Balasan Surat AYU RAUDHAH: TIADA LAGI KATA DUA BUAT PLAYBOY JACKNAIM [link]
Kehadapan
Ayu Raudhah yang dikasihi.
Selepas
warkah ini, surat-surat seterusnya dariku hanya sekadar menjadi "Surat
Penyata" yang tidak akan melibatkan sebarang interaksi dengan dirimu.
Kerana aku akhirnya akur dengan nasihat Imam Al Shafie kepadaku. Untuk
memutuskan percintaan dengan dirimu sekalipun jauh disudut hatiku, aku tetap
berdoa agar kau kembali ke jalan yang lurus dan penuh dengan kebenaran.
"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, karena orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu."
Aku
cuba mencari poin untuk diperdebatkan melalui utusan suratmu bertajuk AYU RAUDHAH: TIADA LAGI KATA DUA BUAT
PLAYBOY JACKNAIM. Ternyata aku gagal menjumpai kebenaran untuk aku
persetujui dan tidak pula aku temui hujah untuk aku perdebatkan. Yang ada hanya
kata nista dan kejian yang lahir dari jiwa kecil yang serba nakal menjentik
peribadiku dari berperang melawan hujah.
Yang
membuatku ketawa dalam kegelian semestinya kekeliruan seorang ’gadis’ yang
mengaku dirinya seorang doktor, memaki hamun pakar perubatan dan Badan
Kesihatan Sedunia walhal aku tidak menjumpai perbincangan akademik yang kau
cuba tonjolkan.
Mungkin sebelum ini Jacknaim sibuk dengan program diet mengempiskan perut
Sesiapa
yang mengenaliku pasti tahu bahawa aku akan memberi 200% usaha untuk
perjuanganku. Sekalipun ia adalah medan perjuangan yang akan menyaksikan aku
rebah tersungkur atau tercungap lemas dalam mencuri nafas. Sebagaimana aku
berjuang untuk merawat penyakit obesiti yang aku hidapi maka begitu juga aku
gigih menulis tentang isu vaksin ini. Aku pernah terleka menjalani kehidupan
dunia tanpa menyedari badanku mencecah berat sebanyak 135kg. Mungkin lebih dari
itu kerana penimbang berat manual tidak cukup jarumnya dan itu adalah angka
yang tercatat pada mesin penimbang automatik yang mempunyai ralat. Lalu, aku
mula merawat diriku dan kini beratku kembali ke angka 88kg dan aku masih belum puas
untuk terus berjuang.
Adapun
demikian, disaat aku mula mengutus siri surat ini, aku mempunyai matlamat yang
jauh lebih besar dari menawan cintamu. Sebaliknya, aku mahu masyarakat menilai
kebenaran disebalik ajaran yang kau bawakan ini. Supaya masyarakat kembali
sedar dan dapat membuat penilaian mereka sendiri samada kau benar-benar seorang
doktor atau tidak.
Sasaran
utamaku adalah masyarakat awam dan dirimu hanyalah medium perantara. Agar mereka
dapat melihat kaedah yang aku gunakan dalam mendidik dirimu dan membuat
keputusan samada bersetuju denganku ataupun tidak. Aku tidak berhak menghalang
mereka dari melakukan ijtihad mereka dalam isu vaksin ini setelah menilai
kedua-dua hujah dariku dan dirimu.
Aku
hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar kau bukanlah doktor haiwan atau
doktor yang diijazahkan oleh Universiti Palsu. Mesti kau masih ingat akan
berapa banyak manusia yang menjaja idea tentang perubatan pseudoscience
menggunakan gelaran doktor yang lahir dari delusi mereka sendiri. Ada doktor
herba yang menulis tentang bahaya vaksin di akhbar Sinar Harian seperti yang
aku cantas pada surat terdahulu. Dan cukup ramai sekali doktor yang menjalankan
perubatan palsu menggunakan mesin elektronik, air bacaan Quran dan sebagainya.
Ternyata
suratmu jelas menggambarkan kekeliruan terhadap satu bidang ilmu yang cukup
asing bagi dirimu. Aku hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar masyarakat
yang ada di seantero dunia akan mengambil langkah drastik untuk mula menuntut
ilmu dari sumber yang shahih dan bukan dari individu bernama Ayu Raudhah atau bersandar
secara 100% dengan buku tulisan Dr. Jacknaim ini. Ya, aku mencabar agar
masyarakat dunia mengikut landasan disiplin ilmu yang betul untuk menilai gaya
perbahasan Ayu Raudhah dan Dr Jacknaim bagi menentukan pihak yang benar.
