Bab 13 (e) BICARA PLAYBOY HITAM YANG GEMUK BUAT KEKASIH HATI BERNAMA AYU RAUDHAH

Balasan Surat AYU RAUDHAH: TIADA LAGI KATA DUA BUAT PLAYBOY JACKNAIM [link]


Kehadapan Ayu Raudhah yang dikasihi.

Selepas warkah ini, surat-surat seterusnya dariku hanya sekadar menjadi "Surat Penyata" yang tidak akan melibatkan sebarang interaksi dengan dirimu. Kerana aku akhirnya akur dengan nasihat Imam Al Shafie kepadaku. Untuk memutuskan percintaan dengan dirimu sekalipun jauh disudut hatiku, aku tetap berdoa agar kau kembali ke jalan yang lurus dan penuh dengan kebenaran.

"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, karena orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu."

Aku cuba mencari poin untuk diperdebatkan melalui utusan suratmu bertajuk AYU RAUDHAH: TIADA LAGI KATA DUA BUAT PLAYBOY JACKNAIM. Ternyata aku gagal menjumpai kebenaran untuk aku persetujui dan tidak pula aku temui hujah untuk aku perdebatkan. Yang ada hanya kata nista dan kejian yang lahir dari jiwa kecil yang serba nakal menjentik peribadiku dari berperang melawan hujah.

Yang membuatku ketawa dalam kegelian semestinya kekeliruan seorang ’gadis’ yang mengaku dirinya seorang doktor, memaki hamun pakar perubatan dan Badan Kesihatan Sedunia walhal aku tidak menjumpai perbincangan akademik yang kau cuba tonjolkan.


Mungkin sebelum ini Jacknaim sibuk dengan program diet mengempiskan perut

Sesiapa yang mengenaliku pasti tahu bahawa aku akan memberi 200% usaha untuk perjuanganku. Sekalipun ia adalah medan perjuangan yang akan menyaksikan aku rebah tersungkur atau tercungap lemas dalam mencuri nafas. Sebagaimana aku berjuang untuk merawat penyakit obesiti yang aku hidapi maka begitu juga aku gigih menulis tentang isu vaksin ini. Aku pernah terleka menjalani kehidupan dunia tanpa menyedari badanku mencecah berat sebanyak 135kg. Mungkin lebih dari itu kerana penimbang berat manual tidak cukup jarumnya dan itu adalah angka yang tercatat pada mesin penimbang automatik yang mempunyai ralat. Lalu, aku mula merawat diriku dan kini beratku kembali ke angka 88kg dan aku masih belum puas untuk terus berjuang.

Adapun demikian, disaat aku mula mengutus siri surat ini, aku mempunyai matlamat yang jauh lebih besar dari menawan cintamu. Sebaliknya, aku mahu masyarakat menilai kebenaran disebalik ajaran yang kau bawakan ini. Supaya masyarakat kembali sedar dan dapat membuat penilaian mereka sendiri samada kau benar-benar seorang doktor atau tidak.

Sasaran utamaku adalah masyarakat awam dan dirimu hanyalah medium perantara. Agar mereka dapat melihat kaedah yang aku gunakan dalam mendidik dirimu dan membuat keputusan samada bersetuju denganku ataupun tidak. Aku tidak berhak menghalang mereka dari melakukan ijtihad mereka dalam isu vaksin ini setelah menilai kedua-dua hujah dariku dan dirimu.

Aku hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar kau bukanlah doktor haiwan atau doktor yang diijazahkan oleh Universiti Palsu. Mesti kau masih ingat akan berapa banyak manusia yang menjaja idea tentang perubatan pseudoscience menggunakan gelaran doktor yang lahir dari delusi mereka sendiri. Ada doktor herba yang menulis tentang bahaya vaksin di akhbar Sinar Harian seperti yang aku cantas pada surat terdahulu. Dan cukup ramai sekali doktor yang menjalankan perubatan palsu menggunakan mesin elektronik, air bacaan Quran dan sebagainya.

