Tema: Asperger syndrome dan aras
intelektual golongan ini.
Latar: Berlatarkan bandaraya Jakarta,
Sungai Ciliwung, Universitas Indonesia Jakarta dan tasik besar berdekatan UIJ.
Kenapa Jakarta dipilih? Kerana ia antara tempat yang memaparkan delusi
kebangkitan perubatan At Tibb An Nabawi. Indonesia sering dibangga oleh
golongan anti vaksin sebagai tidak mengamalkan vaksinasi dan tiada wabak
penyakit berjangkit. Ia adalah kenyataan palsu dan lemah.
Juga menunjukkan pertembungan
antara delusi perubatan islam menentang perubatan barat.
Jika diteliti, terdapat
kebangkitan golongan salafi di Indonesia yang memperjuangkan perubatan islam
sebenar termasuklah vaksinasi.
Gemeente Batavia menggambarkan
simbolik kewujudan dua zaman berbeza iaitu Era sebelum diagnosis
Asperger/Autism dan zaman moden.
Hakikatnya di Indonesia , Populasi
yang cukup besar, kemampuan kerajaan menyediakan vaksin percuma kepada masy
terhad. Benarkah tiada endemik? Ada tetapi sistem pengumpulan data dan notifikasi
penyakit berjangkit di sana masih di tahap yang lemah.
Bukti? boleh rujuk prevalance dan
risk burden of tuberculosis di Indonesia.
Penceritaan: melalui dua sudut pandang.
Pertama melalui watak gadis Asperger Syndrome. Ia menggambarkan pandangan berbeza
dan terhad pesakit Ssperger Syndrome. Apa yang mereka nampak dan fikir tidak
semestinya benar tetapi terhad disebabkan hidup dalam alam sendiri.
Contoh; pemerhatian terhadap
kura2 katup jantan makan ikan sedangkan diet utama adalah herbivor. Proses
berfikir membuat dia yakin bahawa kura-kura itu menghabiskan ikan di kolam dan
makan tanpa sebarang sebab. Hakikatnya, watak aku menunjukkan apa sebenarnya yg terjadi mengikut
perspektif sebenar. Bahawa si gadis Asperger hidup dalam bayangan dan mimpi mereka
sendiri. Mereka sangka bahawa kura-kura menghabiskan ikan di kolam. Padahal ia
hasil dari kesalahan fikiran mereka.
Nilai; Asperger atau autism bukan
penyakit baru tapi sudah lama wujud. Bahkan, sesetangah dari mereka genius. Ada
yang boleh jadi doktor dan sebagainya. Cuma masalah mereka yang sukar
berkomunikasi dan bersosial menyebabkan tidak ramai yang mampu survive. Apabila pengkategorian
diwujudkan, mereka digambarkan sebagai seolah-olah cacat dan timbulkan persepsi negatif.
Maka tidak hairan, jumlah
diagnosis autism meningkat dengan adanya sistem klasifikasi penyakit dan
meningkat hampir 4 kali ganda selepas pengenalan DSM IV criteria pada tahun
1993.
Ciri-ciri Asperger yang dipaparkan melalui cerpen ini termasuklah; repetitive activity pesakit asperger/autism.. Perbuatan memetik bunga raya berulang kali dan dibuang ke dalam sungai, menggengam dan melepas tangan, memerhati kura2 secara berterusan.
Kurang kemahiran sosial; masuk ke
dalam teksi tanpa ada nilai yang diterima masyarakat normal.
Masalah komunikasi seperti watak
aku dan si gadis kerap berjumpa dalam tempoh beberapa tahun tetapi tidak
membuat mereka membina hubungan intim atau persahabatan. Antara masalah utama
Asperger/ Autism!
Nilai IQ yang tinggi. Digambarkan
melalui watak si gadis yang tetap berjaya menamatkan pengajian di bidang
perubatan sekalipun menghidap Asperger syndrome. Ini diakui oleh surat oleh
wakil General Medical Council yang membuat pemerhatian terdapat doktor yang
menghidap Asperger syndrome. Data ini diterbitkan hanya selepas pengumuman WHO
untuk menolak manipulasi dan tindakbalas terhadap mereka yang menghidap autism
Asperger Relapse (A.R) – watak
bayangan Facebook; Ayu Raudhah berjuang untuk tolak vaksin. Sudut
kiasan diguna disini. Maksudnya, kalau takda vaksin, takda autism. Dalam kontek
sains sebenar, tidak ada relapse (atau terkawal) untuk Asperger. Tetapi,
rawatan psikososial dan kaunseling dapat membantu mereka berfungsi dalam
masyarakat.
Bagaimana cerpen ini ditulis: Kiasan kepada surat balas Ayu Raudhah yang menggunakan bahasa
sindiran “Kura-Kura Jantan kesunyian dan
memakan ikan-ikan di kolam”