Kehadapan Ayu Raudhah yang dihormati dan
dikasihi Allah,
Saya mengucapkan ribuan terima kasih buat Ayu
kerana telah memanipulasi tulisan saya di facebook dan terpaksa mengguna
sentimen sedemikian bagi meraih sokongan masyarakat dalam isu vaksinasi yang
kita perbahaskan dalam tempoh masa yang sudah menjangkaui sebulan dan merentasi
saat bermakna buat umat Islam iaitu Ramadhan dan Idul Fitri.
Saya bernasib baik kerana kaedah manipulasi
terhadap saya tidak dilakukan dalam kadar segera seperti yang dilakukan
terhadap beberapa orang doktor lain termasuklah Dr Abdul Rahman, Dr Suhazeli,
Dr John Peng (nama samaran), Mira Filzah (Akaun parodi), Dr Amirul Amzar dan ramai
lagi yang berlaku dalam tempoh tidak kurang 24 jam. Corak permainan Ayu Raudhah
sama iaitu menjatuhkan maruah, menyerang peribadi, manipulasi kata-kata dan
ayat serta berpusing pada hujah lapuk yang sudah pun dijawab tetapi gagal
difahami beliau.
Saya tidak berasa sedikit terkilan pun dengan
kaedah yang Ayu Raudhah lakukan ini walaupun ia membawa kepada rasa benci
pengguna facebook terhadap saya. Bahkan, saya berterima kasih kepada Ayu.
Kerana saya tahu bahawa hanya itu yang mampu Ayu lakukan buat masa kini.
Ayu Raudhah Imam nawawi tak sempat kahwin kerana sibuk mengarang kitab banyak kitabLayak ke si buncit ini disamakan dengan pengarang syarah Muslim 11 jilid itu?Jauh panggang dari api 🤒Like · Reply · July 17 at 3:30pmAyu Raudhah Abam sado buncit dah marahLike · Reply · July 20 at 11:48pmAyu RaudhahJuly 18 at 1:10pm ·Professor gila (baca: psikiatri) pun baca tulisan AyuNampak tak betapa tajamnya senjata penulisan akademik dalam bahasa ibunda?Ini mentang-mentang graduasi sebagai duktur, nama Islam diganti pakai nama penjajah. Kat situ dah nampak pengaruh dari WesternisasiAyu Raudhah added 3 new photos.July 19 at 9:26am ·Ayu Raudhah tak pernah memaksa orang yakini profesi beliau sebagai doktor atau tidak~Ada ulama peroleh PhD dari Univ Al-Azhar Mesir, bila pulang ke kampung halaman, mereka bakar sijilWalaupun Ayu bukan sampai tahap zuhud begitu tapi cukuplah kita sampaikan segala ilmu yg kita tahu utk berbakti kepada masyarakat. Bukan utk kepentingan diri sendiri, kepentingan bisnes, dan menganggap superior banding org lain.Ayu cukupkan surat balasan kepada Muhamad Na'im Ab Razak. Surat balasan terakhirnya sekadar balas dendam kesumat yg membuku dijiwanya. Ayu kira beliau kehabisan hujah berkaitan vaksin. Beliau juga tidak sedar selama ini isu yg dibincangkan adalah mengkritik guideline atau prekskripsi dari WHO berkaitan vaksin. Dah panduan itu yg kau pegang, pegang lah sampai mati. Berat 88 kg kalau banding dengan perkiraan tinggi Jacknaim, masih termasuk obesiti. Tak pun, Pra Obesiti. Semoga tahap kolesterol tetap <5.2 agar tidak memberi kesan terhadap kesuburan ^^Ayu akan terus dengan jiwa merdeka inkuiri panduan yg tidak selari dengan metode saintifik Quranic. Hanya jalan ini akan menjadi jembatan menciptakan keharmonian antara seluruh pengamal perubatan yg berseberangan. Dalam bab vaksin, ada ketimpangan intelektual yg cukup besar dirasakan.Pun begitu, ada pihak yg cuba menguji ilmu diagnostik Ayu, kadang kita jawab. Bagi pengamalperubatan yg tidak pernah masuk pengalaman klinikal di hospital, sgt sukar mengenal Rhematoid arthritis. Apalagi doktor veterinar seperti yg disinis oleh Jacknaim.Tapi Ayu dah tahu. Hasilnya tetap akan sia-sia. Mereka tetap mencari modal bagi memaksakan kehendak pemikiran mereka atas orang lain. Ayu serik dengan permainan semacam ini. Org nak menang, kita kasi menang. Kan tak berkurang sedikit pun harta kita ^^Apa pun. Buatlah apa yg kalian rasa terbaik. Yang penting kau jadi org baik. Itu dah cukup baik.
Semakin banyak Ayu Raudhah menyerang peribadi
kami, maka ia sendiri sudah menepati taktik yang kami jangkakan. Hal ini ada
saya sebut dalam bab terdahulu dan akan saya ulang kembali disini.
Golongan Aktivis Gerakan Antivaksi adalah seorang pembuli media. Demi
untuk merencanakan sesuatu agenda , mereka bersembunyi di sebalik akaun palsu.
Supaya mereka bebas membuat serangan peribadi, memaki, menyebar dakyah palsu,
membuat public humiliation terhadap golongan pro vaksin malah menabur fitnah.
Apabila kegiatan jahat mereka diketahui dan tembelang mereka pecah, maka mereka
akan segera menutup akaun dan membuka akaun yang baru pula. Kitaran ini akan
sentiasa berlaku dan orang seperti Ayu Raudhah akan sentiasa terlepas dari
menerima penghakiman yang setimpal dengan perbuatan buli itu. [Bab 3: Belajar
Dari Anak Kita]
Malah semakin kuat Ayu cuba buktikan bahawa dia
adalah doktor maka ia akan semakin menambah luas lubang yang digali beliau.
Saya risau lubang tersebut akhirnya diguna untuk menanam diri beliau sendiri.
Ayu RaudhahJuly 6 at 4:04pm ·Seorang gadis kemalangan...Dipercayai kain baju raye nye telah tersangkut di rim motosikal kerana ada kesan koyak dan minyak pada baju mangsa. Salam takziah diucapkan.. kalau ikut pengalaman Ayu di bahagian kecemasan hospital PPUM, kemalangan motosikal mencatatkan angka kematian tertinggiAyu sampai hari ni kecut perut kalau dibonceng motosikal. Tapi bg yg mahu keluar berhari raya menaiki motosikal juga, silalah berhati2 dgn baju raya anda...Jgn lupa sampaikan pesan ni pd semua yeAyu RaudhahJuly 12 at 12:07pm ·Di negara seberang, Nenek Ini dibuang oleh cucunya sendiri di tempat sampah 😢 Kita doakan moga nenek tua ini dilindungi, sihat, murah rezeki. Luangkan 1 saat komen aamiin aamiinMungkin nenek ini tidak divaksin#viral kan agar banyak mendoakan.. Aamiin
Saya yakin, masih ada pengguna facebook yang waras
akal mereka dan dapat menilai baik buruk di sebalik perbahasan kami ini.
