(MENJAWAB SURAT KE-13 BERSAMA MIMPI
AUTISM)[1]
CRITICAL APPRAISAL
Jacknaim mengangkat bicara berkenaan Critical
Appraisal, pengalaman beliau di bahagian kecemasan, contoh sepsis, dan
vaksin adalah intervensi yang paling berkesan. Beliau menjelaskan makna Surat
cinta, Ayu Raudhah Nabi palsu, dan cerita soal cerpen.
Apa yang dicelotehkan oleh Jacknaim
pada mukaddimah surat berjelanya itu tidaklah menjawab apa-apa persoalan
yang dilontarkan dalam siri surat balas saya sebelumnya[2]. Sebenarnya bacaan tersebut hanya layak buat dirinya
sendiri. Atau pun mungkin beliau baru terbaca topik itu setelah masuk siri
ke-13 suratnya. Mungkin sebelum ini Jacknaim sibuk dengan program diet
mengempiskan perut (Lihat Rajah 1), jadi dia terlupa melakukan pembacaan
mengenai Critical Appraisal yang diajarkan bukan sahaja kepada pelajar
perubatan (seperti yang difahami oleh Jacknaim) tetapi seluruh ahli
akademik/ahli falsafah yang melakukan kajian saintifik di segala disiplin ilmu
pengetahuan, atau dalam bahasa melayu disebut juga, Penilaian Kritikal.
Padahal apa yang saya kritik
kesemuanya berkaitan dengan penilaian kritikal tersebut serta menepati "Hierarchy
of Research Design & Level of Scientific Evidence"[3,4] (Lihat Rajah 2) Saya tidak tahu apakah
di USM sana beliau tidak diajarkan cara yang terbaik untuk mengkritik journal
atau artikel adalah dengan mempelajari Evidence-based Medicine (EBM).
Apakah hal ini yang mempengaruhi USM mencetak diploma sampah Jurubekam Klinikal[5] dan bekerjasama dalam penjualan air ajaib
i-mizu mengubati 150 penyakit?[6]
Itu saya tak tahu.
Rajah 1: Jacknaim
Rajah 2: Hierarchy of Research Design
& Level of Scientific Evidence
SMALLPOX BELUM HILANG DARI DUNIA
Jacknaim berusaha mempertahankan
kejayaan vaksin menghapuskan smallpox.
Hujahnya sekadar mengutip definisi
dari WHO Scientific Group on Smallpox Eradication (1968) iaitu badan
entiti yang sama terlibat dalam monopoli penjualan vaksin smallpox pada tahun
2005[7]. Hujah Jacknaim ini tertolak
kerana terdapatnya conflict of interest dalam Pertubuhan Kesihatan Dunia
itu. Jacknaim bodoh-bodoh ditipu. Pada hakikatnya, mereka menjaja
slogan/propaganda ilmiah seolah-olah smallpox hilang dari dunia.
Kemudian memusnahkan baka virus “seed virus” smallpox di seluruh Negara
anggota. Menetapkan virus hanya disimpan di makmal yang ditunjuk oleh mereka.
Barulah dikemudian hari, mereka sendiri monopoli penjualan vaksin smallpox berpusat di Geneva. Kalau kita ceritakan hukum
ekonomi licik para kapitalis ini kepada peruncit di kampung pun, mereka akan
cepat faham. Tapi Jacknaim di Sabah, tak faham-faham.
Saya
sebenarnya simpati dan memahami kesunyian Jacknaim yang sudah berumur 30-an
tetapi belum mendirikan rumahtangga. Kemarahan beliau pada para wanita
mendorong beliau mati-matian mengkritik icon wanita bernama Ayu Raudhah dalam
blog sampah terbarunya[8]. Saya saja jijik membacanya.
Perbuatannya bermuka-muka mencintai Ayu Raudhah sebenarnya bertujuan memperkosa
karakternya (character assassination), tikam belakang (stab back),
ragukan kapasiti intelektualnya sebagai seorang doktor, agar tiada lagi ahli
perubatan yang bercakap mengenai kebejatan status quo sistem yang sedia ada.
Inilah kepuasan 'masturbasi’ seorang playboy tak laku-laku bernama
samaran Jacknaim. Kemarahan batin sudah menutupi nalar akal warasnya!
Dengar
nama Islamnya sendiri dia berasa benci dan inferior, lalu diganti
jadi Jacknaim
Rajah 3: Blog sampah yang melakukan
pembunuhan karakter terhadap Ayu Raudhah
"Ustaz" Jacknaim yang
membahas sunnah Nabi Saw tidak memberi madu pada bayi. Mcm tak layak
Saya
ringkaskan kronologi isu smallpox berdasarkan tahun:
1978 – Malaysia dan seluruh Negara Asean
dinyatakan bebas smallpox[9].
1979 - Data berkaitan pembasmian smallpox
tahun 1979 ini saya ambil dari Global Commission for the Certification of
the Eradication of Smallpox[10].
