5: Cinta Bersama Ayu Raudhah Yang Menanti Retak



BALASAN SURAT-SURAT CINTA DR JACKNAIM KEPADA KU [Siri 1]
Autisme dan Vaksin
Diterima kiriman surat 1: Kita Seperti Batman dan Superman dari Dr. Jacknaim - Klik[link]
OLEH: AYU RAUDHAH, MENITI DETIK RAMADHAN

Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh,
 Kehadapan sahabatku Dr. Jacknaim, aku sudah membaca seluruh isi surat-surat mu. Aku memejamkan mata seraya meneguhkan hati. Aku harus kuat. Ya, sebagai gadis doktor memang harus kuat. Maaf Jacknaim. Ayu tidak dapat memenuhi pelawaan menonton wayang yang telah kau tempah tahun lalu. Aku masih membayangkan penderitaan mangsa AEFI yang tidak mendapat perhatian sewajarnya [1], jumlah pesakit autoimun yang membimbangkan, dan pampasan USD3.3 bilion kepada mangsa vaksinasi di Amerika [2]. Meskipun aku merasa kini tidak memiliki siapa-siapa lagi, bila sindiran itu hadir dari rakan sejawatan ku sendiri. Bagi seorang muslimah cukuplah keteguhan hati menjadi teman dan penenteram jiwa.
Aku kembali menegaskan niat, bahawa aku sedang melakukan pengembaraan untuk mengubah takdir. Mengubah nasib. Seperti saran para Tuan Guru, kita harus berani berhijrah dari satu takdir Allah ke takdir Allah yang lain yang lebih baik. Ada faktor sosial mengapa aku menyembunyikan APC sebagai seorang doktor bertauliah. Lihat sahajalah nasib Imam Muda Ammar. Belum pun sempat membaling batu, tangan sudah tergari. Tubuh kaku tersunggur sebelum sampai ke destinasi dituju. Sesungguhnya, inilah ketidakadilan sosial, buah dari sikap fanatisma kelompok Pro Vaksinasi.
Sistem perundangan kita mengajar, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan (Presumption of Innocence) memerlukan kemampuan intelektual dan falsafah untuk memahaminya [3]. Jalan yang aku tempuh bukanlah melempar batu, tangan sorok dibelakang seperti yang kau dakwa melainkan ia adalah perahu kebijaksanaan ditengah badai kezaliman.
Sebahagian besar isi SURAT 1: KITA SEPERTI BATMAN DAN SUPERMAN, kau menceritakan pada ku kisah bagaimana penyelidikan Dr. Wakefield ditolak oleh para pakar.
“Wakefield seorang pengkhianat, Wakefield mempunyai kepentingan peribadi, ia membuka ruang kepada kemunculan golongan antivaksin!” [4]
Nada kau serupa dengan laman sesawang American Academic of Pediatrics melalui tulisannya berjudul Vaccine Safety: Examine The Evidence [5] secara seratus peratus (100%) hanya mengetengahkan kajian yang menunjukkan vaksin tidak dapat dikaitkan dengan autisme. Tapi mungkin kau terlupa mengutip pelbagai sumber terkini yang kontra. Ataupun sengaja memejamkan mata. Beberapa penyelidik membuktikan terdapat bahan lain selain Timerosal yang dapat dikaitkan dengan pembentukan autisme. Menurut kajian yang dilaporkan dalam Journal of Inorganic Biochemistry (2011) oleh penyelidik dari Neural Dynamics Group, University of British Columbia mendapati aluminium adalah faktor penyumbang penting kepada peningkatan Autisme Spectrum Disorders (ASD) di negara Barat. Penyelidik kajian bertajuk Do aluminum vaccine adjuvants contribute to the tising prevalence of autism? tersebut mendapati kajian antara kecenderungan untuk menghidap ASD dan pendedahan kepada aluminium (daripada bahan adjuvant) berlaku pada kadar paling tinggi ketika bayi berumur antara 3 – 4 bulan [6]. Sebuah kajian lain dijalankan oleh Delong G berjudul A positive association found between autism prevalence and childhood vaccination uptake across the U.S. population seperti dilaporkan dalam Journal of Toxicological Environmental Health (2011). [7]
Kajian berjudul Abnormal measles-mumps-rubella antibodies and CNS autoimmunity in children with autism yang dijalankan oleh Singh Vk et al seperti dilaporkan dalam Journal of Biomedical Science (2002) pula mendapati serangan autoimun terhadap Sistem Saraf Pusat (otak dan saraf tunjang) merupakan penyebab kepada autisme. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak autistik (mengalami autisme) memiliki tindakan antibodi tidak normal terhadap MMR. Mereka juga mendapati bahawa autisme boleh berpunca daripada jangkitan virus campak (measles) yang mencetus simptom pada saraf sesetengah kanak-kanak. Sumber virus ialah salah satu jenis virus campak (yang terdapat dalam vaksin) atau boleh jadi juga berpunca daripada vaksin MMR. [8]
Aku sampai beranggapan surat pertama ini ditujukan kepada Wakefield. Aku cemburu. Namun aku harus mengulasnya mengikut kronologi yang benar. Ada empat (4) hal yang harus diperhatikan dengan cermat. Pertama, kajian tersebut berjaya bertahan selama 12 tahun di jurnal Lancet bermula tahun 1998. Kedua, terlepas dari pelbagai kontroversi, apa yang diutarakan mendapati kanak-kanak yang menghidap autisme mengalami sejenis penyakit usus setelah mereka menerima inokulasi vaksin MMR. Ketiga, Wakefield mendapati kerosakan teruk bukan sahaja berlaku kepada usus malah kepada mitokondria (kilang membina tenaga). Kerosakan mitokondria telah disahkan dalam sebuah kajian lain. Keempat, Wakefield berpendapat, vaksin MMR berbahaya dan setiap jenis vaksin sepatutnya diinokulasi secara berasingan. Malangnya atas sebab tertentu yang dipercayai bermotifkan menjaga kepentingan perniagaan vaksin, laporan kajian tersebut telah dikeluarkan dari Lancet pada tahun 2010. [9]


