Bab 14. MEREKA YANG BERPALING



14.1 KITA WAJIB MENCARI KEBENARAN


Ke hadapan Ayu Raudhah yang saya kasihi,

Alhamdulillah, kita berada di malam terakhir Ramadhan. Semoga keajaiban akan berlaku di malam yang penuh berkat ini. Semoga Allah memaafkan kekhilafan kita di sepanjang bulan Ramadhan ini. Paling penting, kita harus sentiasa meneguhkan hati kita dalam mencari kebenaran.

Adapun demikian, dalam proses mencari kebenaran itu, paling penting adalah menanam sifat zuhud dan ikhlas untuk mengetahui sesuatu kebenaran itu. Kebenaran tidak akan datang andai kita sudah menetapkan satu konklusi sebelum pencarian itu bermula. Saya sendiri, meletak diri dalam posisi sebagai seorang yang mencari kebenaran.

Kerana itu, saya tidak pernah Islam dengan hanya bersandar kepada kenyataan saya dilahirkan dalam keluarga beragama Islam. Kembara saya untuk mengenali Tuhan bermula apabila saya merangkak menuju kedewasaan dan tahu memilih antara yang hak dan batil. Di sepanjang proses itu, saya memilih untuk menjadi Islam.  Iaitu satu ketenangan dan kedamaian yang diperolehi hasil kepatuhan dan persaksian ke atas kebenaran Tuhan yang Maha Esa. Juga mengakui tentang risalah kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Akan tetapi, saya masih jauh dari bergelar seorang mukmin. Saya masih tetap seorang pendosa dan tidak suci. Kotoran-kotoran lumpur yang terpalit pada iman hanya boleh dibersihkan melalui takwa yang harus saya buru sendiri. Maka atas dasar itu, sejujur manapun saya menulis risalah ini, saya tetap menyarankan Ayu untuk membuat kajian kembali di atas tulisan saya ini.

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.- QS. Al-Hujurat: 6

Saya bersikap ikhlas dalam menulis siri surat buat Ayu. Fakta yang saya paparkan dibentang mengikut disiplin ilmu yang telus. Saya meneguhkan janji dan pendirian pada diri bahawa saya akan berkata benar sekalipun ia pahit untuk ditelan. Akan tetapi, itu bukan bermakna Ayu harus menerima bulat-bulat kata-kata saya. Teruskan mencari kebenaran tetapi pastikan ia tertegak di atas bukti-bukti yang shahih.

Islam itu agama yang syumul dan indah. Biar saya tidak sepenuhnya Islam, tetapi saya benar-benar tertarik dengan hikmah yang Allah tunjukkan kepada kita semua untuk satu proses pencarian kebenaran. 

Allah tidak turunkan Islam dengan paksaan meminta agar umatnya menyembah dengan membabi buta. Tapi Allah meminta agar kita membuat kajian untuk menerima kebenaran itu. Jika kita lihat Al Quran itu sendiri, sudah terdapat contoh yang jelas bagaimana Allah menerangkan kepada kita akan kebenaran Al Quran. 

Dan demikian (pulalah) Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran). Maka orang-orang yang telah Kami berikan kepada mereka al-Kitab (Taurat) mereka beriman kepadanya (al-Quran); dan di antara mereka (orang-orang kafir Mekah) ada yang beriman kepadanya. dan Tiadalah yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang kafir. - Qs. al-Ankabut: 47

Walaupun, ia adalah kebenaran, manusia pasti akan cuba mencari kepincangannya. Hal tersebut sudah diketahui oleh Allah lantas mengunjurkan cabaran kepada manusia untuk membuktikan tuduhan mereka. 

Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka al-Quran tu!" Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya,  yang  lain  dari  Allah,  jika  betul  kamu  orang-orang yang benar.” – Qs Hud :13

Cabaran yang Allah berikan adalah secara berkali-kali. Apabila satu bukti gagal dibawa oleh orang Kafir, maka Allah mempermudahkan cabaran tersebut. 

Dan  bukanlah  al-Quran  ini  sesuatu  yang  boleh  diada- adakan  oleh  yang  lain  dari  Allah;  tetapi  al-Quran  itu  diturunkan  oleh   Allah   untuk   membenarkan   Kitab-kitab   yang   diturunkan   sebelumnya,  dan  untuk  menjelaskan  satu  persatu  hukum-hukum syarak  yang  diwajibkan  (atas  kamu);  tidak  ada  sebarang  syak  dan  ragu-ragu pada al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan se kalian alam. (orang-orang kafir tidak   mengakui   hakikat   yang   demikian   itu)   bahkan   mereka   mengatakan:  "Dia  lah  (Muhammad)  yang  mengada-adakan  al-Quran  menurut  rekaannya".  Katakanlah  (Wahai  Muhammad):  "Kalau  demikian,  datangkanlah  satu  surah  yang  sebanding  dengan  al-Quran   itu,   dan   panggilah   siapa   sahaja   yang   kamu   dapat   memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika  betul kamu orang-orang yang benar!.”- QS Yunus:37-38

Jika kita cuba untuk memahami kisah ini, maka kita akan faham bahawa Allah menyuruh kita mencari kebenaran. Bukan hanya sekadar menjadi pak turut. Hanya kerana sesuatu itu dibuat oleh ibu bapa kita maka kita harus melakukan perkara  yang sama. 

Jika Aminah berbicara tentang bayinya yang lumpuh akibat suntikan vaksinasi, maka kita harus siasat. Begitu juga apabila sampai berita kepada kita tentang sindiket Big Pharma untuk mengaut untung dengan menjual vaksin yang bersifat placebo atau tentang teori konspirasi untung menjahanamkan umat Islam melalui gerakan vaksinasi. Kesemua tuduhan itu harus dibuktikan kebenarannya.

Ya, mencari kebenaran itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama. Saya suka menggunakan kisah bagaimana Nabi Ibrahim S.A.W berdebat dengan kaumnya bagi mengajak mereka mencari kebenaran.

Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya, Azar, “Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan.”

Demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang yang yakin

Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah Tuhanku”, tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada yang tenggelam.”

Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah Tuhanku.” Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: “Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat.”

Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar.” Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: “Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan - QS. al-An’am: 74 – 78

Sahabatku sekalian, Al Quran dan kebenaran Allah adalah sesuatu yang hak dan tidak boleh di nafikan. Akan tetapi kenapa Allah masih tetap meminta kita mencari kebenaran itu? Kenapa kita tidak disuruh untuk mengikut secara membabi buta? Kerana kita harus dipertanggungjawabkan di atas perbuatan kita?

Dan dalam proses mencari kebenaran itu, kita harus tahu untuk membezakan hujah mana yang harus kita ambil.  Setiap bukti yang diperoleh harus diperiksa satu persatu dengan penuh cermat.

Saya tidak berani untuk menuduh Ayu sebagai seorang fasik memandangkan saya juga insan yang terpalit dengan lumpur hitam. Apa yang saya cuba lakukan disini adalah untuk mengesahkan berita yang Ayu bawakan. Segala hujah dan bukti yang Ayu bawa harus dinilai mengikut disiplin ilmu yang betul. Ini adalah untuk mencapai sebuah kebenaran dan sekaligus menolak kebatilan.

Kerana itu hujah harus dilawan dengan hujah dan fakta harus dinilai dengan fakta. Tiada kompromi.

Namun, yang merisaukan saya adalah budaya masyarakat hari ini yang gemar mencari jalan mudah berbanding memulakan satu proses pencarian kebenaran. 

Mereka rela menjadi anti vaksin cukup dengan gambar seorang bayi yang menghidap eczema teruk berserta ayat penuh emosi menyalahkan vaksinasi.


14.2 AYU LETAK JAWATAN.



Budaya masyarakat kita pada hari ini juga sukakan benda-benda yang sensasi. Emosi dan sensasi mengatasi logik akal hingga sanggup menongkah arus dan melawan kebenaran yang telah dibuktikan selama beratus tahun.

Ia bukanlah sesuatu yang pelik. Malah dapat kita saksikan juga melalui sejarah kewujudan agama yang kita anuti ini sendiri. Islam diturunkan bermula dari saat Adam dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi dengan ditemani Isterinya Hawa.

Dari Adam kepada Idris dan akhirnya membawa kepada Abraham, Moses, Jesus, dan Muhammad, ramai dari kita yang tidak pernah akur dengan kebenaran. Bahkan kita lebih gemar menjadi penentang yang nyata. Penentangan membawa kepada perpecahan akibat perbezaan ideologi. Maka tidak hairan apabila Allah katakan dalam Al Quran bahawa manusia ini pada asalnya berpegang pada satu kepercayaan agama, lalu mereka berselisih pendapat dan berpecah belah[i]. Akibatnya, kebenaran tentang Allah disembunyikan dan manusia terus menerus membuat kerosakan demi kerosakan. 