Khai Lysttikam belakang klau translate jd english = backstab.... stab back = tikam balik.. stab at the back = tikam di belakang.. silalah gnakan google translate sebaiknya.. 😂Like · Reply · 3 · July 17 at 8:06pm · EditedAzila AbdullahBagi sesiapa yang was2 atau nak tahu sebenarnya selamat atau tak vaksin ini dan kenapa doktor2 dan kerajaan malaysia sgt menekankan isu vaksin boleh la berhubung dgn DR Mohd Rashidi. Beliau merupakan doktor yang bertauliah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Bukankah merujuk pada pakar itu lebih baik daripada percaya hujah2 Dr Google atau Dr wannabe di media sosial. Jika anak anda tak sihat atau ada masalah kesihatan ke doktor2 ini juga anda akan bawa anak anda untuk dapatkan rawatan. Mengapa tak hantar ke Dr Google atau Dr wannabe? Maaf agak kasar bunyi nya tapi inilah realiti masyarakat kita. Wallahua'alamP/s Kalau ada yg taknak vaksin anak ikut negara Jepun (konon-kononnya) boleh la pindah duduk Jepun. Hehe. Buat pengetahuan anda tak sama jadual vaksin di setiap negara.Like · Reply · 3 · June 24 at 7:51pm · EditedKasim RadiyaMuka je lawa tapi tak berbudi bahasa..tak reti hurmat org..Like · Reply · 8 · June 21 at 3:04pmAzlan Rezhuan Dengan orang tua pon tak pandai hormat.. Semuga ibu bapa kamu tidak dilayan seperti mana kamu layan Puan ni..Like · Reply · 2 · June 24 at 7:10pmMohd Nafis GaizerAL ISRA 36. Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Karena pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannyaLike · Reply · 4 · June 26 at 3:32pmFira Milzah Ayu ni membongak merata kerja dia. Bawak2 la bertaubat. Tunggu masa je dapat cari account gambar awek Thai yang ko rembat dan pakai skrg ni. Kan aku dah cakap. Jangan rembat yang cun melecun je. Abeh ni rembat dan pakai gambar awek drpd Burkina Faso pulak ye(org kampung Abu Hannah)Like · Reply · 13 · June 23 at 11:41pmSafura Fadhullah pendapat yg xleh d pakai... ko ckp berasaskn ape ek? ko bkn berhujah, tp ko membangkang... bangkang dgn ayat2 yg x nyata n x dpt buktikn ape2...Like · Reply · July 1 at 4:09pmMarzirah Matnin Apa ni hina fizikal org lain?Like · Reply · 1 · July 17 at 9:24pm
Ini kerana di sepanjang perdebatan ini maka kita
sudah boleh membuat satu konklusi bahawa Ayu Raudhah bukan seorang doktor dan
beliau bukan seorang ahli dalam bidang sains di atas beberapa fakta kes.
(Diolah kembali dari bab 14: Mereka Yang
Berpaling)
1.
Penggunaan akaun palsu
bermula dengan jawatan seorang jururawat di Hospital Sungai Buloh dan bertukar
kepada Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kini, Ayu
Raudhah telah MENGGUGURKAN pekerjaan
sebagai Pegawai Perubatan di akaun facebook beliau setelah pelbagai pendedahan
dibuat secara aktif.
2.
Perbuatan ini sebenarnya
adalah satu kejayaan besar buat pihak yang bertegas untuk membasmi golongan
‘Nabi Palsu’ dalam menyampaikan ajaran di Facebook.
3.
Balasan surat Ayu Raudhah
yang terbukti melakukan copy-paste
secara langsung termasuk dari sumber yang menyalahi disiplin ilmu (contoh jelas
adalah artikel palsu Doktor Herba) membuktikan bahawa bukti yang ayu Raudhah
bawa adalah bersifat lemah.
4.
Isu yang digunakan seperti
sel janin sudah di jawab oleh Ulama Islam dan juga golongan agamawan pelbagai
agama tetapi beliau masih cuba memainkan sentimen ini. Kerana beliau tahu
bahawa terus memperdebatkan hujah perubatan akan menyebabkan dia terus kelihatan
bodoh di Facebook. Maka cara terbaik adalah dengan memenangi emosi pelayar
facebook. Teknik ini tentu sahaja berjaya. Ia pasti menarik sentimen pembaca.
Contohnya;
Misra Janahudin Minda rosak doktor ni.Like · Reply · July 20 at 10:29pmMuhyiddin Osman Ni spesis doktor yg merogol pesakit..bahaya..rosak2Like · Reply · 1 · July 21 at 4:56pmRaisya Aziz Ala malu malu pula nak guna tagline sebenar. Matjek ni nak guna kebenaran mencari populariti sebenarnye kan kan kan kan 😆Like · Reply · July 21 at 12:38amXgp Hanifiza Jgn risau.makin menggila doktor2 tu makin org tak respect dorg. Kenyataan bukan2 dh keluar. Rasa makin tak siuman mereka2 tu. Selamba dok kritik tanpa pndang kiri kanan. FuhhhhhLike · Reply · July 19 at 2:17pmSelipar Hanyut Goo goo ayu...u cant do it..u doktor i tentera....apa bezNya..bezanya..u pkai ubat sembuh hati i..i pakai senapang tembak org kcau u...have a nice day ..go ayu raudhah..tegakkan kebenranLike · Reply · 1 · July 19 at 5:03pmMisra Janahudin Bahasa2 doktor ni, patients terbantut nk jumpa...ngeri...xtawaduk langsung.Kalau nk tak de patient , nk happy...pilih bahasa2 yang sopan. Layan soalan patient dgn berlapang dada. Bukan dengan melabel orang yang tak sehaluan dengan bahasa2 yang menjatuhkan air muka patients.Like · Reply · July 20 at 11:54pm · EditedMuhyiddin Osman Memalukan label doktor..jadi penyangak lg bgus ...wakaakakaLike · Reply · July 21 at 4:52pm
Apabila Nabi Muhammad menyebarkan dakwah secara
terbuka, golongan kafir tidak mampu untuk menolak bukti kenabian Rasulullah
S.A.W. Bukti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah bersifat siantifik dan
tidak mampu untuk dijawab berdasarkan kapasiti pemahaman masyarakat zaman
tersebut. Maka mereka mula menuduh Nabi Muhammad sebagai seorang penyair gila, ahli
sihir dan sebagainya.
