![]() |
Graf
kaitan ringkas antara sejarah vaksinasi, kejadian penularan wabak, penyebab
gangguan bekalan vaksin dan beberapa contoh faktor utama yang menjadi punca
berlakunya gerakan anti vaksin.
|
“Saya memilih untuk menjadi anti vaksin kerana agama melarang penggunaan benda tidak suci atau haram untuk berubat”.
“Saya dengar ramai doktor anti vaksin.”
“Vaksin menyebabkan autism.”
“Vaksin ada sel janin bayi”.
“Kita harus kembali kepada kaedah perubatan Islam dan berhenti mengagungkan barat.”
Bagaimana golongan anti vaksin wujud? Adakah ia
disebabkan agama, perbezaan ideologi islam melawan barat atau mahu menjadi luar
biasa berbanding dengan kebiasaan norma masyarakat?
Sesorang menjadi anti vaksin apabila terdapat
pilihan untuk tidak memberi vaksin kepada diri atau mereka yang dibawah
tanggungan mereka.
Tanpa ada vaksin, seseorang tidak boleh menjadi anti
vaksin. Agama, budaya, pilihan menggunakan bahan organik dan sebagainya cuma
alasan untuk menghalalkan pilihan mereka.
Pilihan ini pula timbul disebabkan oleh banyak
faktor. Tapi, yang sebenarnya adalah kerana kita memiliki akal dan nafsu untuk
membuat pilihan. Itulah yang menjadikan kita berbeza dari Malaikat. Itulah yang
menjadikan Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga. Kerana apabila manusia berada
di titik yang memerlukan mereka memilih satu dari dua belah syiling, maka
jawapannya hanya Ya dan Tidak.
Sebenarnya, pihak yang menyokong pemberian vaksin
boleh memberi seribu hujah menyokong vaksin. Pihak yang anti vaksin pula
mungkin hanya mempunyai sepuluh hujah tetapi ia tetap mencukupi untuk
membuatkan mereka memilih untuk tidak bersetuju dengan vaksinasi.
Saya harus mengakui bahawa pilihan wujud mengikut
peredaran zaman. Salah satu nya adalah apabila kita terlalu mengagungkan sistem
demokrasi yang melaungkan slogan bahawa setiap manusia mempunyai hak untuk
membuat pilihan.
Frasa yang tepat untuk memurnikan sistem ini
sebenarnya ialah ‘hak untuk membuat pilihan yang tepat dan betul.’ Kerana
selain berfikir tentang hak keinginan diri sendiri, kita juga harus berfikir
tentang tanggungjawab kita terhadap peradaban manusia.
Wabak tidak berlaku dalam sekelip mata. Bukan hari
ini kita dilanda wabak diphteria.
Bukan hari ini kita dilanda wabak smallpox.
Tidak! Ia sudah berlaku sejak zaman dahulu lagi.
Musuh manusia yang nyata adalah Syaitan. Sekalipun
kita tidak melihat mereka tetapi kita tahu dan kenal akan sifat mereka dan
kaedah serangan mereka.
Akan tetapi, manusia juga mempunyai musuh tidak
hakiki yang wujud disebabkan oleh pelbagai interaksi. Interaksi manusia dan
manusia menghasilkan krisis apabila berbeza pendapat dan membawa kepada
peperangan.
Manusia menjadi musuh kepada gajah liar apabila
secara tidak sengaja memusnahkan hutan yang menjadi habitat gajah.
Interaksi manusia dan ‘makhluk ghaib’ pula
membuatkan kita berada dalam ketakutan berganda-ganda kerana kita tidak tahu
akan musuh kita. Makhluk ghaib boleh dijelaskan dalam konteks agama. Tetapi
dalam konteks ini, saya mahu mendefinisikan ia sebagai musuh yang tidak
diketahui. Dan kenapa musuh ini wujud adalah disebabkan seperti yang saya
nyatakan tadi. Musuh tidak hakiki ini wujud disebabkan interaksi.
