Sebahagian graf yang dimanipulasi oleh pengendali blog
global untuk menunjukkan bahawa vaksin tidak berjaya menghapuskan wabak.
Apabila kita melihat graf diatas secara sekali
imbas. Otak kita akan segera bersetuju bahawa vaksin tidak berjaya menghapuskan
wabak. Kebanyakan pengendali blog anti vaksin akan menggunakan graf di atas
untuk menunjukkan bahawa bukan vaksin yang menyelamatkan manusia. Ia adalah
disebabkan oleh peningkatan sistem kesihatan, kebersihan dan tabiat pemakanan.
Graf-graf tersebut dimanupulasi secara tidak
bertanggungjawab.
Pertama, mereka mencampurkan graf tersebut antara
penyakit yang boleh menyebabkan wabak dan dikawal dengan vaksin dengan penyakit
yang tidak menyebabkan wabak atau tidak memerlukan vaksin untuk mencegahnya. Scarlet fever tidak menyebabkan wabak
dan sememangnya vaksin tidak diperlukan. Demam kepialu (typhoid fever) boleh
menyebabkan jangkitan kepada satu-satu komuniti tetapi ia tidak sampai ke tahap
yang memerlukan majoriti masyarakat mengambil vaksin. Ia hanya diwajibkan
kepada pengendali makanan.
Kedua, graf ini sebenarnya menunjukkan kadar
kematian disebabkan jangkitan penyakit dan bukannya kadar kes baru jangkitan
penyakit. Ia separuh betul apabila golongan antivaksin mengatakan bahawa
perkembangan ilmu perubatan, nutrisi dan sistem kebersihan telah menyebabkan
kadar kematian berkurangan. Tetapi, adakah mereka berbicara tentang kadar morbidity (membawa kepada beban kos
rawatan atau kecacatan?) yang menjadi darurat sebenar apabila berbicara tentang
wabak.
Polio adalah contoh terbaik. Ya, kadar kematian
menurun sebelum vaksin diperkenalkan. Kenapa? Kerana iron lung dicipta oleh Sains. Tetapi, adakah pesakit boleh kembali
berfungsi dalam masyarakat? Adakah penggunaan iron lung tidak menyebabkan gangguan ekonomi kepada populasi dunia?
Ya, ada pesakit yang dirawat menggunakan iron
lung dapat hidup selama berpuluh tahun. Soalannya, apakah makna kehidupan
sedemikian? Adakah kualiti kehidupan bertambah atau menjadi semakin teruk?
Sekiranya mahu menggunakan graf, maka kita harus
berlaku jujur. Contohnya dengan melihat kaitan antara incidence rate dan pemberian vaksin. Incidence rate adalah jumlah kes baru sesuatu penyakit yang
direkodkan dalam populasi tertentu.
Graf dari CDC berkenaan kadar incidence rate untuk kes measles adalah bukti terbaik untuk
menunjukkan bagaimana jumlah kes baru jangkitan measles menurun setelah vaksin
diperkenalkan.
![]() |
Sumber dari CDC
|
Malah, ada
penulis blog secara tidak bertanggungjawab telah membuat manipulasi graf.
Contohnya mereka membuang tahun-tahun tertentu dari data mereka dan ia
seterusnya menghasilkan graf yang salah.
Oleh yang demikian, ternyata sekali tuduhan
golongn anti vaksin tidak berjaya mengapuskan wabak adalah satu penipuan
akademik secara manipulasi data atau penipuan fakta. Oleh itu, berhati-hati
dalam menilai hujah golongan anti vaksin.