oleh Badan Kesihatan Sedunia ini bersikap telus dan memikirkan tentang kesejagatan manusia. 

Sebarang tuduhan akan disiasat samada membawa asas kukuh ataupun tidak. Jika terdapat kaitan diantara vaksin itu menyebabkan sesuatu penyakit, maka tindakan seterusnya adalah untuk mengkategorikan risiko itu sebagai sangat tinggi, sangat jarang atau boleh menyebabkan komplikasi. 

Terdapat kesan sampingan yang tersangat jarang berlaku iaitu antara 1 dan 2.9 kes  komplikasi vaccine-associated paralytic poliomyelitis (VAPP) diperhatikan berdasarkan satu juta dos trivalent OPV yang diberi kepada populasi.

Risiko untuk mengalami masalah Idiopathic thrombocytopenic pupura (ITP) dalam masa enam minggu berikutan pemberian vaksin MMR adalah 1 dalam 22,300 dos. ITP adalah masalah disfungsi sistem pembekuan darah yang membawa kepada pembentukan lebam atau pendarahan serius yang diakibatkan oleh pengurangan jumlah platelet dalam darah.

Kesan komplikasi selepas pemberian vaksin boleh disebabkan oleh vaksin itu sendiri. Dalam erti kata lain, ya ia mempunyai risiko untuk menyebabkan kemudharatan! Akan tetapi, risiko tersebut tersangat kecil berbanding manfaatnya.

Ada yang mendakwa bahawa mereka melihat ada bayi yang meninggal, mengalami lumpuh saraf atau mengidap jangkitan kuman yang serius selepas diberi suntikan vaksin. Adakah ini disebabkan oleh bahaya vaksin?

Berbalik kepada definisi tersebut itu sendiri. Ia boleh disebabkan oleh faktor selain daripada vaksin itu sendiri seperti pencemaran vaksin, kemerosotan kualiti, kegelisahan atau secara kebetulan. Contoh lain adalah seperti berikut.

Pada September 1998, lebih daripada 800 anak muda di Jordan mendakwa bahawa mereka mengalami kesan sampingan akibat daripada pemberian Tetanus-Diphteria toxoid Vaccine. 122 daripada mereka dimasukkan ke wad. Kajian terperinci yang dijalankan mendapati bahawa tidak ada kesan sampingan vaksin direkodkan. Sebaliknya, ia adalah kepanikan melampau yang dipanggil sebagai mass psychogenic illness.


Pada fasa awal kempen pemberian vaksin tahunan untuk mencegah selesema di Israel, terdapat 4 kematian melibatkan warga emas. Ia mengakibatkan kampen tersebut dihentikan untuk sementara waktu bagi memberi ruang kepada proses penyiasatan. Mereka mendapati bahawa kajian awal telah menunjukkan bahawa terdapat 0.01 ke 0.02% risiko jangkaan kematian dalam populasi warga emas yang menerima suntikan vaksinasi mencegah selesema dalam masa tujuh hari terkebelakang. Risiko ini didapati bersifat malar selama beberapa tahun. Berdasarkan perincian kajian, risiko kadar kematian yang tersangat kecil ini tidak boleh disandarkan kepada vaksin semata-mata kerana kebanyakan pesakit yang meninggal berusia lebih dari 75 tahun dan mempunyai masalah sampingan yang lain (kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, lumpuh)


Antara yang lain termasuklah faktor penyakit genetik terpinggir seperti Glutaric aciduria type I yang merangsang masalah acute encephalopathic crisis symptoms (keradangan otak) selepas pemberian imunisasi mencegah poliovirus, pemberian vaksin ulangan kepada pesakit yang mempunyai masalah alergik terhadap vaksin itu yang mengakibatkan anaphylaxis (alergik teruk yang boleh membawa maut jika tidak dirawat), kesan tindakbalas vaksin dengan sesetengah jenis ubat dan sebagainya.


Ingat apa yang saya katakan sebelum ini? (sesetengah kecacatan genetik tidak kelihatan tanpa ada provokasi)Dan ya, dalam kes ini, pemberian vaksin merangsang kejadian tersebut.


MAKANAN SUNNAH JUGA TIDAK TERLEPAS DARI KESAN SAMPINGAN.


Bukan hanya vaksin mempunyai kesan sampingan tetapi juga kaedah perubatan herba. Dan ini membawa kepada satu persoalan yang cukup menarik. Benarkah AEFI disembunyikan? Antara pengamal perubatan herba atau tradisional dan doktor perubatan moden, siapa yang lebih telus dalam membuat pendedahan kesan sampingan menggunakan kaedah rawatan mereka?  Saya telah mendedahkan bukti laporan tentang AEFI yang diakui oleh badan kesihatan sedunia. Adakah terdapat pendedahan yang diakui oleh pengamal perubatan herba mengenai komplikasi akibat kaedah rawatan mereka?

Ada org tulis. Dia jual dan makan makanan sunnah tapi vaksin gak sebab langkah pencegahan.
So yakin dgn sunnah atau vaksin?
Aku yakin dgn amalan hidup sihat. Makanan sunnah dan cara pemakanan juga sunnah.
Dan aku x ambil vaksin kecuali BCG masa Hannah lahir sebab aku jahil masa tu.
Amalkan semua ni. Dan rasain kesannya sendiri sih....!!
Kerana inilah saya import produk sunnah nabi masuk Malaysia (sila lihat album² gambar dalam FB saya untuk produk sunnah nabi) sebab dalam sunnah nabi sendiri ada NATURAL VAKSIN

Nasihat saya, mereka yang mempromosikan label makanan sunnah harus faham bahawa terdapat perbezaan besar di antara disiplin ilmu berkaitan pemakanan cara nabi dan rawatan cara nabi (Al-Tibb al-nabawī). Pemakanan adalah gaya hidup yang boleh membawa kepada pencegahan penyakit. Akan tetapi apabila berbicara tentang kaedah Al-Tibb al-nabawī, maka seseorang itu harus benar-benar mendalami ilmu perubatan Nabi dan diberi tauliah sebelum dibenarkan untuk merawat pesakit. 

Mereka tentu sahaja menafikannya sedangkan kami di hospital kerap kali menerima pesakit yang mendapat kompliksi akibat kaedah perawatan mereka. 

Sebagai contoh, apabila Al Quran menyatakan bahawa madu itu adalah penyembuh kepada penyakit. Kenyataan ini adalah benar. Tetapi kenapa terdapat kejadian di mana bayi menghidap penyakit infant botulism selepas diberi minum madu, pesakit kencing manis mendapat komplikasi luka kronik atau jangkitan kuman dan mengalami kegagalan buah pinggan selepas diberi minum madu? Adakah ini bererti Allah berbohong apabila mengatakan madu itu sebagai penawar penyakit. 

Tentu sekali tidak. Kajian yang dijalankan mendapati infant botulism adalah disebabkan oleh pencemaran madu dengan kuman C. botulinum[iv] [v] [vi] . Ia tidak mengakibatkan masalah serius kepada orang dewasa tetapi boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak. Tindakan individu tidak bertanggungjawab yang membuat madu palsu menggunakan gula putih atau merah telah menyebabkan komplikasi kepada pesakit kencing manis atau kegagalan buah pinggang. Kajian terhadap pasaran madu di Amerika Syarikat mendapati bahawa 75 peratus[vii] [viii] dari produk madu tersebut adalah palsu dan majoriti adalah diimport dari Negara Asia[ix].  

Madu kita macam mana pula Ayu?

Yang pasti, madu untuk seorang isteri adalah satu-satunya jenis madu yang boleh dibuktikan secara jelas tanpa perlu dilakukan kajian dalam makmal.

Kaedah sama digunakan apabila kita menilai hadis yang mengatakan bahawa Habbatus Sawda boleh menyembuhkan semua jenis penyakit kecuali mati. Akan tetapi, pemberian habbatus sawda secara melampau boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang[x] atau dermatitis pada kulit[xi]. Adakah ini bererti hadis tersebut palsu dan ajaran Rasulullah salah? Semestinya tidak, malah kajian sains turut membuktikan keberkesanannya[xii]. Kesan sampingan tersebut boleh sahaja disebabkan pemberian dos yang tidak sesuai atau pemberian bahan tersebut kepada target yang tidak boleh menggunakan habbatus sawda. 


Ayu Raudhah yang saya sayangi, 


Tindakan seorang pengguna facebook yang juga menjadi admin page Masyarakat Kena Tahu dalam merawat pesakit menggunakan kaedah yang dicanangkan atas Al-Tibb al-nabawī amat menakutkan dan wajar dibendung dengan serius. Ini kerana, kaedah rawatan tersebut dilakukan tanpa bukti yang jelas[xiii], tidak mengikut garis panduan Al-Tibb al-nabawī seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad, tidak mempunyai autoriti atau iktiraf dalam bidang perubatan Al-Tibb al-nabawī dan dipersoalkan dari aspek integriti. 