Ketakutan membuatkan kita percaya kepada teori
konspirasi dunia dan Freemason. Ketakutan
juga membuatkan kita takut dengan
wabak penyakit disebabkan bakteria dan virus. Ya, mereka juga adalah makhluk
ghaib secara tidak hakiki.
“If
you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred
battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you
will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will
succumb in every battle.”― Sun Tzu, The Art of War
Ketakutan manusia terhadap kuman dan wabak
penyakit pula tidak sama dengan ketakutan nenek moyang kita dahulu. Kerana
perkembangan sains dan teknologi membolehkan kita mula mengenalpasti musuh
kita. Kajian makmal membolehkan kita tahu akan kekuatan dan kelemahan mereka,
lantas merangka strategi efektif untuk mengalahkan mereka.
Kerana itu ada yang berbangga mengatakan bahawa
kita boleh mengalahkan wabak dengan meningkatkan kebersihan, memperbaiki sistem
pembetungan dan rawatan sisa najis, menggunakan bekalan air bersih dan
memperbaiki gaya pemakanan agar mendapat nutrisi yang tepat.
Tapi kita lupa. Musuh ghaib ini tetap tidak kita
ketahui secara mendalam. Seperti mana kita mula belajar tentang mereka, mereka
juga belajar tentang diri mereka sendiri dan berevolusi untuk menjadi lebih
kuat berbanding moyang mereka.
Inilah pertarungan nyata yang harus kita semua
sedar samada anda anti vaksin mahupun menyokong vaksinasi. Ini juga menjadi
asas kenapa manusia membuat ujikaji untuk mencipta vaksin.
Penggunaan vaksin bukan bermula di zaman Jenner
pada tahun 1976 sekalipun dunia mengiktiraf beliau sebagai bapa kepada vaksin.
Tidak!
Penggunaan vaksin bermula sejak dari zaman nenek
moyang kita berjumlah beribu tahun dahulu. Ia bermula apabila timbul kesedaran
akan musuh yang tidak dapat dilihat ini. Yang pasti, musuh ghaib ini mengambil
nyawa dengan pelbagai cara. Samada secara tragis ataupun perlahan-lahan.
Dari sana, golongan bijak pandai membuat
pemerhatian tentang corak serangan musuh ghaib ini. Pemerhatian ini berlangsung dari generasi ke
generasi dan melalui tempoh ujikaji yang pelbagai. Akhirnya mereka membuat
konklusi bahawa mereka dapat menyediakan solusi kepada masalah yang timbul.
Contohnya apabila Maharaja China memutuskan untuk
menggunakan kaedah menggunakan sel manusia yanag dijangkiti penyakit bagi
mencegah wabak smallpox. Ia berlaku
lama dahulu dan lebih awal dari barat. Lama kelamaan teknik ini terbukti
berkesan.
Apabila mereka menjalani hubungan diplomasi dengan
negara lain maka mereka harus memastikan sekutu mereka juga berada dalam
keadaan sihat dan kuat. Maka mereka berkongsi ilmu dan kepakaran mereka. Ia
tidak berlaku secara percuma kerana negara sekutu juga berkongsi ilmu dan
kepakaran mereka. Ini membawa kepada perkembangan ilmu baru dan lebih banyak
misteri alam dapat diterokai.
Ingat kata-kata kartun kanak kanak Upin dan Ipin?
“Apa yang penting? Kerjasama!”
Melalui perkongsian teknologi, maka kita tidak
perlu membazirkan masa untuk membuat kajian dalam bidang yang sama. Kerajaan A
akan melakukan kajian dalam bidang 1 dan Kerajaan B akan melakukan kajian dalam
bidang 2. Apabila mereka bertukar kepakaran dan teknologi makan kedua kerajaan
A dan B sama-sama memahami ilmu yang diperolehi melalui kajian dalam bidang 1
dan 2.