Sesuatu yang sudah dijangka oleh Malaikat!

Maka kenapa kita harus pelik jika terdapat manusia memilih untuk mencabar kebenaran yang bertaraf urusan duniawi semata-mata? Lagikan urusan agama juga boleh diseleweng dan dipergunakan sewenang-wenangnya. 

Allah telah menerangkan kepada kita bagaimana bangsa yahudi sanggup memalsukan kalam Allah demi untuk menolak kebenaran para Rasul yang membawa risalah tentang keagungan Tuhan yang Maha Satu. 

Maka apakah kita dapat menjamin bahawa sesuatu risalah yang ada pada kita hari ini, dibawa oleh satu minoriti kecil yang tidak menjadi ahli kepada sesuatu ilmu itu boleh terpakai?

Ayu Raudhah, jika Ayu ingin membina rumah maka adakah Ayu akan meminta seorang kontraktor dan arkitek membina rumah tersebut atau menyuruh bayi kecil dalam buaian untuk menggalas tugas tersebut?

Jika kita ingin belajar tentang matematik, maka adakah kita akan berlari mendapatkan guru sejarah?

Jika kita ingin belajar tentang struktur lapisan kerak bumi dan jenis batuan yang ada di setiap kerak itu, maka apakah kita pantas bertanya kepada ahli muzik?

Hal yang sama apabila melibatkan vaksin, maka apakah kita pantas bertanya kepada para keyboard warrior yang tidak punya apa-apa kelulusan dalam bidang perubatan.

Maka saya melihat terdapat keperluan untuk menjawab surat-surat Ayu di atas dakwaan Ayu sebagai seorang doktor perubatan.

Terbaru, Ayu telah mengeluarkan perkataan “Gadis Doktor” dari ruang pengenalan diri Ayu Raudhah. Saya sambut baik tindakan ini dengan penuh rasa bersyukur. Bahkan saya berterima kasih kepada Ayu atas langkah bijak yang Ayu ambil ini. Kerana tindakan Ayu untuk terus meletakkan status doktor pada profil Ayu akan menambah bala pada masyarakat kita.

“Kerana ia telah mencegah satu fitnah dari berleluasa. Lihatlah Ayu Raudhah. Bermula sebagai ‘jururawat’ dia bertukar menjadi ‘doktor’ lalu menyambung tugas menyebarkan bahaya vaksin atas kefahaman beliau sebagai seorang doktor pula.”

Sedangkan hujah dan bukti yang dikemukakan oleh Ayu Raudhah sangat rapuh dan boleh diperbahaskan tetapi masyarakat tak kan faham isu tersebut.  Mereka tidak faham disiplin ilmu perubatan dan bagaimana memilih bukti dari penerbitan jurnal perubatan untuk dijadikan kaedah pengubatan untuk penyakit-penyakit tertentu.

Adakah perbuatan Ayu membuang perkataan doktor itu membuktikan bahawa Ayu bukan doktor? Ya kerana sejarah perdebatan Ayu Raudhah dengan para doktor di alam maya tidak menunjukkan status keilmuan beliau sebagai Doktor Perubatan.  

Tindakan ini sekaligus dapat mencegah fitnah dari terus berleluasa.

Memang ada doktor moden yang menolak vaksinasi. Ya! Akan tetapi ia tidak sama dengan watak Ayu Raudhah di Facebook. Watak Ayu Raudhah menghentam vaksin secara total dari segala penjuru. Tetapi, penolakan doktor terhadap vaksin adalah berdasarkan premis tertentu. Setiap dari mereka membawa premis yang berbeza dan saya berani katakan bahawa 100% golongan ini tidak menafikan kepentingan dan keberkesanan vaksin. 

Akan tetapi, terdapat pegangan pada diri mereka yang membuatkan mereka menolak vaksinasi.  Dan faktor penolakan tersebut  telah menjadi kiblat perjuangan mereka.  Setiap dari kalangan doktor yang membawa fahaman anti vaksin ini sebenarnya bukan anti vaksin. Tetapi golongan yang memilih untuk tidak menggunakan vaksin atas sebab-sebab tertentu. Dan sebab sebab ini sebenarnya masih boleh diperdebatkan lagi.

Antaranya adalah disebabkan kaedah mereka dibesarkan sebelum memasuki kolej perubatan lagi. Sesetengah dari mereka sudah dibesarkan dengan fahaman yang menanam sentimen tertentu seperti menolak penggunaan bahan mengandungi khinzir dalam kaedah perawatan. Contoh paling terkenal ialah melalui tindakan seorang doktor di United Kingdom pada zaman sebelum Majlis Agama Eropah mengadakan mesyuarat bagi mengeluarkan fatwa menggesa masyarakat islam menerima suntikan vaksin.

Ada diantara mereka sudah hilang minat dalam bidang perubatan moden dan memilih untuk bertukar arah kepada kaedah perubatan homeopati atau chiropati. Sebahagian dari mereka dilucutkan jawatan akibat masalah integriti atau kes perundangan perubatan. Ini membawa kepada dendam terhadap badan perubatan yang menarik lesen mereka. Maka mereka ingin membuktikan bahawa kaedah perubatan moden tidak berkesan dan mula menabur fitnah jahat terhadap rawatan moden.

Sebahagian besar golongan doktor juga tidak terdedah dengan disiplin ilmu Evidence Based Medicine. Ia adalah ilmu baru kerana doktor perubatan secara tradisi bergantung kepada buku teks perubatan. Ada buku-buku tersebut sudah berumur puluhan atau ratusan tahun menjadikan ia sudah tidak releven dalam konteks dunia hari ini. Oleh itu, kemunculan lambakan jurnal perubatan menyebabkan mereka keliru dalam memilih jurnal yang benar-benar berkualiti tinggi.

Ada juga doktor yang ‘dibeli’ oleh ahli politik untuk menjalankan agenda politik kotor sepert dalam kes yang ditunjukkan di Amerika Syarikat.

Dan terakhir, doktor yang dikatakan sebagai doktor yang menolak vaksin itu sebenarnya bukan doktor yang sah. Lihat sahaja situasi di Malaysia hari ini. Ada yang pakar herba menipu, ada yang menjual mesin elektronik, ada yang mengguna kaedah rawatan menggunakan air alkali. Hakikatnya, mereka tiada tauliah dalam bidang perubatan. Kerajaan Malaysia harus memandang serius isu ini bagi mencantas golongan doktor palsu.

Dalam kes Ayu Raudhah, walaupun beliau ingin dikenali sebagai doktor tetapi niat beliau jelas. Salah satu tulisan Ayu Raudhah secara jelas menonjolkan niat beliau untuk meragukan ahli perubatan. 

Dalam erti kata lain, menyemarakkan sentimen dalam kalangan doktor perubatan dengan cara menjentik emosi mereka. Doktor yang tidak biasa dengan Evidence Based Medicine atau belajar ilmu perubatan secara tradisional akan melawan Ayu Raudhah di Internet. Ini membolehkan Ayu Raudhah memutar belit kenyataan mereka dan mencipta sensasi konon-kononnya doktor moden hari ini bodoh dan tidak tahu penipuan disebalik vaksin. Ia lantas diikuti dengan tindakan membogel peribadi atau kehidupan seseorang doktor untuk menonjolkan lagi kelemahan seseorang doktor itu.

Maksudnya, Ayu Raudhah menjadi popular bukan kerana dia berilmu. Tetapi kerana dia memenangi sensasi masyarakat. Google boleh membuatkan semua orang kelihatan bijak dan mampu memberi pelbagai jenis fakta dan penghujahan. 

Tetapi, mereka kekurangan satu perkara yang menyebabkan golongan ilmiah boleh mencantas hujah mereka iaitu mereka tidak belajar dan tahu disiplin sesuatu ilmu itu secara prinsipnya.

Kerana itu, jika anda dapati surat-surat jawapan balas Ayu Raudhah terhadap saya maka anda akan mendapti terdapat banyak bukti jelas dan konsisten yang menunjukkan dia tidak faham akan ilmu perubatan. 

Malah, saya mendapati bahawa sukar untuk saya meyakini diri sendiri bahawa beliau adalah doktor berdasarkan pengalaman berhujah dengan beliau selama beratus jam samada melalui ruangan komen, tulisan surat atau secara mesej peribadi. Ini kerana, doktor di Malaysia mempunyai lenggok bahasa dan gaya mereka tersendiri sewaktu berbicara. Corak ini adalah lebih daripada 99% sama sekalipun mempunyai taraf akademik berbeza.