Jarum jam menunjukkan pukul 0300. Aku harus siapkan hutang surat-surat mu sesuai harapan mu pada ku. Aku akan rasa lebih bersedia memasuki 10 malam terakhir Ramadhan dengan jiwa yang lebih mantap dan dada yang lapang. Melalui warkah balasan ini, aku ingin sampaikan pada mu bahawa sikap tidak mengetengahkan kajian yang tidak menyokong kempen vaksinasi mungkin bertujuan membantu golongan Pro Vaksinasi mencapai matlamat utamanya. Di tengah kesibukan, aku kirim doa semoga sahabat ku Dr Jacknaim baik-baik dalam lindungan Allah Swt. Anggap saja surat balasan ini sebagai hadiah Ramadhan. Hadiah dari seorang yang dianggap misterius, kotor berlumuran dosa. Semoga hadiah ini diterima kerana ini dihasilkan dari lelahnya saraf retina mata.
--------------------------------
Membaca mukaddimah surat kedua mu berjudul “Diphteria Paling Seksi” [10] membuatku berkerut dahi. Aku sebenarnya sangat letih menjawab isu terpencil. Tapi aku teringat, pencuri untuk berbuat jahat sahaja berani nekad, tak mungkin berbuat baik tidak berani nekad. Aku gagahkan diri beri penjelasan. Ayu tidak berniat ingin memalukan mu wahai sahabat. Tapi apakah kau berfikir perasaan Imam Muda Ammar sebelum kau mengkritiknya dengan kata-kata pedas? [11] Bagaimana perasaan keluarganya apabila beliau ‘dibebalkan’ dengan kata-kata tohmah? Dimanakah rasa kasih mu waktu itu? Apakah kerana gelar doktor dibalik nama mu menjadikan dirimu sesuci debu? Apa yang aku lakukan hanyalah seni counter attack dalam menyampaikan peringatan. Maafkan ayu.
Setidaknya ada tiga (3) poin yang menjadi ajang kritikan kau dalam warkah kali ini. Bersambung….. Klik [Siri 2 - link ]

________________________________
Nota kaki:
[1] Ayu Raudhah. Posting dalam Group: Masyarakat Kena Tahu, 24 Jun 2016. Dikutip dari, https://m.facebook.com/groups/896874157091838?view=permalink&id=958742040905049
[2] Vaccine Injury Compensation Data, National Vaccine Injury Compensation Program Data Report - June 1, 2016. Dikutip dari laman,http://www.hrsa.gov/vaccinecompensation/data/index.html
[3] Arshad AH. Rights of Accused Persons: Are Safeguards Being Reduced? Badan Peguam Malaysia. Dikutip dari laman,http://www.malaysianbar.org.my/human_rights/rights_of_accused_persons_are_safeguards_being_reduced_.html
[4] Razak MN. Surat 1: Kita Seperti Batman dan Superman. Dikutip dari https://www.facebook.com/notes/muhamad-naim-ab-razak/surat-1-kita-seperti-batman-dan-superman/1417429194949594, 2016
[5] Vaccine Safety: Examine The Evidence. American Academic of Pediatrics, April 2013. Di muat turun dari laman https://www.aap.org/en-us/Documents/immunization_vaccine_studies.pdf
[6] Tomljenovic L, Shaw CA. Do aluminum vaccine adjuvants contribute to the rising prevalence of autism? Journal of Inorganic Biochemistry, 2011; 105: 1489–1499. Di muat turun dari lamanhttp://autismoava.org/archivos/1-s2.0-S0162013411002212-main.pdf
[7] Delong G. A positive association found between autism prevalence and childhood vaccination uptake across the U.S. population. Journal of Toxicological Environmental Health, 2011. https://www.researchgate.net/publication/51175672_A_Positive_Association_found_between_Autism_Prevalence_and_Childhood_Vaccination_uptake_across_the_US_Population
[8] Singh Vk et al. Abnormal measles-mumps-rubella antibodies and CNS autoimmunity in children with autism. Journal of Biomedical Science, 2002. Dikutip dari lamanhttps://vaccination-information-portal.com/wp-content/uploads/participants-database/abnormal_measles-mumps-rubella_antibodies_and_cns_autoimmunity_in_children_with_autism.pdf
[9] Wakefield, AJ, Murch SH, Anthony A, Linnell J, et al. Ileal lymphoid nodular hyperplasia, nonspecific colitis and pervasive developmental disorder in children. The Lancet. 1998;351:637-641. [retracted]. Di muat turun dari laman,http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(97)11096-0/abstract
[11] Muhammad Na’im Abd Razak, posting profile FB. 22 Jun 2016. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210110655222279&id=1214743851


Ke hadapan Ayu yang saya rindui,


Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan nikmat kurniaan Allah yang melimpah ruah. Iya, selaku orang Islam kita harus berjihad. Jihad dalam konteks pada hari ini bukan lagi semata-mata jihad di medan perang. Adapun begitu, masih ada saudara kita di Palestine, Syiria, dan Myammar yang masih lagi perlu mengangkat senjata untuk terus hidup.

Kita juga harus melakukan jihad ekonomi untuk membasmi kemiskinan umat Islam pada hari ini.

Kita juga harus melakukan jihad menuntut ilmu. Untuk membantu kita keluar dari kejahilan dan kembali membawa cahaya yang terang benderang di muka bumi ini. Kita harus kembali seperti di zaman keagungan kerajaan Abbasiyyah yang menyaksikan kita terulung bukan sahaja dari segi perkembangan agama Islam tetapi juga ilmu kalam. 

Bangsa eropah pada ketika itu hanya mampu menelan air liur, mencemburui kebijaksanaan kita yang pada hakikatnya dikurniakan oleh Allah S.W.T sebagai rahmat dan nikmat kepada kita. 
 
Allah angkat darjat nenek moyang kita di zaman kerajaan Abbasiyyah dan kehidupan mereka selari di mana Agama memacu perkembangan teknologi duniawi.

Hariku dipenuhi dengan rinduku terhadapmu yang semakin lama terus bersarang di hatiku. Lantas menjadi rumah kepada anak-anak kecintaan yang aku harap membesar dengan penuh rasa kasih sayang.