Padahal apa yang saya kritik kesemuanya berkaitan dengan penilaian kritikal tersebut serta menepati"Hierarchy of Research Design & Level of Scientific Evidence"[3,4] (Lihat Rajah 2) Saya tidak tahu apakah di USM sana beliau tidak diajarkan cara yang terbaik untuk mengkritik journal atau artikel adalah dengan mempelajari Evidence-based Medicine (EBM)
Ayu,
dalam surat terdahulu aku meminta agar kau mengajarku ilmu epidemiologi dan
kajian klinikal yang kau pelajari agar aku dapat bercakap dalam bahasa yang
sama dengan dirimu. Yang aku dapati hanya satu putar belit yang terhasil dari
kekeliruan dirimu. Aku risau, tulisan suratmu hanya akan dikeronyok oleh pakar
akademik dan dibuang ke dalam tong sampah. Sebaliknya, aku akan tetap
menyimpannya kemas-kemas dalam catatanku agar menjadi rujukan diriku bahawa kefahaman
ilmu sebeginilah yang menyebabkan Islam kekal mundur.
Sebelum
kau tuntas menghina Universiti tempatku menuntut ilmu, maka biar aku kongsikan
dengan dirimu tentang disiplin Evidence
Based Medicine yang mungkin akalmu tersilap memahaminya. Baca sahaja
suratmu itu maka seluruh ahli perubatan seluruh dunia yang faham bahasa melayu
akan mentertawakanmu.
EBM
was defined as "a systemic approach to analyze published research as the
basis of clinical decision making." Then in 1996, the term was more
formally defined by Sacket et al., who stated that EBM was "the
conscientious and judicious use of current best evidence from clinical care
research in the management of individual patients."[i]
Dalam
bahasa kampungnya, kau harus tahu bagaimana Evidence Based Medicine bermula. Ia adalah satu terminologi yang
diperkenalkan untuk merawat satu-satu penyakit berdasarkan kewujudan satu-satu
bahan bukti. Disiplin ilmu ini tidak bermula dalam sekelip mata dan menjalani
proses panjang untuk wujud seperti yang ada pada hari ini.[ii]
Sebab itu aku selalu ingatkan dirimu. Sebelum berbahas, pastikan kau tahu
definisi isu yang ingin kau perbahaskan. Barulah kau tidak tersesat seperti lembu
yang ditarik hidungnya oleh Sang Gembala Dungu. Akhirnya hilang ditengah hutan
lalu dibaham menjadi santapan Sang Harimau.
Bermakna,
apa-apa sahaja rawatan yang kau lakukan adalah EBM sekiranya mempunyai sumber
rujukan berdasarkan kajian. Ini termasuklah kaedah rawatan yang salah! Oleh kerana
itu, ahli perubatan menyedari bahawa lambakan kertas kajian sains yang ada pada
hari ini boleh memudharatkan pesakit apabila doktor mengambil saranan rawatan
dari kertas kajian secara semborono. Contoh kaedah rawatan yang salah
termasuklah penolakan vaksin.
Ilmu
Evidence Based Medicine ini bukan hanya sekadar ‘menepati"Hierarchy of Research Design & Level of Scientific Evidence"‘ yang kau canangkan secara semborono di atas.
Maka
tidak hairanlah aku sentiasa berasa pelik apabila seorang yang mengaku dirinya
seorang doktor boleh beratus kali berbicara tentang Randomized Control Trial
semata-mata. Kerana kau sendiri tidak memahami maksud Evidence Based Medicine dan juga Critical Appraisal itu sendiri.
Evidence
Based Medicine memerlukan kepakaran dalam memilih jurnal, membuat critical appraisal dan menghasilkan
maklumat dari kertas saintifik. Selain itu, ia juga memerlukan penghasilan
keputusan secara kritikal samada satu-satu bukti klinikal itu sesuai
dilaksanakan untuk pesakit dan menyediakan kaedah sistematik untuk menghasilkan
satu keputusan sekiranya bukti secara langsung tidak ditemui.[iii]
Disiplin
ini akan menghasilkan kaedah rawatan yang dipanggil sebagai Evidence Based Practice. Pemberian vaksin adalah salah satu
darinya.
