BALASAN SURAT-SURAT
CINTA DR JACKNAIM KEPADA KU [Siri 2]
Penurunan Kes Difteria - Salahfaham teori ‘Herd Imunity’ - Tiada Kajian
RCT - Kebersihan Menjadi Punca
Diterima Surat 2: Difteria Paling Seksi dari Dr. Muhammad Na'im
(Dr.Jacknaim)-[link]
Oleh: Ayu Raudhah, menulis di 10 malam terakhir Ramadhan
Sambungan dari [Siri 1] Pertama, Jacknaim. Kau cuba jadikan graf penurunan kes
difteria di Malaysia bermula tahun 1960 – 2016 sebagai dalil mengangkat
kepentingan vaksin. Hal ini menarik untuk kita semak kerana hujah ini dianuti
hampir semua ahli Pro Vaksinasi, bahawa tidak
ada satu pun penyelidikan eksperimen double blind, placebo controlled
atau randomized control trial dilakukan di Malaysia sepanjang tempoh 56
tahun program vaksinasi dijalankan. Data-data yang kau bentangkan hanya laporan
statistik dari kajian tinjauan (observational study) yang terdedah
kepada pelbagai kelemahan dan limitasi. Terdapat banyak variabel yang boleh
meragukan kesimpulan penyelidikan seperi tingkat pendidikan yang baik, mutu
perkhidmatan kesihatan, sanitasi, pembangunan, dan persekitaran yang bersih. Observational
studies are second-rate. Kita bukan bercerita bahaya asap rokok, kita
sedang bahas bahan aktif yang disuntik ke tubuh bayi seawal umur 0 bulan!
Kau juga kelihatan gegabah seperti lipas kudung
apabila terpaksa memuat naik penyelidikan yang tidak ada kaitan sama sekali
dalam membuktikan keberkesanan vaksin dapat melindungi bayi dari dijangkiti
penyakit campak, batuk kokol, Hepatitis B dan lain-lain.
“Di negara kita, terdapat satu kajian yang cuba
untuk mengenalpasti punca kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat suntikan
vaksinasi. Kajian yang dilaksanakan oleh W.Y Lim dan rakan rakan di daerah
Kinta mendapati bahawa terdapat 95 kanak-kanak terlepas imunisasi primer atau
tidak melengkapkan jumlah suntikan vaksin. Data ini adalah berdasarkan senarai
10,189 kanak-kanak berumur antara 15-24 bulan yang diberi suntikan imunisasi di
10 klinik di daerah Kinta. Kajian mendapati bahawa 8 ibu bapa memilih untuk
menolak vaksinasi. Faktor penolakan termasuklah memilih rawatan alternatif dan
homeopathy, beranggapan bahawa vaksin tidak berkesan dan atas faktor agama” [1]
Apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya? Tiada ada
pembuktian ‘vaksin itu bagus’ di sini. Pada perenggan selanjutnya, kau
menarik satu lagi kesimpulan dari Chen ST, berjudul Some Epidemiological
Aspects of Diphtheria in Malaysia yang menganjurkan cara terbaik untuk
mengatasi masalah difteria dengan mencapai 100% nilai populasi yang mendapat
imunisasi melawan Difteria. Ini tidak masuk di akal fikiran. Kajian ini dilihat
terlalu gopoh dan seolah-olah menafikan wujud kelompok bayi yang kontraindikasi
vaksin sebagaimana yang dinyatakan oleh Centre for Disease Control and
Prevention. [2]
Kedua, salah faham
dengan konsep imuniti kelompok (herd immunity). Kau berleter panjang
seolah-olah aku adalah pelajar tingkatan 6 yang baru mengenal vaksin dan
imunisasi. Aku sedia membacanya. Kau sebenarnya cuba paksakan poin dari blog
rakan pro vaksinasi anda. Pada hakikatnya, kau tidak menjawab pun kritikan ku
terhadap tuduhan admin Pseudoscience Watch. Hujah Ayu adalah sebagaimana
berikut:
“Menurut teori Ambang Imuniti Kelompok (Herd Imunity
Threshold) yang mereka anuti, diperlukan anggaran 70% hingga 95% dari komuniti
mendapatkan imunisasi untuk membasmi penyakit seperti campak. Di Malaysia,
liputan imunisasi Difteria melebihi ambang maksimum yg dianggarkan iaitu
96.92%. Sekiranya kita uji teori ini, bila terjadi kes kematian akibat kuman
difteria di suatu komuniti, vaksinasi itu lah sebenarnya yg gagal! Bagi
kanak-kanak yang menerima imunisasi lengkap akan mengalami gejala ringan
sahaja.” [3]
Kau gagal buktikan kesalahan dari pernyataan ini
kerana sumber rujukan yang autentik. Kegagalan menjawab posting inilah
yang membuatkan rakan ‘sufasthaiyyun’ mu di laman Pseudoscience Watch
menutup komen Ayu dari tontonan umum (Lihat Rajah 1). Lebih lucu, kerana
kekeringan modal, kau bawakan sebuah kajian tinjauan atas penganut agama
Kristian Ortodok-Protestan di Belanda untuk disamakan dengan keadaan sampel
populasi di Malaysia. Kau memang pelawak yang handal Jacknaim. Aku tak nafikan.
Seharusnya nama mu di tambah Jacknaim Sparrow. Aku sarankan kau turut serta
dalam Rancangan Maharajalawak Mega 2017. Berpijaklah di bumi yang nyata. Masih
perlu penyelidikan setempat untuk membuktikan pernyataan kau itu.
[Rajah 1: Komen di hidden dari tontonan pembaca]
Ketiga, berkaitan
kajian RCT, double blind atau placebo controlled. Ini adalah poin
penutup surat kedua mu. Sebenarnya, kau tak harus meragukan siapa diri ku tapi
ragukanlah siapa dirimu sebagaimana yang kau tulis dalam surat balas terbaru.
Aku tak sanggup balas setiap jilid surat mu serentak. Bagaimana seorang doktor
merangkap freelance writer boleh tak tahu bahawa kajian eksperimen RCT
dijuluki sebagai gold standard research design. Manakala kajian tinjauan
(observational study) hanya bersifat komplimentari sahaja. Silakan
diingat kembali pelajaran Public Health. Selama 56 tahun program
vaksinasi, takkan hanya data pemerhatian saja yang keluar? Berapa lama rakyat
Negara ini harus bersikap konsumtif?