Ternyata suratmu jelas menggambarkan kekeliruan terhadap satu bidang ilmu yang cukup asing bagi dirimu. Aku hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar masyarakat yang ada di seantero dunia akan mengambil langkah drastik untuk mula menuntut ilmu dari sumber yang shahih dan bukan dari individu bernama Ayu Raudhah atau bersandar secara 100% dengan buku tulisan Dr. Jacknaim ini. Ya, aku mencabar agar masyarakat dunia mengikut landasan disiplin ilmu yang betul untuk menilai gaya perbahasan Ayu Raudhah dan Dr Jacknaim bagi menentukan pihak yang benar.


Padahal apa yang saya kritik kesemuanya berkaitan dengan penilaian kritikal tersebut serta menepati"Hierarchy of Research Design & Level of Scientific Evidence"[3,4] (Lihat Rajah 2) Saya tidak tahu apakah di USM sana beliau tidak diajarkan cara yang terbaik untuk mengkritik journal atau artikel adalah dengan mempelajari Evidence-based Medicine (EBM) 
Ayu, dalam surat terdahulu aku meminta agar kau mengajarku ilmu epidemiologi dan kajian klinikal yang kau pelajari agar aku dapat bercakap dalam bahasa yang sama dengan dirimu. Yang aku dapati hanya satu putar belit yang terhasil dari kekeliruan dirimu. Aku risau, tulisan suratmu hanya akan dikeronyok oleh pakar akademik dan dibuang ke dalam tong sampah. Sebaliknya, aku akan tetap menyimpannya kemas-kemas dalam catatanku agar menjadi rujukan diriku bahawa kefahaman ilmu sebeginilah yang menyebabkan Islam kekal mundur.

Sebelum kau tuntas menghina Universiti tempatku menuntut ilmu, maka biar aku kongsikan dengan dirimu tentang disiplin Evidence Based Medicine yang mungkin akalmu tersilap memahaminya. Baca sahaja suratmu itu maka seluruh ahli perubatan seluruh dunia yang faham bahasa melayu akan mentertawakanmu.

EBM was defined as "a systemic approach to analyze published research as the basis of clinical decision making." Then in 1996, the term was more formally defined by Sacket et al., who stated that EBM was "the conscientious and judicious use of current best evidence from clinical care research in the management of individual patients."[i]

Dalam bahasa kampungnya, kau harus tahu bagaimana Evidence Based Medicine bermula. Ia adalah satu terminologi yang diperkenalkan untuk merawat satu-satu penyakit berdasarkan kewujudan satu-satu bahan bukti. Disiplin ilmu ini tidak bermula dalam sekelip mata dan menjalani proses panjang untuk wujud seperti yang ada pada hari ini.[ii] Sebab itu aku selalu ingatkan dirimu. Sebelum berbahas, pastikan kau tahu definisi isu yang ingin kau perbahaskan. Barulah kau tidak tersesat seperti lembu yang ditarik hidungnya oleh Sang Gembala Dungu. Akhirnya hilang ditengah hutan lalu dibaham menjadi santapan Sang Harimau.

Bermakna, apa-apa sahaja rawatan yang kau lakukan adalah EBM sekiranya mempunyai sumber rujukan berdasarkan kajian. Ini termasuklah kaedah rawatan yang salah! Oleh kerana itu, ahli perubatan menyedari bahawa lambakan kertas kajian sains yang ada pada hari ini boleh memudharatkan pesakit apabila doktor mengambil saranan rawatan dari kertas kajian secara semborono. Contoh kaedah rawatan yang salah termasuklah penolakan vaksin.

Ilmu Evidence Based Medicine ini bukan hanya sekadar ‘menepati"Hierarchy of Research Design & Level of Scientific Evidence"yang kau canangkan secara semborono di atas.

Maka tidak hairanlah aku sentiasa berasa pelik apabila seorang yang mengaku dirinya seorang doktor boleh beratus kali berbicara tentang Randomized Control Trial semata-mata. Kerana kau sendiri tidak memahami maksud Evidence Based Medicine dan juga Critical Appraisal itu sendiri.

Evidence Based Medicine memerlukan kepakaran dalam memilih jurnal, membuat critical appraisal dan menghasilkan maklumat dari kertas saintifik. Selain itu, ia juga memerlukan penghasilan keputusan secara kritikal samada satu-satu bukti klinikal itu sesuai dilaksanakan untuk pesakit dan menyediakan kaedah sistematik untuk menghasilkan satu keputusan sekiranya bukti secara langsung tidak ditemui.[iii]

Disiplin ini akan menghasilkan kaedah rawatan yang dipanggil sebagai Evidence Based Practice. Pemberian vaksin adalah salah satu darinya.


Evidence-Based Practice is defined as, "Making a conscientious effort to base clinical decisions on research that is most likely to be free from bias, and using interventions most likely to improve how long or well patients live." (Mark H. Ebell, MD, MS, Professor, University of Georgia, Editor-in-Chief, Essential Evidence Plus)[iv]

Proses menghasilkan satu-satu kaedah perubatan Evidence Based Practice berdasarkan disiplin ilmu Evidence Based Medicine ini tidak senang.  Malah, dengan mengambil hujah dari Ayu Raudhah juga tidak akan menjadikan satu-satu rawatan perubatan itu bersifat Evidence Based Medicine. Sebab bab kesahihan dan autoriti Ayu Raudhah tu sendiri dah diragui dan palsu. Jadi macam mana kau nak terima kandungan bukti dia yang mengarut tu. Biar aku tunjukkan kepadamu secara ringkasnya ilmu itu.


Apabila kau mengatakan bahawa kau tahu membuat critical appraisal dalam rangka jawapan sebegini, maka aku mula berasa khuatir dan bimbang.


Critical Appraisal yang diajarkan bukan sahaja kepada pelajar perubatan (seperti yang difahami oleh Jacknaim) tetapi seluruh ahli akademik/ahli falsafah yang melakukan kajian saintifik di segala disiplin ilmu pengetahuan, atau dalam bahasa melayu disebut juga, Penilaian Kritikal.

Aku risau sekiranya kau menggunakan disiplin ilmu critical appraisal seperti yang digunakan ahli akademik/ahli falsafah dalam bidang Ungulata dalam menghasilkan spesis seladang melalui proses kacukan silang seladang dan lembu dan menisbahkannya kepada proses critical appraisal yang dilakukan oleh doktor perubatan berhubung penggunaan vaksin.

Untuk membuat Critical Appraisal pada satu-satu kertas kajian saintifik, aku suka menggunakan kaedah yang diterangkan oleh Jane M Young dan Michael J Solomon iaitu secara langkah demi langkah dengan menggunakan sepuluh rangka soalan.




Suka aku mengingatkan dirimu bahawa Critical Appraisal ini adalah untuk menilai satu kertas kajian saintifik sahaja. Untuk kertas kajian saintifik berkenaan vaksin itu sendiri ada tidak kurang dari 10 000 kertas kajian. Aku boleh memberikan kau 100 kertas kajian tentang vaksin tidak menyebabkan autism dan kau boleh jalankan critical appraisal untuk setiap 100 kertas kajian tersebut andai kau mahu menolaknya.

Maka tidak hairanlah aku mendapati bahawa kau cukup keliru sekali dalam menyertakan gambar piramid dalam suratmu itu dan ia secara jelas menggambarkan betapa asingnya bidang perubatan dengan dirimu ini.


Jika Ayu belajar betul betul Evidence Based Medicine ni pun ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa Randomized Clinical Trial boleh menjadi faktor limitasi satu-satu kajian, tetap dipengaruhi unsur berat sebelah dan tidak boleh dijadikan 100% kriteria dalam menghasilkan satu-satu Clinical Practice Guidelines yang bertaraf autoriti paling tinggi.

Atau dalam erti kata mudahnya, Ayu sebenarnya tidak faham bahasa Inggeris. Lantas ia membawa kepada kesalahan major ayu dalam mentafsir satu-satu kertas kajian saintifik. Maka tidak hairanlah Ayu begitu tuntas sekali menyalahkan USM kerana bekerjasama dengan penjualan air I-MIZU.

Saya hanya menggunakan sumber rujukan yang diberi oleh Ayu Raudhah sendiri dan mendapati betapa jahilnya Ayu Raudhah memanipulasi sentimen yang dibangkitkan oleh kumpulan Pseudoscience Watch tentang Diploma Bekam dan Air I-Mizu. [v]

Keratan akhbar tersebut secara jelas telah mengakui bahawa pengedar I-Mizu telah memanipulasi USM dalam penghasilan produk tersebut. Perlu diingatkan bahawa keputusan USM bekerjasama dengan mereka adalah lebih kepada pembangunan keusahawanan.

The local supplier and dealer for I-Mizu, a filtration system that produces water purportedly able to treat major illnesses like cancer and diabetes, has apologised for using a promotional poster that made such bold claims during a ceremony with Universiti Sains Malaysia (USM) last week.


“That is a mistake which was made by my staff during the ceremony. It was a hectic day, and I admit we made a mistake. We cannot put such a bunting or poster promoting our products in such a way, I understand that it is not allowed, especially when we are dealing with sensitive illnesses like cancer,” Miresco’s managing director Ihsan Mohd Noh told Malay Mail Online. -

Hal yang sama diguna dalam isu diploma klinikal bekam di mana ia bukan program yang diiktiraf secara sah oleh USM sebagai program akademik mereka sebaliknya melibatkan pemalsuan dan manipulasi golongan scammer Multilevel Marketing.

Saya mencadangkan agar Ayu Raudhah berhati-hati membuat tafsiran dari bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Jika Ayu tidak pandai berbahasa Inggeris, saya sarankan agar Ayu mengupah penterjemah professional agar tidak melakukan kesalahan yang memalukan.

Buat masa sekarang, peratusan untuk bertemu dengan doktor Malaysia yang tidak pandai berbahasa Inggeris adalah tersangat kecil sekali. Oleh itu saya benar-benar berharap bahawa Ayu bukanlah doktor herba atau doktor mesin perubatan elektromagnetik palsu.

Saya tidak berniat untuk mengkritik Ayu Raudhah secara peribadi seperti yang dilaksanakan oleh beliau terhadap saya. Tetapi poin ini harus ditunjukkan secara jelas dan terang disini kerana ia menjadi punca kenapa Ayu Raudhah kerap kali melakukan kesalahan dalam mentafsir satu-satu journal perubatan.

Perbuatannya bermuka-muka mencintai Ayu Raudhah sebenarnya bertujuan memperkosa karakternya (character assassination), tikam belakang (stab back), ragukan kapasiti intelektualnya sebagai seorang doktor, agar tiada lagi ahli perubatan yang bercakap mengenai kebejatan status quo sistem yang sedia ada

Bagaimana Ayu Raudhah boleh menterjemah perbuatan tikam belakang kepada stab back? Ia adalah istilah bahasa Inggeris yang lucu. Saya risau jika orang seperti Ayu Raudhah diangkat sebagai golongan intelektual oleh ahli masyarakat, ia hanya akan menjadikan negara kita sebagai bahan lawak di persada dunia.Macam mana nak tegakkan perubatan Islam kalau bab-bab integriti pun dah gagal.

Bahkan tuduhan Ayu Raudhah ini cukup kelakar. Bagaimana saya ingin meragukan masyarakat jika saya tidak pernah mengiktiraf beliau sebagai doktor perubatan? Baca kembali artikel saya dari awal bab. Perbahasan ini dijalankan kerana Ayu ingin saya menganggap dirinya sebagai seorang doktor. Tetapi ini bukan bermakna beliau seorang doktor. Jika beliau benar-benar seorang doktor pun, mungkin bukan doktor perubatan manusia la. Nak kata Doktor haiwan pun susah sebab majoriti doktor haiwan pun pandai berbahasa Inggeris. Istilah paling tepat yang boleh saya simpulkan disini adalah, Ayu ialah Doktor Google!

Saya rasa cukuplah setakat ini. Tidak perlu teruskan perbahasan dengan Ayu Raudhah memandangkan baki tulisan beliau adalah bersifat sampah yang sudah tidak boleh dikitar semula.

Serangan peribadi terhadap saya secara jelas adalah langkah terdesak beliau untuk memalukan saya. Isu penggunaan nama Jacknaim pun menjadi soal sedangkan saya sudah berbicara panjang lebar tentang genesis nama samaran ini di dalam buku Prognosis. Rasulullah sendiri menggelarkan isterinya sebagai Si Merah Pipi. Adakah itu bermaksud inferior? Ayu Raudhah sendiri tidak menggunakan nama sebenar beliau di Facebook. Adakah itu bererti nama sebenar Ayu Raudhah membawa maksud longkang atau kandang khinzir hingga beliau begitu malu sekali untuk menggunakan nama sebenar.