Ini berikutan beberapa kenyataan kontroversi beliau seperti profile facebook tersebut dikendalikan oleh beberapa orang individu, mencampur adukkan kaedah perubatan Al-Tibb al-nabawī dengan penggunaan herba yang meragukan dan status meragukan berhubung kelayakan beliau. Di zaman kegemilangan perubatan Al-Tibb al-nabawī  itu sendiri, ia dijalankan dalam bentuk siri disiplin ilmu yang tinggi dan seseorang itu mesti ditauliahkan sebelum membuat rawatan. Kenyataan seperti yang beliau sifatkan sebagai saya hanya ‘orang kampung biasa’ yang belajar secara ikut-ikutan daripada individu lain dan bukan diberi tauliah untuk menjalankan kaedah perubatan pasti sahaja tidak melayakkan beliau bercakap atau membuat kaedah perawatan menggunakan Al-Tibb al-nabawī

Kekasihku Ayu Raudhah yang saya sanjungi,


BAGAIMANA KEYBOARD WARRIOR BERMAIN DENGAN SENTIMEN AEFI?

Risiko AEFI telah diterangkan secara jelas oleh pembuat vaksin. Namun, ada kesan yang tidak diperolehi berdasarkan kajian klinikal berskala besar itu atau dibuktikan tidak berkaitan dengan vaksin. Akan tetapi, ia dimasukkan ke dalam label vaksin atas dasar terdapat ada aduan pengguna yang mengalami masalah tersebut pasca fasa klinikal berakhir. Mereka yang ahli dalam bidang perubatan pasti memahami dengan jelas makna disebalik label ini.

Namun demikian, masalah timbul apabila mereka yang bukan ahli dalam bidang perubatan telah menyebarkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dengan cara yang salah iaitu manipulasi pada label dan produk vaksin itu.  Satu contoh yang boleh saya tunjukkan disini adalah manipulasi yang dijalankan secara tidak bertanggungjawab oleh Admin Page Anti-Pseudoscience Watch[xiv]. Berikut adalah perbahasan saya terhadap manipulasi tersebut.


Vax pusher: Check Mate !

FDA Mengumumkan DTaP Vaksin (suntik ke bayi dari umur 2 bulan) Menyebabkan Autisme
-------------------

Tajuk pos tersebut adalah berbentuk provokasi yang menggunakan kaedah putar belit, mengambil kesempatan dan penipuan yang dihasilkan daripada konklusi berdasarkan faulty reasoning. Mereka melakukan dua fitnah disini. Pertama terhadap golongan yang mereka gelar sebagai vax pusher dan kedua terhadap FDA. Ia bersifat jahat seolah-olah golongan pro vaksin melakukan penipuan terang-terangan dengan menyembunyikan fakta bahawa vaksin adalah punca penyakit autism. Dan penipuan ini konon-kononnya disahkan oleh badan FDA. Orang awam yang tidak suka mengkaji pasti akan terbeli idea ini secara membabi buta.


Tadi admin kaji selidik kandungan vaksin DtaP jenama Tripedia. Rupanya yg selama ini bantah kununnya "Tidak ada kajian yg membuktikan wujud hubungan antara vaksin dan autisme" adalah bullshit semata.

Konklusi tersebut dibuat berdasarkan kaji selidik penulis terhadap senarai kandungan vaksin DtaP jenama Tripedia semata-mata.  Ini adalah kaedah penyiasatan sains amatur yang boleh menjadi bahan jenaka. Dalam erti kata mudah, mengambil secara literal sesuatu ayat tanpa membuat penilaian secara kritikal dan melihat kertas kajian yang membawa kepada satu-satu konklusi yang ditulis oleh sesuatu panduan menggunakan vaksin tersebut.

Ketahui penipuan terbesar kesihatan di abad moden

Unsur sentimen secara melampau kembali dimasukkan ke dalam tulisan admin. Ia berbentuk teknik pengulangan menggunakan variasi ayat yang berbeza. Perhatikan barisan ayat yang diguna sejak dari awal. Teknik ini bersifat propaganda yang berniat untuk menggodam minda separa sedar pembca. Kaedah yang seakan sama juga digunakan untuk proses hipnotis.

Lihat kotak merah.

Minda separa sedar yang sudah mula dipengaruhi dengan idea vaksin menyebabkan autism dikukuhkan lagi dengan penegasan bahan bukti. Ia bertujuan untuk menggodam minda separa sedar secara total. 

Minda separa sedar adalah keadaan yang sangat unik di mana kita tidak menggunakan logik akal dan penilaian bahan bukti untuk menghasilkan konklusi berbeza dengan minda sedar. 

Memasukkan unsur arahan untuk melihat bahan bukti adalah usaha menguatkan konklusi yang sedia dibuat melalui proses minda separa sedar tadi. Pada peringkat ini, kita sudah mula menanam keyakinan tentang premis yang dibuat oleh penulis di awal tulisan tadi.


 Buat yg tak faham bahasa inggeris dan istilah perubatan, tak masalah. Admin mmg selalunya pecinta Bahasa Melayu Tinggi,


Penulis mula memerangkap pembaca untuk terus mempercayai gagasan idea yang mereka bawa. Bahawa, bukti yang mereka bawa mempunyai konspirasi tersendiri. Ini akan merangsang minda separa sedar melalui teknik seakan-akan hipnosis. 

Pembaca akan mula menanam kepercayaan bahawa terdapat komplot jahat berhubung vaksin dan ia didedahkan oleh penulis. Komplot jahat itu sengaja menggunakan bahasa yang tidak difahami pembaca agar maklumat tentang penipuan itu akan terus beredar sesama ahli komplot tanpa disedari oleh pembaca.

Ini juga digunakan oleh ahli teori konspirasi untuk membuatkan hujah mereka menjadi laku walhal bersifat tuduhan tanpa bukti dan tidak disokong oleh fakta sains atau agama.

Untuk mengetahui apa komplot jahat itu, maka mereka harus menumpukan sepenuh perhatian terhadap kata-kata penulis. 

Di sini, teknik pemikiran sudah bertukar kepada pemikiran minda sedar ataupun conscious mind. Seperti yang saya jelaskan tadi, ia menggunakan logik dan penilaian bahan bukti. 

Pembaca yang sudah menanam kepercayaan untuk tidak menerima bukti yang dibawa oleh penulis secara rambang seperti ahli perubatan dan saya sendiri akan menilai bukti yang dibawa penulis mengikut konteks minda sedar. Maka kami akan menggunakan kaedah dan logik penilaian bahan bukti. 

Akan tetapi, pemikiran kebanyakan pembaca sudah digodam secara separa sedar akan menerima bukti ini secara bebeza. Penulis telah menanam kepercayaan bahawa bukti yang mereka bawakan itu shahih dan tidak boleh dinafikan lagi faktanya. Dan teori bahawa ia ditulis dalam bahasa asing dan mempunyai komplot telah menambahkan lagi keyakinan pembaca akan bahan bukti tersebut. Maka, mereka sudah tidak perlu berfikir akan kesahihan sumber, berbeza dengan pemikiran yang belum digodam.


"Kejadian kesan sampingan dilaporkan semasa penggunaan vaksin Tripedia (setelah ia diluluskan) termasuklah Purpura idiopatik trombositopenia , Sindrom Kematian Bayi Mengejut, tindak balas anafilaktik, selulitis, AUTISME, sawan/sawan tonik-klonik, enselopati (gangguan otak), hipotonia , neuropati, somnolen (tidur siang) dan apnea (nafas henti seketika).

Penulis memberikan terjemahan kepada bahan bukti itu mengikut definisi dan bahasa mereka sendiri. Perkataan autisme ditulis dalam huruf besar sebagai AUTISME untuk tambah meyakinkan lagi pembaca yang sudah sedia di cuci otak mereka dari ayat pertama tulisan ini ditulis. Ingat, otak manusia mengambil sesuatu maklumat  secara terpilih. 

Adalah mustahil untuk otak kita mengambil satu satu maklumat dalam kuantiti yang banyak dan dalam masa yang singkat melainkan kita adalah seorang genius atau sudah biasa dengan ilmu-ilmu tersebut. 

Untuk orang awam, Autisme lebih dekat kepada mereka. Majoriti orang awam sudah biasa dengan autisme sebagai komplikasi. Hanya berapa peratus sahaja dari mereka yang tahu apa itu sindrom kematian bayi mengejut, enselopati atau purpura idiopatik trombositopenia.


Kesan sampingan tersebut telah dimasukkan dalam senarai ini kerana dianggap sbg masalah serius dan mendapat laporan yg berkali-kali. 


Penulis telah melakukan terjemahan secara nakal untuk menyokong hujah mereka dan menegakkan thesis mereka. Pada ketika ini, penyerapan maklumat oleh minda separa sedar, yang dibantu oleh minda sedar yang sudah digodam, sedang melalui proses propaganda atau hipnosis dan sampai di tahap maksimum. Oleh itu, pembaca tidak akan langsung mempersoalkan ayat ini.

Ayat sebenar bahasa Inggeris berbunyi seperti berikut, “Events were included in this list because of the seriousness or frequency of reporting.”

Yang diterjemahkan oleh penulis kepada “dianggap sbg masalah serius dan mendapat laporan yg berkali-kali”

Penggunaan ‘or’ diterjemahkan penulis sebagai ‘dan’ dan ini telah mengubah pemberat ayat itu menjadikan terjemahan penulis sangat berat dan negatif.