Antaranya adalah 

1.      Secara terang- terangan melakukan copy-paste artikel dari doktor palsu.

2.      Melakukan kesalahan dalam menterjemah artikel bahasa Inggeris. Status kefahaman Ayu Raudhah terhadap Bahasa Inggeris sangat diragui dan terdapat banyak kesalahan menterjemah perkataan yang bersifat simple.  Malah beliau enggan berhujah dalam bahasa inggeris atas alasan ingin memartabatkan Bahasa Melayu.  Satu atau dua kesalahan bersifat tidak disengajakan. Tetapi kemungkinan untuk tersalah terjemah perkataan yang sudah sebati atau di’melayukan’ adalah tersangat rendah.

3.      Yang peliknya, istilah perubatan dalam bahasa melayu yang beliau guna juga tidak konsisten dengan istilah perubatan dalam buku teks perubatan berbahasa melayu seperti di Indonesia. Mereka yang belajar perubatan dalam masa 5-6 tahun dalam bahasa melayu pasti sudah biasa menyebut satu-satu penyakit itu dalam bahasa yang mereka pelajari. Dalam kes Ayu Raudhah, ia samada mengguna istilah bahasa melayu yang salah atau mencedok perkataan Bahasa Inggeris dan dimelayukan.

4.      Gagal memahami maksud disebalik istilah atau ayat perubatan yang dikemukakan beliau.

5.      “Bukti” yang dibawa beliau atas dasar membenarkan hujah beliau sebenarnya langsung tidak menyokong premis yang beliau bawa.

6.      Gaya penulisan dari satu surat ke satu surat Ayu Raudhah tidak sama. Secara umumnya, seseorang akan mempunyai pola penulisan yang sama dan konsisten. Mereka yang sudah biasa membaca tulisan saya juga akan mendapati bahawa rentak penulisan adalah sama. Saya telah menulis sejak sepuluh tahun yang lalu. Rentak penulisan tidak berubah. Yang berubah cuma keluasan vokabulari dan gaya bahasa.

7.      Hujah saintifik beliau hanya satu. Konon-kononnya mahu RCT atau methodologi. Tetapi ternyata beliau sendiri tidak tahu tahap kedudukan RCT dalam satu-satu kajian. Malah, terdapat faktor limitasi dan kekurangan pada kaedah RCT dijalankan atau ditafsir keputusan kajiannya dan ini diakui dalam disiplin Evidence Based Medicine 

Saya tidak akan membuat kesimpulan samada Ayu Raudhah adalah seorang doktor ataupun tidak. Yang pasti, saya sudah memberikan hujah saya dan terserah kepada anda untuk membuat keputusan anda sendiri. 


Masyarakat Malaysia hari ini sangat pelik. Mereka katakan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap doktor. Tapi, kenapa mereka boleh percaya kepada doktor palsu atau yang sudah berpaling dari ilmu perubatan moden?

Ini kerana, kata-kata doktor yang bersifat berat sebelah biasanya laku dalam golongan masyarakat.  Ambil sahaja kes seperti Dr S, Dr Z yang mempromosi kaedah homeopati. 

Masyarakat melihat ajaran mereka ini sebagai satu kebenaran yang tidak dapat dipertikaikan. 

Begitu juga apabila Dr H. A menyiarkan artikel berhubung kelahiran alami, ia menjadi viral dan ikutan masyarakat tanpa cuba menilai fakta sains yang dikemukakan.

Ada yang berkata bahawa Ayu Raudhah adalah Dr H. A. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut di atas beberapa premis pemerhatian saya. Pemerhatian saya boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Kerana, hanya Ayu Raudhah yang tahu siapa diri beliau sendiri. Namun, suka kiranya saya menyentuh sedikit isu berkenaan dengan Dr H. A dan perkongsian beliau tentang kelahiran Alami.

Saya tidak mengenali Dr  H. A secara peribadi begitu juga Ayu Raudhah. Apa yang saya dengar berdasarkan Dr H.A tidak boleh digunakan sebagai satu hujah lengkap untuk merumuskan tentang diri beliau. Akan tetapi, penilaian saya terhadap tulisan beliau yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Nurul Jannah sedikit sebanyak dapat mengaitkan personaliti beliau seperti yang diberitakan oleh rakan-rakan doktor perubatan yang lain. 

Dalam saya meneliti hujah Dr H. A berkenaan kelahiran Alami ini, saya ingin para pembaca bersikap terbuka. Tulisan ini boleh sahaja menjadi fitnah terhadap Dr H.A sekiranya bukan beliau yang menulisnya. Ini kerana, saya tidak menemui sumber asal daripada beliau sendiri. Disebabkan terdapat unsur keraguan pada sumber bukti ini, maka saya gambarkan kupasan isu saya terhadap bab ini lebih kepada satu perkongsian semata-mata.

Dalam erti kata lain, apabila satu sumber fakta itu diragui sumber dan kesahihannya maka ia secara automatik tertolak dari menjadi bahan kes yang boleh digunakan dalam perbahasan. Akan tetapi, ia adalah sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Fakta yang diragui sumber dan kesahihan walaubagaimanapun boleh dijadikan sebagai satu pengajaran atau cetusan idea untuk mengkaji sesuatu point yang dinyatakan dalam risalah tersebut.

Akan tetapi, tulisan Dr H.A tetap mempunyai nilai saintifik dan sains. Cuma ia lebih kepada kesalahan dalam memahami nilai saintifik. Ia berbeza dengan tulisan Ayu Raudhah yang langsung tidak saintifik dan mempunyai kekeliruan yang nyata.

  
14.3 KELAHIRAN SEMULAJADI MENURUT ISLAM


Islam adalah agama dari pencipta seluruh alam semesta dan pastinya kelahiran semulajadi menurut Islam adalah yang terbaik dan memenuhi fitrah manusia.

Membincangkan isu kelahiran alami adalah satu topik yang besar kerana terdapat pelbagai motif yang menjadi tunjang kepada gerakan kelahiran alami di rumah. Ia sama sahaja dengan faktor yang membawa kepada gerakan antivaksin. Akan tetapi, dengan mengambil kira tentang konteks Malaysia maka kita tidak boleh menafikan bahawa motif agama dalam menghalang usaha vaksinasi dan pembanterasan kelahiran di rumah, adalah berakar umbi dari satu sistem kepercayaan yang hasil dari gerakan islam kontroversi yang telah diharamkan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, golongan ini kekal menjadi minoriti. Mengikut teori WHO, mereka ini adalah golongan yang dipanggil sebagai “Refuse All” Mereka tidak akan sama sekali menerima vaksin biarpun telah dijelaskan hukumnya oleh para ulamak kerana mereka mempunyai mujtahid sendiri dalam budaya beragama mereka.

Saya tidak menafikan bahawa gerakan Islam ini membawa satu gelombang baru dalam beragama yang mendekatkan umatnya kepada prinsip beribadat secara total. Akan tetapi, kesan pemikiran mereka turut meresap masuk dalam minda ahli perubatan sendiri. Golongan minoriti ini secara diam telah menanam benih keraguan pada budaya sains moden atas alasan kurang kebergantungan pada Allah. Maka tidak hairan, ada ahli perubatan yang mula menolak kaedah perubatan moden atas alasan tidak islamik.

Dalam kes Dr H.A, saya tidak menuduh beliau sebagai ahli gerakan islam yang diharamkan tersebut. Ia boleh sahaja berpunca dari masalah personaliti beliau yang tidak sesuai dibincangkan secara umum. Biarlah doktor pakar meneruskan siasatan kes tersebut dan penjelasan lengkap tentang keadaan kesihatan beliau tidak harus disebarkan secara umum.

Akan tetapi, terdapat persamaan pemikiran dalam kalangan para doktor yang pernah ditarbiyyah mengikut sistem bawaan mujtahid ini. Pegangan mereka boleh dinilai berdasarkan buku Susunan Dr Ing Abdurrahman Riesdam Effendi & Dr Ing Gina Puspita[ii]

Ya, saya tidak nafikan bahawa Islam adalah agama yang syumul[iii]. Kita wajib percaya dengan Islam dan Allah. Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Tuhan Semesta Alam.Itu adalah makna dan pegangan yang menjadi tarikan terhadap Islam. 