Menelan apa sahaja yang datang dari Barat. Prof
Al-Attas mengistilahkan sebagai Westernization of knowledge.
Alhamdulilllah nya, di bahagian akhir warkah mu, kau sudah menjawab isi keseluruhan
permasalahan yang kau timbulkan sendiri. Kau akur bahawa tingkat kemiskinan dan jauhnya masyarakat dari akses kesihatan yang
baik menimbulkan kembali pelbagai jangkitan kuman ini. Inilah kesimpulan
yang mendamaikan seluruh jiwa manusia. Aku jadi kagum pada mu, Jack. Semoga
isteri mu tidak cemburu pada ku.
“Pengalaman saya selama lima tahun bekerja di Sabah
hampir 100 peratus menyaksikan kes jangkitan kuman teruk dalam kalangan
warganegara asing yang tidak diberi suntikan vaksinasi adalah disebabkan faktor
kemiskinan dan akses kepada fasiliti kesihatan.”[4]
Case report mu ini,
sejalan dengan fakta kes yang dilaporkan di media arus perdana. Antara faktor
besar yang cuba ditutup-tutupi oleh gerakan fanatis Pro Vaksinasi adalah faktor
kebersihan yang amat parah dan keadaan sosio ekonomi.
“Difteria adalah sejenis penyakit yang mudah
berjangkit, terutama dari individu ke individu lain dan bakteria penyebab
penyakit itu mudah membiak di kawasan
persekitaran yang kotor,” Lapor
akhbar Berita Harian Online [5] Situasi
persekitaran kes di Kedah:
Supaya sahabat (baca: bukan kekasih) lebih jelas
berkaitan keadaan sanitasi, kebersihan dan persekitaran mangsa di Kedah, sila
tonton video ini https://www.youtube.com/watch?v=WBWnmOy2vnY[6]
Situasi persekitaran kes di Melaka:
Sebelumnya, akhbar The Star sendiri telah
melaporkan bagaimana rendahnya tahap sosio ekonomi keluarga mangsa, dengan
hidup dalam satu ruang bilik berhimpit 7 beranak, ayahnya pula menganggur
sakit, pendapatan hanya RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, mandi diluar
rumah, tidak ada dapur khusus, menumpang pula tandas di stesen minyak
berhampiran. [7] Baru kemudian muncul
kes jangkitan kuman difteria ini. [8]
Antara vaksin, kebersihan dan ekonomi Negara, mana
lebih ‘wajib’ bagi diri mu, Dr. Jacknaim Sparrow?
_____________
Nota Kaki:
[1] Razak MN. Surat 2: Diphteria Paling Seksi. 24
Jun 2016 https://www.facebook.com/notes/muhamad-naim-ab-razak/surat-2-diphteria-paling-seksi/1417970084895505
[2] Vaccine Contraindications and Precautions.
October 19, 2013. Dikutip dari laman, http://www.cdc.gov/vaccines/hcp/admin/contraindications.html
[3] Raudhah A. DIFTERIA: MENJAWAB TUDUHAN ADMIN
PSEUDOSCIENCE WATCH (PW) DAN GOLONGAN PRO VAKSIN. 22 Jun 2016.
[4] Op cit.
[5] Berita Harian. Lebih 40 individu diperiksa
kesan penyakit Difteria. 22 Jun 2016. http://www.bharian.com.my/node/167158
[6] Youtube. Lapan Pesakit Di Kedah Sah Dijangkiti
Difteria. Dikutip dari laman Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=WBWnmOy2vnY
[7] The Star. Family of seven in dire need of
proper home. 10 May 2016. http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/10/family-of-seven-in-dire-need-of-proper-home/
[8] The Star. Malacca Health Dept works to
contain diptheria after seven-year-old dies. 21 Jun 2016. http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/21/story/
Kehadapan
Kekasihku Ayu Raudhah,
Semoga
hari hari yang berlalu akan meneguhkan ikatan antara kita lantas mengikat hati
kita pada satu ketetapan yang nyata; Perjalanan mencari kebenaran. Izinkan aku
bercerita.
Gambar dari laman web Tales of Madcap
Heiress[i]
Nome
calling...Nome calling...
We
have an outbreak of diphtheria...
No
Serum...Urgently need help...
Nome
calling... Nome calling... - 20
Januari 1925[2][ii]
Aku
memandang gambar patung Balto dengan harapan mendapat inspirasi untuk memuaskan
hati dan akalmu bagi memahami isu yang diperbincangkan ini. Aku sedang
membayangkan pengorbanan Balto mengetuai 150 ekor anjing yang menarik 20 biji
pedati dalam satu perlumbaan untuk menyelamatkan ketamadunan dunia. The Great
Race of Mercy mungkin sudah hilang dari memori seluruh dunia. Bahkan mungkin
dirimu sendiri belum pernah mendengar akannya.
Aku
harap aku dapat membawa kembali kenangan itu untuk dimainkan dalam layar akalmu
dan kita sama sama dapat menyaksikan mereka berlari sejauh 674 batu yang
mengambil masa selama lima dan setengah hari bermula dari Stesyen keretapi
Nenana, Alaska hinggalah ke Nome. Merentasi pergunungan dan kesepian musim
salji yang dipenuhi jalan jalan licin bersalut ais yang membeku, membawa
puluhan kotak berisi 330 000 unit Anti Toxin Diphteria, yang terlebih dahulu dihantar menggunakan
kereta api dari Anchorage ke stesyen keretapi Nenana, Alaska..
Aku
cuba untuk membayangkan keteguhan hati Doktor Curtis Welch bersama empat
jururawatnya menyaksikan permulaan wabak diphteria pada penghujung Disember
1924 di Nome, daerah terpencil di Alaska. Jauh dari segalanya; ketamadunan dan
kemewahan dunia. Tapi yang pasti ia sebuah bandar indah yang jauh dari
pencemaran.
Tiada
siapa menyangka bahawa tonsilitis itu boleh menjadi sebegitu teruk. Satu demi
satu mula dijangkiti selesema dan sakit tekak. Tiada yang dapat menduga bahawa
kesakitan biasa itu begitu cepat merebak dari seorang ke seorang. Lantas,
seluruh pekan dijangkiti dan membawa kepada satu kematian. Dan akhirnya satu
lagi kematian yang menyedarkan Doktor Curtis Welch akan bahaya di hadapannya
akan menghasilkan masa depan yang kelam.