Perkataan ‘seriousness’ diterjemahkan sebagai ‘masalah serius’ Apabila keseluruhan teks dibaca, ia tidak membawa maksud masalah serius. Sebaliknya seriousness di sini menggambarkan timbangan tuduhan yang dibuat oleh populasi berbanding hasil kajian mereka sewaktu fasa kajian klinikal. Bahawa kajian mereka tidak menunjukkan statistik yang signifikan berhubung masalah ini atau tidak ditemui sewaktu kajian dijalankan. Maka pembuat vaksin berasa bertanggungjawab untuk memasukkan dakwaan ini.

Perkataan ‘or’ sepatutnya diterjemahkan sebagai ‘atau’,bukannya ‘dan’ seperti yang dilakukan oleh penulis. Ini kerana, kesan sampingan ini dimasukkan tanpa ada sebarang kajian dan diperolehi melalui dakwaan populasi semata-mata yang dilakukan secara kerap.

Tindakan penulis menterjemahkan perkataan ‘frequency of reporting’ kepada ‘mendapat laporan yg berkali-kali’ juga tidak tepat. Ia seakan-akan memberi maksud bahawa terdapat satu badan atau kajian yang melaporkan bahawa kesan sampingan tersebut berlaku secara berkali-kali dalam satu-satu populasi. Akan tetapi, ia sepatutnya diterjemahkan sebagai ‘kekerapan laporan’ yang sudah semestinya membawa maksud yang sedikit berbeza.

Contohnya, bandingkan contoh ayat yang saya berikan ini;

“Sudah berkali-kali admin page anti pseudoscience watch melakukan penipuan” DENGAN AYAT “Terdapat beberapa laporan yang mendakwa bahawa admin page anti pseudoscience watch melakukan penipuan” 

“Beberapa laporan” tersebut menggambarkan (Frequency of reporting) yang tidak dapat ditentukan jumlah atau bahan pemberat masalah tersebut. Boleh jadi dua atau tiga dan boleh jadi sampai seratus. Laporan tersebut boleh jadi palsu kerana diambil dari sumber yang mungkin tidak diketahui.

Ini berbeza dengan ayat pertama yang saya gunakan.  ‘Berkali-kali’ pula menunjukkan ada sumber autoriti yang mengesan penipuan admin page sekaligus menggambarkan bahawa tuduhan ini adalah serius dan wajib diambil tindakan.

Dan pembuat vaksin telah menjelaskan hal ini pada ayat yang berikutnya.

 “Oleh kerana masalah ini dilaporkan secara sukarela dari populasi penduduk yang tidak sekata, ia tidak semestinya menunjukkan hubungan sebab dan akibat kepada komponen vaksin Tripedia"

Penulis sekali lagi mengulangi kesalahan dalam membuat terjemahan ayat berbanding ayat asal iaitu ‘because  these  events  are reported  voluntarily  from  a  population  of  uncertain  size,  it  is  not  always  possible  to  reliably  estimate  their  frequencies  or  to establish a causal relationship to components of Tripedia vaccine.

Pertama, laporan ini dibuat oleh populasi yang tidak diketahui sampel saiznya. Semestinya hal ini akan memberikan keputusan berbeza kepada statistik dalam menentukan kaitan pemberian vaksin dan kesan AEFI.

Contohnya;  1 daripada bayi  dalam 10 populasi A yang diberi suntikan Tripedia mengalami Sindrom Kematian Bayi Mengejut akan menghasilkan statistik yang berbeza iaitu suntikan tripedia akan mengakibatkan 1/10X 100 = 10% risiko menyebabkan Sindrom Kematian Bayi Mengejut. Bandingkan pula jika populasi itu mengandungi 100 000 dan daripada populasi ini, 3 bayi mengalami kejadian Sindrom Kematian Bayi Mengejut. Maka ia akan mengakibatkan  3/100000 X100% = 0.003% risiko menyebabkan Sindrom Kematian Bayi Mengejut.

Selain itu, laporan itu juga tidak menspesifikkan keadaan mana yang paling kerap dilaporkan samada autism, apnoea, sindrom of sudden infant death atau yang lain. 

Mungkin sahaja hanya satu kes di laporkan dalam 100 000 populasi yang melihat perkaitan antara autism dan Tripedia. Tetapi kerana tuduhan ini serius, maka ia dimasukkan. Ia hanyalah satu laporan dan tidak ada sebarang penyiasatan dilakukan untuk mengesahkannya. Kajian tidak dibuat disebabkan sampel populasi yang tidak diketahui dan dibuat secara sukarela (bererti tanpa identiti dan data pelapor dan boleh sahaja dilakukan secara rambang.)



-------------
Sekarang mari kita selidik apa bahan dlm vaksin ini? Kenapa ia blh timbulkan kesan kecederaan berat?
--------------

Bererti kemenangan penulis bukan disebabkan kebenaran hujjah. Tetapi dengan menggunakan kaedah keji untuk menggodam otak pembaca. Pembaca yang tidak sedar akan hal tersebut sebaliknya membiarkan diri mereka terus dipengaruhi melalui kaedah propaganda dan hipnotis untuk menerima ayat seterusnya. 

Taktik ini adalah taktik pengeboman hujah untuk membuktikan bahawa mereka berada di pihak yang benar. Adakah anda masih ingat kata-kata saya bahawa otak kita tidak boleh menerima terlalu banyak maklumat dalam satu masa yang sama?

Oleh itu, otak secara automatik akan mengesahkan sahaja kebenaran tulisan penulis ini. Kerana otak mereka sudah membenarkan point yang pertama maka secara automatik otak akan membuat konklusi secara faulty reasoning bahawa point seterusnya adalah benar.

Serangan hujah ini ini dibuat dengan sengaja untuk mengucar kacirkan minda kita dengan menggunakan kepelbagaian tema. 

Strategi ini akan memberi kesan yang berbeza kepada penerima. Lelaki dan wanita akan menerima maklumat ini secara berbeza-beza. 

Pemikiran lelaki fokus dengan satu-satu isu. Apabila terlampau banyak maklumat dibom kepada mereka, mereka akan membenarkan hujah secara faulty reasoning yang saya jelaskan tadi.

Wanita pula boleh berfikir tentang banyak perkara dalam satu-satu masa. Oleh yang demikian, serangan bom dibuat dengan menggunakan percampuran fakta supaya dapat menipu minda pembaca. Dalam erti kata lain, apabila satu sudut tidak berjaya, ia akan membawa kepada proses membenarkan maklumat itu dari sudut yang lain. Ayuh saya nyatakan contohnya.


1. Ekstrak bovine (lembu) - sembelih ke tak? Yang pasti tiada halal JAKIM


Minda biasa tidak akan melihat kesalahan pada premis ini. Penggunaan vaksin berasaskan lemak lembu pasti tidak teruk berbanding penggunaan enzim tripsin dari babi. 

Maka, ia diserang dari sudut berbeza iaitu dari sudut samada lembu yang diguna itu disembelih ataupun tidak. Keraguan ini ditambah lagi pada premis vaksin tidak ada logo dari JAKIM.

Sila rujuk perbahasan dalam Memilih Babi dan Madu untuk mengetahui kesepakatan ulamak berhubung status halal dan haram bahan ini.


2. Formaldehid (pengawet mayat)

Mungkin penulis terlupa untuk meletakkan merkuri sebagai penyebab autism dan menyerang formaldehyde. Pattern ini sebenarnya dapat diteliti melalui gerakan antivaksin di Amerika ataupun United Kingdom. Kerana mereka gagal untuk membuktikan kaitan antara merkuri sebagai penyebab autism dan majoriti vaksin yang dihasilkan sejak hampir 15 tahun yang lalu sudah tidak menggunakan merkuri sebagai bahan penstabil.

Mulut pembaca mesti ternganga apabila mendengar perkataan formaldehyde atau bahan pengawet mayat. Pelajar perubatan atau saintis pasti mempunyai pengalaman menggunakan Formalin yang mengandungi kepekatan 10g/100 ml formaldehyde untuk tujuan penyelidikan. Saya yakin setiap dari kita pasti ingat betapa kuatnya bau bahan ini dan ia membuatkan kita menitiskan air mata disebabkan sifatnya.

Sewaktu belajar di Universiti Sains Malaysia dulu, kami pelajar perubatan di bawa ke Makmal Anatomi di mana proses mengawet spesimen untuk tujuan pembelajaran dilakukan. Pertama kali masuk, air mata saya keluar dan saya hampir muntah.

Ya, sedikit formaldehyde digunakan untuk menyahaktifkan virus hidup. Kepekatan formaldehyde yang digunakan ini bukalah yang asli.  Setelah proses pemilihan virus yang sudah tidak aktif ini dibuat, terdapat sisa-sisa formaldehyde yang melekat pada virus ini. Kuantitinya adalah terlampau kecil hingga boleh diabaikan. Akan tetapi, ia tetap dinyatakan pada pakej vaksin. 

Untuk sesuatu bahan kimia atau racun bertindak, kita harus kembali kepada konsep racun itu sendiri menggunakan disiplin ilmu Toxicology. Asas pertama disiplin ilmu ini adalah berdasarkan teori yang dibuat oleh Paracelsus iaitu, "All things are poison and nothing is without poison; only the dose makes a thing not a poison."