H. Syakir Jamaluddin, S.Ag., MA menjelaskan bahawa, “Sesiapa yang manusia tidak dibenarkan memisahkan aktivitas hidupnya, sebagian untuk Allah dan sebagiannya lagi untuk yang lain. Semuanya harus total dipersembahkan hanya kepada Allah SWT: Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†َّ صَلاَتِÙŠ ÙˆَÙ†ُسُÙƒِÙŠ ÙˆَÙ…َØ­ْÙŠَايَ ÙˆَÙ…َÙ…َاتِÙŠ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†َKatakanlah, sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Pemelihara alam semesta.“ (QS. Al-An‘âm/6: 162) Selain itu, Allah menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna (QS. Al-Tîn/95: 4) dan paling dimuliakan Allah dengan memberinya berbagai kelebihan dibanding makhluk yang lain (QS. Al-Isra’/17: 70).[iv]

Akan tetapi, ia tidak harus menjadi asas kepada kita untuk meneruskan sentimen tersebut dalam gaya penulisan kita. Memulakan penulisan dengan nama Allah dan Islam adalah satu penarik minat kepada masyarakat yang sedang mencari Allah dan Islam.


Dalam soal kelahiran ini ia menjadi sangat lengkap sekiranya aspek kawalan emosi, ketakutan semasa melahirkan , aurat dan pengurangan rasa sakit dapat diambil kira secara syumul.

Ayat ini adalah ayat terbaik dalam memainkan sentimen dan emosi pembaca. Setelah dimulakan dengan ayat pembukaan tentang Islam yang bersifat fitrah, maka ia membawa kepada kepincangan satu-satu sistem yang dilihat bercanggah dengan prinsip Islam seperti yang diterangkan dalam mukaddimah artikel. Dalam erti kata lain, teknologi sekarang tidak dapat menandingi kesyumulan Islam. Ia adalah benar tetapi ditafsir dalam konteks yang salah.


Mengandung adalah proses yang sangat suci kerana penciptaan manusia adalah suatu proses yang sangat suci tidak kira sama ada anak itu anak luar nikah atau anak siapa sahaja kerana semua itu Allah yang menjadikan.

Lantas beliau memainkan kembali sentimen tentang isu kesucian proses kelahiran. Membawa kepada proses menisbahkan segala kejadian itu dengan kehendak dan ketentuan Allah. Ayat ini langsung tidak salah. Ia menggambarkan kepintaran intelektual seorang penulis. Dalam kes ini, sesuai dengan status Dr H.A sebagai seorang ahli akademik. Tetapi ayat ini akan menanam sentimen dalam minda pembaca bahawa sekiranya berlaku bencana dalam proses kelahiran alami, maka itu adalah takdir Allah. Dan Doktor H. A tidak patut dipertanggungjawabkan atas kecelakaan tersebut.

Allah menjadikan kandungan itu berada di dalam sebuah tempat yang dinamakan dengan namaNYA (Ar Rahim), menunjukkan bahawa rahim kita dalah sangat luarbiasa untuk menghasilkan jumlah anak yang unlimited mengikut ketentuannya dan membolehkan vaginal birth after Caesar walaupun selepas beberapa kali operation.

Ayat ini membawa kepada konklusi tentang pembentukan elemen luar biasa dan kehebatan yang melampau dan dihasilkan melalui faulty reasoning

Beliau cuba mengaitkan tentang kehebatan Rahim tetapi pada masa sama menggambarkan kekeliruan pemikiran beliau. Akal beliau mentafsirkan kehebatan rahim melalui kebolehan rahim untuk menghasilkan jumlah anak yang unlimited.

Ia lantas bertentangan dengan fitrah penciptaan manusia seperti yang digariskan oleh Allah S.W.T sekaligus menafikan ayat bahawa rahim adalah sangat luar biasa. Paling jelas adalah melalui ayat tentang menopause.

“Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (menopause) diantara perempuan-peremuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa idahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan……. “- QS. at-Talaq:4.

Ayat ini secara tidak langsung menolak hujah sifat luar biasa rahim untuk menghasilkan anak yang unlimited dan membuktikan bahawa Allah menciptakan rahim sesuai dengan keinginanNYA. Untuk menjalankan fungsinya mengikut fitrah yang ditetapkan.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin mnyempurnakan susuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf…..”- QS. Al-Baqarah:233

Hikmah menyusu bayi selama dua tahun secara penuh atau dalam sesetengah riwayat mengatakan sebagai 21 bulan atau 2 tahun setengah menunjukkan kepada kita secara tidak langsung, bahawa Rahim bukanlah bersifat unlimited atau superior. Ini menunjukkan bahawa ibu perlu berehat setelah melahirkan bayi bagi memulihkan kembali fungsi alat peranakan ini. Sekalipun proses mengandung boleh berlaku jika hubungan kelamin dilakukan dalam proses menyusu bayi ini, ia hanya akan melemahkan lagi sistem peranakan. Ini selari dengan firman Allah S.W.T

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu- bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannnya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan…” -QS. al-Ahqaf:15

Maka hujah-hujah di atas jelas menunjukkan bahawa kekuatan rahim adalah terbatas. Ia menunjukkan hikmah bahawa terdapat keadaan di mana intervensi perlu dilakukan apabila terdapat punca kelemahan itu.

Sebagai contoh, kelahiran bayi secara alami di rumah memberi risiko kepada pendarahan selepas bersalin atau apa yang kita katakan sebagai Post Partum Hemorrhage. Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai punca. Antaranya mengandung terlalu ramai anak, proses meneran yang berlebihan akibat kandungan bermasalah, kecederaan pada saluran peranakan dan rahim juga disebabkan penempelan plasenta yang tidak normal.

Pada zaman Rasulullah, tidak ada sebarang intervensi yang boleh dilakukan bagi mencegah komplikasi ini. Akibatnya, ramai Ibu-Ibu yang melahirkan bayi di rumah meninggal dunia. Ia membawa kepada hadis Rasulullah tentang status kematian ibu-ibu ini sebagai syahid.

“Ada tujuh mati syahid selain mati dalam peperangan membela agama: orang yang mati karena terserang wabah tha’un (kolera), orang yang mati karena tenggelam, orang yang mati karena sakit pinggang, orang yang mati karena sakit perut, orang yang mati karena terbakar, orang yang mati karena tertimpa reruntuhan dan perempuan yang mati karena kehamilan dan persalinan.” - HR. Abu Dawud.

Adakah ini semua menggambarkan kelemahan Allah S.W.T dalam mencipta manusia? Nauzubilla hi min zalik! Tidak. Ia tidak langsung menggambarkan kelemahan Allah. Sebaliknya, Allah menjadikan sesuatu itu mengikut ketetapan dan keinginannya. Kerana Allah tahu bahawa suatu masa nanti, manusia akan sampai ke tahap untuk berfikir tentang ciptaan Allah ini lantas memberi peluang untuk hambanya membuat pilihan. 

Hakikatnya, pilihan yang Allah berikan adalah hasil daripada perkembangan ilmu yang kita nikmati atas izin Allah S.W.T itu sendiri. Maka, apabila kajian sains moden mendapati penemuan yang pada hakikatnya dinisbahkan kembali kepada Al Quran dan Sunnah, maka kita akan mendapati bahawa kehebatan mukjizat Al Quran ini adalah untuk membuatkan manusia berfikir.

Maka tidak hairanlah, dalam Al Quran dinyatakan secara berulang kali kalimah, Mengapakan manusia tidak berfikir?.”


Kerana setiap kali roh itu ditiupkan, maka Allah telah menjanjikan kelahiran normal kepada anak itu, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan semua drugs yang diberikan semasa mengandung , proses kelahiran dan selepas bersalin.

Sekali lagi tulisan Dr H. A ini dihasilkan melalui konklusi beliau sendiri tanpa menilai kembali ilmu yang digariskan oleh Allah S.W.T di dalam Al Quran. Ia adalah pernyataan yang berbentuk pendustaan yang di buat atas nama Allah S.W.T. 

Allah tidak pernah berjanji bahawa setiap kelahiran itu akan menjadi normal walaupun tanpa adanya ubat-ubatan yang diberi baik semasa mengandung, proses kelahiran atau selepas bersalin.

“……………dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;………….”- Sebahagian Ayat Surah Al Hajj: 5

Setiap kandungan itu mempunyai masa depan atau nasibnya tersendiri sesuai dengan rencana Allah S.W.T.  Ulamak membahaskan ayat ini sebagai nasib janin itu samada mengalami keguguran, dilahirkan ke dunia secara sempurna sifatnya atau mempunyai kecacatan. Ataupun istilah ‘ditentukan lahirnya’ ini membawa maksud masalah atau komplikasi yang bakal dihadapai bayi ini. Hakikatnya, nasib bayi yang dikandung ini juga bergantung kepada perkembangan ilmu yang telah Allah kurniakan pada manusia. 

Mungkin sahaja nasib bayi itu adalah meninggal dunia kerana masalah kepalanya yang terlampau besar atau songsang memustahilkan proses kelahiran secara normal. Tanpa ilmu dan perkembangan sains, bayi itu mati. Dengan adanya ilmu dan perkembangan sains, maka bayi itu hidup apabila pembedahan Cesarean Section dilakukan.

