15. 6 LEBIH BAIK BERDIAM DIRI TERHADAP SERANGAN PERIBADI.

Kehadapan Ayu Raudhah yang dihormati dan dikasihi Allah,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih buat Ayu kerana telah memanipulasi tulisan saya di facebook dan terpaksa mengguna sentimen sedemikian bagi meraih sokongan masyarakat dalam isu vaksinasi yang kita perbahaskan dalam tempoh masa yang sudah menjangkaui sebulan dan merentasi saat bermakna buat umat Islam iaitu Ramadhan dan Idul Fitri.

Saya bernasib baik kerana kaedah manipulasi terhadap saya tidak dilakukan dalam kadar segera seperti yang dilakukan terhadap beberapa orang doktor lain termasuklah Dr Abdul Rahman, Dr Suhazeli, Dr John Peng (nama samaran), Mira Filzah (Akaun parodi), Dr Amirul Amzar dan ramai lagi yang berlaku dalam tempoh tidak kurang 24 jam. Corak permainan Ayu Raudhah sama iaitu menjatuhkan maruah, menyerang peribadi, manipulasi kata-kata dan ayat serta berpusing pada hujah lapuk yang sudah pun dijawab tetapi gagal difahami beliau.

Saya tidak berasa sedikit terkilan pun dengan kaedah yang Ayu Raudhah lakukan ini walaupun ia membawa kepada rasa benci pengguna facebook terhadap saya. Bahkan, saya berterima kasih kepada Ayu. Kerana saya tahu bahawa hanya itu yang mampu Ayu lakukan buat masa kini. 

Ayu Raudhah Imam nawawi tak sempat kahwin kerana sibuk mengarang kitab banyak kitab
Layak ke si buncit ini disamakan dengan pengarang syarah Muslim 11 jilid itu?
Jauh panggang dari api 🤒

Like · Reply · July 17 at 3:30pm


Ayu Raudhah Abam sado buncit dah marah
Like · Reply · July 20 at 11:48pm

Ayu Raudhah
July 18 at 1:10pm ·
Professor gila (baca: psikiatri) pun baca tulisan Ayu
Nampak tak betapa tajamnya senjata penulisan akademik dalam bahasa ibunda?
Ini mentang-mentang graduasi sebagai duktur, nama Islam diganti pakai nama penjajah. Kat situ dah nampak pengaruh dari Westernisasi


Ayu Raudhah added 3 new photos.
July 19 at 9:26am ·

Ayu Raudhah tak pernah memaksa orang yakini profesi beliau sebagai doktor atau tidak~

Ada ulama peroleh PhD dari Univ Al-Azhar Mesir, bila pulang ke kampung halaman, mereka bakar sijil

Walaupun Ayu bukan sampai tahap zuhud begitu tapi cukuplah kita sampaikan segala ilmu yg kita tahu utk berbakti kepada masyarakat. Bukan utk kepentingan diri sendiri, kepentingan bisnes, dan menganggap superior banding org lain.

Ayu cukupkan surat balasan kepada Muhamad Na'im Ab Razak. Surat balasan terakhirnya sekadar balas dendam kesumat yg membuku dijiwanya. Ayu kira beliau kehabisan hujah berkaitan vaksin. Beliau juga tidak sedar selama ini isu yg dibincangkan adalah mengkritik guideline atau prekskripsi dari WHO berkaitan vaksin. Dah panduan itu yg kau pegang, pegang lah sampai mati. Berat 88 kg kalau banding dengan perkiraan tinggi Jacknaim, masih termasuk obesiti. Tak pun, Pra Obesiti. Semoga tahap kolesterol tetap <5.2 agar tidak memberi kesan terhadap kesuburan ^^

Ayu akan terus dengan jiwa merdeka inkuiri panduan yg tidak selari dengan metode saintifik Quranic. Hanya jalan ini akan menjadi jembatan menciptakan keharmonian antara seluruh pengamal perubatan yg berseberangan. Dalam bab vaksin, ada ketimpangan intelektual yg cukup besar dirasakan.