Kaedah vaksinasi mula tersebar dalam kerajaan
Islam yang muncul ketika itu. Kerajaan Barat sedikit terkebelakang kerana masih
berada dalam zaman kegelapan.
Kerajaan Islam mempelopori ilmu perubatan
berdasarkan ilmu dari China dan Yunani. Mereka mengembangkan falsafah ilmu
termasuklah kaedah vaksinasi. Kaedah ini diturunkan dari generasi ke generasi.
Seterusnya ia berkembang ke Barat dan ekoran dari kejatuhan ketamadunan Islam,
maka Barat mengambil alih peranan dalam membangunkan ketamadunan Ilmu.
Mereka yang mengatakan bahawa vaksin tidak
mempunyai kajian secara terperinci sebenarnya berbohong pada diri mereka
sendiri. Kerana kajian tentang vaksin dijalankan selama beratus tahun lamanya.
Cuma, apabila bidang sains semakin berkembang maju maka kaedah kajian secara
saintifik mula dijalankan secara meluas dan ketat.
Tetapi, keputusan kajian tetap sama iaitu vaksin
berkesan. Yang menghasilkan keputusan kontra pula sudah dibuktikan mempunyai
kesalahan samada dari segi metodologi dan konsep atau mempunyai kepentingan
peribadi yang dipanggil conflict of
interest. Kebanyakan masa, ia disebabkan oleh salah faham pembaca dalam
mentafsir satu-satu kertas kajian saintifik dan menimbulkan salah faham pada
masyarakat.
Adalah tidak mustahil apabila ada yang menentang
kaedah vaksinasi pada zaman Jenner disebabkan salah faham atau ego orang
Inggeris yang tidak mahu menerima kaedah perubatan yang diambil dari kerajaan
Islam.
Adapun demikian, tema gerakan anti vaksin adalah
hampir sama dengan yang berlaku pada masa sekarang. Bezanya, wabak penyakit
yang berlaku pada waktu sekarang tidak seteruk dulu. Kerana itu, negara seperti
Amerika Syarikat dan United Kingdom terpaksa menggunakan undang-undang bagi
mewajibkan pemberian vaksin pada waktu tersebut[i].
Sentimen ini akan sentiasa berulang-ulang dan tema
adalah sama. Cuma pelakon yang akan berubah. Watak Ayu Raudhah bagi saya tidak
layak untuk disama taraf dengan pejuang anti vaksin global. Pejuang anti vaksin
global pula boleh sampai ke tahap bertindak secara radikal[ii]
dan menimbulkan huru-hara terutamanya setelah mereka bergabung dengan kumpulan
ektremis kristian yang bersifat menentang pengguguran janin[iii].
Gerakan antivaksin moden pula dimulai dengan
kertas kajian Wakefield. Ia adalah satu momentum besar kerana berjaya
menurunkan kadar vaksinasi global. Malah, negara seperti Jepun turut mengikut
saranan Wakefield untuk memberi suntikan vaksin mencegah MMR secara individual.
Natihahnya, kejadian wabak berlaku dengan banyaknya dan pemberian vaksin secara
individual di Jepun tidak membuktikan kebenaran teori Wakefield.
Ada golongan artis dan ahli politik yang mengambil
kesempatan untuk meraih populariti dari gerakan anti vaksin ini. Di Malaysia,
golongan artis yang sudah tidak laku nilai mereka di pentas seni turut
mengambil pendekatan yang sama.
Apa-apapun, saya bersyukur kerana golongan ahli
politik kita masih cukup waras dalam meneliti isu ini. Alhamdulillah, setakat
ini semua ahli politik baik kerajaan dan pembangkang tidak membawa agenda anti
vaksin.