Ayat Al Quran tersebut juga tidak bercanggah dengan premis bahawa terdapat masalah kesuburan, atau sindrom di mana wanita mempunyai rahim yang kuat tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mengandung. Ia tidak menggambarkan kekurangan atau kelemahan Allah. Tidak sama sekali! Ini kerana, Ayat Al Quran tersebut hanya bercerita tentang fitrah normal proses kejadian bayi tanpa membahaskan masalah yang tidak normal. Ini adalah pernyataan Al Quran yang berbentuk kenyataan positif tanpa membincangkan unsur negatif secara mendalam.

Jadi, tidak ada istilah perkembangan ilmu dan sains menyalahi ilmu kejadian manusia secara fitrah. Juga tidak ada keperluan untuk melabelkan intervensi moden pada hari ini menyebabkan kecelaruan fitrah.

Allah juga menetapkan dalam surah Luqman ayat 34:….Dialah yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim…Lalu dengan ini Allah menyuruh kita memberikan sepenuh pengharapan kepadaNya dalam keselamatan anak kita. Tapi dunia yang dikatakan moden hari ini menyebabkan kita kurang bergantung kepada Allah.


Tidak ada sesuatu yang Allah ciptakan secara sia-sia. Ayuh kita kembali kepada Al Quran yang meminta kita berfikir selari dengan disiplin ilmu yang penuh dengan takwa.

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ´Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa´at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?- QS Yunus:3

Benar, kebanyakan masyarakat moden hari ini lupa untuk bergantung pada Allah dan percaya kepada sains 100%. Maka itu adalah tanggungjawab dan peranan doktor muslim diberi tugasan sebagai seorang perawat. Untuk mengingatkan masyarakat tentang kenyataan tersebut. 

Hal yang sama berlaku pada kelahiran alami dan vaksin. Allah telah menetapkan satu-satu premis atau keadaan yang boleh berubah berdasarkan ilmu dan takwa. Maka, mengapa kita mahu menolak kebaikan atas dasar agama sedangkan ia bukanlah ketentuan yang Allah inginkan.

Mengikuti sesuatu ketentuan tanpa didasari iman dan kebenaran atau bersandar semata-mata kerana takdir adalah perbuatan yang dicela oleh Allah S.W.T.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.- QS Al Araf:179


Kenapa Allah samakan golongan ini seperti binatang ternak? Kerana binatang ternak tidak memiliki fakulti intelek yang tinggi. Kerana itu, bermula dari penciptaannya hingga ke hari ini, tidak ada seekor kambing pun menjadi ahli sains dan tidak ada seekor lembu pun menjadi doktor. 

Sedangkan manusia berevolusi selari dengan kehendak Allah. Membina disiplin ilmu perubatan, kesihatan, dan teknologi untuk membantu proses mengikut sunnah dan ketentuan Allah di atas dunia ini.


Kehadiran scan menyebabkan orang lebih suka padanya untuk kepastian anak di dalam kandungan itu sihat.

Secara perlahan-lahan, sikap kebencian terhadap intervensi moden atau teknologi mula timbul dalam artikel tulisan Dr H. A ini. Maka ia selari dengan teori saya berhubung gerakan Islam yang pernah diharamkan dulu dengan sentimen perkembangan sains dan teknologi yang tidak selari dengan ajaran Agama Islam.


Banyak kajian telah menunjukkan soundwave dari scan itu boleh memusnahkan neuron-neuron saraf janin kita. Setiap kemajuan ada komplikasinya..kerana itu sebenarnya tiada istilah kemodenen tanpa memastikan aspek keselamatan.Dan siapa yang boleh menjamin keselamatan itu? Hanya Allah sahaja, jadi belajar berbaik-baik dengan Allah dari saat ini dalam setiap percaturan hidup kita yang telah diaturkanNya.


Hujah ini kembali menyokong penentangan terhadap teknologi dan peranannya dalam kehidupan manusia. Saya tidak menafikan bahawa sesuatu teknologi yang dicipta itu tidak mempunyai kesan sampingan atau seratus peratus selamat. Bahkan ia mempunyai kebenarannya jika kita lihat kembali Ayat Al Quran tentang penciptaan manusia yang akan membawa kerosakan pada bumi. Akan tetapi adalah sukar untuk kita menisbahkan secara total penciptaan teknologi itu adalah penyebab kepada kemusnahan.

Ya, Ultrasound scan mempunyai sedikit komplikasi  menyebabkan gangguan kepada tisu bayi berdasarkan tiga teori iaitu Penghasilan Haba, pembentukan kaviti dalam organ yang mempunyai poket gas seperti paru-paru atau usus dan kecederaan disebabkan oleh kelajuan ombak bunyi yang dihasilkan oleh Ultrasound.

Sejauh mana keberkesanan teori ini masih belum dibuktikan secara sahih memandangkan banyak kajian dilakukan menggunakan tikus makmal atau ektrapolasi data secara teori. Namun, ia menjadi satu hujah tetap oleh golongan yang mencanang idea kelahiran semulajadi termasuklah doktor perubatan sendiri. Contohnya adalah  Dr. Sarah Buckley, MD yang menulis buku Gentle Birth, Gentle Mothering. Teori ini turut dijdikan hujah oleh pengamal perubatan alternatif seperti Chris Kresser.

Kerana itu saya berpendapat bahawa teknologi itu harus dilakukan sesuai dengan keperluan. Tidak ada doktor yang menyarankan agar ultrasound dilakukan setiap minggu atau setiap hari. Untuk kandungan yang normal, cukup dua kali sahaja seperti yang dicadangkan oleh NICE Guideline UK iaitu antara 8 ke 14 minggu dan antara 18 dan 21 minggu Hanya kandungan bermasalah yang memerlukan siri pemeriksaan ultrasound berkala.

Menyalahkan teknologi semata-mata sebagai punca kerosakan juga adalah satu kesalahan intelek terbesar dunia. Kaedah natural birth itu sendiri boleh sahaja menjadikan manusia sebagai “tangan-tangan yang melakukan kerosakan.” 

Kaedah water bath delivery di mana ibu berendam di dalam kolam berisi air boleh sahaja menyebabkan pembaziran. Penggunaan aromaterapi yang dihasilkan secara kimia mungkin memberi ketenangan tetapi juga tidak dapat dibuktikan keselamatannya seratus peratus. Penggunaan colok tidak dapat menolak risiko bahawa terdapat ibu mengandung yang alah pada asap dan boleh menyebabkan serangan asthma. Membiarkan ibu mengalami kesakitan melampau tanpa intervensi juga boleh menyebabkan kemudharatan dari segi emosi dan fizikal.

Maka, ia jelas menunjukkan bahawa terdapat risiko dalam setiap pilihan yang dibuat. Akan tetapi, menyalahkan teknologi adalah satu kebiadapan atas perkembangan ilmu yang pada hakikatnya diilhamkan oleh Allah melalui firmannya yang meminta agar kita berfikir.


Menurut fisiologi kelahiran(labour), hormone yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oxytocin, prostaglandin. Hormon oxytocin adalah hormone yang sangat istimewa kerana dengan rembesannya dapat meningkatkan pain threshold(mengurangkan rasa sakit), menyebabkan susu terus keluar selepas kelahiran, positif minds, meningkatkan sel2 imun dalam badan.etc

Kenyataan ini mengandungi kesalahan saintifik yang sangat jelas, menggambarkan kekeliruan beliau sendiri sebagai seorang doktor yang tidak mendalami ilmu perbidanan secara spesifik. Lantas, ia menolak hujah sesetengah masyarakat yang hanya ingin doktor wanita sahaja menyambut kelahiran.

Faktor kepakaran tidak bergantung kepada jantina apa dia menjalani kehidupan sebagai seorang doktor. Tetapi semangat menuntut ilmu yang tinggi dengan penuh berdisiplin dan pengorbanan untuk meninggalkan keinginan diri demi untuk meningkatkan kepakaran itulah yang menjadikan seseorang doktor itu pakar dan berkualiti.

Tidak dinafi bahawa Oxytoxin dikenali sebagai  love hormone selaku nama manjanya. Ia meningkatkan deria rasa intim terhadap bayi dan menyediakan wanita untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Akan tetapi, proses kelahiran itu sendiri dicipta untuk menghasilkan rasa kesakitan yang seterusnya membawa kepada siri kontraksi dinding rahim melalui proses yang dinamakan sebagai Positive Feedback.  Malah ia juga memainkan peranan penting dalam proses fetal ejection reflex yang membawa kepada kelahiran bayi di dunia.