Rasulullah yang bersedih ketika itu telah
ditenangkan oleh Allah S.W.T yang berbunyi;
“Aku (Allah) bersumpah demi bintang-bintang, yang beredar dan terbenam,
demi malam apabila telah larut, dan demi subuh apabila fajar telah menyingsing,
sesungguhnya (Al-Qur’an) itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan
yang mulia (Jibril), yang memiliki kekuatan, memiliki kedudukan tinggi di sisi
(Allah) yang memiliki ‘Arsy, yang disana (di alam malaikat) ditaati dan
dipercaya. Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah orang gila. Dan sungguh, dia
(Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang. Dan dia (Muhammad)
bukanlah seorang yang bakhil (kikir/enggan) untuk menerangkan yang gaib. Dan
(Al-Qur’an) itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk,…” [Q81:15-25]
Sebaiknya, kita hanya perlu berdiam apabila mereka
mula menghina peribadi kita. Kerana kita tahu bahawa kebenaran itu tidak akan
dapat dipatahkan dengan pembohongan. Wajah yang cantik tetap tidak akan dapat
menyembunyikan kejahilan seseorang apabila kita menggunakan aras ilmu tertentu
dalam perbahasan.
Muhamad Na'im Ab Razak Alhamdulillah. Lepas habis mencarut, memfitnah dengar org bca kuran. Neutralize kan dosa ye dak? SyukurLike · Reply · 4 · July 17 at 7:40pmAyu Raudhah Tak. Ni utk awk muhasabah balik surat awk dari awalLike · Reply · July 17 at 7:41pmMuhamad Na'im Ab Razak Alhamdulillah. Syukran. Taknak sama2 muhasabah ke?Jgn lupa, iblis pun asalnya sangat berimanLike · Reply · 2 · July 17 at 7:42pmAyu Raudhah Ayu iblis keLike · Reply · July 17 at 7:51pmMuhamad Na'im Ab Razak TakLike · Reply · July 17 at 8:12pm
Saya tidak akan mempersoalkan tahap ilmu agama Ayu
Raudhah dan admin laman Anti Pseudoscience Watch yang melabelkan saya dengan
pelbagai tuduhan. Kerana saya tahu bahawa saya manusia yang tidak lekang dari
melakukan dosa.
Penghinaan serta cacian terhadap fizikal saya juga
tidak akan berkesan. Mereka bebas memanggil saya gemuk, hitam, perogol dan
sebagainya. Sekiranya saya mengambil pusing kata-kata mereka, nescaya saya akan
hancur dan penipuan akan terus berleluasa.
Sepanjang hidup, saya sudah biasa dengan segala
penghinaan dan cacian tersebut. Bahkan, ia sebelum ini telah menyebabkan saya
mengalami sindrom Inferior Complex akibat terlalu mengambil pusing kata-kata mereka. Masalah
ini sangat teruk hingga saya sampai ke tahap menyalahkan Tuhan diatas nasib
buruk saya.