Evidence-Based
Practice is defined as, "Making a conscientious effort to base clinical
decisions on research that is most likely to be free from bias, and using
interventions most likely to improve how long or well patients live."
(Mark H. Ebell, MD, MS, Professor, University of Georgia, Editor-in-Chief,
Essential Evidence Plus)[iv]
Proses
menghasilkan satu-satu kaedah perubatan Evidence
Based Practice berdasarkan disiplin ilmu Evidence Based Medicine ini tidak senang. Malah, dengan mengambil hujah dari Ayu Raudhah juga tidak akan menjadikan satu-satu rawatan perubatan itu bersifat Evidence Based Medicine. Sebab bab kesahihan dan autoriti Ayu Raudhah tu sendiri dah diragui dan palsu. Jadi macam mana kau nak terima kandungan bukti dia yang mengarut tu. Biar aku tunjukkan
kepadamu secara ringkasnya ilmu itu.
Apabila
kau mengatakan bahawa kau tahu membuat critical
appraisal dalam rangka jawapan sebegini, maka aku mula berasa khuatir dan
bimbang.
Critical Appraisal yang diajarkan bukan sahaja kepada pelajar perubatan (seperti yang difahami oleh Jacknaim) tetapi seluruh ahli akademik/ahli falsafah yang melakukan kajian saintifik di segala disiplin ilmu pengetahuan, atau dalam bahasa melayu disebut juga, Penilaian Kritikal.
Aku
risau sekiranya kau menggunakan disiplin ilmu critical appraisal seperti yang digunakan ahli akademik/ahli
falsafah dalam bidang Ungulata dalam menghasilkan spesis seladang melalui
proses kacukan silang seladang dan lembu dan menisbahkannya kepada proses
critical appraisal yang dilakukan oleh doktor perubatan berhubung penggunaan
vaksin.
Untuk
membuat Critical Appraisal pada satu-satu kertas kajian saintifik, aku suka
menggunakan kaedah yang diterangkan oleh Jane M Young dan Michael J Solomon
iaitu secara langkah demi langkah dengan menggunakan sepuluh rangka soalan.
Suka
aku mengingatkan dirimu bahawa Critical Appraisal ini adalah untuk menilai satu
kertas kajian saintifik sahaja. Untuk kertas kajian saintifik berkenaan vaksin
itu sendiri ada tidak kurang dari 10 000 kertas kajian. Aku boleh memberikan
kau 100 kertas kajian tentang vaksin tidak menyebabkan autism dan kau boleh
jalankan critical appraisal untuk setiap 100 kertas kajian tersebut andai kau
mahu menolaknya.
Maka
tidak hairanlah aku mendapati bahawa kau cukup keliru sekali dalam menyertakan
gambar piramid dalam suratmu itu dan ia secara jelas menggambarkan betapa
asingnya bidang perubatan dengan dirimu ini.
Jika
Ayu belajar betul betul Evidence Based Medicine ni pun ada dinyatakan secara
terang-terangan bahawa Randomized Clinical Trial boleh menjadi faktor limitasi
satu-satu kajian, tetap dipengaruhi unsur berat sebelah dan tidak boleh
dijadikan 100% kriteria dalam menghasilkan satu-satu Clinical Practice
Guidelines yang bertaraf autoriti paling tinggi.
Atau
dalam erti kata mudahnya, Ayu sebenarnya tidak faham bahasa Inggeris. Lantas ia
membawa kepada kesalahan major ayu dalam mentafsir satu-satu kertas kajian
saintifik. Maka tidak hairanlah Ayu begitu tuntas sekali menyalahkan USM kerana
bekerjasama dengan penjualan air I-MIZU.
Saya
hanya menggunakan sumber rujukan yang diberi oleh Ayu Raudhah sendiri dan
mendapati betapa jahilnya Ayu Raudhah memanipulasi sentimen yang dibangkitkan
oleh kumpulan Pseudoscience Watch tentang Diploma Bekam dan Air I-Mizu. [v]
Keratan
akhbar tersebut secara jelas telah mengakui bahawa pengedar I-Mizu telah
memanipulasi USM dalam penghasilan produk tersebut. Perlu diingatkan bahawa
keputusan USM bekerjasama dengan mereka adalah lebih kepada pembangunan
keusahawanan.
The local supplier and dealer for I-Mizu, a filtration system that produces water purportedly able to treat major illnesses like cancer and diabetes, has apologised for using a promotional poster that made such bold claims during a ceremony with Universiti Sains Malaysia (USM) last week.
“That is a mistake which was made by my staff during the ceremony. It was a hectic day, and I admit we made a mistake. We cannot put such a bunting or poster promoting our products in such a way, I understand that it is not allowed, especially when we are dealing with sensitive illnesses like cancer,” Miresco’s managing director Ihsan Mohd Noh told Malay Mail Online. -
Hal
yang sama diguna dalam isu diploma klinikal bekam di mana ia bukan program yang
diiktiraf secara sah oleh USM sebagai program akademik mereka sebaliknya
melibatkan pemalsuan dan manipulasi golongan scammer Multilevel Marketing.
Saya
mencadangkan agar Ayu Raudhah berhati-hati membuat tafsiran dari bahasa
Inggeris ke Bahasa Malaysia. Jika Ayu tidak pandai berbahasa Inggeris, saya
sarankan agar Ayu mengupah penterjemah professional agar tidak melakukan
kesalahan yang memalukan.
Buat
masa sekarang, peratusan untuk bertemu dengan doktor Malaysia yang tidak pandai
berbahasa Inggeris adalah tersangat kecil sekali. Oleh itu saya benar-benar
berharap bahawa Ayu bukanlah doktor herba atau doktor mesin perubatan
elektromagnetik palsu.
Saya
tidak berniat untuk mengkritik Ayu Raudhah secara peribadi seperti yang
dilaksanakan oleh beliau terhadap saya. Tetapi poin ini harus ditunjukkan
secara jelas dan terang disini kerana ia menjadi punca kenapa Ayu Raudhah kerap
kali melakukan kesalahan dalam mentafsir satu-satu journal perubatan.
Perbuatannya bermuka-muka mencintai Ayu Raudhah sebenarnya bertujuan memperkosa karakternya (character assassination), tikam belakang (stab back), ragukan kapasiti intelektualnya sebagai seorang doktor, agar tiada lagi ahli perubatan yang bercakap mengenai kebejatan status quo sistem yang sedia ada
Bagaimana
Ayu Raudhah boleh menterjemah perbuatan tikam belakang kepada stab back? Ia adalah
istilah bahasa Inggeris yang lucu. Saya risau jika orang seperti Ayu Raudhah
diangkat sebagai golongan intelektual oleh ahli masyarakat, ia hanya akan
menjadikan negara kita sebagai bahan lawak di persada dunia.Macam mana nak
tegakkan perubatan Islam kalau bab-bab integriti pun dah gagal.
Bahkan
tuduhan Ayu Raudhah ini cukup kelakar. Bagaimana saya ingin meragukan
masyarakat jika saya tidak pernah mengiktiraf beliau sebagai doktor perubatan? Baca
kembali artikel saya dari awal bab. Perbahasan ini dijalankan kerana Ayu ingin
saya menganggap dirinya sebagai seorang doktor. Tetapi ini bukan bermakna
beliau seorang doktor. Jika beliau benar-benar seorang doktor pun, mungkin
bukan doktor perubatan manusia la. Nak kata Doktor haiwan pun susah sebab
majoriti doktor haiwan pun pandai berbahasa Inggeris. Istilah paling tepat yang
boleh saya simpulkan disini adalah, Ayu ialah Doktor Google!
Saya
rasa cukuplah setakat ini. Tidak perlu teruskan perbahasan dengan Ayu Raudhah
memandangkan baki tulisan beliau adalah bersifat sampah yang sudah tidak boleh
dikitar semula.
Serangan
peribadi terhadap saya secara jelas adalah langkah terdesak beliau untuk
memalukan saya. Isu penggunaan nama Jacknaim pun menjadi soal sedangkan saya
sudah berbicara panjang lebar tentang genesis nama samaran ini di dalam buku
Prognosis. Rasulullah sendiri menggelarkan isterinya sebagai Si Merah Pipi. Adakah
itu bermaksud inferior? Ayu Raudhah sendiri tidak menggunakan nama sebenar
beliau di Facebook. Adakah itu bererti nama sebenar Ayu Raudhah membawa maksud
longkang atau kandang khinzir hingga beliau begitu malu sekali untuk
menggunakan nama sebenar.
Apabila
orang bercakap tentang sesuatu hujah yang dikemukakan oleh Dr. Jacknaim, maka
mereka akan tahu bahawa ia merujuk kepada hujah Dr. Muhamad Na’im Bin Ab Razak
yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dari Universiti Sains
Malaysia. Bila orang berbicara tentang hujah dari Ayu Raudhah? Masyarakat nak
rujuk tentang pendapat yang dikeluarkan oleh siapa? Doktor, jururawat, doktor
herba atau badut? Ayu Raudhah ni lelaki ke perempuan atau Pondan?
Tuduhan
bahawa saya cuba merogol karakter wanita pun boleh dijadikan bahan gelak. Kerana
saya tidak pernah mengiktiraf Ayu Raudhah sebagai wanita. Bahkan dalam BAB 1
sudah diterangkan hipotesis disebalik jantina ayu Raudhah di Facebook sebagai
perempuan. Mengatakan bahawa saya anti wanita adalah falasi kerana definisi
saya terhadap Ayu Raudhah adalah beliau tidak semestinya wanita bahkan boleh
sahaja seorang pondan yang dalam kegersangan. Dan saya juga tidak pernah
mempermainkan cinta kerana definisi cinta juga sudah saya terangkan iaitu
seboleh-bolehnya menjadikan perbahasan ini penuh dengan kasih sayang dan
menjauhi permusuhan.
Sayangnya,
akal Ayu Raudhah tidak cukup bergeliga untuk memahami keseluruhan teks
perbahasan ini. Maka dengan ini, saya mengucapkan selamat tinggal buat Ayu
Raudhah.
Nasihat
saya, jangan nakal-nakal. Sekalipun saya menolak untuk berbahas dengan Ayu
Raudhah, saya akan mengutus surat amaran atau surat peringatan mesra andai Ayu
berkelakuan nakal.
Apabila
Ayu menyerang peribadi saya secara bertalu-talu, saya tetap berterima kasih. Setidak-tidaknya
ia membuatkan saya kembali menginsafi kekhilafan diri saya. Saya akui bahawa
saya tidak lekang melakukan dosa dan maksiat. Sepanjang hidup saya, saya juga
ada mensia-siakan orang dikeliling saya. Saya hanya mampu berdoa agar segala
kekhilafan saya itu akan dimaafkan oleh mereka.
Ingatlah,
apabila kita cuba berlari di saat kita mula belajar merangkak, maka kita akan
jatuh berkali-kali dan mencederakan diri kita jauh lebih banyak dari membina
otot yang kuat. Kita mengejar seruan dunia jauh lebih banyak dari cuba
mengenali diri sendiri. Kerana pada sangka kita, kita harus menjadi seperti apa
yang dunia mahu kita jadi.
Kita
harus hidup seperti apa yang masyarakat mahu sekalipun bercanggah dengan norma
kehidupan yang sepatutnya kita lalui, biar menyimpangi ketetapan Tuhan. Lantas
kita lupa akan hakikat penciptaan kita adalah untuk menemui Sang Pencipta
mengikut ketetapan yang telah DIA jadikan untuk kita. Seringkali, kita angkuh
dan bongkak dan berasa diri kita telah mencapai satu tahap yang menjadikan kita
wali.
Aku
juga pernah melalui saat itu. Sehingga pada saat ini, ada rakan-rakan yang
bertanya samada aku telah futur di puncak jalan yang aku rintis. Aku pernah
rasa suasana berdampingan dengan ulamak. Mencium tangan mereka. Mengambil ibrah
dari kisah mereka sambil mencicip kopi panas. Dan akhirnya memberanikan diri
untuk cuba merintis jalan yang mereka mahu aku lakukan.
Berada
di satu kedudukan yang tinggi tidak semestinya menjadikan kita sentiasa kebal
buat selama-lamanya. Ada masanya Tuhan akan mencampakkan kita ke lembah paling
dalam hingga yang dapat kita rasai hanya kesunyian. Kegelapan menjadi selimut
dan hembusan nafas menjadi teman berbicara.
Ada
kalanya, TUHAN mahu menguji kita dengan membiarkan kita tenggelam dalam
kenikmatan dosa. Cukup besar untuk membuatkan kita akhirnya berhenti memandang
rendah pada Sang Pendosa lain. Tetapi tidak cukup timbangan untuk menjadikan
kita Kafir dalam menerima kebenaran Allah sebagai Sang Pencipta Paling Agung.