Dalam erti kata mudah, sesuatu bahan itu hanya akan menghasilkan kesan sampingan pada manusia pada kadar tertentu yang dipanggil sebagai dos toksik. Prinsip ini tertakluk kepada semua bahan kimia termasuklah H20[xv] [xvi] [xvii] dan 02[xviii] [xix] yang diambil secara berlebihan melalui memakan, meminum atau penyerapan.

Semua antara kita pasti menggunakan H20 dan 02 sepanjang masa kerana ia adalah air dan oksigen.
 
Sisa formaldeyde yang sedikit dan hampir boleh diabaikan ini tidak berbahaya dan tidak kekal dalam larutan aqueous seperti vaksin. Ia akan segera dipecahkan kepada Karbon Moniksida dan Asid Formik. Masyarakat moden hari ini lebih banyak didedahkan dengan formaldehyde dari sumber persekitaran kita berbanding vaksin seperti cat, pengeras kuku,  perabot, pengilat kuku, kertas dan sebagainya. Gigitan semut api akan merembeskan asid formik dan menghasilkan rasa sakit.


3. Ammonium sulfat
4. Aluminum kalium sulfat,


Saya sudah menerangkan kaitan antara aluminium dan autism dalam artikel sebelum ini. Kertas kajian yang digunakan untuk mengemukakan teori ini adalah tertolak di atas beberapa faktor termasuklah kelemahan kertas kajian tersebut, penggunaan kaedah kajian yang mengarut dan kegagalan pembuktian hipotesis secara aspek sains. Ada golongan antivaksin yang memetik kata-kata seorang pakar imunologi yang mengaitkan teori pengumpulan aluminium dan merkuri dalam badan dan menyebabkan penyakit Alzheimer Iaitu Dr Hugh Fudenberg. 
Kata-kata beliau hanyalah pendapat peribadi yang tidak disokong oleh sebarang fakta sains.

Topik tentang bahaya Aluminium telah dikaji selama lebih 40 tahun[xx] untuk melihat kaitannya dengan penyakit Alzheimer tetapi gagal menunjukkan bukti yang jelas.



5. Media pertumbuhan:

5a) Modified Mueller & Miller - glukosa, Natrium Klorida, sodium phosphate dibasic, monopotassium, phosphate, magnesium sulfate hydrate, ferrous sulfate heptaphydrate, cystine hydrochloride, tyrosine hydrochloride, urasil hydrochloride, Ca-pantothenate in ethanol, thiamine in ethanol, pyridoxin-hydrochloride in ethanol, riboflavin in ethanol, biotin in ethanol, sodium hydroxide, beef heart infusion (de- fatted beef heart and distilled water), casein [milk protein] solution.

Senang faham, campuran gula, garam, asid amino, vitamin dan mineral

5b) media Stainer-Scholte - Tris hydrochloride, tris base, glutamate (monosodium salt) [MSG], proline, salt, monopotassium phosphate, potassium chloride, magnesium chloride, calcium chloride, ferrous sulfate, asorbic acid, niacin, glutathione


Bla Bla Bla Bla Bla Bla Bla Bla Bla……………………….

Ya Allah, Ya Tuhanku. Serius? Sampai ke tahap ini penulis terdesak sekali untuk memasukkan bahan yang digunakan dalam media pertumbuhan untuk membiak bakteria atau kuman yang akan digunakan sebagai vaksin. 

Berbalik kepada apa yang saya katakan tadi. Pengeboman hujah dilakukan untuk menipu minda kita. Maka sebab itulah point ini diletakkan dalam kedudukan antara yang terbawah. Kerana pembaca sudah terlampau penat untuk menelan hujah ini.

Lagipun, point ini langsung tidak penting pun sebenarnya tetapi sengaja diletakkan untuk menunjukkan bahawa penulis kelihatan pandai pada pandangan orang awam melalui kebolehan mereka menyebut nama-nama tersebut.

Tetapi penulis pasti tidak akan menyangka bahawa orang seperti saya akan membaca hujah penulis secara  perkataan demi perkataan.

Dan bahan seperti garam, gula, vitamin, asid amino dikatakan sebagai bahan yang menjadikan vaksin berbahaya boleh menimbulkan rasa kelakar.

Ternyata ini adalah kebodohan secara terang terangan. Kepada Ayu Raudhah dan pembaca yang lain, Sila hempas laptop, telefon dan komputer anda ke lantai jika anda tidak mahu jadi bodoh melalui pembacaan tulisan admin ini.

Pertama, bahan tersebut adalah media pertumbuhan. Dalam erti kata lain, bahan makanan dan persekitaran untuk membolehkan kuman dan bakteria hidup. Majoriti kuman dan virus dibiakkan dengan cara ini tetapi menggunakan medium yang sedikit berbeza. Ada pula minoriti virus istimewa yang memerlukan sel manusia atau sel ginjal monyet untuk tumbuh seperti dalam kes vaksin Rubella. Sila rujuk surat berkenaan Memilih Babi dan Madu.

Analogi nya cukup mudah sekali. Ayam dibesarkan dalam reban ayam yang mempunyai tahi.  Sebelum ayam menjadi bayi ayam, ia berasal dari telur. Telur itu akan diperam dengan menggunakan mesin pengeram yang akan memancarkan sinaran yang boleh menyebabkan kulit kita terbakar dalam jangka masa panjang. Aapun demikian, Tahi ini mengandungi komposisi nitrogen, karbon dan juga mikro organisma dari empat filum iaitu Actinobacteria, Proteobacteria, Firmicutes and Bacteroidetes. Kajian mendalam akan mendapati bahawa najis ini mempunyai bakteria seperti  Lactobacillus sp., Clostridium sp.  Prevotella sp. Yania sp. dan Bifidobacterium sp. Selain itu, makanan ayam yang diberi dalam bentuk dedak pula mengandungi bijiran jagung, gandum, kacang dan sedikit sisa racun rumpai yang digunakan untuk sewaktu proses penanaman sesetengah bahan makanan itu. Bahan makanan ini tumpah ke dalam reban yang menjadi tempat ayam itu tidur. Selain itu, terdapat juga kutu ayam, tumpahan sisa air yang melekat pada bulu ayam dan sel kulit manusia yang mati apabila manusia menangkap ayam itu.  Sewaktu proses penyembelihan ayam, sisa sisa karat pada pisau bercampur dengan ayam tersebut dan menambahkan lagi kuantiti bahan kimia  pada ayam itu.

Soalan saya, adakah anda akan berhenti dari memakan ayam hanya disebabkan benda-benda ini?

Ramai penunggang agama yang mencadangkan penggunaan probiotik dan prebiotik untuk tujuan kesihatan atau menambah sistem pertahanan badan. Menggunakan logik yang sama dalam kes ayam, adakah anda semua sanggup berhenti menggunaan probiotik atau prebiotik?

Probiotik adalah kuman mikro hidup yang dapat memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Antaranya ialah  Lactobacillus dan Bifidobacterium. Spesies lain seperti Saccharomyces cerevisiae, sebahagian Escherichia coli (Majoriti E Coli adalah BERBAHAYA dan MEMBUNUH) dan Bacillus juga digunakan.

Prebiotik pula adalah makanan yang diawet secara terpilih yang menghasilkan karbohidrat yang tidak dicerna tubuh dan menjadi medium untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam tubuh. Dalam erti kata lain, prebiotik adalah BAHAN MEDIA pertumbuhan kuman baik dalam perut.

Sebahagian dari probiotik ini terdapat dalam najis ayam seperti yang saya katakan di atas. Maka kenapa anda tidak makan najis ayam yang terbukti organik?

Proses mengawet makanan untuk dijadikan sumber prebiotik pula menggunakan garam, cuka dan mengalami tindak balas kimia akibat penguraian bakteria. Kaedah yang sama menjelaskan peranan kultur media untuk menumbuhkan bakteria dan virus. Maka, dengan memakan prebiotik, maka kita sebenarnya memakan kultur media untuk menumbuhkan bakteria dalam usus kita.

Soalan seterusnya, kalau anda tidak mahu makan najis ayam kerana memiliki bahan prebiotik, maka adakah anda sanggup memakan ayam?


Kerana dari peringkat telur diperam hingga proses penyembelihan ayam (tidak dikira lagi sehingga peringkat penjualan ayam dan kita bawa balik untuk masak ayam) terdapat lebih dari 100 bahan kimia dan kuman yang terdapat pada ayam tersebut.


Maka sekarang, adakah anda nampak atau faham kebodohan penulis yang saya cuba sampaikan?



6. Antibiotik


Sedikit kuantiti antibiotik dimasukkan ke dalam vial (botol kedap udara) sesetengah vaksin untuk membunuh kuman di dalamnya bagi mengelakkan pencemaran bakteria. Contohnya dalam vial untuk vaksin BCG. Ini kerana, satu vial tersebut mengandungi vaksin untuk dikongsi beberapa orang kanak-kanak. Jumlah antibiotik yang digunakan terlampau sedikit dan bukannya berkilogram.



Sekarag, Anda sudah tahu kan kenapa pakar pediatrik, nurse, doktor, bahkan media tak mahu dedahkan kepada ibu bapa berkenaan kesan sampingan berat dlm vaccine package insert diatas?