Pun begitu, ada pihak yg cuba menguji ilmu diagnostik Ayu, kadang kita jawab. Bagi pengamal
perubatan yg tidak pernah masuk pengalaman klinikal di hospital, sgt sukar mengenal Rhematoid arthritis. Apalagi doktor veterinar seperti yg disinis oleh Jacknaim.

Tapi Ayu dah tahu. Hasilnya tetap akan sia-sia. Mereka tetap mencari modal bagi memaksakan kehendak pemikiran mereka atas orang lain. Ayu serik dengan permainan semacam ini. Org nak menang, kita kasi menang. Kan tak berkurang sedikit pun harta kita ^^

Apa pun. Buatlah apa yg kalian rasa terbaik. Yang penting kau jadi org baik. Itu dah cukup baik.

Semakin banyak Ayu Raudhah menyerang peribadi kami, maka ia sendiri sudah menepati taktik yang kami jangkakan. Hal ini ada saya sebut dalam bab terdahulu dan akan saya ulang kembali disini.

Golongan Aktivis Gerakan Antivaksi adalah seorang pembuli media. Demi untuk merencanakan sesuatu agenda , mereka bersembunyi di sebalik akaun palsu. Supaya mereka bebas membuat serangan peribadi, memaki, menyebar dakyah palsu, membuat public humiliation terhadap golongan pro vaksin malah menabur fitnah. Apabila kegiatan jahat mereka diketahui dan tembelang mereka pecah, maka mereka akan segera menutup akaun dan membuka akaun yang baru pula. Kitaran ini akan sentiasa berlaku dan orang seperti Ayu Raudhah akan sentiasa terlepas dari menerima penghakiman yang setimpal dengan perbuatan buli itu. [Bab 3: Belajar Dari Anak Kita]

Malah semakin kuat Ayu cuba buktikan bahawa dia adalah doktor maka ia akan semakin menambah luas lubang yang digali beliau. Saya risau lubang tersebut akhirnya diguna untuk menanam diri beliau sendiri.  

Ayu Raudhah
July 6 at 4:04pm ·
Seorang gadis kemalangan...
Dipercayai kain baju raye nye telah tersangkut di rim motosikal kerana ada kesan koyak dan minyak pada baju mangsa. Salam takziah diucapkan.. kalau ikut pengalaman Ayu di bahagian kecemasan hospital PPUM, kemalangan motosikal mencatatkan angka kematian tertinggi
Ayu sampai hari ni kecut perut kalau dibonceng motosikal. Tapi bg yg mahu keluar berhari raya menaiki motosikal juga, silalah berhati2 dgn baju raya anda...
Jgn lupa sampaikan pesan ni pd semua ye

Ayu Raudhah
July 12 at 12:07pm ·
Di negara seberang, Nenek Ini dibuang oleh cucunya sendiri di tempat sampah 😢 Kita doakan moga nenek tua ini dilindungi, sihat, murah rezeki. Luangkan 1 saat komen aamiin aamiin
Mungkin nenek ini tidak divaksin
‪#‎viral kan agar banyak mendoakan.. Aamiin

Saya yakin, masih ada pengguna facebook yang waras akal mereka dan dapat menilai baik buruk di sebalik perbahasan kami ini.

Khai Lyst tikam belakang klau translate jd english = backstab.... stab back = tikam balik.. stab at the back = tikam di belakang.. silalah gnakan google translate sebaiknya.. 😂
Like · Reply · 3 · July 17 at 8:06pm · Edited

Azila Abdullah Bagi sesiapa yang was2 atau nak tahu sebenarnya selamat atau tak vaksin ini dan kenapa doktor2 dan kerajaan malaysia sgt menekankan isu vaksin boleh la berhubung dgn DR Mohd Rashidi. Beliau merupakan doktor yang bertauliah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Bukankah merujuk pada pakar itu lebih baik daripada percaya hujah2 Dr Google atau Dr wannabe di media sosial. Jika anak anda tak sihat atau ada masalah kesihatan ke doktor2 ini juga anda akan bawa anak anda untuk dapatkan rawatan. Mengapa tak hantar ke Dr Google atau Dr wannabe? Maaf agak kasar bunyi nya tapi inilah realiti masyarakat kita. Wallahua'alam