Namun begitu, aku lebih merindui zaman keagungan ilmu. Aku lebih merindui zaman di mana aku sendiri masih belum lahir pada ketika itu tetapi sentiasa menjadi mimpi tidurku. Untuk duduk, makan dan berbicara bersama-sama sarjana ilmuan Islam yang merendah hati dan sentiasa bertaqwa kepada Allah. Kerana sehingga kini, aku masih belum mampu untuk menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa terhadap Allah biarpun aku berjuang untuk mencerdikkan akalku. Semoga hidayah akan kembali mengetuk hatiku dan ruhul islam akan kembali mengisi segenap inci tubuhku.


Kehadapan sahabatku Dr. Jacknaim, aku sudah membaca seluruh isi surat-surat mu. Aku memejamkan mata seraya meneguhkan hati. Aku harus kuat. Ya, sebagai gadis doktor memang harus kuat. Maaf Jacknaim. Ayu tidak dapat memenuhi pelawaan menonton wayang yang telah kau tempah tahun lalu.[i]

Aku kan sentiasa berdoa agar kau menjadi gadis doktor yang kuat dan teguh hati. Itulah doaku yang turut selari dengan kerinduanku. Selain duduk bersama-sama sarjana Islam yang merendah diri, aku juga bermimpi agar dunia ini dipenuhi dengan gadis doktor yang kuat dan teguh hatinya.

Aku mahu kau terus kuat dan berteguh hati seperti Rufaidah Binti Sa’ad Al Asalmia yang menjadi antara wanita awal memeluk Islam. Seorang yang tidak punya rasa angkuh, bongkak atau sombong. Hatinya teguh memuji Rabb yang Maha Esa sedang kudratnya kuat menyumbang tenaga menjadi perawat muslim yang pertama dalam sejarah dunia Islam.

Doaku sentiasa mendambakan engkau menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari agar kau bisa menjadi Nusayba Binti Ka’ab Al Ansariyah yang menjadi Difaaun Nabiy[ii], setia bersama Kekasih Allah mengharungi lautan manusia pimpinan Abu Sufyan yang sedang dikuasai mabuk gila bersaksikan Bukit Uhud. Kau bersama 700 tentera Islam yang lain maju menentang 3000 tentera kafir yang tidak putus putus dengki akan kerajaan pimpinan Kekasih Allah.  Badanmu berbalut luka akibat berbelas torehan pedang yang membenam daging lembutmu saat melindungi kekasih Allah dari pancungan pedang tentera kaffir yang seakan bersahabat baik bersama syaitan yang angkuh.

Tapi kini, aku juga harus menjadi seorang doktor yang kuat dalam mendepani cinta duniaku, agar keteguhan hatiku terhadap kebenaran tidak akan sesekali padam biar sesekali terleka dengan senyumanmu. Maka izinkan aku bertegas denganmu, agar ia bisa melatihku untuk menjadi seorang pemimpin.


Aku masih membayangkan penderitaan mangsa AEFI yang tidak mendapat perhatian sewajarnya [1],

Jawapan:

1.      Pertama, saya ingin nyatakan disini bahawa perbicangan kita tidak akan menemui jalan keluar apabila masing-masing sedang berada dalam keadaan penuh emosi. Golongan pendokong vaksinasi berada dalam ketakutan berikutan penularan wabak ekoran daripada peningkatan jumlah populasi yang tidak diberi vaksinasi. (rujuk surat satu tentang pendefinisian semula herd immunity)


2.      Dalam masa yang sama, golongan anti vaksin juga berada dalam keadaan penuh emosi dan stress. Apatah lagi mereka menerima pembantaian secara emosi baik di laman sosial atau di alam realiti. Tuduhan seperti tidak sayang anak, ingin membunuh anak orang lain serta ugutan pemulauan dan pemboikotan akan menambah ketidakstabilan emosi mereka.



3.      Saya walaupun mendokong gerakan imunisasi turut berasa simpati di atas pembantaian psikologi yang dilakukan ke atas mereka.


4.      Akan tetapi, kita juga harus sedar bahawa sesuatu polisi dijalankan adalah untuk the best interest of general population. Ia sepatutnya dilaksanakan berdasarkan kes demi kes. Dengan mengambil kira beberapa contoh antarabangsa, vaksinasi primer wajib diambil oleh semua kanak-kanak.


5.      Akan tetapi, masyarakat boleh membuat pilihan samada ingin mengambil vaksin yang tidak diwajibkan. Vaksin untuk Flu, atau rotavirus, sememangnya penuh dengan kontroversi. Ia masih tetap berkesan walaupun ada sesetengah penerbitan jurnal menafikannya, membazir atau tidak mencegah komplikasi.

6.      Pernyataan Ayu tentang nasib mereka yang mendapat AEFI tidak terbela adalah bersifat secara umum. Terlampau umum. Sebelum berbincang dengan lebih lanjut, kita nilai dahulu definisi AEFI oleh World Health Organization, WHO


7.      An Adverse event following immunization (AEFI) is any un toward medical occurrence which follows immunization and which does not necessarily have a causal relationship with the usage of the vaccine. The adverse event may be any unfavourable or unintended sign, abnormal laboratory finding, symptom or disease.

8.      Berdasarkan keadaan ini, segala reaksi dan tindak balas yang terjadi termasuklah rasa tidak selesa dalam rangkuman masa tertentu dikira sebagai AEFI. Ini termasuklah seseorang itu mendapat kecederaan otak kerana terjatuh dan kepalanya terhantuk kepada meja akibat rasa pening setelah diberi vaksin untuk HPV. Atau meninggal dunia disebabkan serangan jantung kerana pesakit terkejut sewaktu menerima suntikan vaksin juga dikira sebagai AEFI.
9.      Dalam erti kata lain, apabila menerima laporan tentang AEFI, maka kita harus berfikir secara analitikal dan kritikal. Adakah kesan sampingan itu berlaku secara langsung disebabkan oleh vaksin itu sendiri atau dipengaruhi oleh benda lain.