Aku
lebih banyak mengenali tentang dunia ini di saat aku cuba merangkak keluar dari
lembah paling dalam dan hitam itu. Disini aku belajar berhenti menghina Pelacur
yang pernah aku lontarkan kata-kata nista sebagai Ibu dosa. Aku cuba memahami
makna disebalik muka ganas sang pembunuh yang menyembelih mangsanya dengan
kejam. Aku belajar erti persaudaraan disebalik bengis raut wajah seorang ahli
kongsi gelap. Aku berkongsi tangisan seorang playboy yang berhenti mempercayai
cinta akibat terperangkap dalam cinta nafsu tanpa bimbingan Tuhan. Aku cuba
belajar erti disebalik keputusan gadis memilih untuk menduakan kekasihnya atau
makna disebalik cekalnya hati seorang isteri yang mencari nikmat selain dari
suaminya. Aku cuba untuk memahami dunia ini disaat aku melihat anak kecil,
wanita lemah dan orang tua tidak berdaya menjadi mangsa kerakusan dunia dan
mati menjadi bangkai. Ketidakadilan sistem dan manipulasi sosial yang saban
hari membunuh jiwa lembut manusia dan menjadikan mereka berhati binatang sering
membuat hatiku tidak tenteram.
Sehingga
bila semua ini akan berterusan? Aku tidak punya jawapan kerana pencarianku
masih belum menemui penghujungnya. Mungkin apabila Tuhan sudah betul-betul
berada dalam hatiku hingga aku sanggup membuang selain darinya. Saat itu akan
tiba andai ajal tidak terlebih dahulu menjemputku. Yang aku tahu, aku harus
kekal tabah dan menjadi semakin kuat.
Hanya
Kita Yang Layak Mendefinisikan Diri Kita Sendiri! Untuk menewaskan dunia, kita
terlebih dahulu harus menewaskan diri sendiri. Kita harus mengenal kelemahan
kita agar dapat membina kekuatan dan mengatasinya. Kita mesti tahu akan
limitasi kita agar lebih berhati-hati sewaktu melintasi garisan itu. Kita mesti cakna akan kekuatan kita agar ia
dapat digandakan dan memayungi kita.
Perjalanan
ini masih jauh dan panjang. Berhenti membiarkan mana-mana manusia meletakkan
label pada diri kita. Kita cuma harus yakin bahawa TUHAN sentiasa bersama-sama
kita. Sang Pendosa boleh menjadi Sang Pencinta Tuhan. Sang Miskin boleh menjadi
Sang Kaya. Sang Bodoh boleh menjadi Sang Cerdik.
Ingatlah,
Iblis dahulu pernah menjadi hamba yang bertakwa sehingga dia mengambil sifat
angkuh dan sombong untuk memayungi hatinya. Maka, kita harus belajar untuk
merendahkan hati kita. Suatu hari nanti,
kita akan mencapai cahaya kebenaran. Selagi kita masih percaya pada TUHAN. Dia pasti
akan menunjukkan kita jalan.
Sang
Pendosa Bertatih Mencari Rahmat TUHAN.
Dr. Jacknaim.
19/7/2016, 2.30AM.
[i] Claridge
JA, Fabian TC, "History and development of evidence-based medicine."
World J Surg. 2005 May;29(5):547-53.
[ii] Roger
L. Sur and Philipp Dahm, "History of evidence-based medicine"Indian J
Urol. 2011 Oct-Dec; 27(4): 487–489.
[iii] Guyatt
GH. Evidence-based medicine. ACP J Club. 1991;114:A–16.
[iv] "Evidence-Based
Medicine Tutorial"
http://med.fsu.edu/index.cfm?page=medicalinformatics.ebmTutorial
[v]
Facebook Page Pseudoscience Watch
adalah 100% berbeza dengan facebook face dungu Anti Pseudoscience Watch yang
muncul selepas watak Ayu Raudhah muncul. Page sampah Anti pseudoscience Watch
banyak memungut hujah dari Ayu Raudhah untuk dimasukkan ke dalam page mereka.
Ayu Raudhah juga banyak berkongsi post dari page ini di wall facebook beliau.
Ia mendatangkan curiga buat saya bahawa pengendali akaun palsu Ayu Raudhah dan
Anti Pseudoscience Watch adalah orang yang sama)