P/s Kalau ada yg taknak vaksin anak ikut negara Jepun (konon-kononnya) boleh la pindah duduk Jepun. Hehe. Buat pengetahuan anda tak sama jadual vaksin di setiap negara.
Like · Reply · 3 · June 24 at 7:51pm · Edited

Kasim Radiya Muka je lawa tapi tak berbudi bahasa..tak reti hurmat org..
Like · Reply · 8 · June 21 at 3:04pm


Azlan Rezhuan Dengan orang tua pon tak pandai hormat.. Semuga ibu bapa kamu tidak dilayan seperti mana kamu layan Puan ni..
Like · Reply · 2 · June 24 at 7:10pm

Mohd Nafis Gaizer AL ISRA 36. Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Karena pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya
Like · Reply · 4 · June 26 at 3:32pm

Fira Milzah Ayu ni membongak merata kerja dia. Bawak2 la bertaubat. Tunggu masa je dapat cari account gambar awek Thai yang ko rembat dan pakai skrg ni. Kan aku dah cakap. Jangan rembat yang cun melecun je. Abeh ni rembat dan pakai gambar awek drpd Burkina Faso pulak ye(org kampung Abu Hannah)
Like · Reply · 13 · June 23 at 11:41pm

Safura Fadhullah pendapat yg xleh d pakai... ko ckp berasaskn ape ek? ko bkn berhujah, tp ko membangkang... bangkang dgn ayat2 yg x nyata n x dpt buktikn ape2...
Like · Reply · July 1 at 4:09pm

Marzirah Matnin Apa ni hina fizikal org lain?
Like · Reply · 1 · July 17 at 9:24pm

Ini kerana di sepanjang perdebatan ini maka kita sudah boleh membuat satu konklusi bahawa Ayu Raudhah bukan seorang doktor dan beliau bukan seorang ahli dalam bidang sains di atas beberapa fakta kes. (Diolah kembali dari bab 14:  Mereka Yang Berpaling)

1.      Penggunaan akaun palsu bermula dengan jawatan seorang jururawat di Hospital Sungai Buloh dan bertukar kepada Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kini, Ayu Raudhah telah MENGGUGURKAN pekerjaan sebagai Pegawai Perubatan di akaun facebook beliau setelah pelbagai pendedahan dibuat secara aktif.

2.      Perbuatan ini sebenarnya adalah satu kejayaan besar buat pihak yang bertegas untuk membasmi golongan ‘Nabi Palsu’ dalam menyampaikan ajaran di Facebook.

3.      Balasan surat Ayu Raudhah yang terbukti melakukan copy-paste secara langsung termasuk dari sumber yang menyalahi disiplin ilmu (contoh jelas adalah artikel palsu Doktor Herba) membuktikan bahawa bukti yang ayu Raudhah bawa adalah bersifat lemah.

4.      Isu yang digunakan seperti sel janin sudah di jawab oleh Ulama Islam dan juga golongan agamawan pelbagai agama tetapi beliau masih cuba memainkan sentimen ini. Kerana beliau tahu bahawa terus memperdebatkan hujah perubatan akan menyebabkan dia terus kelihatan bodoh di Facebook. Maka cara terbaik adalah dengan memenangi emosi pelayar facebook. Teknik ini tentu sahaja berjaya. Ia pasti menarik sentimen pembaca. Contohnya;


Misra Janahudin Minda rosak doktor ni.
Like · Reply · July 20 at 10:29pm

Muhyiddin Osman Ni spesis doktor yg merogol pesakit..bahaya..rosak2
Like · Reply · 1 · July 21 at 4:56pm

Raisya Aziz Ala malu malu pula nak guna tagline sebenar. Matjek ni nak guna kebenaran mencari populariti sebenarnye kan kan kan kan 😆
Like · Reply · July 21 at 12:38am

Xgp Hanifiza Jgn risau.makin menggila doktor2 tu makin org tak respect dorg. Kenyataan bukan2 dh keluar. Rasa makin tak siuman mereka2 tu. Selamba dok kritik tanpa pndang kiri kanan. Fuhhhhh
Like · Reply · July 19 at 2:17pm


