10. MEMILIH BABI DAN MADU



BALASAN SURAT-SURAT CINTA DR JACKNAIM KEPADA KU [Siri 3]
Cinta Nabi - Vaksinasi dan Permasalahannya - Kebaikan Makanan Yang Ada Diberitakan dalam Quran Hadith – Ayu Raudhah Bukan Penganut Teori Konspirasi
Diterima sepucuk lagi surat berjudul, Surat 3: "Belajar Dari Anak Kita" dari Dr.Jacknaim [link]
Oleh: Ayu Raudhah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sahabat ku Dr. Jacknaim yang baik, kesederhanaan tidak akan membuat diri ini berasa lebih tinggi, lebih anggun atau lebih cantik dari yang lain. Kesederhanaan takkan mengundang lidah kita untuk ghibah apatah lagi fitnah, merosak hati bahkan lupa bahawa kita tidak sempurna.
Kesederhanaan takkan mengundang mata mengiring hati kepada tulisan yang terkadang memuji atau bahkan melukai.
Cantik itu sederhana sahaja bagi ku. Cukup pakai pakaian taqwa.
Aku jadi teringat pelajaran Quran Sunnah waktu di sekolah agama dulu, dalam surah al-A’raf, "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." [1]
CINTA NABI
Membaca kisah mimpi mu, tidak membuatkan hati ku senang. Nafas ku semakin sesak, ritma jantung berdegup lebih kencang, dan ada sesuatu yang tiba-tiba datang begitu saja mengaliri tubuh ku. Aku mohon ampun kepada Allah Swt kerana telah menjerat hati lelaki dengan cinta palsu nya. Aku bukan isteri mu yang selayaknya mendapat ungkapan rasa cinta. Kau hanyut dalam gelora nafsu mu sendiri. Dalam kesepakatan yang dibuat, kita setuju untuk saling berutus surat secara akademik. Memberi pencerahan kepada masyarakat awam.
Cinta orang sekarang kebanyakkannya tidak kena tempat. Cinta Nabi adalah kerana mengharapkan seluruh umatnya terlepas dari azab Allah. Dia risau umatnya dibakar dalam api neraka. Itulah cinta yang benar-benar tulus dan sejati. Tak kira kepada siapa dan di mana. Dr. Jacknaim, kiblat cinta kau memang berbeza. Kau mencintai kerana dunia. Meskipun aku dianggap sebagai gadis doktor yang menyembunyikan identiti, tapi aku tak mahu diperlakukan sesuka hati. Aku sangat sensitif terhadap hal-hal yang terasa melecehkan harga diriku.
VAKSINASI DAN POLEMIK HALAL HARAM
Banyak orang maklumi. Vaksinasi ada pelbagai jenis antara lain vaksinasi BCG, Hepatitis B, DTap, Hib, Polio (IPV), MMR, Measles, Meningitis, dan lain-lain. Pembuatan vaksin memang menjadi permasalahan tersendiri bagi umat Islam, walaupun ada setengah pihak yang menafikan. Dalam proses tersebut bercampur dengan bahan yang haram. Sebagai contoh, Polio dibiakkan menggunakan enzim tripsin Babi. Dipetik dari laman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa baru-baru ini, kebimbangan telah dibangkitkan oleh masyarakat Islam berhubung dengan produk yang berasal dari babi (trypsin) yang digunakan dalam pengeluaran OPV dan vaksin lain yang dihasilkan dalam kultur sel. [2]
Beberapa vaksin juga diperoleh dari pengguguran bakal bayi manusia (fetus) yang sengaja dilakukan, antara lain adalah Pentacel iaitu vaksin DTap-IPV/Hib yang biasa dipakai di Malaysia untuk mencegah difteria, kancing gigi, batuk kokol, polio & Haemophilus Influenzae type B. (Lihat Rajah 1) [3] Sudah tentu hal ini menjurus kepada masalah Etika Perubatan Menurut Islam. Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan fatwa halal vaksin-vaksin ini atas alasan ‘dharurah’, kerana ada kaedah usul fiqh yang menyebutkan bahawa ‘mencegah kemudharatan lebih didahulukan daripada mengambil manfaatnya’. [4]

Rajah 1: Pentacel adalah jenama vaksin yang dipakai dalam Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2016. Mengandungi bahan MRC-5 iaitu Medical Research Council - 5, sel-sel diploid manusia (sel yang mengandungi dua set kromosom) yang berasal dari tisu-tisu paru normal janin lelaki berumur 14 minggu, digugurkan atas alasan "psikiatri" pada tahun 1966 di United Kingdom, Earle's Basal Medium dalam larutan garam Earle dengan serum bovine (lembu).

