Ayu Raudhah,
Saya sedar bahawa terdapat kebimbangan dalam
kalangan ibu bapa yang takut dimarah pegawai perubatan atau staf klinik dan
hospital apabila datang untuk kembali mendapatkan suntikan vaksinasi.
Saya ingin nasihatkan para ahli perubatan agar
agar tidak memulangkan paku buah keras kepada mereka. Ya, mereka melakukan
kesalahan tetapi menyindir atau mengeji mereka hanya akan memburukkan keadaan.
Sebaiknya kita harus bersyukur dengan keputusan
mereka untuk kembali ke pangkal jalan.
Nasihat saya, permudahkan urusan mereka.
Jangan segan untuk merujuk pakar perubatan
penyakit berjangkit sekiranya anda tidak pasti dengan jadual atau kaedah
pemberian suntikan vaksin untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang terlewat
diberi suntika vaksin.
Ini kerana, jenis suntikan dan jadual pemberian
vaksin adalah sedikit berbeza berbanding jadual pemberian suntikan vaksinasi
untuk anak-anak kecil.