Selipar Hanyut Goo goo ayu...u cant do it..u doktor i tentera....apa bezNya..bezanya..u pkai ubat sembuh hati i..i pakai senapang tembak org kcau u...have a nice day ..
go ayu raudhah..tegakkan kebenran
Like · Reply · 1 · July 19 at 5:03pm

Misra Janahudin Bahasa2 doktor ni, patients terbantut nk jumpa...ngeri...xtawaduk langsung.
Kalau nk tak de patient , nk happy...pilih bahasa2 yang sopan. Layan soalan patient dgn berlapang dada. Bukan dengan melabel orang yang tak sehaluan dengan bahasa2 yang menjatuhkan air muka patients.
Like · Reply · July 20 at 11:54pm · Edited

Muhyiddin Osman Memalukan label doktor..jadi penyangak lg bgus ...wakaakaka
Like · Reply · July 21 at 4:52pm

Apabila Nabi Muhammad menyebarkan dakwah secara terbuka, golongan kafir tidak mampu untuk menolak bukti kenabian Rasulullah S.A.W. Bukti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah bersifat siantifik dan tidak mampu untuk dijawab berdasarkan kapasiti pemahaman masyarakat zaman tersebut. Maka mereka mula menuduh Nabi Muhammad sebagai seorang penyair gila, ahli sihir dan sebagainya. 

Rasulullah yang bersedih ketika itu telah ditenangkan oleh Allah S.W.T yang berbunyi;

“Aku (Allah) bersumpah demi bintang-bintang, yang beredar dan terbenam, demi malam apabila telah larut, dan demi subuh apabila fajar telah menyingsing, sesungguhnya (Al-Qur’an) itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril), yang memiliki kekuatan, memiliki kedudukan tinggi di sisi (Allah) yang memiliki ‘Arsy, yang disana (di alam malaikat) ditaati dan dipercaya. Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah orang gila. Dan sungguh, dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang. Dan dia (Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil (kikir/enggan) untuk menerangkan yang gaib. Dan (Al-Qur’an) itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk,…” [Q81:15-25]


Sebaiknya, kita hanya perlu berdiam apabila mereka mula menghina peribadi kita. Kerana kita tahu bahawa kebenaran itu tidak akan dapat dipatahkan dengan pembohongan. Wajah yang cantik tetap tidak akan dapat menyembunyikan kejahilan seseorang apabila kita menggunakan aras ilmu tertentu dalam perbahasan. 


Muhamad Na'im Ab Razak Alhamdulillah. Lepas habis mencarut, memfitnah dengar org bca kuran. Neutralize kan dosa ye dak? Syukur
Like · Reply · 4 · July 17 at 7:40pm

Ayu Raudhah Tak. Ni utk awk muhasabah balik surat awk dari awal
Like · Reply · July 17 at 7:41pm

Muhamad Na'im Ab Razak Alhamdulillah. Syukran. Taknak sama2 muhasabah ke?
Jgn lupa, iblis pun asalnya sangat beriman
Like · Reply · 2 · July 17 at 7:42pm
Ayu Raudhah Ayu iblis ke
Like · Reply · July 17 at 7:51pm

Muhamad Na'im Ab Razak Tak
Like · Reply · July 17 at 8:12pm

Saya tidak akan mempersoalkan tahap ilmu agama Ayu Raudhah dan admin laman Anti Pseudoscience Watch yang melabelkan saya dengan pelbagai tuduhan. Kerana saya tahu bahawa saya manusia yang tidak lekang dari melakukan dosa.

Penghinaan serta cacian terhadap fizikal saya juga tidak akan berkesan. Mereka bebas memanggil saya gemuk, hitam, perogol dan sebagainya. Sekiranya saya mengambil pusing kata-kata mereka, nescaya saya akan hancur dan penipuan akan terus berleluasa.

Sepanjang hidup, saya sudah biasa dengan segala penghinaan dan cacian tersebut. Bahkan, ia sebelum ini telah menyebabkan saya mengalami sindrom  Inferior Complex akibat terlalu mengambil pusing kata-kata mereka. Masalah ini sangat teruk hingga saya sampai ke tahap menyalahkan Tuhan diatas nasib buruk saya.

Sejak dari kecil saya sudah biasa dipanggil Jemput Hangit (Kuih cekodok hangit) oleh insan bergelar guru disebabkan fizikal yang hitam dan gemuk serta tidak pandai berbahasa Inggeris. Saya sudah biasa dinafikan dari menyertai pasukan forum sekolah kerana tidak mampu menyebut huruf R dengan betul. Disisih dari menyertai kumpulan pelajar bijak sewaktu di Sekolah kerana saya seorang yang bodoh dan nakal. Malah, anak-anak kecil juga sewenang-wenangnya memanggil saya dengan panggilan babi gemuk dan sebagainya. Syaitan adalah panggilan yang turut dilemparkan terhadap saya.

Saya sudah biasa dibuli! Segala penghinaan, kejian, caci maki, penindasan tersebut membantu saya membina kekuatan untuk merangkak dan berdiri dalam mendepani kehidupan penuh mencabar ini. 

Gejala buli juga membawa saya ke lembah hitam yang saya tidak mampu nafikan bahawa ia menjadi sejarah hidup saya. Dari membiar diri terus terperangkap dalam rasa bersalah, saya sebaliknya menanam kepercayaan dalam diri untuk melawan perasaan jahat dan cuba menjadi manusia yang lebih baik dari sehari ke sehari.

Saya sudah biasa hidup bersama golongan yang ‘mulia’ dan ‘hina’ di sisi manusia. Maka, saya tidak pernah berasa hairan dengan apa sahaja label yang  ingin dilontarkan ke atas saya. Usikan Ayu Raudhah dan peminat tidak lebih dari sekadar geletek di perut menggunakan kapas paling halus gred nya.

Saya sudah menjalankan tugas saya mencari dan membentangkan fakta kepada persoalan yang ditimbulkan. Hakikatnya, kesemua itu sudah dijawab oleh banyak pihak. Terlampau banyak. Tapi, jika mereka tidak mahu menerima kebenaran maka kita harus berlapang dada. Jika mereka memilih untuk percaya pada golongan Nabi Palsu maka itu juga hak mereka.

Taib M Taib Terbaik ayu
Orng lain nak dgr sedar ikut silakan
Orng yg tak nak dipersilakan
Cukup untk beri info. Utk duserapkn kdln otak dan hati yg sudah hitam sebab dah masuk benda tak Halal..yg dihalakan dgn berbagai kaedah dan cara..Cukup cukup sampi disini


Siti Maisarah Bt Yahaya sy menyokong saudari inshAllah tanpa mahu persoalkan knapa perlu bersembunyi dgn fake account ke tak..

Dalam perbahasan dengan watak Ayu Raudhah, saya cuba berpegang kepada premis asal untuk berdebat secara doktor vs doktor kerana saya memandang dakwaan Ayu Raudhah bahawa dia adalah doktor sebagai berasas dan bertujuan untuk mencari kebenaran. Akan tetapi, semakin lama saya berbahas maka saya dapati hujah beliau semakin lemah dan kucar kacir. 

Saya tidak mendapati hujah beliau didasari oleh asas saintifik sebaliknya sekadar ayat cekup dari merata-rata sumber. Maka sukar untuk saya berbaik sangka bahawa Ayu Raudhah adalah seorang doktor.

Ayu Raudhah Walau ayu doktor tapi ayu tak jaja org pecaya tau. Tak gantung stethoscope kat leher
Like · Reply · 1 · July 21 at 5:18pm

Muhamad Na'im Ab Razak Kawan saya kerja dekat klinik haiwan. Saya panggil doktor juga. Kucing kami sakit hari tu hantar klinik dia juga.
Like · Reply · July 21 at 5:22pm

Maka kerana itu saya terpaksa menggunakan bahasa sarkatik apabila membalas beberapa hujah beliau dan ternyata bahawa beliau gagal memahaminya.

Ya Ayu bebas menafikan bahawa dia tidak berbohong dengan status beliau sebagai doktor. Sekalipun status tersebut sudah dipadam. Tapi, saya tidak akan persoalkan secara mendalam bahawa beliau ingin menjadi doktor apa. Saya berikan satu analogi mudah lagi.

Mak Yam: Hurm, bagus betul si Seman tu. Aku dengar dia dah jadi doktor.
Aleep: Bagus ape nye Mak Yam kalau jadi doktor inject sendiri kat bawah jambatan?

Sebab itu saya kata. Kalau nak berbahas. Berbahas secara integriti. Maka saya sedia sambut mana-mana cabaran golongan anti vaksin untuk berbahas secara langsung dalam stesyen Televisyen dan disiarkan ke seluruh Malaysia. 

Pegang kata-kata saya kemas-kemas! Jika tawaran debat tersebut berlaku dalam dunia realiti maka saya akan berperang hujah melawan hujah. Jika watak Ayu Raudhah di alam sebenar seperti katak kodok sekalipun nescaya saya tidak akan sesekali menghina fizikal beliau sewaktu debat berlangsung. Kerana saya juga berpegang kepada Firman Allah dalam Al Quran.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (Surah al Hujurat ayat 11).

Ayu bebas untuk memutarbelit kata-kata saya. Di sini saya hanya menunjukkan satu contoh sahaja bagaiman putarbelit boleh dilakukan. 

Saya tunjukkan contoh disini bukan kerana saya nak membela diri saya sendiri. Tidak! Tetapi kerana saya ingin berkongsi dengan pembaca taktik yang mereka gunakan. Supaya pada suatu hari nanti jika anda berjumpa status-status pelik serangan mereka terhadap mana-mana individu maka anda tidak percaya secara bulat-bulat. Anda harus kembali menilai konteks isu tersebut dan juga kenapa ia berlaku.




Tindakan Ayu Raudhah menulis status “Mcm mana chatting lucah tu bang jack Muhamad Na'im Ab Razak? Ayu tak ada pengalaman la” dan seterusnya menggaris merah perkataan GAMBAR SEKSI dan CHATTING LUCAH akan membuatkan pengguna facebook yang tidak memahami isu ini akan segera menunding jari bahawa saya melakukan serangan seksual terhadap Ayu Raudhah. 

Ini yang kita namakan Misinformation dan Misconception seperti yang saya terangkan terlebih dahulu.

Saya berbahas dengan Ayu Raudhah bermula dari 20 Jun 2016 dan mula menulis surat rasmi kepada beliau pada 23 Jun 2016 melalui Notes di Facebook. Siri surat tersebut diperbaiki penulisannya dan dimasukkan ke dalam Wattpad sebelum ia akhirnya dimasukkan ke dalam blog vaccinetruthjacknaim.blogspot.com sebagai edisi final untuk versi online. Perlu diingatkan bahawa versi ini dikira sebagai adapatasi perbahasan yang benar-benar berlaku.  Bukti atau satu-satu peristiwa yang berlaku itu dikekalkan tetapi diberi olahan untuk membolehkan masyarakat memahami perdebatan kami.

Maka, masyarakat harus faham konteks perbahasan kami dari 20 Jun 2016 untuk membuat konklusi terhadap putar belit yang dinyatakan oleh Ayu Raudhah pada 20 Julai 2016.

Teks asal ayat yang di print screen oleh Ayu Raudhah itu adalah tulisan saya di page Masyarakat Kena Tahu (ori)

Ayat tersebut adalah satu ayat pernyataan yang menggesa agar pengguna facebook membuat pilihan samada untuk terus percaya kepada Ayu Raudhah sebagai benar-benar doktor dan beriman dengan hujah beliau ataupun tidak. Ia juga adalah gesaan kepada kaum lelaki yang menghantar friend request kepada Ayu Raudhah untuk bersembang lucah atau mengambil kesempatan terhadap penggunaan gambar perempuan cantik di profil Ayu Raudhah untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Pengguna harus ingat kembali definisi saya terhadap Ayu Raudhah dan kenapa beliau berselindung disebalik profil seorang wanita dan gambar wanita cantik. Saya paparkan kembali kenyataan saya dalam Bab 1.