Kerana itu, ubat penahan sakit yang digunakan semasa proses kelahiran di hospital akan menghentikan proses penghantaran rasa sakit pada otak ibu tetapi pada masa yang sama mengekalkan fungsi oxytoxin pada paras yang diperlukan. Sesetengah ubat-ubatan tahan sakit boleh mengganggu fungsi hormon ini tetapi dalam keadaan yang terkawal. 

Tapi ,mengapa proses melahirkan itu sakit? Hormon oxytocin dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan sex dan menyusukan anak..tapi kedua2nya tidak menyakitkan ..kerana apa? Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta. Kebanyakan rasa sakit adalah disebabkan persepsi negative dan rasa takut dengan pelbagai kemungkinan. Memori kita ada menyimpan maklumat yang kita baca dari majalah dan surat khabar tentang komplikTapi ,mengapa proses melahirkan itu sakit? Hormon oxytocin dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan sex dan menyusukan anak..tapi kedua2nya tidak menyakitkan

Sekali lagi Dr H. A gagal untuk memahami peranan hormon dalam fungsi fisiologi tertentu badan. Hormon oxytoxin sememangnya terlibat dalam proses menyusu bayi. Saya ingin bertanya kepada golongan ibu semua. Adakah proses penyusuan susu bayi langsung tidak menyakitkan? Adakah proses suckling reflex dari bayi yang menyedut susu tidak memberi sedikit rasa sakit? 

Begitu juga ketika hubungan seks. Adakah proses hubungan seks itu tanpa ada rasa kesakitan?

Hormon bertindakbalas dalam tubuh mengikut aturan sains yang sangat menarik. Ia tidak bertindak sendirian sebaliknya dikawal oleh satu proses yang dinamakan sebagai homeostasis. Proses ini memastikan keseimbangan fungsi tubuh bergantung kepada fungsi optimum sesuai dengan keadaannya. 

Perembesan oxytoxin ketika proses kelahiran sememangnya untuk menyebabkan kesakitan kerana peranannya adalah untuk menguatkan kontraksi rahim dan membawa kepada proses kelahiran bayi. Ia kemudiannya membawa kepada siri perembesan hormon lain seperti prostaglandins, adrenaline dan noradrenaline. Kesemuanya dikawal oleh sistem homeostasis.

Adapun demikian, fungsi hormone ini pasti berbeza mengikut proses fisiologi tubuh lain termasuklah sewaktu menyusukan bayi dan melakukan hubungan seks. Sedikit kesakitan tersebut akhirnya diseimbangkan oleh hormon-hormon lain yang membawa kepada rasa nikmat atau bonding.



..kerana apa? Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta. Kebanyakan rasa sakit adalah disebabkan persepsi negative dan rasa takut dengan pelbagai kemungkinan. Memori kita ada menyimpan maklumat yang kita baca dari majalah dan surat khabar tentang komplikasi kelahiran dan ini menakutkan kita. Siapa yang boleh menenangkan kita? Allah..kerana Dia yang mencipta kita dan hati kita…pengharapan kita perlu tinggi dan bersangka baik pada Allah, maka Allah akan sentiasa memelihara kita. si kelahiran dan ini menakutkan kita. Siapa yang boleh menenangkan kita? Allah..kerana Dia yang mencipta kita dan hati kita…pengharapan kita perlu tinggi dan bersangka baik pada Allah, maka Allah akan sentiasa memelihara kita.


Sebaik sahaja bayi dilahirkan,  oxytoxin terus menjalankan peranan untuk menyebabkan kontraksi rahim dan mengelak berlakunya tumpah darah. Seterusnya tubuh akan meningkatkan pengeluaran hormon prolaktin yang akan bekerja bersama oxytoxin bagi merembes penghasilan susu. Bersama-sama dengan perembesan satu lagi hormon iaitu beta endorphin, ia memberi rasa ketenangan dan kelegaan pada ibu. Proses penyusuan yang pada awalnya membawa sedikit kesakitan bertukar kepada rasa kasih sayang dan intimasi.

Artikel ini adalah bersifat khianat terhadap ilmu sains berkenaan fungsi hormon dalam proses fisiologi tubuh. Ia menyebabkan salah faham kepada masyarakat dan sangat berbahaya sekali.

Sebagai wanita yang lemah kita mendambakan pertolongan suami, maka suami berperanan penting dalam proses kelahiran. Suami harus mempunyai persepsi yang sama dengan anda untuk melakukan homebirthing ini. Suami-suami yang merasa bertangungjawab sepenuhnya seharusnya berani mengatasi ketakutan dan ini sebenarnya suatu benda yang sangat baru dalam masyarakat kita.

Perubatan moden tidak pernah menolak peranan suami dalam isu ini. Kerana itu lebih banyak dewan bersalin dibina dengan konsep father friendly yang membenarkan bapa berada bersama-sama ibu ketika proses kelahiran melainkan terdapat masalah kecemasan yang memerlukan mereka keluar dari bilik bersalin tersebut. 


Islam datang ke Malaysia selepas perang salib, maka banyak aspek kehidupan yang tidak diubah menurut Islam kerana ilmu itu tidak sampai ke masyarakat kita.

Dr H.A cuba meniup sentimen kebencian beliau terhadap konflik perang salib lantas membawa kepada hujah kedatangan Islam selepas perang salib menyebabkan ilmu perubatan tidak diubah menurut islam. Ia adalah satu keyataan yang sangat tidak masuk akal dan didirikan di atas premis sentimen beragama yang melampau. Fahaman sebeginilah yang boleh membawa kepada peningkatan organisasi keganasan dunia yang membawa fitnah kepada Islam seperti Al Qaeda dan ISIS.

Perang Salib adalah sejarah. Begitu juga sejarah kemasukan Islam ke negara kita. Malah, Islam juga tersebar ke Tanah Melayu melalui negara yang tidak terlibat dengan Perang Salib. Apabila membicarakan konteks penyebaran Islam ke tanah melayu, kita tidak harus melihat kepada penyebaran Islam di Malaysia sahaja. Ini kerana, gugusan tanah melayu pada waktu tersebut merangkumi sebuah kerajaan yang sangat luas dan dikenali sebagai Rumpun Melayu.

Kedatangan Islam ke Rumpun Melayu berlaku sebelum Perang Salib berakhir atau lebih tepat lagi sewaktu perang salib hampir berakhir. Ia dapat dijelaskan dalam konteks yang cukup mudah sekali iaitu berkadar langsung dengan perkembangan empayar Islam yang semakin kuat ekoran kejatuhan empayar kerajaan-kerajaan Salib. Apabila tamatnya perang Salib, Islam berkembang dengan pesat di Tanah Melayu selari dengan pertambahan kekuatan Empayar Islam.

Perang salib berlaku dalam lapan gelombang bermula dengan perang salib pertama pada tahun 1096-1099 diketuai oleh Raymond of Saint-Gilles, Godfrey of Bouillon, Hugh of Vermandois dan  Bohemond of Taranto. Mereka menuju ke Byzantium untuk berperang dengan Kerajaan Turki  dan sebahagiannya menyebabkan krisis dengan dengan Yahudi.

Gelombang kelapan bermula dari tahun 1249 yang diketuai oleh King Louis IX of France menentang kerajaan Mesir. Ia seterusnya membawa kepada siri peperangan yang berakhir pada tahun 1290 berikutan kejayaan Al Ashraf Khalil menawan Pelabuhan Acre.[v]

Pengislaman Merong Mahawangsa pada tahun 1136, Pengislaman Samudera Pasai pada tahun 1267 dan catatan seawal tahun 1292 oleh Marco Polo yang menemukan daerah Pasai dan Perlak yang diperintah oleh pemimpin Islam secara jelas telah menolak hujah yang dikemukakan oleh Dr H.A ini.


Tetapi Islam telah lama sampai ke China, India dan ilmu lotus birth itu adalah sebenarnya ilmu Islam.Jikalau kita kaji kitab-kitab mereka maka kita akan dapati ada banyak persamaan Cuma mereka terpesong dari segi akidah sahaja dan banyak menggunakan unsure-unsur pemujaan dan kebergantungan dengan benda semulajadi dan ini yang dipandang ulama’ sebagai haraam. Tapi ulama tidak menyediakan alternative lain dan doctor muslim tenggelam dalam duni aperubatan yang penuh kesibukan.

Ini adalah satu kenyataan yang sangat mengarut dan tidak masuk akal dengan menisbahkan kelahiran lotus dengan ketamadunan islam. Ayat beliau sendiri menggambarkan kekeliruan melampau. 

Perbezaan utama antara Islam dan agama lain adalah dari segi akidah. Bagaimana anda katakan terdapat persamaan antara Islam dan agama lain sedangkan akidah itu sendiri sudah berbeza.  Sedangkan akidah itulah yang menjadi tunjang kepada perbezaan besar antara Islam dan agama lain walaupun mempunyai persamaan dari segi sudut muammalat.