Sejak dari kecil saya sudah biasa dipanggil Jemput
Hangit (Kuih cekodok hangit) oleh insan bergelar guru disebabkan fizikal yang
hitam dan gemuk serta tidak pandai berbahasa Inggeris. Saya sudah biasa
dinafikan dari menyertai pasukan forum sekolah kerana tidak mampu menyebut
huruf R dengan betul. Disisih dari menyertai kumpulan pelajar bijak sewaktu di
Sekolah kerana saya seorang yang bodoh dan nakal. Malah, anak-anak kecil juga
sewenang-wenangnya memanggil saya dengan panggilan babi gemuk dan sebagainya.
Syaitan adalah panggilan yang turut dilemparkan terhadap saya.
Saya sudah biasa dibuli! Segala penghinaan,
kejian, caci maki, penindasan tersebut membantu saya membina kekuatan untuk
merangkak dan berdiri dalam mendepani kehidupan penuh mencabar ini.
Gejala buli juga membawa saya ke lembah hitam yang
saya tidak mampu nafikan bahawa ia menjadi sejarah hidup saya. Dari membiar
diri terus terperangkap dalam rasa bersalah, saya sebaliknya menanam
kepercayaan dalam diri untuk melawan perasaan jahat dan cuba menjadi manusia
yang lebih baik dari sehari ke sehari.
Saya sudah biasa hidup bersama golongan yang
‘mulia’ dan ‘hina’ di sisi manusia. Maka, saya tidak pernah berasa hairan
dengan apa sahaja label yang ingin
dilontarkan ke atas saya. Usikan Ayu Raudhah dan peminat tidak lebih dari
sekadar geletek di perut menggunakan kapas paling halus gred nya.
Saya sudah menjalankan tugas saya mencari dan
membentangkan fakta kepada persoalan yang ditimbulkan. Hakikatnya, kesemua itu
sudah dijawab oleh banyak pihak. Terlampau banyak. Tapi, jika mereka tidak mahu
menerima kebenaran maka kita harus berlapang dada. Jika mereka memilih untuk
percaya pada golongan Nabi Palsu maka itu juga hak mereka.
Taib M Taib Terbaik ayuOrng lain nak dgr sedar ikut silakanOrng yg tak nak dipersilakanCukup untk beri info. Utk duserapkn kdln otak dan hati yg sudah hitam sebab dah masuk benda tak Halal..yg dihalakan dgn berbagai kaedah dan cara..Cukup cukup sampi disiniSiti Maisarah Bt Yahaya sy menyokong saudari inshAllah tanpa mahu persoalkan knapa perlu bersembunyi dgn fake account ke tak..☺
Dalam perbahasan dengan watak Ayu Raudhah, saya
cuba berpegang kepada premis asal untuk berdebat secara doktor vs doktor kerana
saya memandang dakwaan Ayu Raudhah bahawa dia adalah doktor sebagai berasas dan
bertujuan untuk mencari kebenaran. Akan tetapi, semakin lama saya berbahas maka
saya dapati hujah beliau semakin lemah dan kucar kacir.
Saya tidak mendapati hujah beliau didasari oleh
asas saintifik sebaliknya sekadar ayat cekup dari merata-rata sumber. Maka
sukar untuk saya berbaik sangka bahawa Ayu Raudhah adalah seorang doktor.
Ayu Raudhah Walau ayu doktor tapi ayu tak jaja org pecaya tau. Tak gantung stethoscope kat leherLike · Reply · 1 · July 21 at 5:18pmMuhamad Na'im Ab Razak Kawan saya kerja dekat klinik haiwan. Saya panggil doktor juga. Kucing kami sakit hari tu hantar klinik dia juga.Like · Reply · July 21 at 5:22pm
Maka kerana itu saya terpaksa menggunakan bahasa
sarkatik apabila membalas beberapa hujah beliau dan ternyata bahawa beliau
gagal memahaminya.
Ya Ayu bebas menafikan bahawa dia tidak berbohong
dengan status beliau sebagai doktor. Sekalipun status tersebut sudah dipadam.
Tapi, saya tidak akan persoalkan secara mendalam bahawa beliau ingin menjadi
doktor apa. Saya berikan satu analogi mudah lagi.
Mak Yam: Hurm, bagus betul si Seman tu. Aku dengar
dia dah jadi doktor.
Aleep: Bagus ape nye Mak Yam kalau jadi doktor
inject sendiri kat bawah jambatan?