Apabila orang bercakap tentang sesuatu hujah yang dikemukakan oleh Dr. Jacknaim, maka mereka akan tahu bahawa ia merujuk kepada hujah Dr. Muhamad Na’im Bin Ab Razak yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dari Universiti Sains Malaysia. Bila orang berbicara tentang hujah dari Ayu Raudhah? Masyarakat nak rujuk tentang pendapat yang dikeluarkan oleh siapa? Doktor, jururawat, doktor herba atau badut? Ayu Raudhah ni lelaki ke perempuan atau Pondan? 

Tuduhan bahawa saya cuba merogol karakter wanita pun boleh dijadikan bahan gelak. Kerana saya tidak pernah mengiktiraf Ayu Raudhah sebagai wanita. Bahkan dalam BAB 1 sudah diterangkan hipotesis disebalik jantina ayu Raudhah di Facebook sebagai perempuan. Mengatakan bahawa saya anti wanita adalah falasi kerana definisi saya terhadap Ayu Raudhah adalah beliau tidak semestinya wanita bahkan boleh sahaja seorang pondan yang dalam kegersangan. Dan saya juga tidak pernah mempermainkan cinta kerana definisi cinta juga sudah saya terangkan iaitu seboleh-bolehnya menjadikan perbahasan ini penuh dengan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.

Sayangnya, akal Ayu Raudhah tidak cukup bergeliga untuk memahami keseluruhan teks perbahasan ini. Maka dengan ini, saya mengucapkan selamat tinggal buat Ayu Raudhah.

Nasihat saya, jangan nakal-nakal. Sekalipun saya menolak untuk berbahas dengan Ayu Raudhah, saya akan mengutus surat amaran atau surat peringatan mesra andai Ayu berkelakuan nakal.

Apabila Ayu menyerang peribadi saya secara bertalu-talu, saya tetap berterima kasih. Setidak-tidaknya ia membuatkan saya kembali menginsafi kekhilafan diri saya. Saya akui bahawa saya tidak lekang melakukan dosa dan maksiat. Sepanjang hidup saya, saya juga ada mensia-siakan orang dikeliling saya. Saya hanya mampu berdoa agar segala kekhilafan saya itu akan dimaafkan oleh mereka.


Ingatlah, apabila kita cuba berlari di saat kita mula belajar merangkak, maka kita akan jatuh berkali-kali dan mencederakan diri kita jauh lebih banyak dari membina otot yang kuat. Kita mengejar seruan dunia jauh lebih banyak dari cuba mengenali diri sendiri. Kerana pada sangka kita, kita harus menjadi seperti apa yang dunia mahu kita jadi.

Kita harus hidup seperti apa yang masyarakat mahu sekalipun bercanggah dengan norma kehidupan yang sepatutnya kita lalui, biar menyimpangi ketetapan Tuhan. Lantas kita lupa akan hakikat penciptaan kita adalah untuk menemui Sang Pencipta mengikut ketetapan yang telah DIA jadikan untuk kita. Seringkali, kita angkuh dan bongkak dan berasa diri kita telah mencapai satu tahap yang menjadikan kita wali.

Aku juga pernah melalui saat itu. Sehingga pada saat ini, ada rakan-rakan yang bertanya samada aku telah futur di puncak jalan yang aku rintis. Aku pernah rasa suasana berdampingan dengan ulamak. Mencium tangan mereka. Mengambil ibrah dari kisah mereka sambil mencicip kopi panas. Dan akhirnya memberanikan diri untuk cuba merintis jalan yang mereka mahu aku lakukan.  

Berada di satu kedudukan yang tinggi tidak semestinya menjadikan kita sentiasa kebal buat selama-lamanya. Ada masanya Tuhan akan mencampakkan kita ke lembah paling dalam hingga yang dapat kita rasai hanya kesunyian. Kegelapan menjadi selimut dan hembusan nafas menjadi teman berbicara.

Ada kalanya, TUHAN mahu menguji kita dengan membiarkan kita tenggelam dalam kenikmatan dosa. Cukup besar untuk membuatkan kita akhirnya berhenti memandang rendah pada Sang Pendosa lain. Tetapi tidak cukup timbangan untuk menjadikan kita Kafir dalam menerima kebenaran Allah sebagai Sang Pencipta Paling Agung.