Penggunaan Identiti sebagai seorang doktor dan wanita adalah satu kombinasi yang tepat. Doktor menunjukkan status yang mempunyai autoriti dalam bidang perubatan. Ia akan membentuk stigama kepada masyarakat bahawa Ayu belajar tentang bahaya vaksin yang cuba disembunyikan ahli perubatan dunia dari diketahui masyarakat. Jantina wanita dengan gambar profil yang cantik mungkin menarik minat pelayar facebook lelaki tidak matang yang cuba untuk menggedik.


Akan tetapi, pemikiran dari sudut lain akan menyaksikan bahawa Ayu akan lebih mudah untuk mendekati golongan wanita berkeluarga. Ini termasuklah untuk membincangkan isu isu sensitif yang hanya dibicarakan antara kaum wanita sahaja memandangkan masyarakat Malaysia masih mempunyai taboo untuk berbicara - BAB 1. KITA SEPERTI BATMAN DAN SUPERMAN

Oleh itu saya nasihatkan agar pengguna facebook menjadi lebih matang sebelum bertindak secara terburu-buru dan dipenuhi emosi. 

Apabila keyboard warrior menghentam mana-mana pihak secara keterlaluan atau berlebihan di Facebook maka anda harus kembali kepada disiplin agama dan ilmu. Anda harus cari kebenaran dan kembali kepada sumber yang shahih. 



Ayu Raudhah Tu lah hikmah nya ayu hidden. Kalau awk tau, habis ayu awk bogel kan
Like · Reply · 1 · July 21 at 11:37pm

Muhamad Na'im Ab Razak Bogelkan tu macam mana ayu?
Saya takda pengalaman la
Like · Reply · July 21 at 11:39pm

Ayu Raudhah
Ayu Raudhah Mcm.kenal jer ayat tu
Like · Reply · July 21 at 11:41pm

Kaedah tersebut saya gunakan untuk menjawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ayu Raudhah. Dengan kembali kepada sumber asal hujah beliau maka akhirnya saya menemui kebenaran bahawa apa yang diajar oleh beliau ternyata tidak benar dan palsu.

Kertas kajian Wakefield, isu Aluminium, isu vaksin Trapedia, isu jurnal perubatan tentang madu dan sebagainya telah saya jawab dengan menggunakan sumber rujukan yang beliau sendiri guna. Apabila membaca secara mendalam bukti yang beliau bawa maka akhirnya saya mendapati bahawa apa yang Ayu Raudhah sebarkan bercanggah dengan kenyataan sebenar dalam sumber asal satu-satu kertas kajian itu.

Menyedari bahawa beliau sudah terperangkap, maka beliau terus menyerang peribadi dengan harapan masyarakat tidak akan mengambil tahu hujah dari orang tidak beriman seperti saya.

Maka saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan seterusnya menjadikan novel satira ini sebagai satu bahan penerbitan ilmiah yang sah dan direkodkan sebagai bukti penulisan. Tujuannya hanya satu. Iaitu supaya ada orang awam yang alim dan mempunyai imej baik dalam kalangan masyarakat dapat menggunakan hujah-hujah ini bagi memberi kefahaman kepada masyarakat.

Di akhir cerita, hero tidak semestinya hidup dan berkahwin dengan heroin. Ada waktunya, seseorang hero terpaksa berkorban nyawa! Tetapi itu bukan bermakna sesuatu pertarungan itu sudah berakhir dan kejahatan berjaya menewaskan kebenaran. Tidak! Sebaliknya, hero yang mati itu akan tetap meninggalkan pewaris mereka ataupun legasi yang akan meneruskan perjuangan mereka dalam menewaskan kebatilan.

Dan kitaran ini akan turut berlaku pada watak Ayu Raudhah juga. Ayu Raudhah akan tetap meninggalkan legasi yang akan terus bertarung dengan legasi yang saya tinggalkan setelah kematian watak Dr. Jacknaim akibat pembogelan karekter. 

Sehingga hari ini, saya tidak akan berhenti untuk mengajak Ayu Raudhah bertaubat dan kembali ke landasan Agama yang sebenar. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.

Sang Pendosa Yang Memilih Untuk Berdiam Diri.
Dr. Jacknaim,
23 Julai 2016, Quarters Hospital lahad Datu.