Sebab itu saya kata. Kalau nak berbahas. Berbahas
secara integriti. Maka saya sedia sambut mana-mana cabaran golongan anti vaksin
untuk berbahas secara langsung dalam stesyen Televisyen dan disiarkan ke
seluruh Malaysia.
Pegang kata-kata saya kemas-kemas! Jika tawaran
debat tersebut berlaku dalam dunia realiti maka saya akan berperang hujah
melawan hujah. Jika watak Ayu Raudhah di alam sebenar seperti katak kodok
sekalipun nescaya saya tidak akan sesekali menghina fizikal beliau sewaktu
debat berlangsung. Kerana saya juga berpegang kepada Firman Allah dalam Al
Quran.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang
laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu
lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan
kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah
suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung
ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman. Dan
barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (Surah
al Hujurat ayat 11).
Ayu bebas untuk memutarbelit kata-kata saya. Di
sini saya hanya menunjukkan satu contoh sahaja bagaiman putarbelit boleh
dilakukan.
Saya tunjukkan contoh disini bukan kerana saya nak
membela diri saya sendiri. Tidak! Tetapi kerana saya ingin berkongsi dengan
pembaca taktik yang mereka gunakan. Supaya pada suatu hari nanti jika anda
berjumpa status-status pelik serangan mereka terhadap mana-mana individu maka
anda tidak percaya secara bulat-bulat. Anda harus kembali menilai konteks isu
tersebut dan juga kenapa ia berlaku.
Tindakan Ayu Raudhah menulis status “Mcm mana chatting lucah tu bang jack Muhamad Na'im Ab Razak?
Ayu tak ada pengalaman la” dan seterusnya menggaris merah perkataan GAMBAR
SEKSI dan CHATTING LUCAH akan membuatkan pengguna facebook yang tidak memahami
isu ini akan segera menunding jari bahawa saya melakukan serangan seksual
terhadap Ayu Raudhah.
Ini yang kita namakan Misinformation dan Misconception
seperti yang saya terangkan terlebih dahulu.
Saya berbahas dengan Ayu Raudhah bermula dari 20
Jun 2016 dan mula menulis surat rasmi kepada beliau pada 23 Jun 2016 melalui
Notes di Facebook. Siri surat tersebut diperbaiki penulisannya dan dimasukkan
ke dalam Wattpad sebelum ia akhirnya dimasukkan ke dalam blog vaccinetruthjacknaim.blogspot.com
sebagai edisi final untuk versi online. Perlu diingatkan bahawa versi ini
dikira sebagai adapatasi perbahasan
yang benar-benar berlaku. Bukti atau
satu-satu peristiwa yang berlaku itu dikekalkan tetapi diberi olahan untuk
membolehkan masyarakat memahami perdebatan kami.
Maka, masyarakat harus faham konteks perbahasan
kami dari 20 Jun 2016 untuk membuat konklusi terhadap putar belit yang
dinyatakan oleh Ayu Raudhah pada 20 Julai 2016.
Teks asal ayat yang di print screen oleh Ayu
Raudhah itu adalah tulisan saya di page Masyarakat Kena Tahu (ori)
Ayat tersebut adalah satu ayat pernyataan yang
menggesa agar pengguna facebook membuat pilihan samada untuk terus percaya
kepada Ayu Raudhah sebagai benar-benar doktor dan beriman dengan hujah beliau
ataupun tidak. Ia juga adalah gesaan kepada kaum lelaki yang menghantar friend request kepada Ayu Raudhah untuk
bersembang lucah atau mengambil kesempatan terhadap penggunaan gambar perempuan
cantik di profil Ayu Raudhah untuk menghentikan perbuatan tersebut.
Pengguna harus ingat kembali definisi saya
terhadap Ayu Raudhah dan kenapa beliau berselindung disebalik profil seorang
wanita dan gambar wanita cantik. Saya paparkan kembali kenyataan saya dalam Bab
1.