Di
saat itu sudah terdapat 20 pesakit yang sedang tenat bersama catatan diagnosis
diphteria, dan kemungkinan diagnosis diphteria dalam 50 pesakit yang lain pada
pertengahan Januari 1925. 10 000 nyawa
berhadapan dengan kematian dan bakal menjadi kota sepi yang tiggal dalam
lipatan sejarah peradaban dunia.
Tapi
tiada siapa yang menyangka bahawa idea yang membawa kepada The Serum Run of 1925 dengan 330 000 anti toxin diphteria mampu
menenangkan ribut yang bersedia membawa kiamat, sementara menanti kedatangan
lebih 1000 000 anti toxin diphteria
lagi. Mereka belajar dari jalan yang sangat memeritkan dan meruntun jiwa. Penuh
cemas menanti apokalips yang akhirnya mencetus getaran hati dan perasaan.
Kita harus melipat gandakan usaha kita untuk memberi vaksin kepada seluruh penduduk kita, dan dunia.
Kekasihku Ayu,
Aku
bersyukur kerana tidak putus putus menerima perkhabaran darimu. Jujur aku
katakan bahawa aku merindui setiap kenangan kita bersama. Malah aku begitu
takut sekali untuk kehilanganmu setelah hubungan kita diberi sedikit ujian yang
membawa retak dan hampir pecah. Aku bersyukur kerana ia tidak menjadi debu debu
yang menghilang di udara. Syukurlah, rajuk perempuan jarang kekal lama. Cuma
menanti pujukan dari Sang Kekasih. Maaf andai aku melukai hatimu dan sedikit
bertegas dalam beberapa isu yang dibincangkan ini. Tapi aku yakin bahawa cinta
yang bersemi ini akan tetap utuh dan kau akan kembali merinduiku setelah hilang
rajukmu.
Duhai
kekasih, izinkan aku menadah tangan untuk berdoa kepada Rabb ku. Hanya padaNYA
aku meminta dan kumulakan doa tulus ku dengan mengagungkan DIA. Aku berdoa
dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan
nama Allah, aku memohon kemaafan dariMU kerana aku gagal menghasilkan satu gaya penulisan yang
gagal difahami oleh kekasih hati imaginasiku Ayu Raudhah. Sekiranya ia
disebabkan oleh kelemahanku dalam bidang penulisan, maka engkau bantulah aku
untuk menambah kemahiran menulis agar apa yang ingin aku sampaikan kepada
pembacaku sampai tanpa ada salah faham. Tapi, andai ia bukan berpunca dari
kelemahanku maka engkau buka lah pintu hidayah untuk Ayu Raudhah kembali masuk
ke sekolah untuk belajar menjadi orang yang bijaksana dan berhikmah. Bukan pula
seorang badut yang langsung tidak faham akan disiplin ilmu bidang perubatan
hingga menutup pandangan mata dan hatinya dalam memahami istilah istilah
perubatan. Ya Allah, engkau permudahkanlah jalan Ayu Raudhah supaya di tahu
bagaimana cara untuk berbahas menggunakan gaya dan bahasa mengikut disiplin
ilmu perubatan.
Kekasihku
Ayu, nyata aku kecewa kerana kita seakan berbahas dalam bahasa Ayam dan Itik
sedangkan kita berdua sama-sama belajar selama lima tahun di Sekolah Perubatan.
Kita menjalani latihan housemanship selama dua tahun sebelum akhirnya kita
berdiri di atas kaki sendiri untuk merawat pesakit atas kapasiti sebagai
seorang Pegawai Perubatan. Ya, kita sudah lama meninggalkan Sekolah Perubatan.
Tapi aku sedih kerana kau sudah lupa bagaimana cara untuk mengadakan perbahasan
saintifik dan ilmiah.
Ternyata
kau sudah lupa untuk mengeluarkan konklusi berdasarkan ilmu perubatan. Dan aku
kecewa kerana kau gagal memahami teks dan gaya ilmu perubatan. Aku berharap kau
dalam keadaan sihat sejahtera kerana aku sedikit bimbang akan keadaanmu yang
didekati oleh Corynebacterium diphtheriae
sejak kali pertama kita mula saling menjeling mata di Facebook dan akhirnya
mula berbalas mesej dan surat. Aku bimbang pada saat surat mu ini ditulis, Corynebacterium diphteria sudah menyebabkan kau gagal untuk ‘menelan’
hujah dan cabaranku hingga membawa kepada Diphtheritic paralysis yang
menyebabkan seluruh anggota tubuhmu menjadi kaku hingga memaksa kau meminta
pertolongan dari sesiapa untuk menjawab suratku.
Ia adalah
hipotesis yang dapat menjelaskan betapa berbezanya gaya penulisan surat pada
kali ini berbanding yang sebelumnya. Mungkin keadaanmu yang tidak diberi
suntikan imunisasi menyebabkan Diphtheritic paralysis berlaku dengan pantas
nya, tidak mengikut kebiasaan iaitu tiga ke empat minggu selepas jangkitan
diphteria. Dan aku berdoa agar sebaik sahaja surat balasanku ini di terimamu,
keadaanmu tidak menjadi sebegitu teruk hingga perlu diberi bantuan pernafasan
menggunakan mesin ventilator menandakan begitu teruknya prognosismu yang boleh
membawa kepada kematian. Aku berharapa aku silap kerana Diphtheritic
paralysis adalah komplikasi yang sudah terlampau jarang berlaku disebabkan
kejayaan program vaksinasi melawan diphteria.
Aku harus
membuktikan hipotesisku ini salah kerana cintamu padaku pasti memustahilkan
dirimu untuk berbuat demikian. Aku rasa, itu adalah tunjang perbahasan kita
ini. Membuktikan kebenaran hipotesis terhadap isu vaksinasi yang sebenarnya
sudah sekian lama terbukti menjadi keajaiban yang menyelamatkan peradaban
manusia.
AYU RAUDHAH·SUNDAY, JUNE 26, 2016
Penurunan Kes Difteria - Salahfaham teori ‘Herd Imunity’ - Tiada Kajian
RCT - Kebersihan Menjadi Punca
Diterima Surat 2: Difteria Paling Seksi dari Dr. Muhammad Na'im
(Dr.Jacknaim)-[link]
Oleh: Ayu Raudhah, menulis di 10 malam terakhir Ramadhan
Pertama, Jacknaim. Kau cuba jadikan graf penurunan kes difteria di
Malaysia bermula tahun 1960 – 2016 sebagai dalil mengangkat kepentingan vaksin.