10.  Dalam erti kata lain, sekiranya ayu sedang makan pisang dan tercekik pisang kerana saya tiba-tiba datang melakukan surprise dengan menutup mata ayu dari belakang dan ditakdirkan ayu meninggal disebabkan itu maka kematian Ayu adalah disebabkan oleh komplikasi memakan pisang. Selepas kematian Ayu, sekumpulan ahli kumpulan #masyarakatperlutahu mula menjalankan kempen memboikot pisang kerana pisang boleh menyebabkan kesan sampingan iaitu mati mengejut setelah memakannya.


11.  Oleh kerana itu anda akan mendapati bahawa kertas panduan preskripsi pemberian vaksin akan menyenaraikan segala macam jenis kesan sampingan.

12.  Oleh yang demikian, masyarakat harus menilai samada berbaloi atau tidak untuk mengambil vaksinasi. Contohnya, mempunyai masalah asthma selamat untuk mengambil vaksin. Tetapi jika menghidap alahan terhadap telur atau pernah mendapat tindakbalas imunologi yang teruk sewaktu proses vaksinasi sebelum ini maka terdapat justifikasi untuk menangguh atau mengecualikan pesakit dari vaksin.

13.  Ada ibu bapa yang membuat keputusan untuk mendapat khidmat rundingan pakar perubatan kanak-kanak untuk diberi suntikan vaksinasi MMR walaupun mempunyai masalah kesan sampingan terhadap telur. Pesakit tersebut di masukkan ke dalam wad untuk pemerhatian, dilakukan ujian sensitiviti terhadap telur dan diberi suntikan vaksinasi setelah penilaian mendapati ia selamat. Tidak ada komplikasi berlaku dan pesakit dibenarkan pulang setelah tempoh masa pemerhatian pasca vaksinasi dilakukan.

14.  Masalah eczema yang minima selepas vaksinasi pertama bukanlah bermaksud pesakit boleh diberi pegecualian untuk suntikan kedua. Tetapi, ia diberi dengan lebih pengawasan.


15.  Antara penambah baikan yang boleh kita laksanakan dalam isu ini termasuklah mendidik ibu bapa, doktor dan staff kesihatan untuk lebih mengenal dan mengiktiraf simptom AEFI. Memperbaiki sistem jaringan untuk melaporkan tindak balas AEFI, memudahkan pesakit mempunyai doktor keluarga yang senang untuk mereka berhubung bagi mendapat penjelasan tentang sesuatu isu boleh membantu menangani masalah ini. Selain itu, saya percaya yang satu sistem sokongan sosial harus diwujudkan terutamanya andai terdapat kes melibatkan severe AEFI walaupun peratusan ini adalah rendah.

16.  Peratusan untuk mendapat severe AEFI adalah tersangat rendah. Sebagai contoh; BCG (1 dalam 1 000 ke 1 dalam 50 000 dos), oral polio vaccine; OPV (1 dalam 2–3 juta dos) atau 1 dalam 750 000 dos untuk dos pertama, Measles (1 dalam 1 juta dos), DTP (1 dalam 750 000 dos)


17.  Baiklah, ramai golongan anti vaksin akan mengemukakan hujah mengatakan bahawa mereka yang bersetuju dengan polisi vaksinasi adalah pembunuh. Menurut kata mereka, penyakit yang boleh dicegah oleh vaksi tidak memberi impak besar terutamanya kematian. Kenyataan ini akan saya ulas dengan panjang lebar lagi.

18.  Apabila berlaku sesuatu wabak, banyak benda yang harus kita fikirkan termasuklah terpaksa menutup premis-premis tertentu berdasarkan tahap keseriusan wabak, memutuskan jaringan perdagangan, mereka yang sakit tidak dapat bekerja dan terpaksa diisolasi di rumah, menimbulkan spekulasi dan seterusnya membawa kepada ketidakstabilan ekonomi dan lain-lain. Kesemua faktor ini tidak pernah diambil kira oleh golongan anti vaksin. Ini belum lagi mengambil kira kes komplikasi wabak yang teruk seperti terpaksa bergantung kepada pernafasan ventilator untuk jangka masa panjang dan menambah beban kepada risiko jangkitan kuman dan resistansi bakteria.  Rujuk kembali zaman era polio berleluasa dan penggunaan Iron Lung untuk mengatasi masalah pernafasan akibat komplikasi polio.


19.  Ayu, jika benar berada dalam bidang perubatan harus boleh berfikir tentang semua ini. Saya tahu Ayu akan mengeluarkan pula hujah tentang gerakan anti vaksinasi sedunia yang dipelopori nama-nama besar dalam bidang perubatan. Isu itu akan disentuh kemudian dan sangat menarik sekali untuk diperbincangkan.


jumlah pesakit autoimun yang membimbangkan, dan pampasan USD3.3 bilion kepada mangsa vaksinasi di Amerika [2].


Jawapan:

1.      Saya tidak pasti apa yang Ayu cuba tonjolkan disini. Seakan ayat yang tidak lengkap dan secara tiba tiba mengaitkan antara pesakit autoimmune dan bayaran pampasan. Boleh saya tahu, Ayu copy paste ayat ni di mana? Atau Ayu terjemah ayat tidak lengkap sama seperti kes Ayu memfitnah Timbalan Menteri Kesihatan yang berbohong tentang status AEFI hanya satu sahaja sedangkan tidak mengambil ayat tersebut secara keseluruhan. Ia lantas seolah-olah menunjukkan contoh jahat seakan-akan kementerian kesihatan Malaysia cuba untuk menyembunyikan kes berkaitan dengan AEFI.


2.      Pampasan 3.3 billion kepada warga Amerika Syarikat berlaku dalam tempoh 27 tahun. Pemberian pampasan melalui petisi ini tidak semestinya disebabkan vaksin menyebabkan kecederaan atau kerugian kepada mangsa. Sebaliknya ia adalah hasil perbincangan dua hala. Adalah tidak releven untuk membincangkan dasar polisi Amerika Syarikat dalam isu ini. Tambahan pula, jika dikira secara statistiknya, kurang dari satu orang mendapat kecederaan akibat vaksin dengan dinisbahkan kepada 1 juta dos vaksin yang diberikan. Masih lagi menunjukkan julat komplikasi vaksinasi yang sangat rendah.