Kasihan. Kenyataan ini sendiri menggambarkan kebodohan penulis. Setiap kotak ubat vaksin yang dibeli oleh pesakit di klinik swasta adalah berserta dengan helaian penerangan tentang kandungan, indikasi, kontraindikasi dan kesan sampingan vaksin itu sendiri. Ia boleh dibaca pesakit pada bila-bila masa sahaja termasuk ketika sedang berak. Jadi, tiada istilah ia disembunyikan. Hanya orang buta seperti penulis yang mungkin lambat menjumpainya.

Untuk klinik kerajaan, terdapat usaha yang dijalankan untuk menghasilkan risalah berhubung ini. Akan tetapi, faktor ekonomi menjadi penghalang. Kos mencetak risalah ini tidak mampu untuk ditanggung kerajaan. Maka leaflet[xxi] vaksin tersebut boleh didapati di internet yang mana pautan bahan tersebut sudah pun disediakan oleh admin page ini sendiri. Ia disediakan secara terbuka dan percuma oleh FDA. Cuma internet kena bayar masing-masing la.

Terdapat juga kelemahan dari pihak hospital yang tidak mampu untuk menyediakan doktor yang secukupnya bagi bercerita tentang vaksin dengan ibu bapa dari A hingga Z yang boleh mengambil masa sehingga satu jam. Secara puratanya, seorang doktor di Jabatan Pesakit luar terpaksa memeriksa sehingga 100 ke 150 orang pesakit sehari. Oleh itu, kebanyakan doktor terpaksa bertanya soalan penting sahaja termasuk faktor alahan dan penyakit yang dihidapi bayi sebelum satu-satu suntikan diberi.

Alternatif kepada ini adalah dengan mendapatkan khidmat nasihat doktor di klinik swasta. Namun, majoriti pesakit hanya mahu sesuatu yang percuma dan beranggapan bahawa mereka ditipu apabila dikenakan bayaran untuk sesi konsultasi. Di Singapura, perbincangan tentang demam selesema antara doktor swasta dan pesakit boleh mengambil masa sehingga dua jam. Akan tetapi, pesakit membayar caj konsultasi antara 100 – 300 dollar singapura bersamaan 300-900 ringgit Malaysia. Adakah ada rakyat Malaysia yang sanggup membayar nilai wang tersebut? Jangan tanya dari mana saya dapat fakta ni sebab kawan saya sanggup berhenti kerja untuk bekerja sebagai doktor di Singapura.

Kawan-kawan, kamu tahu berapa beza gaji saya di hospital kerajaan yang terpaksa bekerja minimum 41 jam seminggu berbanding kawan saya yang bekerja di Singapura 4 hari seminggu? Dan kamu tahu beza skop bebanan tugas yang saya dan kawan saya tanggung? Macam langit dan bumi.

Penulisan buku ini sebagai contohnya adalah usaha untuk menerangkan tentang vaksin kepada masyarakat. Ini pun berjaya dihasilkan memandangkan saya menghabiskan Cuti Rehat  Tahunan, Cuti Rehat selepas bekerja malam dan cuti Hari Kelepasan Am. Ini kerana saya bekerja shift. Jadual cuti saya tidak sama dengan orang awam. Malah kerja saya di Jabatan Kecemasan cukup berbeza. Kami bekerja dalam waktu yang pelik dan ada kalanya terpaksa bergerak ke sana dan ke sini termasuklah ke tempat berlaku bencana dan wabak. Malah, ada waktunya kami kelihatan seperti sedang bercuti atau melancong sedangkan ia adalah aktiviti sampingan kepada tugasan hakiki yang terpaksa dilakukan. 

Jabatan saya tidak menyediakan suntikan vaksin kecuali beberapa jenis sahaja. Tetapi kami banyak memberi anti toxin bagi merawat komplikasi kepada penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksin. Saya harus bersikap jujur dan mengatakan bahawa dalam keadaan yang mengancam nyawa, kami hanya akan memberitahu maklumat penting sahaja kepada waris dan pesakit untuk sesuatu rawatan.

Dan saya juga tidak ada masa untuk berbahas satu lawan satu dengan semua anti vax atau pro choice di facebook. Buku tulisan saya ni boleh didapati secara percuma di internet melalui blog https://vaccinetruthjacknaim.blogspot.my/ dan saya tidak dapat satu sen komisen pun dari hasil penulisan yang memakan masa beratus jam ini. Kecualilah ada permintaan dari pembaca yang mahu versi buku. Itu saya akan pertimbangkan kemudian. 

Baru-baru ini, satu forum tentang vaksin telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan seperti biasa, majoriti keyboard warrior anti vaksin tidak mempunyai telur untuk hadir ke majlis tersebut.

Adapun demikian, Ayu Raudhah mungkin mempunyai alasan kukuh untuk tidak ke majlis tersebut kerana dia sememangnya tiada telur.  Tapi Kalau Ayu Raudhah lelaki macam mana pula? Mana telur dia? Mungkin sudah dimakan semut atau digunakan untuk menetaskan ayam organik bagi menggantikan ayam yang mempunyai lebih 100 bahan kimia.


Mana tak nya. Bahan Casein, MSG, aluminum, formaldehid, gelatin, antibiotik, dan polysorbate 80 pun kau suntik ke bayi kau.



Bla Bla Bla Bla.  Sekali lagi, penulis hanya menjalankan retorik dengan mencampur adukkan fakta. Hujah balas saya cukup senang. Cukup dengan berbalik kepada analogi saya sebelum ini, Admin ni tak sedar ke bahaya memberi anak-anak  mereka makan ayam kerana ia mengandungi lebih dari 100 bahan kimia dan kuman?


Akhirnya, umur anak masuk 6 tahun, baru tau autis. Pastu kau salahkan keturunan kau yg cacat.

Kembali kepada fakta! Diagnosis autism boleh dibuat seawal  usia 2.5 tahun. Dan sesetengah tanda autistic boleh diperhatikan dalam bayi seawal usia beberapa bulan.


Report tahun 2015, 1 dari 45 anak autis!
Dijangka, report tahun 2032, 1 dari 2 anak autis!

Penyebab ? Unknown. Terus dlm kejahilan....
Tahniah kepada ibu bapa pro choice. Dan salam takziah kepada puak vax pusher


Kembali kepada fakta! Kenyataan tentang 1 dari 45 kanak-katak autis pada tahun 2015 masih boleh disangkal dan ia adalah berdasarkan manipulasi statistik secara tidak bertanggungjawab. Isu ini akan diperdebatkan dengan lebih panjang dalam bab seterusnya.


Sila share kepada ibu bapa


“Those who know do not speak. Those who speak do not know.”― Lao Tzu, Tao Teh Ching.


Perbuatan sebeginilah yang menyebabkan masyarakat kita terus diperbodohkan dari sehari ke sehari. Apabila budaya mengkaji sudah terhakis maka ia membawa kepada budaya kebodohan.

Budaya kebodohan itu adalah apabila orang jahil bersuara dengan penuh gegak gempita sedangkan apa yang dinyatakan itu tidak berasas atau dipenuhi dengan kepalsuan. 

Yang menjadi barah ialah apabila sentimen dan emosi menjadikan kita  pengguna media sosial sebagai ejen dalam menyebarkan kebodohan. Salah satunya adalah dengan berkongsi fakta-fakta salah yang dihasilkan oleh individu yang sedia bodoh. 

Ayu Raudhah yang saya kasihi,

Menekan butang “like” dan “Share” tidak semudah tanggungjawab yang harus kita galas dan dosa yang terpaksa kita tanggung di atas penipuan, fitnah dan sebaran ilmu sesat di alam Maya. 
 
Sebagai seorang kekasih yang menyintai buah hatinya dengan penuh kasih sayang dan cinta tanpa syarat ini, maka saya harus menegur perbuatan Ayu.

Bodoh itu adalah penyakit dan kebodohan itu adalah wabak. Ubat kepada bodoh adalah belajar dan rawatan kepada wabak kebodohan adalah dengan cara menghentikan rantaian penyebaran kebodohan, proses untuk menyekolahkan kembali masyarakat dan menghidupkan budaya ilmu untuk kekal mencerdikkan masyarakat. 


BERHADAPAN DENGAN STATUS TENTANG AEFI: APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

Dalam media sosial, anda boleh menghentikan rantaian wabak kebodohan. Berikut adalah saranan saya apabila anda bertemu dengan status yang memaparkan tentang AEFI dan anda tidak dapat membendung perasaan ingin menyibuk dan bergosip.

Pertama, ingat kata-kata saya kembali. Keadaan in hanya terpakai apabila anda bertemu dengan status yang memaparkan tentang AEFI dan anda tidak dapat membendung perasaan ingin menyibuk dan bergosip.

Kerana, langkah terbaik adalah meminta pengguna facebook yang menulis status facebook itu membuat laporan rasmi tentang AEFI dan seterusnya anda harus berdiam diri dari terus menyebar berita yang tidak shahih.

Tapi jika anda tetap juga mahu menyibuk dan bergosip, maka ini yang patut anda lakukan.

1.      Dapatkan gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku seperti usia pesakit, jenis suntikan yang diterima, lokasi yang diterima, adakah pesakit mempunyai masalah kesihatan yang lain? Riwayat alahan pesakit, dan kisah yang membawa kepada pembentukan AEFI itu. Dapatkan maklumat lanjut tentang keadaan tersebut.