Penggunaan Identiti sebagai seorang doktor
dan wanita adalah satu kombinasi yang tepat. Doktor menunjukkan status yang
mempunyai autoriti dalam bidang perubatan. Ia akan membentuk stigama kepada
masyarakat bahawa Ayu belajar tentang bahaya vaksin yang cuba disembunyikan
ahli perubatan dunia dari diketahui masyarakat. Jantina wanita dengan gambar profil
yang cantik mungkin menarik minat pelayar facebook lelaki tidak matang yang
cuba untuk menggedik.
Akan tetapi, pemikiran dari sudut lain akan
menyaksikan bahawa Ayu akan lebih mudah untuk mendekati golongan wanita berkeluarga.
Ini termasuklah untuk membincangkan isu isu sensitif yang hanya dibicarakan
antara kaum wanita sahaja memandangkan masyarakat Malaysia masih mempunyai
taboo untuk berbicara - BAB 1. KITA
SEPERTI BATMAN DAN SUPERMAN
Oleh itu saya nasihatkan agar pengguna facebook
menjadi lebih matang sebelum bertindak secara terburu-buru dan dipenuhi emosi.
Apabila keyboard
warrior menghentam mana-mana pihak secara keterlaluan atau berlebihan di
Facebook maka anda harus kembali kepada disiplin agama dan ilmu. Anda harus
cari kebenaran dan kembali kepada sumber yang shahih.
Ayu Raudhah Tu lah hikmah nya ayu hidden. Kalau awk tau, habis ayu awk bogel kanLike · Reply · 1 · July 21 at 11:37pmMuhamad Na'im Ab Razak Bogelkan tu macam mana ayu?Saya takda pengalaman laLike · Reply · July 21 at 11:39pmAyu RaudhahAyu Raudhah Mcm.kenal jer ayat tuLike · Reply · July 21 at 11:41pm
Kaedah tersebut saya gunakan untuk menjawab
hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ayu Raudhah. Dengan kembali kepada sumber
asal hujah beliau maka akhirnya saya menemui kebenaran bahawa apa yang diajar
oleh beliau ternyata tidak benar dan palsu.
Kertas kajian Wakefield, isu Aluminium, isu vaksin
Trapedia, isu jurnal perubatan tentang madu dan sebagainya telah saya jawab
dengan menggunakan sumber rujukan yang beliau sendiri guna. Apabila membaca
secara mendalam bukti yang beliau bawa maka akhirnya saya mendapati bahawa apa
yang Ayu Raudhah sebarkan bercanggah dengan kenyataan sebenar dalam sumber asal
satu-satu kertas kajian itu.
Menyedari bahawa beliau sudah terperangkap, maka
beliau terus menyerang peribadi dengan harapan masyarakat tidak akan mengambil
tahu hujah dari orang tidak beriman seperti saya.
Maka saya mengambil keputusan untuk berdiam diri
dan seterusnya menjadikan novel satira ini sebagai satu bahan penerbitan ilmiah
yang sah dan direkodkan sebagai bukti penulisan. Tujuannya hanya satu. Iaitu
supaya ada orang awam yang alim dan mempunyai imej baik dalam kalangan
masyarakat dapat menggunakan hujah-hujah ini bagi memberi kefahaman kepada
masyarakat.
Di akhir cerita, hero tidak semestinya hidup dan
berkahwin dengan heroin. Ada waktunya, seseorang hero terpaksa berkorban nyawa!
Tetapi itu bukan bermakna sesuatu pertarungan itu sudah berakhir dan kejahatan
berjaya menewaskan kebenaran. Tidak! Sebaliknya, hero yang mati itu akan tetap
meninggalkan pewaris mereka ataupun legasi yang akan meneruskan perjuangan
mereka dalam menewaskan kebatilan.
Dan kitaran ini akan turut berlaku pada watak Ayu
Raudhah juga. Ayu Raudhah akan tetap meninggalkan legasi yang akan terus
bertarung dengan legasi yang saya tinggalkan setelah kematian watak Dr.
Jacknaim akibat pembogelan karekter.
Sehingga hari ini, saya tidak akan berhenti untuk
mengajak Ayu Raudhah bertaubat dan kembali ke landasan Agama yang sebenar.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.
Sang
Pendosa Yang Memilih Untuk Berdiam Diri.
Dr.
Jacknaim,
23 Julai 2016, Quarters Hospital lahad
Datu.