1980-an – Melalui resolusi WHA 33.4, WHO
mula berkeliling di serata dunia berusaha memusnahkan baka virus (seed
virus) smallpox di 76 makmal virologi (iaitu di 11 Negara produksi) serta
memastikan virus hanya disimpan di dua makmal iaitu Amerika dan Rusia10,[11]. Tahun 1984, makmal virologi
Biofarma di Indonesia yang sudah produksi vaksin smallpox sejak 1962 juga
ditutup dan tidak memiliki baka virus smallpox lagi[12].
1999 - Jawatankuasa pemilihan telah
memihak kepada memusnahkan semua stok virus smallpox tetapi selebihnya tetap
disimpan di makmal WHO yang berpusat di Rusia dan Amerika Syarikat[13]
2003 - WHO mengumumkan adanya senjata
biologi dari virus (Global Mercury)[14].
2005
- Negara anggota terpaksa membeli
vaksin smallpox dari WHO[15].
Mereka tidak dapat produksi vaksin sendiri kerana baka virus (seed virus) untuk
menghasilkan vaksin smallpox sudah dihapuskan bermula pada tahun 1980-an lagi.
Yang buat senjata biologi siapa? Virus kan hanya tersimpan di makmal Amerika
dan Rusia. Saya bukan penganut teori The Arrivals. Tetapi yang produksi dan
jual vaksin secara besar-besaran adalah Syarikat milik Amerika! Seluruh dunia
harus membeli vaksin buatan Amerika itu untuk persediaan menghadapi senjata
biologi. Harganya pula mahal.
Hal
ini lah yang menyebabkan saya menarik sebuah kesimpulan bahawa virus smallpox
tidak hilang sepenuhnya dari dunia. Salahkah statement ini? Tidak salah!
Buktinya kau kena beli persediaan vaksin smallpox pada tahun 2005 atas alasan
apa pun. Jadi, mengapa kumpulan Vax Pusher menjaja laporan statistik
mengatakan smallpox hilang dari dunia kerana vaksin? Dalam erti kata lain, ada
penilaian kritikal yang meragukan pertimbangan statistik tersebut seperti
berakhirnya perang dunia kedua sejak tahun 1945 lagi, meningkatnya taraf
kebersihan dan sosioekonomi, tiada lagi ancaman senjata biologi (bioterrorism)
di Negara dunia ketiga, dan pelbagai faktor lain lagi.
Selain
itu juga, ada pendapat kontroversi yang mengatakan virus smallpox telah
bermutasi menjadi lebih virulen dan diubah nama menjadi monkeypox. Hal ini
kerana monkeypox menunjukkan beberapa persamaan: (1) Virus ‘orthopox’ (2) tersebar
dari manusia ke manusia (3) menyebabkan kesakitan dan kematian (4) gejala
klinik yang hampir sama[16],[17].
Gejala klinik Smallpox mirip
monkeypox
Lebih mengarut dan dungu, Jacknaim
berkata, dia tidak mahu bicara soal metodologi. Tapi beliau menongkat dagu pada
definisi WHO. Cakap sahaja lah kajian atas vaksin itu lemah! Tak jumpa kajian
RCT, placebo effect, dan double blind seperti yang dijalankan atas drugs pada
lazimnya. Kan senang. Dasar gemuk, hitam dan suka memperalat wanita. Hanya
bahasa kasar sesuai buat lelaki gasar dan miang seperti Jacknaim ini.
KESALAHAN METODOLOGI
Jacknaim bersikeras mengangkat
kajian-kajian vaksin setinggi langit padahal jelas diketahui betapa rendahnya
level penyelidikannya. Beliau ini hanya tahu sebut “critical appraisal” dalam
artikelnya tapi pemahamannya hanya sebatas Clinical Guidelines dan Standard
Operational Prosedures. Dia tak nampak hirarki penyelidikan, mungkin
ditutupi lemak pada pelipis matanya. Bagaimana garis panduan boleh dibuat tanpa
dilakukan kajian RCT, double blind, dan placebo effect atas vaksin? Hal ini lah
yang gagal dicerna oleh beliau. Walau 1000 halaman surat yang dikarangnya
sekalipun, hanya akan sia-sia kalau tidak memahami soal metodologi saintifik
ini.
Demi menutupi kelemahan nyata vaksin,
beliau mempertikaikan istilah ‘second rate research’ pula. Seolah-olah
menafikan bahawa kajian RCT adalah ‘gold standard’ dalam evidence based
medicine. Pelik sekali perangai buaya darat ini.
Selanjutnya, al-fahil ustaz
Jacknaim menyentuh isu madu. Saya tidak akan melanjutkan perbahasan nya disini
agar fokus pada isu vaksin sahaja. Sebahagian besar sudah dijawab dalam siri
perdebatan antara anti-Pseudoscience Watch dengan Dr. John Peng[18],[19],[20],[21]. Empat siri tulisan ini
belum terbantahkan oleh kumpulan anti-Madu Berkaitan isu penarikan semula
vaksin tripedia pada tahun 1998 itu saya perolehi data dari United Press
International (UPI)[22]. Jadi,
kalau Anda hendak salahkan saya, salahkanlah laporan UPI itu dulu.
Akal yang sihat akan bertanya. Sekiranya vaksin benar-benar berjaya membasmi penyakit, mengapa vaksin masih ada hari ini? Masalah definisi atau masalah metodologi?
Wallahua’lam bisshowab
Rujukan: