14.1 KITA WAJIB
MENCARI KEBENARAN
Ke hadapan Ayu Raudhah yang saya kasihi,
Alhamdulillah, kita berada di malam terakhir
Ramadhan. Semoga keajaiban akan berlaku di malam yang penuh berkat ini. Semoga
Allah memaafkan kekhilafan kita di sepanjang bulan Ramadhan ini. Paling
penting, kita harus sentiasa meneguhkan hati kita dalam mencari kebenaran.
Adapun demikian, dalam proses mencari kebenaran
itu, paling penting adalah menanam sifat zuhud dan ikhlas untuk mengetahui
sesuatu kebenaran itu. Kebenaran tidak akan datang andai kita sudah menetapkan
satu konklusi sebelum pencarian itu bermula. Saya sendiri, meletak diri dalam
posisi sebagai seorang yang mencari kebenaran.
Kerana itu, saya tidak pernah Islam dengan hanya
bersandar kepada kenyataan saya dilahirkan dalam keluarga beragama Islam. Kembara
saya untuk mengenali Tuhan bermula apabila saya merangkak menuju kedewasaan dan
tahu memilih antara yang hak dan batil. Di sepanjang proses itu, saya memilih
untuk menjadi Islam. Iaitu satu
ketenangan dan kedamaian yang diperolehi hasil kepatuhan dan persaksian ke atas
kebenaran Tuhan yang Maha Esa. Juga mengakui tentang risalah kebenaran yang
dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
Akan tetapi, saya masih jauh dari bergelar seorang
mukmin. Saya masih tetap seorang pendosa dan tidak suci. Kotoran-kotoran lumpur
yang terpalit pada iman hanya boleh dibersihkan melalui takwa yang harus saya
buru sendiri. Maka atas dasar itu, sejujur manapun saya menulis risalah ini,
saya tetap menyarankan Ayu untuk membuat kajian kembali di atas tulisan saya
ini.
Hai
orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu
berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal
atas perbuatanmu itu.- QS. Al-Hujurat: 6
Saya bersikap ikhlas dalam menulis siri surat buat
Ayu. Fakta yang saya paparkan dibentang mengikut disiplin ilmu yang telus. Saya
meneguhkan janji dan pendirian pada diri bahawa saya akan berkata benar
sekalipun ia pahit untuk ditelan. Akan tetapi, itu bukan bermakna Ayu harus
menerima bulat-bulat kata-kata saya. Teruskan mencari kebenaran tetapi pastikan
ia tertegak di atas bukti-bukti yang shahih.
Islam itu agama yang syumul dan indah. Biar saya
tidak sepenuhnya Islam, tetapi saya benar-benar tertarik dengan hikmah yang
Allah tunjukkan kepada kita semua untuk satu proses pencarian kebenaran.
Allah tidak turunkan Islam dengan paksaan meminta
agar umatnya menyembah dengan membabi buta. Tapi Allah meminta agar kita
membuat kajian untuk menerima kebenaran itu. Jika kita lihat Al Quran itu
sendiri, sudah terdapat contoh yang jelas bagaimana Allah menerangkan kepada
kita akan kebenaran Al Quran.
Dan
demikian (pulalah) Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran). Maka orang-orang
yang telah Kami berikan kepada mereka al-Kitab (Taurat) mereka beriman
kepadanya (al-Quran); dan di antara mereka (orang-orang kafir Mekah) ada yang
beriman kepadanya. dan Tiadalah yang mengingkari ayat-ayat Kami selain
orang-orang kafir. - Qs. al-Ankabut: 47
Walaupun, ia adalah kebenaran, manusia pasti akan
cuba mencari kepincangannya. Hal tersebut sudah diketahui oleh Allah lantas
mengunjurkan cabaran kepada manusia untuk membuktikan tuduhan mereka.
Bukan
itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia
(Muhammad) yang mereka-reka al-Quran tu!" Katakanlah (Wahai Muhammad):
"(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh
surah rekaan yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja
yang kamu sanggup memanggilnya,
yang lain dari
Allah, jika betul
kamu orang-orang yang benar.” – Qs Hud :13
Cabaran yang Allah berikan adalah secara
berkali-kali. Apabila satu bukti gagal dibawa oleh orang Kafir, maka Allah
mempermudahkan cabaran tersebut.
Dan bukanlah
al-Quran ini sesuatu
yang boleh diada- adakan
oleh yang lain
dari Allah; tetapi
al-Quran itu diturunkan
oleh Allah untuk
membenarkan Kitab-kitab yang
diturunkan sebelumnya, dan
untuk menjelaskan satu
persatu hukum-hukum syarak yang
diwajibkan (atas kamu);
tidak ada sebarang
syak dan ragu-ragu pada al-Quran itu tentang datangnya
dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan se kalian alam. (orang-orang
kafir tidak mengakui hakikat
yang demikian itu)
bahkan mereka mengatakan:
"Dia lah (Muhammad)
yang mengada-adakan al-Quran
menurut rekaannya". Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Kalau
demikian, datangkanlah satu
surah yang sebanding
dengan al-Quran itu,
dan panggilah siapa
sahaja yang kamu
dapat memanggilnya, yang lain
dari Allah (untuk membantu kamu), jika
betul kamu orang-orang yang benar!.”-
QS Yunus:37-38
Jika kita cuba untuk memahami kisah ini, maka kita
akan faham bahawa Allah menyuruh kita mencari kebenaran. Bukan hanya sekadar
menjadi pak turut. Hanya kerana sesuatu itu dibuat oleh ibu bapa kita maka kita
harus melakukan perkara yang sama.
Jika Aminah berbicara tentang bayinya yang lumpuh
akibat suntikan vaksinasi, maka kita harus siasat. Begitu juga apabila sampai
berita kepada kita tentang sindiket Big Pharma untuk mengaut untung dengan
menjual vaksin yang bersifat placebo atau tentang teori konspirasi untung
menjahanamkan umat Islam melalui gerakan vaksinasi. Kesemua tuduhan itu harus
dibuktikan kebenarannya.
Ya, mencari kebenaran itu adalah sesuatu yang
menjadi tuntutan agama. Saya suka menggunakan kisah bagaimana Nabi Ibrahim
S.A.W berdebat dengan kaumnya bagi mengajak mereka mencari kebenaran.
Ingatlah
ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya, Azar, “Pantaskah kamu menjadikan
berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Aku melihat kamu dan kaummu dalam
kesesatan.”
Demikianlah
Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di
langit dan bumi dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang yang yakin
Ketika
malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah
Tuhanku”, tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka
kepada yang tenggelam.”
Kemudian
tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah Tuhanku.” Tetapi setelah
bulan itu terbenam, dia berkata: “Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi
petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat.”
Kemudian
tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini yang
lebih besar.” Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: “Hai kaumku,
sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan - QS. al-An’am: 74 – 78
Sahabatku sekalian, Al Quran dan kebenaran Allah
adalah sesuatu yang hak dan tidak boleh di nafikan. Akan tetapi kenapa Allah
masih tetap meminta kita mencari kebenaran itu? Kenapa kita tidak disuruh untuk
mengikut secara membabi buta? Kerana kita harus dipertanggungjawabkan di atas
perbuatan kita?
Dan dalam proses mencari kebenaran itu, kita harus
tahu untuk membezakan hujah mana yang harus kita ambil. Setiap bukti yang diperoleh harus diperiksa
satu persatu dengan penuh cermat.
Saya tidak berani untuk menuduh Ayu sebagai seorang
fasik memandangkan saya juga insan yang terpalit dengan lumpur hitam. Apa yang
saya cuba lakukan disini adalah untuk mengesahkan berita yang Ayu bawakan.
Segala hujah dan bukti yang Ayu bawa harus dinilai mengikut disiplin ilmu yang
betul. Ini adalah untuk mencapai sebuah kebenaran dan sekaligus menolak
kebatilan.
Kerana itu hujah harus dilawan dengan hujah dan
fakta harus dinilai dengan fakta. Tiada kompromi.
Namun, yang merisaukan saya adalah budaya
masyarakat hari ini yang gemar mencari jalan mudah berbanding memulakan satu
proses pencarian kebenaran.
Mereka rela menjadi anti vaksin cukup dengan
gambar seorang bayi yang menghidap eczema teruk berserta ayat penuh emosi
menyalahkan vaksinasi.
14.2 AYU
LETAK JAWATAN.
Budaya masyarakat kita pada hari ini juga sukakan
benda-benda yang sensasi. Emosi dan sensasi mengatasi logik akal hingga sanggup
menongkah arus dan melawan kebenaran yang telah dibuktikan selama beratus
tahun.
Ia bukanlah sesuatu yang pelik. Malah dapat kita
saksikan juga melalui sejarah kewujudan agama yang kita anuti ini sendiri. Islam
diturunkan bermula dari saat Adam dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi
dengan ditemani Isterinya Hawa.
Dari Adam kepada Idris dan akhirnya membawa kepada
Abraham, Moses, Jesus, dan Muhammad, ramai dari kita yang tidak pernah akur
dengan kebenaran. Bahkan kita lebih gemar menjadi penentang yang nyata. Penentangan
membawa kepada perpecahan akibat perbezaan ideologi. Maka tidak hairan apabila
Allah katakan dalam Al Quran bahawa manusia ini pada asalnya berpegang pada
satu kepercayaan agama, lalu mereka berselisih pendapat dan berpecah belah[i].
Akibatnya, kebenaran tentang Allah disembunyikan dan manusia terus menerus
membuat kerosakan demi kerosakan.
Sesuatu yang sudah dijangka oleh Malaikat!
Maka kenapa kita harus pelik jika terdapat manusia
memilih untuk mencabar kebenaran yang bertaraf urusan duniawi semata-mata?
Lagikan urusan agama juga boleh diseleweng dan dipergunakan sewenang-wenangnya.
Allah telah menerangkan kepada kita bagaimana
bangsa yahudi sanggup memalsukan kalam Allah demi untuk menolak kebenaran para
Rasul yang membawa risalah tentang keagungan Tuhan yang Maha Satu.
Maka apakah kita dapat menjamin bahawa sesuatu
risalah yang ada pada kita hari ini, dibawa oleh satu minoriti kecil yang tidak
menjadi ahli kepada sesuatu ilmu itu boleh terpakai?
Ayu Raudhah, jika Ayu ingin membina rumah maka
adakah Ayu akan meminta seorang kontraktor dan arkitek membina rumah tersebut
atau menyuruh bayi kecil dalam buaian untuk menggalas tugas tersebut?
Jika kita ingin belajar tentang matematik, maka
adakah kita akan berlari mendapatkan guru sejarah?
Jika kita ingin belajar tentang struktur lapisan
kerak bumi dan jenis batuan yang ada di setiap kerak itu, maka apakah kita
pantas bertanya kepada ahli muzik?
Hal yang sama apabila melibatkan vaksin, maka
apakah kita pantas bertanya kepada para keyboard warrior yang tidak punya
apa-apa kelulusan dalam bidang perubatan.
Maka saya melihat terdapat keperluan untuk
menjawab surat-surat Ayu di atas dakwaan Ayu sebagai seorang doktor perubatan.
Terbaru, Ayu telah mengeluarkan perkataan “Gadis
Doktor” dari ruang pengenalan diri Ayu Raudhah. Saya sambut baik tindakan ini
dengan penuh rasa bersyukur. Bahkan saya berterima kasih kepada Ayu atas
langkah bijak yang Ayu ambil ini. Kerana tindakan Ayu untuk terus meletakkan
status doktor pada profil Ayu akan menambah bala pada masyarakat kita.
“Kerana
ia telah mencegah satu fitnah dari berleluasa. Lihatlah Ayu Raudhah. Bermula
sebagai ‘jururawat’ dia bertukar menjadi ‘doktor’ lalu menyambung tugas
menyebarkan bahaya vaksin atas kefahaman beliau sebagai seorang doktor pula.”
Sedangkan hujah dan bukti yang dikemukakan oleh
Ayu Raudhah sangat rapuh dan boleh diperbahaskan tetapi masyarakat tak kan
faham isu tersebut. Mereka tidak faham
disiplin ilmu perubatan dan bagaimana memilih bukti dari penerbitan jurnal
perubatan untuk dijadikan kaedah pengubatan untuk penyakit-penyakit tertentu.
Adakah perbuatan Ayu membuang perkataan doktor itu
membuktikan bahawa Ayu bukan doktor? Ya kerana sejarah perdebatan Ayu Raudhah
dengan para doktor di alam maya tidak menunjukkan status keilmuan beliau
sebagai Doktor Perubatan.
Tindakan ini sekaligus dapat mencegah fitnah dari
terus berleluasa.
Memang ada doktor moden yang menolak vaksinasi.
Ya! Akan tetapi ia tidak sama dengan watak Ayu Raudhah di Facebook. Watak Ayu
Raudhah menghentam vaksin secara total dari segala penjuru. Tetapi, penolakan
doktor terhadap vaksin adalah berdasarkan premis tertentu. Setiap dari mereka
membawa premis yang berbeza dan saya berani katakan bahawa 100% golongan ini
tidak menafikan kepentingan dan keberkesanan vaksin.
Akan tetapi, terdapat pegangan pada diri mereka
yang membuatkan mereka menolak vaksinasi. Dan faktor penolakan tersebut telah menjadi kiblat perjuangan mereka. Setiap dari kalangan doktor yang membawa
fahaman anti vaksin ini sebenarnya bukan anti vaksin. Tetapi golongan yang
memilih untuk tidak menggunakan vaksin atas sebab-sebab tertentu. Dan sebab
sebab ini sebenarnya masih boleh diperdebatkan lagi.
Antaranya adalah disebabkan kaedah mereka
dibesarkan sebelum memasuki kolej perubatan lagi. Sesetengah dari mereka sudah
dibesarkan dengan fahaman yang menanam sentimen tertentu seperti menolak
penggunaan bahan mengandungi khinzir dalam kaedah perawatan. Contoh paling
terkenal ialah melalui tindakan seorang doktor di United Kingdom pada zaman
sebelum Majlis Agama Eropah mengadakan mesyuarat bagi mengeluarkan fatwa
menggesa masyarakat islam menerima suntikan vaksin.
Ada diantara mereka sudah hilang minat dalam
bidang perubatan moden dan memilih untuk bertukar arah kepada kaedah perubatan
homeopati atau chiropati. Sebahagian dari mereka dilucutkan jawatan akibat
masalah integriti atau kes perundangan perubatan. Ini membawa kepada dendam
terhadap badan perubatan yang menarik lesen mereka. Maka mereka ingin
membuktikan bahawa kaedah perubatan moden tidak berkesan dan mula menabur
fitnah jahat terhadap rawatan moden.
Sebahagian besar golongan doktor juga tidak
terdedah dengan disiplin ilmu Evidence
Based Medicine. Ia adalah ilmu baru kerana doktor perubatan secara tradisi
bergantung kepada buku teks perubatan. Ada buku-buku tersebut sudah berumur
puluhan atau ratusan tahun menjadikan ia sudah tidak releven dalam konteks
dunia hari ini. Oleh itu, kemunculan lambakan jurnal perubatan menyebabkan
mereka keliru dalam memilih jurnal yang benar-benar berkualiti tinggi.
Ada juga doktor yang ‘dibeli’ oleh ahli politik
untuk menjalankan agenda politik kotor sepert dalam kes yang ditunjukkan di
Amerika Syarikat.
Dan terakhir, doktor yang dikatakan sebagai doktor
yang menolak vaksin itu sebenarnya bukan doktor yang sah. Lihat sahaja situasi
di Malaysia hari ini. Ada yang pakar herba menipu, ada yang menjual mesin
elektronik, ada yang mengguna kaedah rawatan menggunakan air alkali.
Hakikatnya, mereka tiada tauliah dalam bidang perubatan. Kerajaan Malaysia
harus memandang serius isu ini bagi mencantas golongan doktor palsu.
Dalam kes Ayu Raudhah, walaupun beliau ingin
dikenali sebagai doktor tetapi niat beliau jelas. Salah satu tulisan Ayu
Raudhah secara jelas menonjolkan niat beliau untuk meragukan ahli perubatan.
Dalam erti kata lain, menyemarakkan sentimen dalam
kalangan doktor perubatan dengan cara menjentik emosi mereka. Doktor yang tidak
biasa dengan Evidence Based Medicine
atau belajar ilmu perubatan secara tradisional akan melawan Ayu Raudhah di
Internet. Ini membolehkan Ayu Raudhah memutar belit kenyataan mereka dan
mencipta sensasi konon-kononnya doktor moden hari ini bodoh dan tidak tahu
penipuan disebalik vaksin. Ia lantas diikuti dengan tindakan membogel peribadi
atau kehidupan seseorang doktor untuk menonjolkan lagi kelemahan seseorang
doktor itu.
Maksudnya, Ayu Raudhah menjadi popular bukan
kerana dia berilmu. Tetapi kerana dia memenangi sensasi masyarakat. Google boleh
membuatkan semua orang kelihatan bijak dan mampu memberi pelbagai jenis fakta
dan penghujahan.
Tetapi, mereka kekurangan satu perkara yang
menyebabkan golongan ilmiah boleh mencantas hujah mereka iaitu mereka tidak
belajar dan tahu disiplin sesuatu ilmu itu secara prinsipnya.
Kerana itu, jika anda dapati surat-surat jawapan
balas Ayu Raudhah terhadap saya maka anda akan mendapti terdapat banyak bukti
jelas dan konsisten yang menunjukkan dia tidak faham akan ilmu perubatan.
Malah, saya mendapati bahawa sukar untuk saya
meyakini diri sendiri bahawa beliau adalah doktor berdasarkan pengalaman
berhujah dengan beliau selama beratus jam samada melalui ruangan komen, tulisan
surat atau secara mesej peribadi. Ini kerana, doktor di Malaysia mempunyai
lenggok bahasa dan gaya mereka tersendiri sewaktu berbicara. Corak ini adalah
lebih daripada 99% sama sekalipun mempunyai taraf akademik berbeza.
Antaranya adalah
1.
Secara terang- terangan
melakukan copy-paste artikel dari
doktor palsu.
2.
Melakukan kesalahan dalam
menterjemah artikel bahasa Inggeris. Status kefahaman Ayu Raudhah terhadap
Bahasa Inggeris sangat diragui dan terdapat banyak kesalahan menterjemah
perkataan yang bersifat simple. Malah beliau enggan berhujah dalam bahasa
inggeris atas alasan ingin memartabatkan Bahasa Melayu. Satu atau dua kesalahan bersifat tidak
disengajakan. Tetapi kemungkinan untuk tersalah terjemah perkataan yang sudah
sebati atau di’melayukan’ adalah tersangat rendah.
3.
Yang peliknya, istilah
perubatan dalam bahasa melayu yang beliau guna juga tidak konsisten dengan
istilah perubatan dalam buku teks perubatan berbahasa melayu seperti di
Indonesia. Mereka yang belajar perubatan dalam masa 5-6 tahun dalam bahasa
melayu pasti sudah biasa menyebut satu-satu penyakit itu dalam bahasa yang mereka
pelajari. Dalam kes Ayu Raudhah, ia samada mengguna istilah bahasa melayu yang
salah atau mencedok perkataan Bahasa Inggeris dan dimelayukan.
4.
Gagal memahami maksud
disebalik istilah atau ayat perubatan yang dikemukakan beliau.
5.
“Bukti” yang dibawa beliau
atas dasar membenarkan hujah beliau sebenarnya langsung tidak menyokong premis
yang beliau bawa.
6.
Gaya penulisan dari satu
surat ke satu surat Ayu Raudhah tidak sama. Secara umumnya, seseorang akan
mempunyai pola penulisan yang sama dan konsisten. Mereka yang sudah biasa
membaca tulisan saya juga akan mendapati bahawa rentak penulisan adalah sama.
Saya telah menulis sejak sepuluh tahun yang lalu. Rentak penulisan tidak
berubah. Yang berubah cuma keluasan vokabulari dan gaya bahasa.
7.
Hujah saintifik beliau hanya
satu. Konon-kononnya mahu RCT atau methodologi. Tetapi ternyata beliau sendiri
tidak tahu tahap kedudukan RCT dalam satu-satu kajian. Malah, terdapat faktor
limitasi dan kekurangan pada kaedah RCT dijalankan atau ditafsir keputusan
kajiannya dan ini diakui dalam disiplin Evidence Based Medicine
Saya tidak akan membuat kesimpulan samada Ayu
Raudhah adalah seorang doktor ataupun tidak. Yang pasti, saya sudah memberikan
hujah saya dan terserah kepada anda untuk membuat keputusan anda sendiri.
Masyarakat Malaysia hari ini sangat pelik. Mereka
katakan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap doktor. Tapi, kenapa mereka
boleh percaya kepada doktor palsu atau yang sudah berpaling dari ilmu perubatan
moden?
Ini kerana, kata-kata doktor yang bersifat berat
sebelah biasanya laku dalam golongan masyarakat. Ambil sahaja kes seperti Dr S, Dr Z yang
mempromosi kaedah homeopati.
Masyarakat melihat ajaran mereka ini sebagai satu
kebenaran yang tidak dapat dipertikaikan.
Begitu juga apabila Dr H. A menyiarkan artikel
berhubung kelahiran alami, ia menjadi viral dan ikutan masyarakat tanpa cuba menilai
fakta sains yang dikemukakan.
Ada yang berkata bahawa Ayu Raudhah adalah Dr H. A.
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut di atas beberapa premis
pemerhatian saya. Pemerhatian saya boleh jadi salah dan boleh jadi betul.
Kerana, hanya Ayu Raudhah yang tahu siapa diri beliau sendiri. Namun, suka
kiranya saya menyentuh sedikit isu berkenaan dengan Dr H. A dan perkongsian
beliau tentang kelahiran Alami.
Saya tidak mengenali Dr H. A secara peribadi begitu juga Ayu Raudhah.
Apa yang saya dengar berdasarkan Dr H.A tidak boleh digunakan sebagai satu hujah
lengkap untuk merumuskan tentang diri beliau. Akan tetapi, penilaian saya
terhadap tulisan beliau yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama
Nurul Jannah sedikit sebanyak dapat mengaitkan personaliti beliau seperti yang
diberitakan oleh rakan-rakan doktor perubatan yang lain.
Dalam saya meneliti hujah Dr H. A berkenaan
kelahiran Alami ini, saya ingin para pembaca bersikap terbuka. Tulisan ini
boleh sahaja menjadi fitnah terhadap Dr H.A sekiranya bukan beliau yang
menulisnya. Ini kerana, saya tidak menemui sumber asal daripada beliau sendiri.
Disebabkan terdapat unsur keraguan pada sumber bukti ini, maka saya gambarkan
kupasan isu saya terhadap bab ini lebih kepada satu perkongsian semata-mata.
Dalam erti kata lain, apabila satu sumber fakta
itu diragui sumber dan kesahihannya maka ia secara automatik tertolak dari
menjadi bahan kes yang boleh digunakan dalam perbahasan. Akan tetapi, ia adalah
sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Fakta yang diragui sumber dan
kesahihan walaubagaimanapun boleh dijadikan sebagai satu pengajaran atau
cetusan idea untuk mengkaji sesuatu point yang dinyatakan dalam risalah tersebut.
Akan tetapi, tulisan Dr H.A tetap mempunyai nilai
saintifik dan sains. Cuma ia lebih kepada kesalahan dalam memahami nilai
saintifik. Ia berbeza dengan tulisan Ayu Raudhah yang langsung tidak saintifik
dan mempunyai kekeliruan yang nyata.
14.3 KELAHIRAN
SEMULAJADI MENURUT ISLAM
Islam adalah agama dari pencipta seluruh alam semesta dan pastinya kelahiran semulajadi menurut Islam adalah yang terbaik dan memenuhi fitrah manusia.
Membincangkan
isu kelahiran alami adalah satu topik yang besar kerana terdapat pelbagai motif
yang menjadi tunjang kepada gerakan kelahiran alami di rumah. Ia sama sahaja
dengan faktor yang membawa kepada gerakan antivaksin. Akan tetapi, dengan
mengambil kira tentang konteks Malaysia maka kita tidak boleh menafikan bahawa
motif agama dalam menghalang usaha vaksinasi dan pembanterasan kelahiran di
rumah, adalah berakar umbi dari satu sistem kepercayaan yang hasil dari gerakan
islam kontroversi yang telah diharamkan di Malaysia.
Walaubagaimanapun,
golongan ini kekal menjadi minoriti. Mengikut teori WHO, mereka ini adalah
golongan yang dipanggil sebagai “Refuse
All” Mereka tidak akan sama sekali menerima vaksin biarpun telah dijelaskan
hukumnya oleh para ulamak kerana mereka mempunyai mujtahid sendiri dalam budaya
beragama mereka.
Saya
tidak menafikan bahawa gerakan Islam ini membawa satu gelombang baru dalam
beragama yang mendekatkan umatnya kepada prinsip beribadat secara total. Akan
tetapi, kesan pemikiran mereka turut meresap masuk dalam minda ahli perubatan
sendiri. Golongan minoriti ini secara diam telah menanam benih keraguan pada
budaya sains moden atas alasan kurang kebergantungan pada Allah. Maka tidak
hairan, ada ahli perubatan yang mula menolak kaedah perubatan moden atas alasan
tidak islamik.
Dalam
kes Dr H.A, saya tidak menuduh beliau sebagai ahli gerakan islam yang
diharamkan tersebut. Ia boleh sahaja berpunca dari masalah personaliti beliau
yang tidak sesuai dibincangkan secara umum. Biarlah doktor pakar meneruskan
siasatan kes tersebut dan penjelasan lengkap tentang keadaan kesihatan beliau tidak
harus disebarkan secara umum.
Akan
tetapi, terdapat persamaan pemikiran dalam kalangan para doktor yang pernah
ditarbiyyah mengikut sistem bawaan mujtahid ini. Pegangan mereka boleh dinilai
berdasarkan buku Susunan Dr Ing Abdurrahman Riesdam Effendi & Dr Ing Gina
Puspita[ii]
Ya, saya tidak nafikan bahawa Islam adalah agama
yang syumul[iii].
Kita wajib percaya dengan Islam dan Allah. ‘Sesungguhnya
sholatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Tuhan Semesta Alam.’ Itu adalah makna dan pegangan
yang menjadi tarikan terhadap Islam.
H.
Syakir Jamaluddin, S.Ag., MA menjelaskan bahawa, “Sesiapa yang manusia tidak dibenarkan memisahkan aktivitas hidupnya,
sebagian untuk Allah dan sebagiannya lagi untuk yang lain. Semuanya harus total
dipersembahkan hanya kepada Allah SWT: Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†َّ صَلاَتِÙŠ ÙˆَÙ†ُسُÙƒِÙŠ ÙˆَÙ…َØْÙŠَايَ ÙˆَÙ…َÙ…َاتِÙŠ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ “Katakanlah, sesungguhnya shalatku, ibadahku,
hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Pemelihara alam semesta.“ (QS.
Al-An‘âm/6: 162) Selain itu, Allah menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling
sempurna (QS. Al-Tîn/95: 4) dan paling dimuliakan Allah dengan memberinya
berbagai kelebihan dibanding makhluk yang lain (QS. Al-Isra’/17: 70).[iv]
Akan
tetapi, ia tidak harus menjadi asas kepada kita untuk meneruskan sentimen
tersebut dalam gaya penulisan kita. Memulakan penulisan dengan nama Allah dan
Islam adalah satu penarik minat kepada masyarakat yang sedang mencari Allah dan
Islam.
Dalam soal kelahiran ini ia menjadi sangat lengkap sekiranya aspek kawalan emosi, ketakutan semasa melahirkan , aurat dan pengurangan rasa sakit dapat diambil kira secara syumul.
Ayat ini adalah ayat terbaik dalam memainkan
sentimen dan emosi pembaca. Setelah dimulakan dengan ayat pembukaan tentang
Islam yang bersifat fitrah, maka ia membawa kepada kepincangan satu-satu sistem
yang dilihat bercanggah dengan prinsip Islam seperti yang diterangkan dalam
mukaddimah artikel. Dalam erti kata lain, teknologi sekarang tidak dapat
menandingi kesyumulan Islam. Ia adalah benar tetapi ditafsir dalam konteks yang
salah.
Mengandung adalah proses yang sangat suci kerana penciptaan manusia adalah suatu proses yang sangat suci tidak kira sama ada anak itu anak luar nikah atau anak siapa sahaja kerana semua itu Allah yang menjadikan.
Lantas beliau memainkan kembali sentimen tentang
isu kesucian proses kelahiran. Membawa kepada proses menisbahkan segala
kejadian itu dengan kehendak dan ketentuan Allah. Ayat ini langsung tidak
salah. Ia menggambarkan kepintaran intelektual seorang penulis. Dalam kes ini,
sesuai dengan status Dr H.A sebagai seorang ahli akademik. Tetapi ayat ini akan
menanam sentimen dalam minda pembaca bahawa sekiranya berlaku bencana dalam
proses kelahiran alami, maka itu adalah takdir Allah. Dan Doktor H. A tidak
patut dipertanggungjawabkan atas kecelakaan tersebut.
Allah menjadikan kandungan itu berada di dalam sebuah tempat yang dinamakan dengan namaNYA (Ar Rahim), menunjukkan bahawa rahim kita dalah sangat luarbiasa untuk menghasilkan jumlah anak yang unlimited mengikut ketentuannya dan membolehkan vaginal birth after Caesar walaupun selepas beberapa kali operation.
Ayat ini membawa kepada konklusi tentang
pembentukan elemen luar biasa dan kehebatan yang melampau dan dihasilkan
melalui faulty reasoning.
Beliau cuba mengaitkan tentang kehebatan Rahim
tetapi pada masa sama menggambarkan kekeliruan pemikiran beliau. Akal beliau
mentafsirkan kehebatan rahim melalui kebolehan rahim untuk menghasilkan jumlah
anak yang unlimited.
Ia lantas bertentangan dengan fitrah penciptaan
manusia seperti yang digariskan oleh Allah S.W.T sekaligus menafikan ayat
bahawa rahim adalah sangat luar biasa. Paling jelas adalah melalui ayat tentang
menopause.
“Dan
perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (menopause) diantara
perempuan-peremuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa idahnya), maka masa
iddah mereka adalah tiga bulan……. “- QS. at-Talaq:4.
Ayat ini secara tidak langsung menolak hujah sifat
luar biasa rahim untuk menghasilkan anak yang unlimited dan membuktikan bahawa Allah menciptakan rahim sesuai
dengan keinginanNYA. Untuk menjalankan fungsinya mengikut fitrah yang
ditetapkan.
“Para
ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang
ingin mnyempurnakan susuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada
para ibu dengan cara ma’ruf…..”- QS. Al-Baqarah:233
Hikmah menyusu bayi selama dua tahun secara penuh
atau dalam sesetengah riwayat mengatakan sebagai 21 bulan atau 2 tahun setengah
menunjukkan kepada kita secara tidak langsung, bahawa Rahim bukanlah bersifat unlimited atau superior. Ini menunjukkan bahawa ibu perlu berehat setelah
melahirkan bayi bagi memulihkan kembali fungsi alat peranakan ini. Sekalipun
proses mengandung boleh berlaku jika hubungan kelamin dilakukan dalam proses
menyusu bayi ini, ia hanya akan melemahkan lagi sistem peranakan. Ini selari
dengan firman Allah S.W.T
“Kami
perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu- bapaknya,
ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannnya dengan susah payah
(pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan…” -QS. al-Ahqaf:15
Maka hujah-hujah di atas jelas menunjukkan bahawa kekuatan
rahim adalah terbatas. Ia menunjukkan hikmah bahawa terdapat keadaan di mana
intervensi perlu dilakukan apabila terdapat punca kelemahan itu.
Sebagai contoh, kelahiran bayi secara alami di
rumah memberi risiko kepada pendarahan selepas bersalin atau apa yang kita
katakan sebagai Post Partum Hemorrhage.
Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai punca. Antaranya mengandung terlalu ramai
anak, proses meneran yang berlebihan akibat kandungan bermasalah, kecederaan
pada saluran peranakan dan rahim juga disebabkan penempelan plasenta yang tidak
normal.
Pada zaman Rasulullah, tidak ada sebarang
intervensi yang boleh dilakukan bagi mencegah komplikasi ini. Akibatnya, ramai
Ibu-Ibu yang melahirkan bayi di rumah meninggal dunia. Ia membawa kepada hadis
Rasulullah tentang status kematian ibu-ibu ini sebagai syahid.
“Ada
tujuh mati syahid selain mati dalam peperangan membela agama: orang yang mati
karena terserang wabah tha’un (kolera), orang yang mati karena tenggelam, orang
yang mati karena sakit pinggang, orang yang mati karena sakit perut, orang yang
mati karena terbakar, orang yang mati karena tertimpa reruntuhan dan perempuan
yang mati karena kehamilan dan persalinan.”
- HR. Abu Dawud.
Adakah ini semua menggambarkan kelemahan Allah
S.W.T dalam mencipta manusia? Nauzubilla hi min zalik! Tidak. Ia tidak langsung
menggambarkan kelemahan Allah. Sebaliknya, Allah menjadikan sesuatu itu
mengikut ketetapan dan keinginannya. Kerana Allah tahu bahawa suatu masa nanti,
manusia akan sampai ke tahap untuk berfikir tentang ciptaan Allah ini lantas
memberi peluang untuk hambanya membuat pilihan.
Hakikatnya, pilihan yang Allah berikan adalah
hasil daripada perkembangan ilmu yang kita nikmati atas izin Allah S.W.T itu
sendiri. Maka, apabila kajian sains moden mendapati penemuan yang pada
hakikatnya dinisbahkan kembali kepada Al Quran dan Sunnah, maka kita akan
mendapati bahawa kehebatan mukjizat Al Quran ini adalah untuk membuatkan
manusia berfikir.
Maka tidak hairanlah, dalam Al Quran dinyatakan
secara berulang kali kalimah, Mengapakan manusia tidak berfikir?.”
Kerana setiap kali roh itu ditiupkan, maka Allah telah menjanjikan kelahiran normal kepada anak itu, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan semua drugs yang diberikan semasa mengandung , proses kelahiran dan selepas bersalin.
Sekali lagi tulisan Dr H. A ini dihasilkan melalui
konklusi beliau sendiri tanpa menilai kembali ilmu yang digariskan oleh Allah
S.W.T di dalam Al Quran. Ia adalah pernyataan yang berbentuk pendustaan yang di
buat atas nama Allah S.W.T.
Allah tidak pernah berjanji bahawa setiap
kelahiran itu akan menjadi normal walaupun tanpa adanya ubat-ubatan yang diberi
baik semasa mengandung, proses kelahiran atau selepas bersalin.
“……………dan
Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang
Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;………….”- Sebahagian Ayat Surah Al
Hajj: 5
Setiap kandungan itu mempunyai masa depan atau
nasibnya tersendiri sesuai dengan rencana Allah S.W.T. Ulamak membahaskan ayat ini sebagai nasib
janin itu samada mengalami keguguran, dilahirkan ke dunia secara sempurna
sifatnya atau mempunyai kecacatan. Ataupun istilah ‘ditentukan lahirnya’ ini
membawa maksud masalah atau komplikasi yang bakal dihadapai bayi ini.
Hakikatnya, nasib bayi yang dikandung ini juga bergantung kepada perkembangan
ilmu yang telah Allah kurniakan pada manusia.
Mungkin sahaja nasib bayi itu adalah meninggal dunia
kerana masalah kepalanya yang terlampau besar atau songsang memustahilkan
proses kelahiran secara normal. Tanpa ilmu dan perkembangan sains, bayi itu
mati. Dengan adanya ilmu dan perkembangan sains, maka bayi itu hidup apabila
pembedahan Cesarean Section dilakukan.
Ayat Al Quran tersebut juga tidak bercanggah
dengan premis bahawa terdapat masalah kesuburan, atau sindrom di mana wanita
mempunyai rahim yang kuat tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mengandung. Ia
tidak menggambarkan kekurangan atau kelemahan Allah. Tidak sama sekali! Ini
kerana, Ayat Al Quran tersebut hanya bercerita tentang fitrah normal proses
kejadian bayi tanpa membahaskan masalah yang tidak normal. Ini adalah
pernyataan Al Quran yang berbentuk kenyataan positif tanpa membincangkan unsur
negatif secara mendalam.
Jadi, tidak ada istilah perkembangan ilmu dan
sains menyalahi ilmu kejadian manusia secara fitrah. Juga tidak ada keperluan
untuk melabelkan intervensi moden pada hari ini menyebabkan kecelaruan fitrah.
Allah juga menetapkan dalam surah Luqman ayat 34:….Dialah yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim…Lalu dengan ini Allah menyuruh kita memberikan sepenuh pengharapan kepadaNya dalam keselamatan anak kita. Tapi dunia yang dikatakan moden hari ini menyebabkan kita kurang bergantung kepada Allah.
Tidak ada sesuatu yang Allah ciptakan secara
sia-sia. Ayuh kita kembali kepada Al Quran yang meminta kita berfikir selari
dengan disiplin ilmu yang penuh dengan takwa.
Sesungguhnya
Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
kemudian Dia bersemayam di atas ´Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada
seorangpun yang akan memberi syafa´at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang
demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak
mengambil pelajaran?- QS Yunus:3
Benar, kebanyakan masyarakat moden hari ini lupa
untuk bergantung pada Allah dan percaya kepada sains 100%. Maka itu adalah
tanggungjawab dan peranan doktor muslim diberi tugasan sebagai seorang perawat.
Untuk mengingatkan masyarakat tentang kenyataan tersebut.
Hal yang sama berlaku pada kelahiran alami dan
vaksin. Allah telah menetapkan satu-satu premis atau keadaan yang boleh berubah
berdasarkan ilmu dan takwa. Maka, mengapa kita mahu menolak kebaikan atas dasar
agama sedangkan ia bukanlah ketentuan yang Allah inginkan.
Mengikuti sesuatu ketentuan tanpa didasari iman
dan kebenaran atau bersandar semata-mata kerana takdir adalah perbuatan yang
dicela oleh Allah S.W.T.
Dan
sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan
manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami
(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya
untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga
(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu
sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai.- QS Al Araf:179
Kenapa Allah samakan golongan ini seperti binatang
ternak? Kerana binatang ternak tidak memiliki fakulti intelek yang tinggi.
Kerana itu, bermula dari penciptaannya hingga ke hari ini, tidak ada seekor
kambing pun menjadi ahli sains dan tidak ada seekor lembu pun menjadi doktor.
Sedangkan manusia berevolusi selari dengan
kehendak Allah. Membina disiplin ilmu perubatan, kesihatan, dan teknologi untuk
membantu proses mengikut sunnah dan ketentuan Allah di atas dunia ini.
Kehadiran scan menyebabkan orang lebih suka padanya untuk kepastian anak di dalam kandungan itu sihat.
Secara perlahan-lahan, sikap kebencian terhadap
intervensi moden atau teknologi mula timbul dalam artikel tulisan Dr H. A ini.
Maka ia selari dengan teori saya berhubung gerakan Islam yang pernah diharamkan
dulu dengan sentimen perkembangan sains dan teknologi yang tidak selari dengan
ajaran Agama Islam.
Banyak kajian telah menunjukkan soundwave dari scan itu boleh memusnahkan neuron-neuron saraf janin kita. Setiap kemajuan ada komplikasinya..kerana itu sebenarnya tiada istilah kemodenen tanpa memastikan aspek keselamatan.Dan siapa yang boleh menjamin keselamatan itu? Hanya Allah sahaja, jadi belajar berbaik-baik dengan Allah dari saat ini dalam setiap percaturan hidup kita yang telah diaturkanNya.
Hujah ini kembali menyokong penentangan terhadap
teknologi dan peranannya dalam kehidupan manusia. Saya tidak menafikan bahawa
sesuatu teknologi yang dicipta itu tidak mempunyai kesan sampingan atau seratus
peratus selamat. Bahkan ia mempunyai kebenarannya jika kita lihat kembali Ayat
Al Quran tentang penciptaan manusia yang akan membawa kerosakan pada bumi. Akan
tetapi adalah sukar untuk kita menisbahkan secara total penciptaan teknologi
itu adalah penyebab kepada kemusnahan.
Ya, Ultrasound
scan mempunyai sedikit komplikasi menyebabkan gangguan kepada tisu bayi
berdasarkan tiga teori iaitu Penghasilan Haba, pembentukan kaviti dalam organ
yang mempunyai poket gas seperti paru-paru atau usus dan kecederaan disebabkan
oleh kelajuan ombak bunyi yang dihasilkan oleh Ultrasound.
Sejauh mana keberkesanan teori ini masih belum
dibuktikan secara sahih memandangkan banyak kajian dilakukan menggunakan tikus
makmal atau ektrapolasi data secara teori. Namun, ia menjadi satu hujah tetap
oleh golongan yang mencanang idea kelahiran semulajadi termasuklah doktor
perubatan sendiri. Contohnya adalah Dr.
Sarah Buckley, MD yang menulis buku Gentle
Birth, Gentle Mothering. Teori ini turut dijdikan hujah oleh pengamal
perubatan alternatif seperti Chris Kresser.
Kerana itu saya berpendapat bahawa teknologi itu
harus dilakukan sesuai dengan keperluan. Tidak ada doktor yang menyarankan agar
ultrasound dilakukan setiap minggu atau setiap hari. Untuk kandungan yang
normal, cukup dua kali sahaja seperti yang dicadangkan oleh NICE Guideline UK
iaitu antara 8 ke 14 minggu dan antara 18 dan 21 minggu Hanya kandungan
bermasalah yang memerlukan siri pemeriksaan ultrasound berkala.
Menyalahkan teknologi semata-mata sebagai punca
kerosakan juga adalah satu kesalahan intelek terbesar dunia. Kaedah natural birth itu sendiri boleh sahaja
menjadikan manusia sebagai “tangan-tangan
yang melakukan kerosakan.”
Kaedah water
bath delivery di mana ibu berendam di dalam kolam berisi air boleh sahaja
menyebabkan pembaziran. Penggunaan aromaterapi yang dihasilkan secara kimia
mungkin memberi ketenangan tetapi juga tidak dapat dibuktikan keselamatannya
seratus peratus. Penggunaan colok tidak dapat menolak risiko bahawa terdapat
ibu mengandung yang alah pada asap dan boleh menyebabkan serangan asthma.
Membiarkan ibu mengalami kesakitan melampau tanpa intervensi juga boleh
menyebabkan kemudharatan dari segi emosi dan fizikal.
Maka, ia jelas menunjukkan bahawa terdapat risiko
dalam setiap pilihan yang dibuat. Akan tetapi, menyalahkan teknologi adalah
satu kebiadapan atas perkembangan ilmu yang pada hakikatnya diilhamkan oleh
Allah melalui firmannya yang meminta agar kita berfikir.
Menurut fisiologi kelahiran(labour), hormone yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oxytocin, prostaglandin. Hormon oxytocin adalah hormone yang sangat istimewa kerana dengan rembesannya dapat meningkatkan pain threshold(mengurangkan rasa sakit), menyebabkan susu terus keluar selepas kelahiran, positif minds, meningkatkan sel2 imun dalam badan.etc
Kenyataan ini mengandungi kesalahan saintifik yang
sangat jelas, menggambarkan kekeliruan beliau sendiri sebagai seorang doktor
yang tidak mendalami ilmu perbidanan secara spesifik. Lantas, ia menolak hujah
sesetengah masyarakat yang hanya ingin doktor wanita sahaja menyambut
kelahiran.
Faktor kepakaran tidak bergantung kepada jantina
apa dia menjalani kehidupan sebagai seorang doktor. Tetapi semangat menuntut
ilmu yang tinggi dengan penuh berdisiplin dan pengorbanan untuk meninggalkan
keinginan diri demi untuk meningkatkan kepakaran itulah yang menjadikan
seseorang doktor itu pakar dan berkualiti.
Tidak dinafi bahawa Oxytoxin dikenali sebagai love
hormone selaku nama manjanya. Ia meningkatkan deria rasa intim terhadap
bayi dan menyediakan wanita untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Akan
tetapi, proses kelahiran itu sendiri dicipta untuk menghasilkan rasa kesakitan
yang seterusnya membawa kepada siri kontraksi dinding rahim melalui proses yang
dinamakan sebagai Positive Feedback. Malah ia juga memainkan peranan penting dalam
proses fetal ejection reflex yang
membawa kepada kelahiran bayi di dunia.
Kerana itu, ubat penahan sakit yang digunakan
semasa proses kelahiran di hospital akan menghentikan proses penghantaran rasa
sakit pada otak ibu tetapi pada masa yang sama mengekalkan fungsi oxytoxin pada paras yang diperlukan.
Sesetengah ubat-ubatan tahan sakit boleh mengganggu fungsi hormon ini tetapi
dalam keadaan yang terkawal.
Tapi ,mengapa proses melahirkan itu sakit? Hormon oxytocin dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan sex dan menyusukan anak..tapi kedua2nya tidak menyakitkan ..kerana apa? Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta. Kebanyakan rasa sakit adalah disebabkan persepsi negative dan rasa takut dengan pelbagai kemungkinan. Memori kita ada menyimpan maklumat yang kita baca dari majalah dan surat khabar tentang komplikTapi ,mengapa proses melahirkan itu sakit? Hormon oxytocin dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan sex dan menyusukan anak..tapi kedua2nya tidak menyakitkan
Sekali lagi Dr H. A gagal untuk memahami peranan
hormon dalam fungsi fisiologi tertentu badan. Hormon oxytoxin sememangnya
terlibat dalam proses menyusu bayi. Saya ingin bertanya kepada golongan ibu
semua. Adakah proses penyusuan susu bayi langsung tidak menyakitkan? Adakah
proses suckling reflex dari bayi yang
menyedut susu tidak memberi sedikit rasa sakit?
Begitu juga ketika hubungan seks. Adakah proses
hubungan seks itu tanpa ada rasa kesakitan?
Hormon bertindakbalas dalam tubuh mengikut aturan
sains yang sangat menarik. Ia tidak bertindak sendirian sebaliknya dikawal oleh
satu proses yang dinamakan sebagai homeostasis.
Proses ini memastikan keseimbangan fungsi tubuh bergantung kepada fungsi
optimum sesuai dengan keadaannya.
Perembesan oxytoxin ketika proses kelahiran
sememangnya untuk menyebabkan kesakitan kerana peranannya adalah untuk
menguatkan kontraksi rahim dan membawa kepada proses kelahiran bayi. Ia
kemudiannya membawa kepada siri perembesan hormon lain seperti prostaglandins,
adrenaline dan noradrenaline. Kesemuanya dikawal oleh sistem homeostasis.
Adapun demikian, fungsi hormone ini pasti berbeza
mengikut proses fisiologi tubuh lain termasuklah sewaktu menyusukan bayi dan
melakukan hubungan seks. Sedikit kesakitan tersebut akhirnya diseimbangkan oleh
hormon-hormon lain yang membawa kepada rasa nikmat atau bonding.
..kerana apa? Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta. Kebanyakan rasa sakit adalah disebabkan persepsi negative dan rasa takut dengan pelbagai kemungkinan. Memori kita ada menyimpan maklumat yang kita baca dari majalah dan surat khabar tentang komplikasi kelahiran dan ini menakutkan kita. Siapa yang boleh menenangkan kita? Allah..kerana Dia yang mencipta kita dan hati kita…pengharapan kita perlu tinggi dan bersangka baik pada Allah, maka Allah akan sentiasa memelihara kita. si kelahiran dan ini menakutkan kita. Siapa yang boleh menenangkan kita? Allah..kerana Dia yang mencipta kita dan hati kita…pengharapan kita perlu tinggi dan bersangka baik pada Allah, maka Allah akan sentiasa memelihara kita.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, oxytoxin terus menjalankan peranan untuk
menyebabkan kontraksi rahim dan mengelak berlakunya tumpah darah. Seterusnya
tubuh akan meningkatkan pengeluaran hormon prolaktin yang akan bekerja bersama
oxytoxin bagi merembes penghasilan susu. Bersama-sama dengan perembesan satu
lagi hormon iaitu beta endorphin, ia memberi rasa ketenangan dan kelegaan pada
ibu. Proses penyusuan yang pada awalnya membawa sedikit kesakitan bertukar
kepada rasa kasih sayang dan intimasi.
Artikel ini adalah bersifat khianat terhadap ilmu
sains berkenaan fungsi hormon dalam proses fisiologi tubuh. Ia menyebabkan
salah faham kepada masyarakat dan sangat berbahaya sekali.
Sebagai wanita yang lemah kita mendambakan pertolongan suami, maka suami berperanan penting dalam proses kelahiran. Suami harus mempunyai persepsi yang sama dengan anda untuk melakukan homebirthing ini. Suami-suami yang merasa bertangungjawab sepenuhnya seharusnya berani mengatasi ketakutan dan ini sebenarnya suatu benda yang sangat baru dalam masyarakat kita.
Perubatan moden tidak pernah menolak peranan suami
dalam isu ini. Kerana itu lebih banyak dewan bersalin dibina dengan konsep father friendly yang membenarkan bapa
berada bersama-sama ibu ketika proses kelahiran melainkan terdapat masalah
kecemasan yang memerlukan mereka keluar dari bilik bersalin tersebut.
Islam datang ke Malaysia selepas perang salib, maka banyak aspek kehidupan yang tidak diubah menurut Islam kerana ilmu itu tidak sampai ke masyarakat kita.
Dr H.A cuba meniup sentimen kebencian beliau
terhadap konflik perang salib lantas membawa kepada hujah kedatangan Islam
selepas perang salib menyebabkan ilmu perubatan tidak diubah menurut islam. Ia
adalah satu keyataan yang sangat tidak masuk akal dan didirikan di atas premis
sentimen beragama yang melampau. Fahaman sebeginilah yang boleh membawa kepada
peningkatan organisasi keganasan dunia yang membawa fitnah kepada Islam seperti
Al Qaeda dan ISIS.
Perang Salib adalah sejarah. Begitu juga sejarah
kemasukan Islam ke negara kita. Malah, Islam juga tersebar ke Tanah Melayu
melalui negara yang tidak terlibat dengan Perang Salib. Apabila membicarakan
konteks penyebaran Islam ke tanah melayu, kita tidak harus melihat kepada
penyebaran Islam di Malaysia sahaja. Ini kerana, gugusan tanah melayu pada
waktu tersebut merangkumi sebuah kerajaan yang sangat luas dan dikenali sebagai
Rumpun Melayu.
Kedatangan Islam ke Rumpun Melayu berlaku sebelum
Perang Salib berakhir atau lebih tepat lagi sewaktu perang salib hampir
berakhir. Ia dapat dijelaskan dalam konteks yang cukup mudah sekali iaitu
berkadar langsung dengan perkembangan empayar Islam yang semakin kuat ekoran
kejatuhan empayar kerajaan-kerajaan Salib. Apabila tamatnya perang Salib, Islam
berkembang dengan pesat di Tanah Melayu selari dengan pertambahan kekuatan
Empayar Islam.
Perang salib berlaku dalam lapan gelombang bermula
dengan perang salib pertama pada tahun 1096-1099 diketuai oleh Raymond of
Saint-Gilles, Godfrey of Bouillon, Hugh of Vermandois dan Bohemond of Taranto. Mereka menuju ke
Byzantium untuk berperang dengan Kerajaan Turki
dan sebahagiannya menyebabkan krisis dengan dengan Yahudi.
Gelombang kelapan bermula dari tahun 1249 yang diketuai
oleh King Louis IX of France menentang kerajaan Mesir. Ia seterusnya membawa
kepada siri peperangan yang berakhir pada tahun 1290 berikutan kejayaan Al
Ashraf Khalil menawan Pelabuhan Acre.[v]
Pengislaman Merong Mahawangsa pada tahun 1136,
Pengislaman Samudera Pasai pada tahun 1267 dan catatan seawal tahun 1292 oleh
Marco Polo yang menemukan daerah Pasai dan Perlak yang diperintah oleh pemimpin
Islam secara jelas telah menolak hujah yang dikemukakan oleh Dr H.A ini.
Tetapi Islam telah lama sampai ke China, India dan ilmu lotus birth itu adalah sebenarnya ilmu Islam.Jikalau kita kaji kitab-kitab mereka maka kita akan dapati ada banyak persamaan Cuma mereka terpesong dari segi akidah sahaja dan banyak menggunakan unsure-unsur pemujaan dan kebergantungan dengan benda semulajadi dan ini yang dipandang ulama’ sebagai haraam. Tapi ulama tidak menyediakan alternative lain dan doctor muslim tenggelam dalam duni aperubatan yang penuh kesibukan.
Ini adalah satu kenyataan yang sangat mengarut dan
tidak masuk akal dengan menisbahkan kelahiran lotus dengan ketamadunan islam.
Ayat beliau sendiri menggambarkan kekeliruan melampau.
Perbezaan utama antara Islam dan agama lain adalah
dari segi akidah. Bagaimana anda katakan terdapat persamaan antara Islam dan
agama lain sedangkan akidah itu sendiri sudah berbeza. Sedangkan akidah itulah yang menjadi tunjang
kepada perbezaan besar antara Islam dan agama lain walaupun mempunyai persamaan
dari segi sudut muammalat.
Kelahiran Lotus sendiri contohnya adalah amalan
untuk membiarkan plasenta tertanggal sendiri dari tali pusat. Asal usul yang
tepat tentang amalan ini tidak diketahui tetapi berkait dengan beberapa teori.
Antara yang paling tepat untuk menggambarkannya adalah dengan menilai dari
konteks sejarah agama.
Ia adalah inspirasi atau saduran dari kisah
kelahiran Tuhan Brahma[vi]
yang dilahirkan dari bunga lotus yang tumbuh daripada pusat Tuhan Vishnu. Ia
adalah simbol tentang konsep kelahiran semula selepas semua ciptaan di dunia
dihapuskan dan memasuki maharloka (Tahap
keeempat dunia atasan).
Ia juga dikatakan berasal dari prinsip Ahimsa (keadaan untuk tidak melakukan
keganasan) seperti yang dipelopori oleh Mahatma Gandhi.
Kaedah memotong tali pusat telah dikesan sejak
dari abad ke 17 lagi.[vii]
Tidak dinafikan bahawa amalan ini berubah dari semasa ke semasa. Malah terdapat
beberapa penemuan baru yang mencadangkan bahawa pemotongan tali pusat boleh di
lambatkan. Tetapi, ia adalah bergantung kepada polisi kelahiran bayi di
sesebuah negara.
Apa yang anda perlukan semasa sakit kontraksi sudah bermula adalah bilik yang privasi untuk anda dan suami dan sehelai hamparan di lantai (ikut sukalah , hamparan yang mudah dibasuh kemudian). Dan bermulalah proses kelahiran di mana suami akan berperanan untuk mengusap2 dan merangsang isteri secara sangat lembut seperti mukadimah hubungan kelamin, bercium (french kiss) yang melibatkan proses menghisap adalah satu respon semulajadi untuk mengurangkan rasa sakit…( kalau perasan, baby yang tgh ada abdominal colic, dia akan asyik nak menyusu je because sucking can reduce pain) …Buatlah ikut imaginasi suami sendiri untuk merangsang isteri dan sangat digalakkan menggunakan kurma dalam proses ini(kurma ada tannin yang boleh mengelakkan pendarahan selepas bersalin)..air pun harus disediakan jika kita berasa haus.
Seperti yang saya jelaskan, proses kelahiran dan
hubungan seks melibatkan interaksi di antara hormon oxytoxin dan hormon badan
yang lain. Fungsi hormon oxytoxin sewaktu kelahiran dan hubungan seksual adalah
sedikit berlainan. Sedikit hormon endorphin dapat membantu mengawal paras
hormon oxytoxin sewaktu proses kelahiran. Tetapi menisbahkan proses endorphin
dengan hubungan seksual bagi saya adalah kecelaruan minda penulis.
Apabila ada perasaan yang anak akan keluar (perasaan spt nak hampir klimaks), duduklah di atas hamparan tadi dlm keadaan isteri bersandar di badan suami(menghadap kiblat) . Suami melunjur dan membuka kangkangnya , sementara isteri duduk di hadapan suami , dan kaki dilipatkan ke atas dan mengangkang. Tangan suami memeganag kedua-dua belah kaki isteri. Pada posisi ini proses rangsangan seksual diteruskan dan akhirnya bayi akan keluar.
Sekali lagi penulis menggambarkan imaginasi
melampau tentang naluri seksual. Unsur hiperseksualiti, grandiositi dan narsisitic
adalah tanda-tanda kecelaruan pemikiran. Saya menyokong penuh usaha yang
dilakukan oleh Kementerian kesihatan Malaysia untuk merujuk Dr H. A bagi
mendapatkan penilaian doktor.
(posisi inilah yang terdapat dalam Quran, tetapi Maryam itu tiada suami, maka dia bersandar di batang pokok kurma). Rujuk surah Maryam ayat 23 hingga 26 dan hayati setiap perkataan yang ada di situ.
Ini adalah ayat yang menggunakan agama untuk
menjustifikasi penghujahan yang tidak masuk akal. Seakan menisbahkan bahawa
perempuan yang bersandar pada pokok akan mengalami ransangan seksual.
Semestinya ia adalah satu kenyataan yang merendahkan martabat kaum wanita. Secara
tidak langsung boleh menimbulkan fikiran nakal dalam otak lelaki apabila
melihat wanita bersandar pada pokok.
Hey,
perempuan tersebut tengah ghairah dan ingin mencapai klimaks- Bodoh!
Paling
penting, apakah terdapat apa-apa bukti bertulis yang menunjukkan Maryam
melakukan onani atau mencapai kepuasan seksual sewaktu melahirkan Isa Al Masih
di tengah padang pasir yang tandus? Jika tiada, maka jangan tunjukkan contoh
kepada penghujahan yang langsung tidak menunjukkan asas perkaitan yang jelas.
Bila bayi keluar, terus dukung dan sisa baki kurma dalam mulut ayah ditahnikkan ke mulut bayi. Seterusnya susukanlah anak dalam keadaan tali pusatnya masih attached dan pada ketika ini bapa azanlah atau iqamah dan teruskan puji2an pada Allah. Seketika nanti uri pula akan keluar secara automatic kerana hasil hisapan tadi merangsang kontraksi uterus untuk detachkan placenta. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, tali pusat tidak perlu dipotong sama skali kerana sangat banyak stem cell dalam tu dan itulah sebabnya kita lihat zaman Rasulullah kehebatan sahabat dari segi akalnya , keberaniannya, imannya dan kita lihat tidak terdapat orang Islam sebegitu zaman ini. Itulah rahsia uri. Uri itu akan tercabut dengan sendirinya dalam 48 hingga 72 jam
Tidak ada bukti dan sumber rujukan tentang amalan
ini. Diharapkan ada golongan home delivery dapat memberi sumber
shahih untuk saya jadikan rujukan dan membuat penilaian kembali artikel ini.
Berehatlah sementara anak habis menyusu. Selepas itu mandi wiladah bersama2 suami. Seelok2nya ada orang yang memahami , menolong menyediakan air suam untuk mandi dan sebaik2nya gunakan daun2 kayu, limau purut untuk mengembalikan kesegaran badan.Kalau dilihat dari cara ini , maka tiada timbul sebarang masalah tentang aurat dan kita dapat menjaga syariat dengan baik. Al Quran sepatutnya datang mengubah cara hidup tapi dalam bahagian melahirkan , umat Islam masih ikut tradisi lama, jadi bila datang arus kemodenan, banyak komplikasi dikenalpasti terjadi . Kita kena faham yang teknik menggunakan bidan kampung juga tidak bertepatan dengan Islam kerana konsep aurat tidak dijaga. Teknik saya ini memerlukan seorang suami yang sangat beriman, berani dan natural. Beriman disini bukan bermaksud seorang ustaz, tapi orang yang dalamannya sangat percaya dengan Tuhan.
Bermakna penulis mencadangkan agar kelahiran bayi
di sambut oleh suami dan bukannya doula. Lantas bercelaru dengan amalan mereka
yang melakukan home delivery. Maka
hari ini, kita boleh menghapuskan golongan doula dalam home delivery. Kerana Dr H.A sendiri tidak pernah menyebut tentang
peranan Doula.
Malah ia juga menafikan masalah dalam kalangan
sesetengah suami yang fobia dengan darah.
Konsep Islamic Birth ini tidak dijamin berjaya sekiranya ibu tidak mengawal pemakanannya semasa mengandung. Semasa mengandung minta tolong jangan makan gula putih dan produk yang mengandunginya, garam halus (vacuum salt, iodinized salt) , susu tepung ibu , dan bahan yang dibuat dari gandum.
Ayat bertaraf sampah yang cuba merasionalkan satu
tindakan defensif beliau apabila terdapat komplikasi kesan daripada home delivery ataupun lotus birth.
Ia adalah skema jawapan untuk melepaskan diri
andai berlaku kematian dalam kalangan ibu yang melahirkan anak secara alami.
“Oh, siapa suruh kau makan garam.”
“La, kenapa makan gandum?”
Saranan tersebut adalah berbahaya dan menyalahi
sunnah. Pemakanan garam adalah aktiviti harian manusia termasuklah di zaman
Nabi.
Hadis mengenai kebaikan garam dalam mencegah sihir
dan mengubati 70 jenis penyakit adalah bertaraf palsu. Akan tetapi terdapat
banyak hadis lemah yang menunjukkan penggunaan garam dalam kalangan masyarakat
zaman Nabi. Sebenarnya, ia tidak perlu dimasukkan ke dalam hadis pun kerana
penggunaan garam adalah sesuatu yang bersifat muammalat yang menjadi rutin
kehidupan.
Pengambilan garam dalam kadar berpatutan adalah
penting kerana sodium merupakan sebahagian dari electrolyte dalam badan yang berfungsi untuk menggerakkan tubuh
dari peringkat sel itu sendiri. Kekurangan garam akan menyebabkan masalah saraf
dan mempengaruhi electrolyte lain dalam badan dan boleh membawa maut.
Penambahan Iodine dalam garam adalah penting untuk
mencegah masalah hipothiroid kepada ibu dan juga bayi. Penyakit hipothiroid
akan menyebabkan bayi mengalami masalah kuning berpanjangan selain boleh
membawa kepada terbantutnya perkembangan akal dan fizikal.
Malah, larangan memakan gandum untuk ibu bersalin juga
menyalahi sunnah kerana makanan Rasulullah dan bangsa arab adalah roti yang
diperbuat dari gandum. Mereka tidak makan nasi seperti kita di Malaysia.
Lantas, saranan yang dibuat oleh Dr H. A ini tentu
sekali tidak sesuai diamalkan di negara arab. Dalam erti kata lain, ia bukan
amalan perubatan standard. Amalan perubatan hanya menjadi sesuatu yang standard
apabila diguna oleh badan diiktiraf badan kesihatan sesebuah negara atau dunia.
Tolong makan secara semulajadi kerana ini penting dalam memastikan pembentukan salur darah uri dan tumbesaran anak kerana ia berkait rapat dengan kejadian darah tinggi dan kencng manis semasa hamil, juga pengeluaran susu selepas anak dilahirkan (we do not want delayed milk production). Sekiranya terpaksa keluar makan dan makanannya meragukan, ambil sesudu kecil madu asli (jgn guna sudu besi ya) sebelum keluar rumah or dalam 15 min sebelum makan makanan tersebut. Kalau keadaan yang terpaksa, mintalah perlindungan Allah kerana Allah lah yang paling mengetahui keadaan kita.
Adakah maksud makan secara semulajadi bererti
makan rumput seperti lembu? Jika makan secara semulajadi. Adakah makan secara
semulajadi bererti menghabiskan 1kg kurma dalam satu satu hidangan? Jika benar
ingin mengikut Sunnah Nabi, maka bersahurlah dengan tiga atau tujuh biji kurma
dan segelas air putih sahaja.
Pengambilan kurma secara berlebihan akan
menyebabkan pengumpulan kalori yang tinggi dalam badan dan menyebabkan
kegemukan serta menambah risiko penyakit kencing manis.
Mengelakkan sudu besi untuk meminum madu adalah
satu mitos yang terbukti kepalsuannya. Ia berdasarkan teori lemah, bahawa madu
itu bersifat asid dan boleh menyebabkan sudu besi terhakis dan membebaskan
bahan oksidasi yang berbahaya (karat). Ia adalah mengarut kerana sudu besi
tersebut adalah stabil dan tidak mengalami proses oksidasi hanya dengan
bersentuh dengan madu untuk tempoh kurang dari satu minit.
Berdasarkan hujah panjang ini, ternyata tulisan Dr
H.A patut ditolak baik dari segi saintifik mahupun agama kerana mempunyai unsur
neurosis, penipuan agama dan penyelewengan fakta Sains.
Malah, saya risau bahawa penulisan ini juga
mempunyai unsur conflict of interest
memandangkan posisi beliau sebagai
peniaga makanan berasaskan Quran.
Atas pendapat peribadi, keputusan untuk memilih home birth adalah di atas keputusan ibu
bapa itu sendiri. Tidak dinafi bahawa negara seperti United Kingdom mempunyai
polisi tentang isu ini. Tetapi ia berlandaskan satu ketetapan yang sangat ketat
dan hanya untuk kes yang berisiko rendah. Tahun lalu, negara kita dikejutkan
dengan kematian seorang doula Malaysia di United Kingdom yang melanggar polisi
negara ini dan membawa kepada kematian. Berita kematian doula ini
walaubagaimanapun cuba disembunyikan oleh gerakan home delivery atau amani Malaysia.
Buat masa kini, Kementerian Kesihatan Malaysia
mempunyai limitasi untuk menyediakan pasukan pre hospital care ataupun paramedik yang boleh menjalankan khidmat liputan
perubatan untuk home delivery seperti yang dilakukan di United Kingdom.
Atas dasar itu, saya merayu kepada Ibu Bapa
sekalian agar tidak memilih kaedah home
delivery sekalipun anda pernah mengalami trauma ketika melahirkan bayi di
hospital. Jika anda lihat kepada kes kematian ibu yang ditemani doula, tidak
ada seorang pun doula yang didakwa atau bertanggungjawab di atas setiap
kematian yang berlaku.
Polisi ini mungkin berubah di masa hadapan apabila
kepakaran dan liputan perubatan kita sudah berkembang maju seperti United
Kingdom. Sehingga kita mencapai tahap itu, ayuh kita berusaha untuk menyokong
kaedah kelahiran bayi yang selamat.
Ini berbeza dengan situasi yang berlaku di
hospital di mana terdapat banyak kes saman dilakukan waris dan mereka menang
apabila berjaya membuktikan bahawa terdapat kecuaian sepanjang mengurus kes
kelahiran bayi hingga menyebabkan kematian ibu.
Situasi ini jelas menggambarkan keprihatinan
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan mutu kesihatan rakyat
Malaysia.
14.4 NASIHAT
SAYA BUAT AYU RAUDHAH DAN BAKAL NABI PALSU PERUBATAN YANG AKAN MUNCUL
Ada tak orang beriman yang tetap buat dosa atau
engkar walaupun kepercayaan dia tinggi? Mesti ada kan. Sebab apa? Sebab ada
keraguan. Sebab tu Allah sangat pentingkan aspek jangan ada keraguan. Sebab tu
bila Allah bicarakan kebenaran Al Quran pun mesti Allah akan cakap Demi al
Quran yang tidak ada keraguan baginya.
Sebab tu syaitan, dia bukan kuat. Dia bukan
berkuasa ke atas manusia. Tak! Tapi dia timbulkan keraguan melalui ujian, bala
dan bencana. Bila kepercayaan kita tidak kukuh maka kita akan hancur dan goyah.
Tengok Nabi Ayyub A.S bagaimana dia diuji sampai
semua anak-anak dia mati, harta dia hancur, kesihatan dia merosot, perniagaan
dia lingkup. Bini yang paling dia sayang pun lari tinggalkan dia. Tapi adakah
Nabi Ayyub hancur? Tak!
Jadi manusia ni sama sahaja. Ya, memang ada
minoriti doktor menolak vaksin walaupun bukti depan mata terbukti jelas
keberkesanan vaksin. Kenapa? Kerana ditimbulkan keraguan dalam hati dia.
Ini adalah dugaan dan ujian paling besar untuk
orang berilmu atau orang beriman. Apabila timbul keraguan terhadap kepercayaan
dan anutan mereka. Kadang-kadang ia bagus sebab membawa kepada ilmu pengetahuan
yang baru. Tetapi majoriti masa, ia membawa kehancuran.
Akhirnya, Ayu mendedahkan niat beliau selepas
gagal menghancurkan premis utama iaitu keberkesanan vaksin walaupun diserang
dari pelbagai sudut. Sebab kebenaran tak kan hilang atau roboh.
Maka, jalan terbaik adalah timbulkan keraguan pada
golongan ahli. Supaya mereka berpaling dan menyebarkan kesesatan dengan
menafikan kebenaran.
Jadi, saya harap masyarakat faham kenapa isu ini
timbul. Bukan masalah masyarakat, AEFI yang diakui pakar perubatan, atau autism.
Tak, kebenaran dah ada! Cuma isu ini untuk menimbulkan keraguan.
Supaya keraguan itu menyebabkan kita tinggalkan
kepercayaan kita dan berpegang pada penipuan. Tuan-Puan, ini kerja syaitan je.
Bukan kerja manusia. kenapa kita nak ikut jejak langkah syaitan?
Bertaubatlah Ayu Raudhah!
Kekasihmu,
Dr
Jacknaim.
[i]
Quran 10:19
[ii] Dr
Ing Abdurrahman Riesdam Effendi & Dr Ing Gina Puspita, "Membangun
Sains & Teknologi Menurut Kehendak Tuhan" Giliran Timur, 2007
[iii] Ghoffar
Ismail, Miftahulhaq, Aly Aulia, M. Rofiq, Fahmi Firmansyah, "Panduan
Kuliah Intensif Al-Islam (KIAI) UMY", Edisi Revisi 2014, Lembaga
Pengkajian dan Pengamalan Islam (LPPI) UMY dan UNIRES Press
[iv]
Jamaluddin, Syakir (2011) Falsafah, Makna dan Prinsip Ibadah.
Muhammadiyah Articles Archive (60).
[v] Crusades,
http://www.history.com/topics/crusades
[vi]
Brahma Purana, english translation.
[vii] Candice
L Downey and Susan Bewley, "Historical perspectives on umbilical cord
clamping and neonatal transition", J R Soc Med. 2012 Aug; 105(8): 325–329.