2.      Elakkan memberi komen yang emosi atau berat sebelah seperti “Alahai, kesiannya baby awak sis. Bodoh betul klinik XYZ tu kan. Saman je Sis.”

3.      Beri sokongan moral kepada ibu-bapa mangsa dan galakkan mereka membuat laporan bertulis mengenai AEFI kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia agar siasatan dapat dibuat. Carta alir tersebut boleh dilihat berdasarkan panduan GarispanduanFarmakovigilans Keselamatan Vaksin (GFKV) yang boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia[xxii].

4.      Minta Ibu bapa dapatkan kerjasama dari pihak doktor untuk memberitahu tentang status vaksin yang diberi termasuklah jenis, nombor batch, teknik pemberian dan sebagainya untuk memudahkan siasatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.

5.      Nasihatkan ibu bapa agar bercerita tentang apa yang terjadi mengikut pemerhatian mereka dan bukan berdasarkan teori dan syak wasangka mereka. Elakkan dari meletak andaian kepada punca masalah tersebut.

6.      Diamkan diri dan jangan memandai bercakap tentang sesuatu yang diluar bidang kepakaran anda.

7.      Tidak payah susah payah mahu tag Mak Cik Senah, Pak Tayyib, Abang Imran untuk menambah perencah bergosip. Dan semestinya tidak perlu tag Abu Hannah yang tidak belajar secara mendalam tentang masalah ini.

8.      Tidak perlu tag mana-mana doktor untuk membuat diagnosis masalah tersebut kerana kenyataan doktor tersebut boleh disalah faham oleh masyarakat.

9.      Tambah ilmu dengan membuat bacaan berkenaan AEFI menggunakan sumber yang shahih dan tidak berdasarkan hasil pencarian google sahaja.

10.  Berbincang dengan ahli dalam bidang perubatan untuk mendapatkan penjelasan atau memperbetulkan kefahaman anda.

11.  Jangan kongsi atau viral kan status tersebut. Hide kan status tersebut daripada ruangan profil page anda setelah anda memberi komen. Sila masuk bilik dan tidur.

12.  Jangan terlebih menyibuk dan membalas setiap komen pengguna facebook. Jika perkongsian status ini menjadi viral dan perbincangan hangat maka anda boleh berbincang seperti mana disiplin ilmu yang saya nyatakan dalam surat sebelum ini. Tapi, yang terbaik adalah berdiam diri.

13.  Tidak perlu menulis artikel di wall atau Notes facebook dan blog anda tentang sesuatu yang anda tidak pasti menggunakan teknik periwayatan menggunakan tafsiran akal anda sendiri.

14.  Kalau anda masih lagi rasa gatal untuk menimbulkan fitnah, delete akaun facebook anda dan kembali kepada amalan hidup mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.

15.  Hentikan penyebaran Wabak Kebodohan kerana Vaksin untuk mencegah wabak ini tersangat susah. Disiplin menuntut ilmu secara berterusan dan boleh memakan seluruh usia kita.


CONTOH DAKWAAN AEFI DI MEDIA SOSIAL DAN MENANGANINYA



Jawapan saya

Sila ikut langkah langkah yang saya nyatakan dalam BERHADAPAN DENGAN STATUS TENTANG AEFI: APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN. Ingat, panduan tersebut hanya untuk membantu anda yang sedang berada dalam keadaan gedik untuk share atau bergosip tentang isu itu.

Yang terbaik adalah

1.      Unlike dan laporkan kepada Facebook supaya ban page tersebut jika anda tidak mahu menyebarkan wabak kebodohan.
2.      Cadangkan kepada mangsa yang membuat tuduhan AEFI supaya menggunakan saluran yang sah untuk melaporkan kejadian tersebut


ADAKAH SISTEM LAPORAN AEFI BERKESAN?

Pertama, tidak ada satu kaedah laporan yang 100 peratus berkesan. Tetapi kenapa kita kena buat laporan? 

Supaya kita ada data untuk jalankan kajian kita. Tidak dinafikan bahawa fasa Percubaan Klinikal, walaupun dijalankan dalam skala besar tetap mempunyai kelemahan. Terutamanya dari segi aspek variasi genetik. Sehingga hari ini, memang terdapat kajian yang menunjukkan bahawa populasi Malaysia tidak sesuai untuk beberapa jenis ubat-ubatan. Saya tidak mahu menyentuh bab itu sebab lari dari fokus perbahasan.

Setiap laporan akan disiasat menggunakan kaedah tersendiri. Paling penting apa tujuan anda membuat laporan tersebut. Antara sebab laporan dibuat adalah,

Mencari jawapan sebenar kepada musibah yang berlaku pada anak-anak. Contohnya anak anda meninggal dunia atau dapat komplikasi teruk maka anda ingin mendapatkan jawapan terhadap apa-apa yang berlaku pada anak anda Mungkin doktor sudah memberi penjelasan tetapi anda tidak berpuas hati, maka anda boleh membuat aduan dan meminta kes inquiry dijalankan. Oleh itu, anda harus melalui saluran yang sah.

Atas dasar tanggungjawab apabila terjadi reaksi minor dan anda ingin membantu para penyelidik mendapatkan sampel data tentang masalah tersebut.

Sekadar suka-suka dan menimbulkan fitnah. Ini boleh dilakukan dengan membuat identiti palsu dan menyebarkan fitnah di group facebook yang anti vaksin.


Jadi, tujuan anda membuat laporan akan menentukan kaedah laporan tersebut dibuat. Kes serius melibatkan AEFI harus dilaporkan untuk dijalankan siasatan Inquiry dan penyelidikan yang digariskan oleh Badan Kesihatan Sedunia. Inquiry ini memang akan menjalankan audit dengan cukup ketat.

Anda juga boleh melaporan kepada saluran bancian. Di Malaysia, kita masih dalam proses untuk membangunkan sistem tersebut. Tetapi harus diingat bahawa fungsi laporan itu hanyalah sebagai SARINGAN sahaja dan tidak semestinya betul kecuali KAJIAN SAHIH dijalankan untuk membuktikannya. Saya akan tunjukkan kepada anda kenapa sistem saringan ini tidak boleh digunakan untuk membuktikan laporan AEFI.


MANIPULASI SISTEM LAPORAN AEFI DAN SENTIMEN ANTI VAKSIN GLOBAL


1.      Contoh paling mudah adalah dengan melihat sistem yang sudah wujud sekian lama seperti sistem VAERS[xxiii] . Laporan yang dihasilkan ada yang tidak tepat kerana sikap pengguna yang tidak berotak menghasilkan laporan palsu. Buktinya, ada yang melaporkan kejadian di mana mereka yang menerima suntikan vaksin mendapat komplikasi bertukar menjadi Hulk atau Wonder Woman[xxiv] [xxv]. Maka, sistem ini akan menjadi tidak tepat dan berat sebelah. 

2.      Gerakan anti vaksin boleh sahaja mengambil peluang ini untuk membuat laporan palsu demi untuk menyokong agenda anti vaksin mereka. Bayangkan jika satu anti vaksin membuat 10 laporan palsu di VAERS setiap hari.  Dalam masa setahun, dia sudah membuat 3600 laporan palsu. Bagaimana pula kalau 1000 orang antivaksin membuat 10 laporan palsu dalam masa setahun? Maka ia akan menghasilkan 3600000 laporan palsu. Bermakna data ini sudah tidak tepat.

3.      Kerana itu, sewaktu seseorang ahli perubatan menerima laporan sebegini. Mereka tidak akan mensahihkan berita tersebut sehinggalah kajian dilakukan. Ada yang mendakwa bahawa tiada laporan tersebut disiasat. Saya sudah tunjukkan bukti di atas bagaimana tuduhan tentang komplikasi rotashield dibuktikan benar dan menyebabkan polisi penggunaan vaksin itu berubah? Begitu juga siri penyiasatan lain yang membuktikan bahawa kecederaan atau AEFI itu sebenarnya tidak berkaitan dengan vaksin itu sendiri.

4.      Akan tetapi terdapat individu yang memanipulasi sistem laporan ini untuk menjalankan agenda politik mereka. Anda harus ingat, situasi adalah berbeza untuk negara yang demokrasi seperti Amerika Syarikat. Ahli politik boleh bertindak secara bodoh untuk mendapatkan kuasa. Contohnya menyokong gerakan untuk menghalalkan penggunaan ganja sedangkan Amerika Syarikat sendiri menandatangani perjanjian anti dadah sedunia. Kes yang sama juga berlaku apabila ada saintis dibiayai oleh golongan ahli politik untuk menyebarkan propaganda menyebarkan sentimen antivaksin dengan memanipulasi sistem data VAERS ini lantas membawa kepada banyak kertas kajian yang salah dan menyeleweng.[xxvi]

5.      Contohnya Neil Z.Miller. Beliau adalah seorang doktor yang tidak beretika kerana banyak menerbitkan kertas laporan berhubung kesan buruk suntikan vaksinasi. Beliau juga merupakan penulis buku Miller's Review of Critical Vaccine Studies[xxvii] yang selalu dipetik oleh golongan anti vaksin di Malaysia. Buku ini dikatakan hasil kajian Miller melalui penilaian 400 kertas kajian saintifik tentang bahaya Vaksin. Jika anda perhatikan sumber kajian Miller, ia adalah berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan oleh Journal of the American Physicians and Surgeons (JPANDs)  milik Association of American Physicians and Scientist


6.      Kaitan diantara Journal of the American Physicians and Surgeons (JPANDs) dengan ahli politik Donald Trump[xxviii] memang tidak boleh disangkal lagi. Bahkan, gerakan antivaksin turut dibiayai oleh Donald Trump.