Di Barat, golongan ahli politik adalah golongan
paling keji kerana memainkan sentimen antivaksin dengan cukup berkesan dan
penuh strategi. Bahkan, Donald Trump sendiri sanggup mengeluarkan belanja untuk
mengupah ahli perubatan mengeluarkan kertas kajian palsu bagi mendukung gerakan
mereka.
Hakikatnya, ahli politik seperti Donald Trump
adalah insan yang mementingkan diri sendiri. Beliau sendiri adalah penyokong
kepada vaksin. Rakan beliau Paul Rand juga menunjukkan sifat yang sama. Dalam
beliau menghentam penggunaan vaksin, beliau turut mengambil suntikan vaksin
bagi mencegah penyakit Hepatitis A.
![]() |
Senator Paul Rand
(Antivaksin) turut menerima suntikan vaksin mencegah penyakit hepatitis A.
sumber dari National Geographic[i]
[i]
Laura Parker, "The Anti-Vaccine Generation: How Movement Against Shots Got
Its Start" 6 February 2015,
http://news.nationalgeographic.com/news/2015/02/150206-measles-vaccine-disney-outbreak-polio-health-science-infocus/
|
Dalam isu autism, bukan vaksin semata-mata yang
dijadikan alasan menyebabkan autism. Malah, majoriti kumpulan NGO yang membela
nasib kanak-kanak autism turut mengakui kebenaran bahawa vaksin tidak
menyebabkan Autism[i].
Kes Hannah Poling yang dibincangkan sebelum ini turut tidak dapat dijadikan
asas untuk membenarkan premis mengatakan bahawa vaksin menyebabkan autism.
Saya tidak mahu membahaskan isu ini dengan panjang
lebar. Akan tetapi, kita harus berfikir motif disebalik pembayaran pampasan
oleh Kerajaan Amerika Syarikat kepada Poling. Ini kerana, terdapat anak-anak
lain[ii]
selain Hannah yang mempunyai masalah hampir sama seperti Hannah dan menuntut
ganti rugi tetapi dinafikan oleh kerajaan Amerika Syarikat[iii].
Dalam buku ini,saya sudah tunjukkan kepada semua
bagaimana perang dunia menyebabkan gangguan vaksin terjejas dan sekaligus
menyebabkan penularan wabak kembali berleluasa. Ia adalah contoh mudah
keberkesanan vaksin.
Bukti kerajaan Turki Uthmaniyyah menggunakan
vaksin bagi mencegah smallpox biarpun tahap kebersihan di peringkat optimum
turut boleh dijadikan hujah untuk mematahkan serangan golongan antivaksin. Dan
ia juga menjadi bukti bahawa kerajaan islam turut menjadi sumber inspirasi
kepada Barat dalam memberi kaedah perubatan untuk tujuan kebaikan masyarakat dunia.
Maka, apakah lagi alasan kita untuk tidak memilih
suntikan vaksin?
[i]
F. E. Yazbak, "Dr. Salisbury: You Are Wrong On Every Point!", 26
January 2001, http://whale.to/v/yazbak1.html
[ii]
Orac, "The Hannah Poling case: Autism rebranded again", 10 March
2008,
http://scienceblogs.com/insolence/2008/03/10/the-hannah-poling-case-and-the-rebrandin/
[iii]
Steven Novella, "The Anti-Vaccination Movement", Skeptical Inquirer
Volume 31.6, November / December 2007,
http://www.csicop.org/si/show/anti-vaccination_movement
[i]
History of Anti-vaccination Movements, http://www.historyofvaccines.org/content/articles/history-anti-vaccination-movements
[ii]
Anna Merlan, "Meet the New, Dangerous Fringe of the Anti-Vaccination
Movement", 29 June 2016,
http://jezebel.com/meet-the-new-dangerous-fringe-of-the-anti-vaccination-1713438567
[iii]
Orac, "When the antiabortion movement meets the antivaccine movement"
27 July 2015,
http://scienceblogs.com/insolence/2015/07/27/when-the-antiabortion-movement-meets-the-antivaccine-movement/