Hal ini menarik untuk kita semak kerana hujah ini dianuti hampir semua ahli Pro
Vaksinasi, bahawa tidak ada satu pun penyelidikan eksperimen double blind,
placebo controlled atau randomized control trial dilakukan di Malaysia
sepanjang tempoh 56 tahun program vaksinasi dijalankan. Data-data yang kau
bentangkan hanya laporan statistik dari kajian tinjauan (observational study)
yang terdedah kepada pelbagai kelemahan dan limitasi. Terdapat banyak variabel
yang boleh meragukan kesimpulan penyelidikan seperi tingkat pendidikan yang
baik, mutu perkhidmatan kesihatan, sanitasi, pembangunan, dan persekitaran yang
bersih. Observational studies are second-rate. Kita bukan bercerita bahaya asap
rokok, kita sedang bahas bahan aktif yang disuntik ke tubuh bayi seawal umur 0
bulan!
1.
“Kita bukan bercerita bahaya asap
rokok, kita sedang bahas bahan aktif yang disuntik ke tubuh bayi seawal umur 0 bulan!” Fuh, aku
sedang menarik nafas sedalam-dalamnya apabila kau meletakkan timbang tara membandingkan
asap rokok dan bahan aktif yang disuntik ke tubuh bayi? Asap rokok itu sendiri
sebelum disuntik ke dalam tubuh bayi sudah menyebabkan kerosakan. Kata-katamu
ini seakan-akan cuba mengatakan bahawa asap rokok itu tidak berbahaya. Aku
tidak tahu bagaimana aku dapat mengawal diriku untuk tidak ketawa. Entah
methodologi kajian saintifik apa yang kau gunakan di sini.
2.
Manusia
memerlukan makanan, minuman, oksigen untuk hidup. Manusia juga memerlukan
pakaian, tempat tinggal, pasangan untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Jika
kita tanggalkan pakaian, adakah kita akan mati? Tapi jika kita tidak ada
oksigen, adakah kita akan hidup? - Kalaulah
Ayu faham apa yang saya cuba sampaikan ini. Adakah Ayu memerlukan Randomized
Double Blind Control study untuk membuktikan bahawa kita memerlukan makanan,
minuman dan oksigen untuk hidup? – Sesetengah benda tidak memerlukan penggunaan
kajian untuk membuktikan kebenaran.
3.
Tinggal di kawasan yang berkepadatan tinggi,
Status kesihatan yang lemah, Gaya hidup di bawah standard (Saya masukkan kedalam kriteria ini termasuk kemiskinan dan kebersihan
yang lemah), Status imunisasi yang tidak lengkap dan Masalah Kurang Daya
Tahan Melawan Penyakit adalah antara faktor yang mempercepatkan kecenderungan
untuk dijangkiti Diphteria[3][iii]
4.
Pernyataan itu sudah jelas bahawa diphteria boleh
berlaku kepada siapa-siapa. Ia bukan premis kepada masalah kanser paru paru
adalah disebabkan oleh asap rokok. Tidak sama sekali. Punca diphteria hanya
satu iaitu kekasih lamamu, Corynebacterium
diphtheriae dan ada kalanya
disebabkan oleh adiknya Corynebacterium ulcerans. Yang membuatkan kita senang
dijangkiti adalah disebabkan perkara yang disebut tadi. Andai kau faham apa itu
jenis kajian dalam bidang perubatan, maka kau tidak akan dengan penuh rambang
meminta bukti kajian double blind, placebo controlled atau randomized control
trial. Bahkan aku sendiri tertanya tanya apakah kau mengerti makna disebalik
perkataan yang kau sebutkan itu?
5.
Observational
study dan kajian tinjauan adalah gaya bahasamu untuk menunjukkan kepandaianmu
sebagai seorang doktor yang mampu menunjukkan kepada mereka yang tidak berilmu
akan kaedah ini cukup lemah untuk dijadikan hujah. Ya, kita tidak menafikan jika ia adalah
sebuah pemerhatian dalam menggambarkan sesuatu yang tidak pasti atau untuk
merangsang penghasilan hipotesis. Atau dengan contoh yang jelasnya sudah saya
tunjukkan melalui kes Wakefield. Tetapi pemerhatian kepada data-data seluruh
dunia yang direkodkan melalui perincian tetap dan lantas membawa kepada
disiplin ilmu yang dinamakan sebagai kajian endemik dan juga surveillance
(pengawasan). Juga membawa kepada beberapa jenis kaedah kajian seperti
Prospective Case-Control Study, cross-sectional seroprevalence study dan
beberapa kaedah kajian lagi yang aku harap tidak akan membuatkan kau mendapat
encephalitis kerana terkejut bahawa banyak yang kau tidak ketahui lagi.
6.
Tahu menyebut perkataan double blind, placebo
controlled atau randomized control trial serta observational study semata-mata
orang lain menyebutnya tentu sahaja membuatkan kau kelihatan genius di mata
masyarakat awam tetapi menjadi bahan jenaka penghilang stress buat ahli ahli
perubatan yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa kecuali aku yang
ketika ini sedang bercuti. Kesimpulannya, banyak lagi kaedah lain dalam ilmu
sains untuk membuktikan sesuatu kebenaran yang mana hanya ahli di dalam bidang
ini sahaja yang akan mengetahuinya. Lupakah engkau akan kata-kata orang tua
dahulu. Hanya Jauhari yang mengenal manikam. Dan ku berharap agar kau tidak
selamanya tahu memilih kaca di dalam setiap perdebatanmu.
7.
Apakah kau ingat kejadian di Republic of Georgia
pada tahun 1996-1996. Ya, ada kajian tentangnya dan ia bukanlah sekadar
observational study yang kau canangkan. Prospective Case Control Study ini
dijalankan di Georgia pada pasca perang dunia kedua. Perang yang menyebabkan
bekalan vaksin terhenti di beberapa negara yang dilanda konflik. Kau tahu apa
keputusan kajian ini? Vaksinasi sebagai pencegah berlakunya wabak. Juga
kepentingan menjaga kebersihan dan memantapkan langkah-langkah untuk mencegah
komplikasi andai dijangkiti diphteria.[4][iv]
8.