Meskipun aku merasa kini tidak memiliki siapa-siapa lagi, bila sindiran itu hadir dari rakan sejawatan ku sendiri. Bagi seorang muslimah cukuplah keteguhan hati menjadi teman dan penenteram jiwa.

Jawapan:
Semoga keteguhan hati menjadi teman dan penenteram jiwa saya juga. Salam perdamaian!

Aku kembali menegaskan niat, bahawa aku sedang melakukan pengembaraan untuk mengubah takdir. Mengubah nasib. Seperti saran para Tuan Guru, kita harus berani berhijrah dari satu takdir Allah ke takdir Allah yang lain yang lebih baik. Ada faktor sosial mengapa aku menyembunyikan APC sebagai seorang doktor bertauliah.

Jawapan:
APC berubah setiap tahun. Hanya sekadar menunjukkan lesen untuk bertugas secara sah dibawah undang-undang Malaysia. Saya tertanya-tanya juga apa motif ayu mencanang perkataan APC sedangkan ia tidak menggambarkan nombor pengenalan istimewa seseorang doktor dan berubah setiap tahun.
Tersilap tembak ka Ayu?

Lihat sahajalah nasib Imam Muda Ammar. Belum pun sempat membaling batu, tangan sudah tergari. Tubuh kaku tersunggur sebelum sampai ke destinasi dituju. Sesungguhnya, inilah ketidakadilan sosial, buah dari sikap fanatisma kelompok Pro Vaksinasi.

Jawapan:
Dan Ayu tidak mengira perbuatan Ayu yang menjadi pembuli laman sosial seperti yang saya tonjolkan melalui surat ketiga saya? Menceroboh hak peribadi pengguna Facebook  dengan tujuan mengambil gambar dan di tayang kepada seluruh dunia dengan niat untuk memalukan seseorang. Bukankah ini ciri tipikal pejuang anti vaksinasi seluruh dunia. Hanya sekadar tahu membuli di laman sosial dengan berlindungkan identiti palsu.
Tapi tak mengapa lah Ayu, cintaku tetap kepada kekasih hatiku ini seorang. Seronok juga melayan karenah Ayu waktu cuti ni. Jemput lah datang berbuka puasa di Sabah ya. Ajak Mak dan Ayah sekali!

Sistem perundangan kita mengajar, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan (Presumption of Innocence) memerlukan kemampuan intelektual dan falsafah untuk memahaminya [3].

Jawapan:
Dan kaitannya dengan perbahasan ini? Apa yang cuba untuk dibuktikan?

Jalan yang aku tempuh bukanlah melempar batu, tangan sorok dibelakang seperti yang kau dakwa melainkan ia adalah perahu kebijaksanaan ditengah badai kezaliman.

Jawapan:

Perahu kebijaksanaan adalah apabila kau menjalankan tugasmu sesuai dengan disiplin ilmu yang kau pegang. Andai Ayu benar-benar seorang doktor. 

Dan perahu kebijaksanaan itu adalah apabila kita bercakap tentang kebaikan atau keburukan vaksinasi menggunakan bukti saintifik berkualiti tinggi. Kebanyakan rujukan artikel yang diberi oleh golongan anti vaksinasi adalah tidak mempunyai kualiti mengikut standard penerbitan journal perubatan. 

Kenapa ia berlaku? Kerana golongan doktor yang menyimpang lari dari agenda perubatan membentuk satu mazhab perubatan mereka sendiri. Melalui mazhab ini, mereka membentuk blue ocean strategy untuk melobi keuntungan daripada penjualan makanan organik dan detoxify agent atas alasan membersih diri dari pencemaran vaksin. 

Dan golongan doktor inilah yang menubuhkan pertubuhan pertubuhan perubatan tertentu dan menghasilkan artikel perubatan yang diragui kesahihan, mempunyai penyelewengan fakta, kesalahan saintifik, manipulasi bukti demi untuk menghancurkan teras perubatan moden berkenaan Vaksinasi. 

Ini terjadi apabila kita tidak mempuyai rasa tanggungjawab dan amanah terhadap ilmu yang diberi kepada Allah dan mula menyeleweng apabila kita mula berada di puncak kejayaan dan memiliki pengikut yang ramai.

Andai penyelewengan dalam bidang agama juga boleh berlaku dalam kalangan agamawan, maka ia tidka mustahil boleh dilakukan secara berleluasa oleh sebilangan kecil ahli perubatan barat yang menjalani tugas tanpa didasari iman yang kuat terhadap Allah S.W.T.

Nilai kejujuran sudah mula merosot dari diri kita pada zaman yang penuh dengan fitnah ini. Fitnah berlaku di mana-mana dan juga boleh dilakukan oleh diri kita sendiri. Malah, tidak mustahil saya juga akan membuat fitnah secara tidak sedar ketik berada dalam keadaan jahil. Paling penting, kita harus berhati-hati dan sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang jujur dalam melaksanakan amanah yang diberi terhadap kita.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wajib atas kalian untuk bersikap jujur, karena kejujuran akan menuntun kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan menuntun ke surga. Apabila seseorang terus menerus bersikap jujur dan berjuang keras untuk senantiasa jujur maka di sisi Allah dia akan dicatat sebagai orang yang shiddiq. Dan jauhilah kedustaan, karena kedustaan itu akan menyeret kepada kefajiran, dan kefajiran akan menjerumuskan ke dalam neraka. Apabila seseorang terus menerus berdusta dan mempertahankan kedustaannya maka di sisi Allah dia akan dicatat sebagai seorang pendusta.” - HR. Muslim dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu

Maka sebaiknya, kita harus jujur. Jujur dalam melaksanakan amanah yang sudah tergalas di atas bahu kita. Semoga Allah memberi kebaikan di atas kejujuran kita.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah datangnya hari kiamat.” Lalu ada yang bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?”. Maka beliau menjawab, “Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamatnya.” - HR. Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu

Sebahagian besar isi SURAT 1: KITA SEPERTI BATMAN DAN SUPERMAN, kau menceritakan pada ku kisah bagaimana penyelidikan Dr. Wakefield ditolak oleh para pakar.
“Wakefield seorang pengkhianat, Wakefield mempunyai kepentingan peribadi, ia membuka ruang kepada kemunculan golongan antivaksin!” [4]
Nada kau serupa dengan laman sesawang American Academic of Pediatrics melalui tulisannya berjudul Vaccine Safety: Examine The Evidence [5] secara seratus peratus (100%) hanya mengetengahkan kajian yang menunjukkan vaksin tidak dapat dikaitkan dengan autisme. Tapi mungkin kau terlupa mengutip pelbagai sumber terkini yang kontra. Ataupun sengaja memejamkan mata.

