15.9 YA, KAMI DAH INSAF!



Ayu Raudhah,

Saya sedar bahawa terdapat kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang takut dimarah pegawai perubatan atau staf klinik dan hospital apabila datang untuk kembali mendapatkan suntikan vaksinasi.

Saya ingin nasihatkan para ahli perubatan agar agar tidak memulangkan paku buah keras kepada mereka. Ya, mereka melakukan kesalahan tetapi menyindir atau mengeji mereka hanya akan memburukkan keadaan.

Sebaiknya kita harus bersyukur dengan keputusan mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

Nasihat saya, permudahkan urusan mereka. 

Jangan segan untuk merujuk pakar perubatan penyakit berjangkit sekiranya anda tidak pasti dengan jadual atau kaedah pemberian suntikan vaksin untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang terlewat diberi suntika vaksin.

Ini kerana, jenis suntikan dan jadual pemberian vaksin adalah sedikit berbeza berbanding jadual pemberian suntikan vaksinasi untuk anak-anak kecil.