Aku harap kau sudah puas membaca buku Art of
Deception. Yang berbicara tentang teori new
world order. Yang berbicara tentang konspirasi di sebalik Vaksin. Atau apa
apa sahaja konspirasi yang mungkin timbul. Aku mengajak kau mengkaji tentang
negara Israel, sebuah negara Yahudi yang memberi vaksinasi pada anak-anak
mereka. Kajian seroepidemiology study yang dijalankan pada tahun 2006 yang menunjukkan bahawa kadar immuniti dalam
kalangan kanak kanak dan dewasa mencukupi untuk mencegah wabak diphteria. Akan
tetapi, risiko mendapat diphteria tetap ada tetapi tersangat rendah iaitu dalam
kalangan individu yang mempunyai masalah imuniti rendah. Kau tahu kenapa kajian
ini dijalankan? Kerana mereka telah menjalani 13 tahun tahun terkebelakang tanpa
ada satu pun kes diphteria di sana.[5][v]
9.
Untuk membuktikan keberkesanan vaksin juga mudah.
Tetapi bukan berdasarkan meminta bukti di Malaysia sahaja. Alangkah lemah
apabila kau mendifinisikan keberkesanan vaksin ini berdasarkan sejarah di malaysia.
Jika aku memintamu menunjukkan kajian tentang ketidakberkesanan vaksin dalam
mencegah diphteria, maka bolehkah kau berbuat demikian? Tentu kau pernah ingat
tentang Soviet Union di era zaman kempen vaksinasi yang merangkumi empayarnya
yang terlampau luas itu. Kau tahu jumlah kes diphteria pada era sebelum
vaksinasi? lebih dari 750 000 kes diphteria dilaporkan di Rusia sahaja pada
tahun 1950. Jumlah ini jauh berkurangan berbanding era dimana vaksin mula
diberi secara perlahan-lahan pada pertengahan tahun 1920 an. Kes ini semakin
lama semakin menurun apabila lebih banyak masyarakat diberi suntikan vaksin.
Tapi apabila perang melanda, ia meningkat berkali kali ganda dan kembali menjdi
mimpi ngeri sehinggalah vaksin kembali diberi. Dengan mengambil kira tahun 1995
sebagai satu titik pemerhatian baru, kes diphteria menurun sebanyak 60% pada
tahun berikutnya iaitu daripada 50 425 kes kepada 20 125 kes. Dan kempen ini telah menurunkan kes diphteria
kepada 6,932 kes pada tahun 1998[6][vi]
10. Adakah
kau pernah mendengar tentang negara Afrika Selatan. Durban adalah Sebuah negara
yang menyaksikan penghapusan kes diphteria selama lebih 20 tahun. Hingga
masyarakatnya mula lupa akan diphteria dan semakin meninggalkan jadual wajib
imunisasi. Pada 15 Mac 2015, seorang kanak-kanak lelaki didiagnosis sebagai
diphteria. Seperti yang sudah dinyatakan. Keberkesanan vaksin berkurang setelah
beberapa tahun (10 tahun) dan pesakit itu tidak mengambil suntikan booster.
Beliau meninggal dunia selepas tujuh hari dimasukkan ke dalam wad ICU.[7][vii]
Kau juga kelihatan gegabah seperti lipas kudung apabila terpaksa memuat
naik penyelidikan yang tidak ada kaitan sama sekali dalam membuktikan
keberkesanan vaksin dapat melindungi bayi dari dijangkiti penyakit campak,
batuk kokol, Hepatitis B dan lain-lain.
“Di negara kita, terdapat satu kajian yang cuba untuk mengenalpasti punca
kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat suntikan vaksinasi. Kajian yang
dilaksanakan oleh W.Y Lim dan rakan rakan di daerah Kinta mendapati bahawa
terdapat 95 kanak-kanak terlepas imunisasi primer atau tidak melengkapkan
jumlah suntikan vaksin. Data ini adalah berdasarkan senarai 10,189 kanak-kanak
berumur antara 15-24 bulan yang diberi suntikan imunisasi di 10 klinik di
daerah Kinta. Kajian mendapati bahawa 8 ibu bapa memilih untuk menolak
vaksinasi. Faktor penolakan termasuklah memilih rawatan alternatif dan
homeopathy, beranggapan bahawa vaksin tidak berkesan dan atas faktor agama”
[1]
Aku
tertanya-tanya kenapa kau cuba membahaskan point ini sedangkan aku sedang bercerita
tentang sejarah vaksinasi di Malaysia termasuklah sejarah bagaimana pemberian
vaksin untuk Diphteria, Tetanus dan Pertussis dimulakan. Semestinya aku cuba
merangkumi tentang sejarah vaksinasi terhadap penyakit lain juga.
Fakta
sejarah bukan untuk diperdebatkan tetapi untuk diambil iktibar dan mengingatkan
kita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Ah, kau hanya cuba menjadikan
surat ini kelihatan panjang padahal ia hanya copy-paste pernyataan dari suratku
dan tidak ada langsung input berguna dari pihakmu.
Begitu
juga apabila aku nyatakan kepadamu tentang punca-punca ibu bapa pada masa kini
menolak vaksinasi. Bukan aku minta kau perdebatkan tetapi aku menyatakan
punca-punca yang membwa kepada pilihan untuk tidak memberi vaksin kepada anak-anak.
Apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya? Tiada ada pembuktian ‘vaksin itu
bagus’ di sini. Pada perenggan selanjutnya, kau menarik satu lagi kesimpulan
dari Chen ST, berjudul Some Epidemiological Aspects of Diphtheria in Malaysia
yang menganjurkan cara terbaik untuk mengatasi masalah difteria dengan mencapai
100% nilai populasi yang mendapat imunisasi melawan Difteria. Ini tidak masuk
di akal fikiran. Kajian ini dilihat terlalu gopoh dan seolah-olah menafikan
wujud kelompok bayi yang kontraindikasi vaksin sebagaimana yang dinyatakan oleh
Centre for Disease Control and Prevention. [2]
Ayu,
sekali lagi kau tidak faham kerangka tulisanku. Persoalan kau itu sendiri sudah
menjawab pertanyaanmu sendiri. Tanpa kau sedar, akal separa sedarmu sudah
menjawab pertanyaan jari jemarimu yang menekan papan kekunci. Ternyata cara
kita berdua berfikir sangat jauh berbeza mestipun kita sama sama bertugas sebagai
doktor.
Ini
cukup menghairankan sekali mengapa corak pemikiran kita berbeza padahal cara
berfikir sepertiku inilah yang diajar sejak hari pertama memulakan pengajian di
Sekolah Perubatan. Dalam bahasa mudah, kita sudah didoktrinkan dengan cara berfikir
sebagai seorang doktor mengikut acuan sejak dari zaman sebelum merdeka lagi.