7.      Tuan –puan sekalian yang sayangkan Islam, Donald Trump adalah ahli politik yang Anti Islam yang pernah membuat kenyataan menggesa agar umat Islam diharamkan di Amerika Syarikat[xxix].  Beliau juga membuat gesaan agar vaksin diharamkan. Ia boleh dilihat dengan jelas sewaktu berlangsungnya Perdebatan calon Republikan yang terdiri daripada Ben Carson, Donald Trump dan Rand Paul untuk bertanding bagi merebut posisi menjadi calon Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat[xxx] [xxxi].  Malah, beberapa ahli politik Republikan turut menjadikan parti itu sebagai gerakan yang membawa perjuangan anti vaskin[xxxii] bagi mendapat sokongan masyarakat. Ini termasuklah Rand Paul[xxxiii]

8.      Tuan Puan sekalian, Kuasa adalah segala-galanya dalam politik. Untuk anda lebih faham tentang peranan ahli politik dalam gerakan anti vaksin ini, anda harus faham apa itu Political power, apa itu political pyramid dan kaji bagaimana ahli politik mengambil sentimen masyarakat untuk mendapatkan kuasa. 

9.      Tuan puan nampak tak kaitan ahli politik dalam soal ini? Maka tidak hairanlah apabila berlaku pendapat bercanggahan ahli politik dalam perlaksanaan isu ini. Contohnya dalam isu mewajibkan pemberian vaksin sebelum anak-anak memasuki sekolah. Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan, Datuk P Kamalanathan mengatakan bahawa mereka sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada pelajar sekolah[xxxiv]

10.  Kenyataan itu dijawab kembali oleh  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang mengatakan bahawa Pengambilan vaksin tidak diwajibkan ketika ini [xxxv]. Jawapan Datuk Seri Dr S. Subramaniam ini gagal difahami oleh golongan anti vaksin dan diputarbelit dengan rasa tidak bertanggungjawab. Beliau sama sekali tidak pernah menyatakan bahawa vaksin itu patut diharamkan atau tidak perlu. 

11.  Datuk Seri Dr S. Subramaniam  hanya menjawab di atas platform politik yang mengatakan bahawa tidak ada keperluan untuk membahaskan rang undang undang bagi mewajibkan penggunaan vaksin di sekolah. Walaubagaimanapun, beliau menggesa agar ibu bapa terus dididik agar mereka memberi suntikan vaksin kepada anak-anak. Jadi, kenyataan ini harus difahami betul-betul oleh masyarakat. Tidak mewajibkan secara undang-undang bukan bererti tidak diwajibkan secara hak individu dalam mencegah kemudharatan.

12.  Tindakan bodoh admin page Anti Pseudoscience Watch yang menaikkan status dengan ayat berbunyi 'Selepas kerajaan BN tolak mewajibkan vaksin.. kini bakal kerajaan US pula tolak vaksin.Kemenangan berganda sempena Aidilfitri"  mendedahkan perangi buruk keyboard warrior yang langsung tidak melakukan penyiasatan sebelum menyebarkan fitnah[xxxvi]. Ternyata admin page tidak faham langsung isu ini diperingkat antarabangsa. Kenyataan Kerajaan BN tolak mewajibkan vaksin adalah putar belit kenyataan menteri. Kenyataan bakal kerajaan US untuk tolak vaksin lagi la tidak betul. Kerana dasar kerajaan US adalah mewajibkan vaksin termasuklah untuk anak-anak yang mahu bersekolah. Polisi ini hanya boleh berubah sekiranya Trump menjadi presiden Amerika Syarikat dan membentangkan rang undang undang meminda polisi penggunaan vaksin di parlimen. Itu pun sekiranya Trump berjaya. Kebodohan admin jelas terbukti apabila menaikkan pautan[xxxvii] yang membawa kepada artikel yang menjelaskan posisi Trump  dalam  memberi dana terhadap gerakan anti vaksin. 



13.  Pautan artikel tersebut dengan jelas menunjukkan motif jahat Trump yang menggunakan sentimen gerakan antivaksin untuk mendapatkan kuasa dan menjadi Presiden Amerika Syarikat. I am totally in favor of vaccines. But I want smaller doses over a longer period of time. Same exact amount, but you take this little beautiful baby, and you pump—I mean, it looks just like it’s meant for a horse, not for a child, and we’ve had so many instances, people that work for me.”


14.    Jadi, sanggupkah anda mengikut saranan ini. Siapa yang untung kalau umat Islam tidak diberi suntikan vaksin dan menghidap jangkitan yang boleh membawa maut? Senang la kerja Trump lepas ni sebab populasi muslim sudah berkurangan. Jadi, Tuan Puan nak sokong tindakan orang anti islam ini?

15.  Ingat balik kenyataan Trump. I am totally in favor of vaccines”  Jadi lepas ni, bila umat Islam dah tak ambil vaksin dan mati, sekurang-kurangnya rakyat Amerika Syarikat masih ambil suntikan vaksin.


KESIMPULAN PERBAHASAN PANJANG INI





Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fattah. Sumpah panjang nak mampus artikel ni. Kesimpulannya senang sahaja.

1.      Ya, AEFI itu memang wujud dan dakwaan bahawa AEFI disembunyikan oleh doktor sama sekali tidak benar dan berunsurkan fitnah.

2.      Sentimen AEFI di media sosial harus ditangani dengan penuh berhemah agar tidak menjadi fitnah yang berleluasa dan berpanjangan.

3.      Ibu bapa dan Staff perubatan harus peka kepada risiko berlakunya AEFI dan saling membantu antara satu sama lain bagi mengesan kejadian tersebut dan memberi perhatian lanjut berkaitan dengan rawatan dan timbang tara risiko kebaikan atau keburukan untuk memberi dos vaksin yang seterusnya.

4.      Masyarakat malaysia hari ini gagal memahami perbezaan antara Makanan Sunnah mengikut Al Quran dan Hadis dengan Perubatan Cara Nabi ataupun ilmu perubatan Al-Tibb al-nabawī

5.      Bukan sahaja vaksin mempunyai risiko AEFI. Tetapi makanan sunnah dan ilmu perubatan Al-Tibb al-nabawī juga mempunyai risiko tindak balas buruk atau rawatan tersebut tidak berkesan.

6.      Sentimen AEFI telah digunapakai oleh Keyboard Warrior tidak bertanggungjawab untuk mencanang gerakan anti vaksin di Malaysia tanpa mencari punca sebenar masalah. Mereka telah menggunakan hujah palsu, penipuan akademik, berbohong dengan nama agama dan menyebarkan WABAK KEBODOHAN dalam masyarakat Malaysia.

7.      Isu tentang kajian berhubung vaksin, pemilihan kertas kajian sains untuk menentukan hala tuju dasar berkenaan vaksin hendaklah dilakukan oleh Ahli Perubatan Bertauliah dan Memiliki AUTORITI dalam bidang tersebut dari segi AKADEMIK dan KUASA. Di peringkat global ia diwakili oleh WHO, CDC dan Persatuan Pediatrik Sedunia. Dalam konteks Malaysia, ia diwakili oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

8.      Gerakan Antivaksin antarabangsa di sokong dan diberi dana oleh ahli politik yang melaungkan slogan antivaksin tapi pada yang sama tidak menolak pemberian vaksin. Cuba tanya Trump, dia kena suntik vaksin tak?

9.      Sehingga hari ini, sebenarnya tidak wujud perbahasan secara global tentang premis VAKSIN TIDAK BERKESAN. Perjuangan ini secara global, sebenarnya berkisar tentang premis MENGHASILKAN VAKSIN YANG SELAMAT, mempunyai KESAN SAMPINGAN YANG MINIMA dan KADAR KEBERKESANAN MENCEGAH PENYAKIT YANG PALING MAKSIMUM. 

10.  Menteri Malaysia samada dari Kementerian Kesihatan atau Kementerian pendidikan tidak pernah berdiri di atas premis mengatakan vaksin tidak perlu diambil atas dasar HAK AHLI MASYARAKAT untuk memberi anak-anak mereka mengambil suntikan vaksin tetapi ia adalah POLITICAL STAND yang bercakap di atas dasar perundangan negara.

11.  TIDAK ADA mana-mana individu di Malaysia dalam media sosial pada hari ini MEMILIKI IJAZAH ATAU TAULIAH dalam bidang perubatan Al-Tibb al-nabawī. Hanya ada sekumpulan manusia yang Allah jelaskan di dalam Al Quran sebagai BINATANG TERNAKAN yang tidak mahu menggunakan akal untuk belajar. Mana-mana dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa kenyataan saya ini kurang ajar, maka saya dengan rendah hati meminta mereka menyediakan satu platform untuk saya berdebat secara ilmiah dengan mereka. Debat itu harus dilakukan secara adil, terbuka, tidak berat sebelah dan DISIARKAN SECARA LANGSUNG untuk tatapan rakyat Malaysia. Ataupun mereka boleh menulis buku baru bagi membidas buku tulisan saya ini yang diberi tajuk SURAT SURAT CINTA BUAT AYU RAUDHAH: APA YANG DOKTOR SEMBUNYIKAN DARI MASYARAKAT TENTANG VAKSINASI.