Kelahiran Lotus sendiri contohnya adalah amalan untuk membiarkan plasenta tertanggal sendiri dari tali pusat. Asal usul yang tepat tentang amalan ini tidak diketahui tetapi berkait dengan beberapa teori. Antara yang paling tepat untuk menggambarkannya adalah dengan menilai dari konteks sejarah agama. 

Ia adalah inspirasi atau saduran dari kisah kelahiran Tuhan Brahma[vi] yang dilahirkan dari bunga lotus yang tumbuh daripada pusat Tuhan Vishnu. Ia adalah simbol tentang konsep kelahiran semula selepas semua ciptaan di dunia dihapuskan dan memasuki maharloka (Tahap keeempat dunia atasan). 

Ia juga dikatakan berasal dari prinsip Ahimsa (keadaan untuk tidak melakukan keganasan) seperti yang dipelopori oleh Mahatma Gandhi.

Kaedah memotong tali pusat telah dikesan sejak dari abad ke 17 lagi.[vii] Tidak dinafikan bahawa amalan ini berubah dari semasa ke semasa. Malah terdapat beberapa penemuan baru yang mencadangkan bahawa pemotongan tali pusat boleh di lambatkan. Tetapi, ia adalah bergantung kepada polisi kelahiran bayi di sesebuah negara.

Apa yang anda perlukan semasa sakit kontraksi sudah bermula adalah bilik yang privasi untuk anda dan suami dan sehelai hamparan di lantai (ikut sukalah , hamparan yang mudah dibasuh kemudian). Dan bermulalah proses kelahiran di mana suami akan berperanan untuk mengusap2 dan merangsang isteri secara sangat lembut seperti mukadimah hubungan kelamin, bercium (french kiss) yang melibatkan proses menghisap adalah satu respon semulajadi untuk mengurangkan rasa sakit…( kalau perasan, baby yang tgh ada abdominal colic, dia akan asyik nak menyusu je because sucking can reduce pain) …Buatlah ikut imaginasi suami sendiri untuk merangsang isteri dan sangat digalakkan menggunakan kurma dalam proses ini(kurma ada tannin yang boleh mengelakkan pendarahan selepas bersalin)..air pun harus disediakan jika kita berasa haus.

Seperti yang saya jelaskan, proses kelahiran dan hubungan seks melibatkan interaksi di antara hormon oxytoxin dan hormon badan yang lain. Fungsi hormon oxytoxin sewaktu kelahiran dan hubungan seksual adalah sedikit berlainan. Sedikit hormon endorphin dapat membantu mengawal paras hormon oxytoxin sewaktu proses kelahiran. Tetapi menisbahkan proses endorphin dengan hubungan seksual bagi saya adalah kecelaruan minda penulis. 

Apabila ada perasaan yang anak akan keluar (perasaan spt nak hampir klimaks), duduklah di atas hamparan tadi dlm keadaan isteri bersandar di badan suami(menghadap kiblat) . Suami melunjur dan membuka kangkangnya , sementara isteri duduk di hadapan suami , dan kaki dilipatkan ke atas dan mengangkang. Tangan suami memeganag kedua-dua belah kaki isteri. Pada posisi ini proses rangsangan seksual diteruskan dan akhirnya bayi akan keluar.

Sekali lagi penulis menggambarkan imaginasi melampau tentang naluri seksual. Unsur hiperseksualiti, grandiositi dan narsisitic adalah tanda-tanda kecelaruan pemikiran. Saya menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Kementerian kesihatan Malaysia untuk merujuk Dr H. A bagi mendapatkan penilaian doktor.


(posisi inilah yang terdapat dalam Quran, tetapi Maryam itu tiada suami, maka dia bersandar di batang pokok kurma). Rujuk surah Maryam ayat 23 hingga 26 dan hayati setiap perkataan yang ada di situ.

Ini adalah ayat yang menggunakan agama untuk menjustifikasi penghujahan yang tidak masuk akal. Seakan menisbahkan bahawa perempuan yang bersandar pada pokok akan mengalami ransangan seksual. Semestinya ia adalah satu kenyataan yang merendahkan martabat kaum wanita. Secara tidak langsung boleh menimbulkan fikiran nakal dalam otak lelaki apabila melihat wanita bersandar pada pokok.

Hey, perempuan tersebut tengah ghairah dan ingin mencapai klimaks- Bodoh!

Paling penting, apakah terdapat apa-apa bukti bertulis yang menunjukkan Maryam melakukan onani atau mencapai kepuasan seksual sewaktu melahirkan Isa Al Masih di tengah padang pasir yang tandus? Jika tiada, maka jangan tunjukkan contoh kepada penghujahan yang langsung tidak menunjukkan asas perkaitan yang jelas.


Bila bayi keluar, terus dukung dan sisa baki kurma dalam mulut ayah ditahnikkan ke mulut bayi. Seterusnya susukanlah anak dalam keadaan tali pusatnya masih attached dan pada ketika ini bapa azanlah atau iqamah dan teruskan puji2an pada Allah. Seketika nanti uri pula akan keluar secara automatic kerana hasil hisapan tadi merangsang kontraksi uterus untuk detachkan placenta. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, tali pusat tidak perlu dipotong sama skali kerana sangat banyak stem cell dalam tu dan itulah sebabnya kita lihat zaman Rasulullah kehebatan sahabat dari segi akalnya , keberaniannya, imannya dan kita lihat tidak terdapat orang Islam sebegitu zaman ini. Itulah rahsia uri. Uri itu akan tercabut dengan sendirinya dalam 48 hingga 72 jam

Tidak ada bukti dan sumber rujukan tentang amalan ini.  Diharapkan ada golongan home delivery dapat memberi sumber shahih untuk saya jadikan rujukan dan membuat penilaian kembali artikel ini.


Berehatlah sementara anak habis menyusu. Selepas itu mandi wiladah bersama2 suami. Seelok2nya ada orang yang memahami , menolong menyediakan air suam untuk mandi dan sebaik2nya gunakan daun2 kayu, limau purut untuk mengembalikan kesegaran badan.
Kalau dilihat dari cara ini , maka tiada timbul sebarang masalah tentang aurat dan kita dapat menjaga syariat dengan baik. Al Quran sepatutnya datang mengubah cara hidup tapi dalam bahagian melahirkan , umat Islam masih ikut tradisi lama, jadi bila datang arus kemodenan, banyak komplikasi dikenalpasti terjadi . Kita kena faham yang teknik menggunakan bidan kampung juga tidak bertepatan dengan Islam kerana konsep aurat tidak dijaga. Teknik saya ini memerlukan seorang suami yang sangat beriman, berani dan natural. Beriman disini bukan bermaksud seorang ustaz, tapi orang yang dalamannya sangat percaya dengan Tuhan.
Bermakna penulis mencadangkan agar kelahiran bayi di sambut oleh suami dan bukannya doula. Lantas bercelaru dengan amalan mereka yang melakukan home delivery. Maka hari ini, kita boleh menghapuskan golongan doula dalam home delivery. Kerana Dr H.A sendiri tidak pernah menyebut tentang peranan Doula.

Malah ia juga menafikan masalah dalam kalangan sesetengah suami yang fobia dengan darah.

Konsep Islamic Birth ini tidak dijamin berjaya sekiranya ibu tidak mengawal pemakanannya semasa mengandung. Semasa mengandung minta tolong jangan makan gula putih dan produk yang mengandunginya, garam halus (vacuum salt, iodinized salt) , susu tepung ibu , dan bahan yang dibuat dari gandum.

Ayat bertaraf sampah yang cuba merasionalkan satu tindakan defensif beliau apabila terdapat komplikasi kesan daripada home delivery ataupun lotus birth.

Ia adalah skema jawapan untuk melepaskan diri andai berlaku kematian dalam kalangan ibu yang melahirkan anak secara alami.

“Oh, siapa suruh kau makan garam.”

“La, kenapa makan gandum?”

Saranan tersebut adalah berbahaya dan menyalahi sunnah. Pemakanan garam adalah aktiviti harian manusia termasuklah di zaman Nabi.

Hadis mengenai kebaikan garam dalam mencegah sihir dan mengubati 70 jenis penyakit adalah bertaraf palsu. Akan tetapi terdapat banyak hadis lemah yang menunjukkan penggunaan garam dalam kalangan masyarakat zaman Nabi. Sebenarnya, ia tidak perlu dimasukkan ke dalam hadis pun kerana penggunaan garam adalah sesuatu yang bersifat muammalat yang menjadi rutin kehidupan.