Malah, semua doktor di seluruh dunia diajar berfikir sebegini. Aku cukup lucu
sekali apabila kau gagal untuk memahami apa yang aku cuba sampaikan
Aku
sedang berbicara tentang 250 kes diphteria yang berlaku di Malaysia pada tahun
1976. Dan kebetulan pada ketika itu ada dua orang ahli perubatan yang mengkaji
tentang diphteria. Di sana, mereka meletakkan satu hipotesis bagaimana untuk
mencegah penyakit ini adalah dengan mencapai 100% nilai populasi yang diberi
suntikan vaksin. Ia adalah kaedah untuk cuba membuat kayu ukur keberkesanan
vaksin berdasarkan keadaan pada ketika itu yang sedang berlaku wabak diphteria.
Dan
melalui baris-baris dalam perengganku inilah maka aku tunjukkan siri penurunan
kes diphteria sehinggalah apabila peratusan lebih 90 peratus komuniti
mencapainya maka ia menyebabkan tiada kes diphteria berlaku pada lewat tahun 90
an dan sekitar tahun 2006-2012. Lantas di ambang Malaysia mencapai peratusan
96.92% komuniti mendapat vaksin maka ia berjaya mengekalkan momentum kawalan
penyakit diphteria di Malaysia. Dalam erti kata lain, aku ingin tunjukkan
kepadamu bahawa aku aku sedang berkata kepada mereka bahawa pemahaman mereka
tentang vaksinasi adalah tepat. Bayangkan pada tahun 1976 mereka sudah dapat
berfikir tentang keberkesanan vaksin dan membuat ramalann bahawa pada masa akan
datang, dimana jumlah populasi diberi suntikan vaksin maka wabak yang sedang mereka hadapi itu akan dapat
diselesaikan.
Dalam
erti kata mudah, atau bahasa yang senang untuk kau fahami. Beliau cuba membuat
hipotesis bahawa Kadar Jangkitan Kes Diphteria adalah Berkadar Sogsang dengan
Jumlah Populasi yang di beri suntikan vaksinasi. Dalam erti kata bahasa kanak
kanak tadika pula, ia bermaksud bahawa semakin RAMAI populasi yang diberi
vaksin maka SEMAKIN sedikit jumlah mereka yang menghidap penyakit diphteria.
Dan berdarkan ciri graf ini yang dipelajari dalam subjek sains di Tingkatan
empat ini, maka disitulah konklusi yang dibuat oleh ahli sains ini terjadi.
Iaitu apabila 100 peratus populasi diberi suntikan vaksin maka nilai populasi
yang akan mendapat kes diphteria adalah tiada.Ini hanya sekadar istilah sains
yang cukup senang untuk difahami.
Kedua, salah faham dengan konsep imuniti kelompok (herd immunity). Kau
berleter panjang seolah-olah aku adalah pelajar tingkatan 6 yang baru mengenal
vaksin dan imunisasi. Aku sedia membacanya. Kau sebenarnya cuba paksakan poin
dari blog rakan pro vaksinasi anda. Pada hakikatnya, kau tidak menjawab pun kritikan
ku terhadap tuduhan admin Pseudoscience Watch. Hujah Ayu adalah sebagaimana
berikut:
“Menurut teori Ambang Imuniti Kelompok (Herd Imunity Threshold) yang
mereka anuti, diperlukan anggaran 70% hingga 95% dari komuniti mendapatkan
imunisasi untuk membasmi penyakit seperti campak. Di Malaysia, liputan
imunisasi Difteria melebihi ambang maksimum yg dianggarkan iaitu 96.92%.
Sekiranya kita uji teori ini, bila terjadi kes kematian akibat kuman difteria
di suatu komuniti, vaksinasi itu lah sebenarnya yg gagal! Bagi kanak-kanak yang
menerima imunisasi lengkap akan mengalami gejala ringan sahaja.” [3]
Kau gagal buktikan kesalahan dari pernyataan ini kerana sumber rujukan
yang autentik. Kegagalan menjawab posting inilah yang membuatkan rakan
‘sufasthaiyyun’ mu di laman Pseudoscience Watch menutup komen Ayu dari tontonan
umum (Lihat Rajah 1). Lebih lucu, kerana kekeringan modal, kau bawakan sebuah
kajian tinjauan atas penganut agama Kristian Ortodok-Protestan di Belanda untuk
disamakan dengan keadaan sampel populasi di Malaysia. Kau memang pelawak yang
handal Jacknaim. Aku tak nafikan. Seharusnya nama mu di tambah Jacknaim
Sparrow. Aku sarankan kau turut serta dalam Rancangan Maharajalawak Mega 2017.
Berpijaklah di bumi yang nyata. Masih perlu penyelidikan setempat untuk
membuktikan pernyataan kau itu.
Ayu,
izinkan aku menangis semahu-mahunya apabila kau cuba untuk mengatakan bahawa
aku sedang berleter tentang ilmu immunology seakan-akan kau berada di Tingkatan
enam. Kau tidak perlu naik ke tingkatan enam pun Ayu. Sebelum memasuki
peperiksaan SPM pun sepatutnya kau sudah faham dengan jelas tentang konsep yang
aku terangkan panjang lebar itu andai kau betul betul belajar dalam aliran
sains.
Dan
ini secara jelas menjawab soalanmu sendiri dalam ayat sebelum itu. Izinkan aku
tunjukkan padamu sekali lagi.
………………cara terbaik untuk mengatasi masalah difteria dengan mencapai 100%
nilai populasi yang mendapat imunisasi melawan Difteria. Ini tidak masuk di
akal fikiran. Kajian ini dilihat terlalu gopoh dan seolah-olah menafikan wujud
kelompok bayi yang kontraindikasi vaksin sebagaimana yang dinyatakan oleh
Centre for Disease Control and Prevention. [2]
Bila
kau faham rentetan penceritaanku dalam bab dua maka kau sudah tahu bahawa ia
sudah menjawab persoalanmu tentang herd immunity dan kenapa Chen ST membuat
hipotesis tersebut.
Kerana
nilai angka populasi untuk mencapai 100% menerima vaksin adalah mustahil dan
tidak masuk akal kerana terdapat kelompok bayi yang mempunyai kontraindikasi
untuk menerima vaksin. Maka kerana itulah Admin Pseudoscience Watch memadam
komen mu. Kerana kau perlu disekolahkan bermula tadika kembali sebelum
menyertai perbahasan ilmiah dengan mereka.