Jawapan:

1.      Dalam kes ini, pendirian saya adalah selari dengan surat 1: Kita Seperti Batman Vs. Superman, di mana setiap doktor perubatan mempunyai niat yang baik untuk membawa kepada kesihatan manusia sejagat. Terdapat banyak perbezaan pendapat di antara team batman dan team superman tetapi keduanya adalah untuk mencari penyelesaian yang lebih baik kepada masalah kesihatan manusia. Namun, banyak benda yang tidak diketahui oleh saintis dan para doktor disebabkan betapa kompleksnya penciptaan tubuh manusia oleh Allah S.W.T. Ini menyebabkan ilmu perubatan sentiasa berubah dari masa ke semasa bergantung kepada bukti penyelidikan yang diperolehi.


2.      Sebarang perbezaan pendapat dalam kalangan doktor ini sepatutnya diselesaikan dalam perbicangan antara pakar. Ia tidak sepatutnya mendapat campur tangan atau kontroversi dari masyarakat yang tidak memahami disiplin ilmu perubatan.


3.      Berbalik kepada punca peningkatan diagnosis autism, keadaan pada ketika itu yang menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat telah menjadi punca kenapa masyarakat menyalahkan penggunaan vaksin sebagai penyebab autism. Jika anda menjalankan kajian secara saintifik, anda akan mendapati bahawa peningkatan kes yang di diagnos sebagai spektrum penyakit autism disebabkan oleh banyak faktor.


1.      Antaranya adalah disebabkan penyusunan semula kriteria yang diperlukan untuk membuat diagnosis autism, keberkesanan proses saringan di peringkat luar bandar yang membolehkan lebih banyak kanak-kanak yang mempunyai tanda awal autism dinilai dan diberi diagnosis. Dan, ia juga disebabkan oleh kecenderungan pakar kanak-kanak untuk membuat diagnosis autism berdasarkan rawatan susulan di klinik pesakit luar berbanding kaedah tradisional yang memerlukan pesakit dimasukkan ke dalam wad untuk tempoh masa yang tertentu. Maka tidak hairanlah graf diagnosis Autism menaik dengan mendadak sekali.


2.      Wakefield tidak pernah mengatakan bahawa Vaksinasi menyebabkan Autisma. Beliau hanya melaporkan keadaan klinikal pesakit berdasarkan pemerhatian beliau terhadap 12 pesakit kanak-kanak yang mengalami kemerosotan fungsi neuropsikologikal tetapi berbeza dengan deskripsi asal Sindrom Autism Kanner. Terdapat juga kaitan di mana kanak-kanak ini mempunyai masalah keradangan usus.

3.      Jika Ayu adalah seorang doktor, Ayu akan mendapati bahawa terdapat begitu banyak sindrom yang menunjukkan kaitan diantara gangguan saraf pusat dengan pesakit yang mengalami masalah keradangan usus. Bahkan, terdapat kaitan diantara tabiat pemakanan sesetengah bahan makanan menyebabkan kanak-kanak mengalami spektrum penyakit yang seakan-akan autism tetapi boleh kembali kepada keadaan asal selepas mengubah tabiat pemakanan.


4.      Wakefield sendiri bukanlah anti vaksin. Sebaliknya Wakefield cuba menyalahkan kombinasi vaksin Measles, Mumps dan Rubella ( Tiga serangkai)  sebagai kemungkinan penyebab kepada masalah kemerosotan fungsi neuropsikiatrik pesakit.


4.      Kenapa Wakefield dianggap sebagai pengkhianat? Kerana kajian beliau melibatkan pemalsuan data, mempunyai conflict of interest di atas posisi nya sebagai ahli yang terlibat dalam badan perundangan untuk pesakit autism yang menerima vaksinasi. Dan Wakefield juga cuba untuk memperkenalkan suntikan vaksin MMR tadi secara individual kerana beliau mempunyai kepentingan peribadi dan terlibat dalam mempatenkan vaksin[iii] untuk mencegah penyakit measles.

5.      Ini dibuktikan secara jelas lagi melalui buku Callous Disregard yang ditulis wakefield setelah dibuktikan bersalah di mahkamah atas tuduhan penipuan dimana beliau mencanang idea tentang penggunaan vaksin yang lebih selamat dan berkesan.


6.      Wakefield walaupun sacara umumnya saya katakan sebagai pengkhianat, ia hanya merujuk kepada kesan collateral damage yang diakibatkan dari penerbitan artikel tersebut.

7.      Sayangnya, kesan collateral damage yang dilakukan oleh Wakefield sudah hampir mustahil untuk diubah. Disebalik kepentingan peribadi yang disembunyikan di bawah idea untuk mencari vaksin yang selamat, beliau telah membawa kepada revolusi gerakan anti vaksin sedunia.



Beberapa penyelidik membuktikan terdapat bahan lain selain Timerosal yang dapat dikaitkan dengan pembentukan autisme. Menurut kajian yang dilaporkan dalam Journal of Inorganic Biochemistry (2011) oleh penyelidik dari Neural Dynamics Group, University of British Columbia mendapati aluminium adalah faktor penyumbang penting kepada peningkatan Autisme Spectrum Disorders (ASD) di negara Barat. Penyelidik kajian bertajuk Do aluminum vaccine adjuvants contribute to the tising prevalence of autism? tersebut mendapati kajian antara kecenderungan untuk menghidap ASD dan pendedahan kepada aluminium (daripada bahan adjuvant) berlaku pada kadar paling tinggi ketika bayi berumur antara 3 – 4 bulan [6].