Pengambilan garam dalam kadar berpatutan adalah penting kerana sodium merupakan sebahagian dari electrolyte dalam badan yang berfungsi untuk menggerakkan tubuh dari peringkat sel itu sendiri. Kekurangan garam akan menyebabkan masalah saraf dan mempengaruhi electrolyte lain dalam badan dan boleh membawa maut.

Penambahan Iodine dalam garam adalah penting untuk mencegah masalah hipothiroid kepada ibu dan juga bayi. Penyakit hipothiroid akan menyebabkan bayi mengalami masalah kuning berpanjangan selain boleh membawa kepada terbantutnya perkembangan akal dan fizikal.

Malah, larangan memakan gandum untuk ibu bersalin juga menyalahi sunnah kerana makanan Rasulullah dan bangsa arab adalah roti yang diperbuat dari gandum. Mereka tidak makan nasi seperti kita di Malaysia.

Lantas, saranan yang dibuat oleh Dr H. A ini tentu sekali tidak sesuai diamalkan di negara arab. Dalam erti kata lain, ia bukan amalan perubatan standard. Amalan perubatan hanya menjadi sesuatu yang standard apabila diguna oleh badan diiktiraf badan kesihatan sesebuah negara atau dunia.


Tolong makan secara semulajadi kerana ini penting dalam memastikan pembentukan salur darah uri dan tumbesaran anak kerana ia berkait rapat dengan kejadian darah tinggi dan kencng manis semasa hamil, juga pengeluaran susu selepas anak dilahirkan (we do not want delayed milk production). Sekiranya terpaksa keluar makan dan makanannya meragukan, ambil sesudu kecil madu asli (jgn guna sudu besi ya) sebelum keluar rumah or dalam 15 min sebelum makan makanan tersebut. Kalau keadaan yang terpaksa, mintalah perlindungan Allah kerana Allah lah yang paling mengetahui keadaan kita.

Adakah maksud makan secara semulajadi bererti makan rumput seperti lembu? Jika makan secara semulajadi. Adakah makan secara semulajadi bererti menghabiskan 1kg kurma dalam satu satu hidangan? Jika benar ingin mengikut Sunnah Nabi, maka bersahurlah dengan tiga atau tujuh biji kurma dan segelas air putih sahaja.

Pengambilan kurma secara berlebihan akan menyebabkan pengumpulan kalori yang tinggi dalam badan dan menyebabkan kegemukan serta menambah risiko penyakit kencing manis.

Mengelakkan sudu besi untuk meminum madu adalah satu mitos yang terbukti kepalsuannya. Ia berdasarkan teori lemah, bahawa madu itu bersifat asid dan boleh menyebabkan sudu besi terhakis dan membebaskan bahan oksidasi yang berbahaya (karat). Ia adalah mengarut kerana sudu besi tersebut adalah stabil dan tidak mengalami proses oksidasi hanya dengan bersentuh dengan madu untuk tempoh kurang dari satu minit.

Berdasarkan hujah panjang ini, ternyata tulisan Dr H.A patut ditolak baik dari segi saintifik mahupun agama kerana mempunyai unsur neurosis, penipuan agama dan penyelewengan fakta Sains.

Malah, saya risau bahawa penulisan ini juga mempunyai unsur conflict of interest memandangkan posisi  beliau sebagai peniaga makanan berasaskan Quran. 

Atas pendapat peribadi, keputusan untuk memilih home birth adalah di atas keputusan ibu bapa itu sendiri. Tidak dinafi bahawa negara seperti United Kingdom mempunyai polisi tentang isu ini. Tetapi ia berlandaskan satu ketetapan yang sangat ketat dan hanya untuk kes yang berisiko rendah. Tahun lalu, negara kita dikejutkan dengan kematian seorang doula Malaysia di United Kingdom yang melanggar polisi negara ini dan membawa kepada kematian. Berita kematian doula ini walaubagaimanapun cuba disembunyikan oleh gerakan home delivery atau amani Malaysia.

Buat masa kini, Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai limitasi untuk menyediakan pasukan pre hospital care ataupun paramedik yang boleh menjalankan khidmat liputan perubatan untuk home delivery seperti yang dilakukan di United Kingdom.

Atas dasar itu, saya merayu kepada Ibu Bapa sekalian agar tidak memilih kaedah home delivery sekalipun anda pernah mengalami trauma ketika melahirkan bayi di hospital. Jika anda lihat kepada kes kematian ibu yang ditemani doula, tidak ada seorang pun doula yang didakwa atau bertanggungjawab di atas setiap kematian yang berlaku.

Polisi ini mungkin berubah di masa hadapan apabila kepakaran dan liputan perubatan kita sudah berkembang maju seperti United Kingdom. Sehingga kita mencapai tahap itu, ayuh kita berusaha untuk menyokong kaedah kelahiran bayi yang selamat.

Ini berbeza dengan situasi yang berlaku di hospital di mana terdapat banyak kes saman dilakukan waris dan mereka menang apabila berjaya membuktikan bahawa terdapat kecuaian sepanjang mengurus kes kelahiran bayi hingga menyebabkan kematian ibu.

Situasi ini jelas menggambarkan keprihatinan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia.




14.4 NASIHAT SAYA BUAT AYU RAUDHAH DAN BAKAL NABI PALSU PERUBATAN YANG AKAN MUNCUL


Ada tak orang beriman yang tetap buat dosa atau engkar walaupun kepercayaan dia tinggi? Mesti ada kan. Sebab apa? Sebab ada keraguan. Sebab tu Allah sangat pentingkan aspek jangan ada keraguan. Sebab tu bila Allah bicarakan kebenaran Al Quran pun mesti Allah akan cakap Demi al Quran yang tidak ada keraguan baginya.

Sebab tu syaitan, dia bukan kuat. Dia bukan berkuasa ke atas manusia. Tak! Tapi dia timbulkan keraguan melalui ujian, bala dan bencana. Bila kepercayaan kita tidak kukuh maka kita akan hancur dan goyah.

Tengok Nabi Ayyub A.S bagaimana dia diuji sampai semua anak-anak dia mati, harta dia hancur, kesihatan dia merosot, perniagaan dia lingkup. Bini yang paling dia sayang pun lari tinggalkan dia. Tapi adakah Nabi Ayyub hancur? Tak!

Jadi manusia ni sama sahaja. Ya, memang ada minoriti doktor menolak vaksin walaupun bukti depan mata terbukti jelas keberkesanan vaksin. Kenapa? Kerana ditimbulkan keraguan dalam hati dia.

Ini adalah dugaan dan ujian paling besar untuk orang berilmu atau orang beriman. Apabila timbul keraguan terhadap kepercayaan dan anutan mereka. Kadang-kadang ia bagus sebab membawa kepada ilmu pengetahuan yang baru. Tetapi majoriti masa, ia membawa kehancuran.

Akhirnya, Ayu mendedahkan niat beliau selepas gagal menghancurkan premis utama iaitu keberkesanan vaksin walaupun diserang dari pelbagai sudut. Sebab kebenaran tak kan hilang atau roboh.

Maka, jalan terbaik adalah timbulkan keraguan pada golongan ahli. Supaya mereka berpaling dan menyebarkan kesesatan dengan menafikan kebenaran.

Jadi, saya harap masyarakat faham kenapa isu ini timbul. Bukan masalah masyarakat, AEFI yang diakui pakar perubatan, atau autism. Tak, kebenaran dah ada! Cuma isu ini untuk menimbulkan keraguan.

Supaya keraguan itu menyebabkan kita tinggalkan kepercayaan kita dan berpegang pada penipuan. Tuan-Puan, ini kerja syaitan je. Bukan kerja manusia. kenapa kita nak ikut jejak langkah syaitan?

Bertaubatlah Ayu Raudhah!
Kekasihmu,
Dr Jacknaim.


[i] Quran 10:19
[ii] Dr Ing Abdurrahman Riesdam Effendi & Dr Ing Gina Puspita, "Membangun Sains & Teknologi Menurut Kehendak Tuhan" Giliran Timur, 2007
[iii] Ghoffar Ismail, Miftahulhaq, Aly Aulia, M. Rofiq, Fahmi Firmansyah, "Panduan Kuliah Intensif Al-Islam (KIAI) UMY", Edisi Revisi 2014, Lembaga Pengkajian dan Pengamalan Islam (LPPI) UMY dan UNIRES Press
[iv] Jamaluddin, Syakir (2011) Falsafah, Makna dan Prinsip Ibadah. Muhammadiyah Articles Archive (60).
[v] Crusades, http://www.history.com/topics/crusades
[vi] Brahma Purana, english translation.
[vii] Candice L Downey and Susan Bewley, "Historical perspectives on umbilical cord clamping and neonatal transition", J R Soc Med. 2012 Aug; 105(8): 325–329.