Tapi
jangan risau Ayu. Kerana kekasihmu ini akan setia bersamamu, melayan manja dan
gurauanmu. Seperti seorang bapa menjawab pertanyaan anak kecilnya berusia dua
tahun maka aku juga akan melayan kerenahmu bertanya soalan. Walaupun kini kau
sudah bergelar seorang doktor.
Ayu,
kerana ada minoriti kecil sahaja golongan yang tidak sesuai menerima suntikan
vaksinasi maka keseluruhan kita mendapat manfaat herd immunity. Dalam erti kata
lain, jangkitan diphteria masih boleh berlaku mengikut hipotesis yang
dinyatakan Chen ST memandangkan jumlah populasi yang diberi vaksin tidak sampai
ke paras maksimum iaitu 100%. Tetapi jangkitan ini tidak cukup kuat untuk menyebabkan
wabak diphteria secara besar-besaran.
Kerana
itu walaupun aku menghormati kebebasan bersuara tetapi aku akan berjuang habis
habisan untuk memastikan hanya populasi yang benar-benar tidak sesuai menerima
vaksin sahaja akan bernafas tanpa ada bekas suntikan vaksinasi.
Ketiga, berkaitan kajian RCT, double blind atau placebo controlled. Ini
adalah poin penutup surat kedua mu. Sebenarnya, kau tak harus meragukan siapa
diri ku tapi ragukanlah siapa dirimu sebagaimana yang kau tulis dalam surat
balas terbaru. Aku tak sanggup balas setiap jilid surat mu serentak. Bagaimana
seorang doktor merangkap freelance writer boleh tak tahu bahawa kajian
eksperimen RCT dijuluki sebagai gold standard research design. Manakala kajian
tinjauan (observational study) hanya bersifat komplimentari sahaja. Silakan
diingat kembali pelajaran Public Health. Selama 56 tahun program vaksinasi,
takkan hanya data pemerhatian saja yang keluar? Berapa lama rakyat Negara ini
harus bersikap konsumtif?
Sudah
aku jelaskan dengan terang dan jelas berdasarkan beberapa bukti dan contoh. Aku
akan berhujah sehingga hari kiamat dan kau tidak akan pernah puas dengan
penjelasanku tanpa didasari ilmu yang betul.
Menelan apa sahaja yang datang dari Barat. Prof Al-Attas mengistilahkan
sebagai Westernization.
Tidak.
Kami tidak mengikut acuan barat. Kami mengikut disiplin ilmu dan sains serta
kemampuan akal untuk berfikir selari dengan apa yang dituntut oleh Allah.
Bayangkan
apa yang akan terjadi apabila siri kempen yang kau dan rakan-rakanmu jalankan dalam
usaha menentang penggunaan vaksin. Jumlah populasi yang menerima suntikan
vaksin akan berkurangan dari semasa ke semasa. Hinggalah apabila satu tahap di
mana bilangan ini semakin bertambah dan menyebabkan kegagalan herd immunity
maka ketika itulah wabak akan terjadi.
Tentu
sahaja ini semua adalah mengikut ketentuan Allah wahai kekasih hatiku Ayu.
Tidak ada sesuatu yang terjadi tanpa izin Allah. Akan tetapi, Allah memberi
kita ilmu untuk memahami setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Sudah
aku tunjukkan kepadamu bukti yang berlaku di Israel, Soviet Union dan Afrika
Selatan tentang bagaimana adanya kaitan yang berlaku apabila bekalan vaksin
terganggu, apabila masyarakat mula meninggalkan vaksin kerana satu satu
penyakit itu sudah tidak wujud di satu satu tempat dan apabila faktor seroprevalence
study diambil kira dengan kejadian wabak diphteria di seluruh dunia.
Semua
itu berlaku berdasarkan ilmu yang Allah beri kepada kami. Apabila kami memilih
untuk berfikir dan menggunakan akal yang Allah berikan ini ke arah saluran yang
betul. Teori ini sudah terbukti lebih dari 200 tahun.
Inilah
yang dinamakan sebagai sains. Iaitu sesuatu berlaku dijelaskan dengan bukti dan
kajian yang dijalankan hingga menemukan kebenaran.
Ada
kalanya, berlaku kelainan atau kejadian yang berlaku di luar ilmu kita. Sesuatu
yang tidak diduga dan disangka-sangka. Contoh paling mudah yang aku dapat
berikan adalah apabila berlaku wabak diphteria secara besar besaran di Malaysia
persis seperti yang berlaku di Rusia dan
seawal tahun 1920 an sebaik sahaja kita membuka mata pada keesokan harinya.
Maka apa yang berlaku? Ini adalah bala atau peringatan yang diberi oleh Allah.
Ia
berlaku apabila kita menjadi semakin angkuh dan sombong kepada Allah dan
seluruh umat manusia hampir melupakan Allah. Maka Allah akan mengurniakan
balasan kepada kita dengan kejadian sebegini. Iaitu apabila sains yang sudah
terbukti bergerak mengikut rencana alam tiba-tiba menyimpang dengan begitu
signifikan sekali. Dari segi Islam, itu adalah tanda akhir akan berlakunya
kiamat.
Dan
apabila tanda tanda ini terus berlaku tanpa henti dengan tidak mengikut
penjelasan ilmu yang berdasarkan bukti dan kejadian dan ditambah dengan faktor
semua manusia melupakan Allah, maka kiamat akan berlaku.
Tiada
siapa tahu bila kiamat itu akan berlaku. Akan tetapi mengikut kepercayaanku
berdasarkan ilmu yang sera sedikit ini, kiamat itu berlaku apabila keseimbangan
yang ditetapkan oleh Allah terganggu secara berterusan dan manusia sudah mula
lupa pada Allah. Selagi keseimbangan itu masih berlaku dan manusia tidak lupa
akan Allah, maka selagi itu kiamat tidak akan terjadi. Kepercayaanku cukup
mudah dan senang biarpun aku bukanlah seorang Islam yang melaksanakan dasar dan
syariah Islam secara hakiki disebabkan oleh kelemahanku. Sejauh mana aku
menyimpang dan tersesat dari landasan kebenaran agam Islam ini, aku yakin
bahawa keyakinanku terhadap Allah tidak akan sesekali hilang.
Aku
beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Qada dan Qadar, Al Quran dan Hari
Kiamat. Dan aku juga beriman dengan sains yang betul yang menjelaskan tentang
enam rukun iman yang aku nyatakan itu. Dan dengan bukti yang aku jelaskan
panjang lebar itu, maka aku mengajak dirimu dan rakan-rakanmu untuk berlapang
dada dalam menerima kebenaran ini.