Jawapan:

Kenyataan ini membuatkan saya menjadi ragu ragu dengan status Ayu sebagai seorang doktor. Dan ia adalah satu perbuatan yang sia-sia untuk berbahas dengan Ayu. Tapi apakan daya, cinta yang berputik sudah semakin mekar di hati. Kerinduan pada sang kekasih semakin bertambah, membesar dan menggelegak.

Ternyata Ayu membuat satu terjemahan yang cukup kelakar sekali dengan menggabungkan dua artikel dan menghasilkan ayat yang cukup pelik sekali.

Kedua-dua artikel ini ditulis oleh orang yang sama iaitu Tomljenovic L dan  Shaw CA. Kedua artikel tersebut adalah


Tomljenovic L, Shaw CA. Do aluminum vaccine adjuvants contribute to the rising prevalence of autism? Journal of Inorganic Biochemistry, 2011; 105: 1489–1499.

Tomljenovic L, Shaw CA. Aluminum vaccine adjuvants: are they safe? Current Medicinal Chemistry, 2011; 18(17):2630–2637.

Kedua dua kajian ini adalah bertaraf kajian sampah dan bangang yang menggunakan kaedah salah dalam proses mendapatkan data dan keputusan. Ia juga penuh dengan andaian palsu dan kesalahan dalam menghasilkan data kajian. Hujah ini secara automatiknya tertolak kerana sumber bukti adalah menyeleweng dan bersifat manipulasi di atas kehangatan isu semasa.


Sebuah kajian lain dijalankan oleh Delong G berjudul A positive association found between autism prevalence and childhood vaccination uptake across the U.S. population seperti dilaporkan dalam Journal of Toxicological Environmental Health (2011). [7]
Kajian berjudul Abnormal measles-mumps-rubella antibodies and CNS autoimmunity in children with autism yang dijalankan oleh Singh Vk et al seperti dilaporkan dalam Journal of Biomedical Science (2002) pula mendapati serangan autoimun terhadap Sistem Saraf Pusat (otak dan saraf tunjang) merupakan penyebab kepada autisme. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak autistik (mengalami autisme) memiliki tindakan antibodi tidak normal terhadap MMR. Mereka juga mendapati bahawa autisme boleh berpunca daripada jangkitan virus campak (measles) yang mencetus simptom pada saraf sesetengah kanak-kanak. Sumber virus ialah salah satu jenis virus campak (yang terdapat dalam vaksin) atau boleh jadi juga berpunca daripada vaksin MMR. [8]


Jawapan:

Akhirnya, naluri saya berkata benar. Selama ini, saya tidak pernah percayakan apa-apa melebihi diri saya sendiri kecuali Tuhan. Ternyata hujah yang Ayu kemukakan di atas bukan ditulis oleh Ayu sendiri sebaliknya adalah perbuatan copy-paste
 
Hujah tersebut ternyata hanya cedokan dari artikel berjudul Kajian vaksin dan autisme disembunyikan?[iv] yang diambil dari artikel sampah yang ditulis oleh seorang penyelidik herba. Penyelidik herba yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dengan menggunakan nama Doktor di hadapan pangkal nama untuk menampakkan tulisan ini kelihatan seperti akademik. Sinar Harian telah memalukan seluruh negara Malaysia apabila menyiarkan artikel tulisan ini dan ia menggambarkan betapa media massa sungguh tidak bertanggungjawab dengan disiplin ilmu dan menambahkan lagi budaya fitnah di akhir zaman ini.

Kementerian Penerangan Malaysia wajar mengambil perhatian tentang kebejatan media kita pada hari ini. Saya begitu kecewa sekali dengan perbuatan tidak bertanggungjawab media terutamanya akhbar Sinar Harian yang banyak menyebarkan berita tidak benar berhubung isu perubatan moden terutamanya isu vaksin. Tambah mendukacitakan saya adalah apabila mereka menerbitkan berita berita dari ahli pseudoscience yang banyak menipu masyarakat dengan menggunakan gelaran doktor palsu dan menyebarkan pembohongan secara berterusan dan berpanjangan. Berita sebegini lah yang akan menambah sakit dalam otak masyarakat kita. Lantas ia membawa kepada mayarakat yang buta untuk melihat kebenaran dan tuli dalam menerima kritikan yang berlandaskan bukti shahih.

Penulis Ismail Hashim Yahaya yang menulis buku Media = Setan terbitan DuBook Press Sdn Bhd pasti bersetuju dengan pendapat saya ini. Beliau menyifatkan media pada hari ini sebagai manipulasi dan pelacuran berita merebak bebas sehingga manusia semulia mana sekalipun tidak dapat lagi membezakan antara yang hak dan yang batil.

Perkembangan sebegini amat menakutkan dan wajar dibendung dalam kadar yang segera.

Antara wartawan yang telah mengambil peranan dalam mendedahkan penipuan oleh Wakefield berhubung penerbitan artikel nya dalam The Lancet adalah Brian Deer. Beliau telah menjalankan penyiasatan rapi tentag penipuan Wakefield yang membolehkan doktor tersebut di dakwa di Mahkamah atas penipuan berhubung kaitan antara vaksin MMR dan autism. Hasil penyiasatan Brian Deer turut dimasukkan ke dalam jurnal perubatan berimpak tinggi iaitu British Medical Journal.[v]

Walaupun Kajian Brian Deer mungkin mempunyai kelemahan tertentu dari segi kaedah penyiasatan beliau, tetapi ia membawa kepada kebenaran paling utama bahawa vaksin adalah satu keperluan. Dunia hari ini sedang menuju ke arah penghasilan vaksin yang betul betul terbukti keselamatannya.