Aku lebih banyak mengenali tentang dunia ini di saat aku cuba merangkak keluar dari lembah paling dalam dan hitam itu. Disini aku belajar berhenti menghina Pelacur yang pernah aku lontarkan kata-kata nista sebagai Ibu dosa. Aku cuba memahami makna disebalik muka ganas sang pembunuh yang menyembelih mangsanya dengan kejam. Aku belajar erti persaudaraan disebalik bengis raut wajah seorang ahli kongsi gelap. Aku berkongsi tangisan seorang playboy yang berhenti mempercayai cinta akibat terperangkap dalam cinta nafsu tanpa bimbingan Tuhan. Aku cuba belajar erti disebalik keputusan gadis memilih untuk menduakan kekasihnya atau makna disebalik cekalnya hati seorang isteri yang mencari nikmat selain dari suaminya. Aku cuba untuk memahami dunia ini disaat aku melihat anak kecil, wanita lemah dan orang tua tidak berdaya menjadi mangsa kerakusan dunia dan mati menjadi bangkai. Ketidakadilan sistem dan manipulasi sosial yang saban hari membunuh jiwa lembut manusia dan menjadikan mereka berhati binatang sering membuat hatiku tidak tenteram.

Sehingga bila semua ini akan berterusan? Aku tidak punya jawapan kerana pencarianku masih belum menemui penghujungnya. Mungkin apabila Tuhan sudah betul-betul berada dalam hatiku hingga aku sanggup membuang selain darinya. Saat itu akan tiba andai ajal tidak terlebih dahulu menjemputku. Yang aku tahu, aku harus kekal tabah dan menjadi semakin kuat.

Hanya Kita Yang Layak Mendefinisikan Diri Kita Sendiri! Untuk menewaskan dunia, kita terlebih dahulu harus menewaskan diri sendiri. Kita harus mengenal kelemahan kita agar dapat membina kekuatan dan mengatasinya. Kita mesti tahu akan limitasi kita agar lebih berhati-hati sewaktu melintasi garisan itu.  Kita mesti cakna akan kekuatan kita agar ia dapat digandakan dan memayungi kita.

Perjalanan ini masih jauh dan panjang. Berhenti membiarkan mana-mana manusia meletakkan label pada diri kita. Kita cuma harus yakin bahawa TUHAN sentiasa bersama-sama kita. Sang Pendosa boleh menjadi Sang Pencinta Tuhan. Sang Miskin boleh menjadi Sang Kaya. Sang Bodoh boleh menjadi Sang Cerdik.

Ingatlah, Iblis dahulu pernah menjadi hamba yang bertakwa sehingga dia mengambil sifat angkuh dan sombong untuk memayungi hatinya. Maka, kita harus belajar untuk merendahkan hati kita.  Suatu hari nanti, kita akan mencapai cahaya kebenaran. Selagi kita masih percaya pada TUHAN. Dia pasti akan menunjukkan kita jalan.

Sang Pendosa Bertatih Mencari Rahmat TUHAN.
Dr. Jacknaim.
19/7/2016, 2.30AM.





[i] Claridge JA, Fabian TC, "History and development of evidence-based medicine." World J Surg. 2005 May;29(5):547-53.
[ii] Roger L. Sur and Philipp Dahm, "History of evidence-based medicine"Indian J Urol. 2011 Oct-Dec; 27(4): 487–489.
[iii] Guyatt GH. Evidence-based medicine. ACP J Club. 1991;114:A–16.
[iv] "Evidence-Based Medicine Tutorial" http://med.fsu.edu/index.cfm?page=medicalinformatics.ebmTutorial
[v] Facebook Page Pseudoscience Watch adalah 100% berbeza dengan facebook face dungu Anti Pseudoscience Watch yang muncul selepas watak Ayu Raudhah muncul. Page sampah Anti pseudoscience Watch banyak memungut hujah dari Ayu Raudhah untuk dimasukkan ke dalam page mereka. Ayu Raudhah juga banyak berkongsi post dari page ini di wall facebook beliau. Ia mendatangkan curiga buat saya bahawa pengendali akaun palsu Ayu Raudhah dan Anti Pseudoscience Watch adalah orang yang sama)