Mungkin
akan terjadi pada suatu masa nanti bahawa kebenaran yang kami bawa ini menjadi
salah biarpun sudah beratus tahun mengikut prinsip yang ditetapkan. Aku tidak
hairan kerana aku berpandangan begini,
Nothing
is absolute without a clear truth. A truth is based on evidence. But still, the
truth can be wrong by having a wrong evidence. To me, the only clear truth that
present in this universe is the existence of the Almighty God
Bermakna
dalam satu satu langkah yang diambil, kepercayaan yang aku anuti berdasarkan
bukti yang aku percayai benar sebetulnya dibina diatas bukti yang salah.
Di
saat itu, aku akan nyatakan kepadamu bahawa kamu semua berada di atas jalan
yang lurus dan benar. Sedang aku termasuk dalam golongan yang sesat dan
mungkar.
Aku
tidak meminta kamu semua berubah pandangan mengikut kepercayaanku ini kerana
aku dan yang lain lain boleh sahaja salah walaupun ia sudah terbukti benar.
Mungkin juga Allah meletakkan hijab untuk kami melihat kebenaran. Maka kamu
bebas untuk mengikut cara kamu. Hal ini sama juga dengan memilih agama. Untuk
kamu jalan kamu dan untuk aku adalah jalan yang aku pilih.
Maka
terpulanglah samada kamu ingin percaya bahawa vaksin ini berkesan dan didasari
prinsip sains serta agama atau pun sebaliknya, ia tidak berkesan! Dan sekalipun
jika kamu yakin dan percaya tetapi terpaksa menolak di atas sebab-sebab
tertentu, maka itu adalah pilihan kita semua.
Alhamdulilllah nya, di bahagian akhir warkah mu, kau sudah menjawab isi
keseluruhan permasalahan yang kau timbulkan sendiri. Kau akur bahawa tingkat
kemiskinan dan jauhnya masyarakat dari akses kesihatan yang baik menimbulkan
kembali pelbagai jangkitan kuman ini. Inilah kesimpulan yang mendamaikan seluruh
jiwa manusia. Aku jadi kagum pada mu, Jack. Semoga isteri mu tidak cemburu pada
ku.
“Pengalaman saya selama lima tahun bekerja di Sabah hampir 100 peratus
menyaksikan kes jangkitan kuman teruk dalam kalangan warganegara asing yang
tidak diberi suntikan vaksinasi adalah disebabkan faktor kemiskinan dan akses
kepada fasiliti kesihatan.”[4]
Case report mu ini, sejalan dengan fakta kes yang dilaporkan di media
arus perdana. Antara faktor besar yang cuba ditutup-tutupi oleh gerakan fanatis
Pro Vaksinasi adalah faktor kebersihan yang amat parah dan keadaan sosio
ekonomi.
“Difteria adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit, terutama dari
individu ke individu lain dan bakteria penyebab penyakit itu mudah membiak di
kawasan persekitaran yang kotor,” Lapor akhbar Berita Harian Online [5] Situasi
persekitaran kes di Kedah:
Supaya sahabat (baca: bukan kekasih) lebih jelas berkaitan keadaan
sanitasi, kebersihan dan persekitaran mangsa di Kedah, sila tonton video
ini
https://www.youtube.com/watch?v=WBWnmOy2vnY[6]
Situasi persekitaran kes di Melaka:
Sebelumnya, akhbar The Star sendiri telah melaporkan bagaimana rendahnya
tahap sosio ekonomi keluarga mangsa, dengan hidup dalam satu ruang bilik
berhimpit 7 beranak, ayahnya pula menganggur sakit, pendapatan hanya RM300 dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat, mandi diluar rumah, tidak ada dapur khusus,
menumpang pula tandas di stesen minyak berhampiran. [7] Baru kemudian muncul
kes jangkitan kuman difteria ini. [8]
Sudah aku
terangkan dengan panjang lebar di atas.
Bahkan kami di pihak ahli perubatan tidak sama sekali menafikan atau
cuba menutup tentang faktor kebersihan yang teruk dan keadaan sosio ekonomi.
Dan aku yakin bahawa hanya kamu sahaja yang berfikiran sedemikian. Kerana aku
sudah menilai majoriti golongan yang menolak vaksinasi juga bersetuju dengan
apa yang kami katakan. Cuma mereka mempunyai alasan bersebab untuk menolak.
Akan tetapi, mereka tidak menafi atau menolak kebenaran.
Antara vaksin, kebersihan dan ekonomi Negara, mana lebih ‘wajib’ bagi
diri mu, Dr. Jacknaim Sparrow?
Maka yang
mana pula wajib untuk mu bagi memastikan
kelangsungan hidup andai kau diberi pilihan untuk memilih antara Air, Makanan
dan Oksigen? Maka begitu jugalah jawapanku terhadap persoalanmu. Kesemua yang
kau nyatakan di atas adalah wajib.
Yang
berharap kau menerima kebenaran,
Dr. Jacknaim
[i] Balto,
22 April 2014, assessed on 27/6/16 at 4.20 AM http://talesofamadcapheiress.blogspot.my/2014/04/balto.html
[ii] A
Race for Life: Balto and the Hero Dogs of
Alaska
http://www.visitnomealaska.com/wp-content/uploads/2015/04/A-Race-for-Life-Balto-and-the-Hero-Dogs-of-Alaska.pdf
[iii]
Terjemahan daripada artikel Bruce M Lo, "Diphteria"
http://emedicine.medscape.com/article/782051-overview#a5
assesseed online on 27/6/2016, 2.40 am
[iv] M.
Linda Quick, Roland W. Sutter, Ketevan Kobaidze et al, "Risk Factors for
Diphtheria: A Prospective Case-Control Study in the Republic of Georgia,
1995–1996", The Journal of Infectious Diseases 2000; 181(Suppl 1):S121–9
[v] L.
Valinsky, S. Simhoni, R. Bassal et al, "Prevalence and correlates of
diphtheria toxoid antibodies in children and adults in Israel," European
Society of Clinical Microbiology and Infectious Diseases, 2006
[vi]
Charles R. Vitek and Melinda Wharton, "Diphtheria in the Former Soviet
Union:
Reemergence of a Pandemic Disease" Emerging of
Infectious Disease, Vol. 4, No. 4, October-December 1998
[vii] Communicable
Diseases Communiqué, March 2015, Vol. 14(3)