Aku sampai beranggapan surat pertama ini ditujukan kepada Wakefield. Aku cemburu. Namun aku harus mengulasnya mengikut kronologi yang benar. Ada empat (4) hal yang harus diperhatikan dengan cermat. Pertama, kajian tersebut berjaya bertahan selama 12 tahun di jurnal Lancet bermula tahun 1998. Kedua, terlepas dari pelbagai kontroversi, apa yang diutarakan mendapati kanak-kanak yang menghidap autisme mengalami sejenis penyakit usus setelah mereka menerima inokulasi vaksin MMR. Ketiga, Wakefield mendapati kerosakan teruk bukan sahaja berlaku kepada usus malah kepada mitokondria (kilang membina tenaga). Kerosakan mitokondria telah disahkan dalam sebuah kajian lain. Keempat, Wakefield berpendapat, vaksin MMR berbahaya dan setiap jenis vaksin sepatutnya diinokulasi secara berasingan. Malangnya atas sebab tertentu yang dipercayai bermotifkan menjaga kepentingan perniagaan vaksin, laporan kajian tersebut telah dikeluarkan dari Lancet pada tahun 2010. [9]


Jawapan:

1.      Rujuk penerangan sebelum ini tentang isu Wakefield.

2.      Apa yang Wakefield nyatakan adalah teori. Teori adalah untuk dibuktikan kebenarannya. Hipotesis dirangka dan kajian dilakukan. 

3.      Sebenarnya, ada kebaikan dan keburukan yang timbul kesan daripada skandal Wakefield ini. Keburukannya hanya satu iaitu revolusi gerakan anti vaksin.

4.       Kebaikannya pula dapat dilihat dari pelbagai sudut berbeza. Yang pasti, ia membuatkan komuniti ahli perubatan menjalankan kajian dan melakukan penambah baikan untuk memastikan vaksin yang dihasilkan akan lebih selamat dari masa ke semasa.

Jarum jam menunjukkan pukul 0300. Aku harus siapkan hutang surat-surat mu sesuai harapan mu pada ku. Aku akan rasa lebih bersedia memasuki 10 malam terakhir Ramadhan dengan jiwa yang lebih mantap dan dada yang lapang. Melalui warkah balasan ini, aku ingin sampaikan pada mu bahawa sikap tidak mengetengahkan kajian yang tidak menyokong kempen vaksinasi mungkin bertujuan membantu golongan Pro Vaksinasi mencapai matlamat utamanya. Di tengah kesibukan, aku kirim doa semoga sahabat ku Dr Jacknaim baik-baik dalam lindungan Allah Swt. Anggap saja surat balasan ini sebagai hadiah Ramadhan. Hadiah dari seorang yang dianggap misterius, kotor berlumuran dosa. Semoga hadiah ini diterima kerana ini dihasilkan dari lelahnya saraf retina mata.

Jawapan: 

Ayu ternyata telah mensia-siakan cinta saya kerana menghadiahkan saya balasan surat cinta yang dihasilkan dari lelahnya saraf retina mata oleh seorang yang dianggap misterius, kotor berlumuran dosa. 

Walaubagaimanapun, aku juga akan terus tetap mendoakan kebahagiaanmu dan berharap kau juga terus diberi kesihatan yang baik dalam menjalani hari hari terakhir di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semoga jiwamu lebih mantap dada dadamu menjadi lapang bukan hanya untuk memudahkanmu beribadat mengejar cinta Allah yang lebih agung dari cintaku, tetapi juga untuk mencari kebenaran yang hakiki dalam perdebatan kita ini.

Membaca mukaddimah surat kedua mu berjudul “Diphteria Paling Seksi” [10] membuatku berkerut dahi. Aku sebenarnya sangat letih menjawab isu terpencil. Tapi aku teringat, pencuri untuk berbuat jahat sahaja berani nekad, tak mungkin berbuat baik tidak berani nekad. Aku gagahkan diri beri penjelasan. Ayu tidak berniat ingin memalukan mu wahai sahabat. Tapi apakah kau berfikir perasaan Imam Muda Ammar sebelum kau mengkritiknya dengan kata-kata pedas? [11] Bagaimana perasaan keluarganya apabila beliau ‘dibebalkan’ dengan kata-kata tohmah? Dimanakah rasa kasih mu waktu itu? Apakah kerana gelar doktor dibalik nama mu menjadikan dirimu sesuci debu? Apa yang aku lakukan hanyalah seni counter attack dalam menyampaikan peringatan. Maafkan ayu.
Setidaknya ada tiga (3) poin yang menjadi ajang kritikan kau dalam warkah kali ini. Bersambung…..

Bertaubatlah Ayu sebelum kita break. Belum pun sampai satu minggu kita bermadu kasih. Sayang yang belum pun berputik terasa sayang untuk dihempas ke lantai kerana ia akan remuk menjadi debu debu halus yang akhirnya menghilang di udara. Adakah kau mahu kekal dalam lipatan sejarahku sebagai seorang kekasih paling singkat pernah aku bermadu cinta. Tidak sampai seminggu, sudah di ambang perpisahan. Andai kau bertaubat, sempat lagi aku menerima sayangmu.

Adapun hal berkenaan dengan Imam Muda Ammar, ia hanyalah sekadar teguran dan peringatan mesra dan tidak menggambarkan diriku ini suci. Aku sedar diriku hanyalah bagai butir butir debu yang berterbangan di udara. Aku Cuma berharap agar debu-debu itu adalah dari benih-benih yang bakal menumbuhkan pokok yang mengeluarkan kuntuman bunga indah. Semoga darinya, aku dapat petik dan hadiahkan pada gadis cantik sepertimu. Semoga ia bisa menceriakan hari-harimu yang ditemani rasa kesedihan di atas teguranku terhadap Imam Muda Ammar.


Yang berharap kita terus bersama,
Dr. Jacknaim


[i] Ayu Raudhah, BALASAN SURAT-SURAT CINTA DR JACKNAIM KEPADA KU [Siri 1]
https://www.facebook.com/profile.php?id=100012330575497&fref=ts
[ii] Perisai Nabi
[iii] Brian Deer: Revealed: Wakefield's secret first MMR patent claims "safer measles vaccine"
http://briandeer.com/wakefield/vaccine-patent.htm
[iv] DR. BAHRAIN SAMAH, MD (AM ), RH (AHG ), "berjudul Kajian vaksin dan autisme disembunyikan? ", 23 APRIL 2014. http://www.sinarharian.com.my/rencana/kajian-vaksin-dan-autisme-disembunyikan-1.273463
[v] Brian Deer, Secret of the MMR Scare
http://briandeer.com/solved/bmj-secrets-series.htm