12.  Hentikan penularan WABAK KEBODOHAN dan bersama-sama kita MENCERDIKKAN MASYARAKAT.


Ayu Raudhah yang saya kasihi,

Saya cemburu dengan Ayu yang ketika ini sedang menjamu selera bersama keluarga di kampung menyambut kemeriahan hari raya. Sedangkan saya disini sedang bertungkus lumus untuk menjadi seorang doktor muslim yang berkualiti dan berilmu. Saya juga tidak dapat lari dari penyakit kebodohan. Maka saya harus mendapatkan rawatan bagi merawat penyakit tersebut. Paling penting, saya tidak mahu menjadi punca kepada wabak kebodohan. Oleh itu, saya harus menjalankan penilaian bukti secara rapi untuk setiap hujah yang dikemukakan oleh Ayu.


Paling penting, saya tidak mahu Ayu terus menerus menjadi ejen yang menyebabkan WABAK KEBODOHAN terus berleluasa dalam masyarakat. Semoga Ayu terus diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T dan semoga rezeki Ayu sentiasa melimpah ruah.



Merindui ketupat dan lemang kelantan,
Dr Jacknaim,
2 Syawal 2016,
Quarters Hospital Lahad Datu



Nota Kaki:

[i] Ayu Raudhah, 1/7/16, Accessed on 1/7/16 at 1.00 PM

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=146621235758895&set=a.110113752742977.1073741828.100012330575497&type=3&theater


[ii] Hafiz Sulaiman, 3 Julai 2016, 11:58 pm,
https://www.facebook.com/muiz.h.sulaiman/posts/1401830886510387?pnref=story


[iii] Causality  assessment  of  adverse  event  following  immunization  (AEFI):  user  manual  for  the  revised  WHO classification. World Health Organization 2013


[iv] Abdulla, C O et al. “Infant Botulism Following Honey Ingestion.” BMJ Case Reports 2012 (2012): bcr1120115153. PMC. Web. 6 July 2016.


[v] King LA, Popoff MR, Mazuet C et al, "Infant botulism in France, 1991-2009, Arch Pediatr. 2010 Sep;17(9):1288-92.


[vi] Cox N, Hinkle R, "Infant botulism", Am Fam Physician. 2002 Apr 1;65(7):1388-92


[vii] Andrew Schneider, " Tests Show Most Store Honey Isn’t Honey", Food Safety News, November 7, 2011
http://www.foodsafetynews.com/2011/11/tests-show-most-store-honey-isnt-honey/#.V3zZJjUcPqU


[viii] Andrew Schneider, " Top Pollen Detective Finds Honey a Sticky Business ", Food Safety News, November 7, 2011. http://www.foodsafetynews.com/2011/11/top-pollen-detective-finds-honey-a-sticky-business/#.V3zZhjUcPqV 


[ix] Andrew Schneider, " Asian Honey, Banned in Europe, Is Flooding U.S. Grocery Shelves", Food Safety News, August 15, 2011. http://www.foodsafetynews.com/2011/08/honey-laundering/#.V3zZVzUcPqU


[x] Arslan E, Sayin S, Demirbas S, Cakar M, Somak NG, Yesilkaya S, Saglam K. "A case study report of acute renal failure associated with Nigella sativa in a diabetic patient." J Integr Med. 2013; 11(1): 64-66.


[xi] Ali BH, Blunden G "Pharmacological and toxicological properties of Nigella sativa" Phytother Res. (2003) 


[xii] Ahmad, Aftab et al. “A Review on Therapeutic Potential of Nigella Sativa: A Miracle Herb.” Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine 3.5 (2013): 337–352. PMC. Web. 6 July 2016.


[xiii] Professor Dr Adeeba Kamarulzaman, "Letter: All must be based on science" 4 July, 2016, The Star, http://www.thestar.com.my/opinion/letters/2016/07/04/all-must-be-based-on-science/


[xiv] Anti-Pseudoscience Watch, 4 July 2016. Accessed online on 5 July 2016, 6.00 AM
https://www.facebook.com/apseudoscience/photos/pcb.920342841408002/920342678074685/?type=3&theater


[xv] D J Farrell and L Bower, "Fatal water intoxication", J Clin Pathol. 2003 Oct; 56(10): 803–804.


[xvi] Raskind M, "Psychosis, polydipsia, and water intoxication. Report of a fatal case.", Arch Gen Psychiatry. 1974 Jan;30(1):112-4


[xvii]  Hiramatsu R, Takeshita A, Taguchi M, Takeuchi Y, "Symptomatic hyponatremia after voluntary excessive water ingestion in a patient without psychiatric problems.", Endocr J. 2007 Aug;54(4):643-5


[xviii] Daniel Stuart Martin & Michael Patrick William Grocott, "Oxygen Therapy in Critical Illness: Precise Control of Arterial Oxygenation and Permissive Hypoxemia", Crit Care Med. 2013;41(2):423-432


[xix] "Hazards of Oxygen" chapter in "Standards for the Diagnosis and Management of Patients with COPD" by American Thoracis Society and European Respiratory Society, 2004


[xx] Steven Novella, "Aluminum and Alzheimer’s", Neurologica Blog, 5 Nov 2007
http://theness.com/neurologicablog/index.php/aluminum-and-alzheimers/


[xxi] Diphteria and Tetanus Toxoids and Acellular Pertussis Vaccine Adsorbed Tripedia
http://www.fda.gov/downloads/BiologicsBloodVaccines/Vaccines/ApprovedProducts/UCM101580.pd


[xxii] Garispanduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin Di Malaysia, Jild Pertama 2010, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/Garispanduan_Farmakovigilans.pdf


[xxiii] https://vaers.hhs.gov/index


[xxiv] Orac, "How vaccine litigation distorts the VAERS database", January 18, 2008 Accessed on 7/7/2016 1.00 PM, http://scienceblogs.com/insolence/2008/01/18/how-vaccine-litigation-distorts-the-vaer/


[xxv] Admin, "On Using VAERS" 14 Mar 2006, lbrb autism news science and opinion
https://leftbrainrightbrain.co.uk/2006/03/14/on-using-vaers/


[xxvi] Michael J. Goodman, James Nordin, "Vaccine Adverse Event Reporting System Reporting Source: A Possible Source of Bias in Longitudinal Studies"Pediatrics February 2006, Volume 117 Issue 2.


[xxvii] Neil Z. Miller, "Miller's Review of Critical Vaccine Studies: 400 Important Scientific Papers Summarized for Parents and Researchers" New Altantean Press, 2016


[xxviii] David Gorski, "The Journal of American Physicians and Surgeons: Ideology trumps science-based medicine" 23 June 2008, https://www.sciencebasedmedicine.org/the-journal-of-american-physicians-and-surgeons-ideology-trumps-science-based-medicine/


[xxix] Shadi Hamid, "Trump's proposed ban on Muslims"  SERIES: Foreign Policy in the U.S. Presidential Debates Number 31 of 32, June 18 2016, published online on website http://www.brookings.edu/blogs/markaz/posts/2016/06/18-trump-banning-muslims-hamid


[xxx] Ariana Eunjung Cha,"The origins of Donald Trump’s autism/vaccine theory and how it was completely debunked eons ago", September 17 2015, The Washington Post
https://www.washingtonpost.com/news/to-your-health/wp/2015/09/17/the-origins-of-donald-trumps-autismvaccine-theory-and-how-it-was-completely-debunked-eons-ago/


[xxxi] Lena H. Sun, "Trump on sweat during GOP debate: ‘Marco Rubio, I’ve never seen anybody sweat like that.’" September 18, 2015, The Washington Post, https://www.washingtonpost.com/news/to-your-health/wp/2015/09/17/so-much-sweat-why-it-was-hard-for-the-candidates-to-look-cool-during-the-gop-debate/


[xxxii] David Gorski, "Donald Trump and the dangerous vaccine politics of the 2016 Presidential race", September 21, 2015 https://www.sciencebasedmedicine.org/donald-trump-and-the-dangerous-vaccine-politics-of-the-2016-presidential-race/


[xxxiii] JEREMY W. PETERS and BARRY MEIER, "Rand Paul Is Linked to Doctors’ Group That Supports Vaccination Challenges"  The New York Times, Feb 4 2015, Accessed on 7/7/2016 at 2 pm.
http://www.nytimes.com/2015/02/05/us/politics/rand-paul-linked-to-association-of-american-physicians-and-surgeons.html?_r=0


[xxxiv] "Masuk sekolah? Wajib vaksin, cadang kementerian" 26 Jun 2016, Bernama


[xxxv] "Pengambilan Vaksin Tidak Diwajibkan - Dr Subramaniam" Bernama, 3 Julai 2016

[xxxvi] Anti-Pseudocience Watch, 7/7/2016

https://www.facebook.com/apseudoscience/?fref=nf&pnref=story



[xxxvii] Shirley Shaw, "Donald Trump’s Anti-Vaccination Movement Spreads Through Republicans"

https://truthkings.com/donald-trumps-anti-vaccination-movement-spreads-republicans/