Namun perlu digaris bawahi oleh para ilmuan dan ahli kesihatan Muslim seperti kita bahawa:
‘Alasan dharurah tidak menghalalkan umat Islam makan Babi’
Umat Islam harus berusaha untuk keluar dari keadaan dharurah ini dengan cara berusaha sekuat tenaga menemukan teknik pencegahan lain yang tidak bersinggungan dengan bahan haram tersebut, berdasarkan kaedah usul fiqh, ‘dharurat itu dikira-kirakan menurut ukurannya’.[5] Aku sarankan supaya Dr. Jacknaim tonton suntingan 3.38 minit video Daie Sejuta Umat ini agar sahabat baik ku lebih memahami akar permasalahan, [LINK] [6]
KEBAIKAN MAKANAN YANG ADA DIBERITAKAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH
Aku menghirup nafas. Detak jantung ku sudah normal. Aku sudah menguasai diri ku sepenuhnya. Ada riak gembira di wajah ku tatkala membaca bait terakhir mimpi mu,
“Hurm, bagus tu. Abang ni berpendidikan barat. Tapi tetap nak ikut Sunnah. Abang setuju.” Balasku dengan penuh ikhlas, tiada niat untuk membodek golongan anti vaksin [7]
Aku harap pernyataan mu jujur. Jika kita telusuri literature berkaitan makanan ini, kita akan dapati bahawa ia miliki pelbagai manfaat farmakologi seperti antiviral, antibiotic, antifungal, antitumor, antiradang, bronkodilator dan lain sebagainya yang diperlukan dalam mengawal penyakit. Kita sebut saja madu. Penyelidikan dijalankan oleh Ayu Diah KP et al dalam Antibacterial Activity of Indonesian Local Honey Against Strains of P. Aeruginosa, S. Aureus and MRSA mendapati madu tempatan Indonesia (Baca: madu dari nusantara melayu kita) mempunyai kesan antibakteria terhadap kuman P. aeruginosa, MRSA, dan S.aureus. [8]
Begitu juga makanan lain seperti Habbatussauda. Beberapa tahun kebelakangan ini banyak kajian telah dijalankan, manfaat perubatan dan farmakologi yang berbeza ditemukan pada biji Habbatussauda seperti antioksidan, antitusif, gastroprotektif, anti-anxiety, antiulser, antiasma, antikanser, antiradang, imunomodulatori dan antitumor, kesan hepatoprotektif, juga penyembuhan gastritis, menekan pertumbuhan tumor, meningkatkan kesuburan lelaki, masalah kardiovaskular, menguatkan ingatan, merangsang pengeluaran air susu, kesan perlindungan atas pengoksidaan lipid, anti-bakteria, anti dermatophyte, aktiviti antiviral terhadap cytomegalovirus, telah dilaporkan untuk tumbuhan ubat ini. [9] Begitu besarnya manfaat Nigella sativa ini hingga Nabi Saw bersabda, "Sesungguhnya al-Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". [10]
Jika diizinkan Allah aku melahirkan anak kelak, amalan perubatan semacam ini lah yang akan ku terapkan sebagai rawatan pencegahan (preventive treatment) dan rawatan awal (early treatment) sebelum rawatan-rawatan ‘harus’ yang lain, sudah tentu disusuli dengan diagnosa dan pemeriksaan objektif/subjektif yang tepat. Selain itu, banyak kes kematian yang terjadi disebabkan mangsa terlambat menerima rawatan di hospital. Aku tidak akan memandang enteng gejala seperti demam, batuk, dan selsema dengan menyodorkan ubat simptomatik sahaja. Aku sebagai ahli perubatan, tidak menemukan suatu amalan lain yang paling efektif selain amalan yang dicontohkan oleh baginda Nabi Saw sebagaimana huraian di atas.
Pada posting yang lepas, aku sudah menyatakan kelemahan dari vaksinasi dengan mengemukakan data dari sumber autentik. [11] Seolah ada ketimpangan (Rujuk Rajah 2). Aku tak mau terus mengulanginya walaupun kau berkali-kali menghujat ku dalam siri surat mu. Padahal aku jujur mengutip setiap ayat.
Adverse Effect Following Imunisation (AEFI) yang tidak diurus dengan baik sudah tidak dapat disembunyikan lagi (Rajah 3).
Rajah 2: Dari sekian banyak mangsa kesan sampingan berat vaksin (AEFI)
Rajah 3: Kesan AEFI serius
Selain itu, ada setidaknya empat tuntunan agama yang aku terapkan pada anak-anak ku. Pertama, aku akan memberikannya air susu eksklusif selama 6 bulan. Kemudian ku beri dia makan, dan penyusuan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Penyusuan susu ibu dapat menjadi perlindungan pasif yang mampu mencegah jangkitan dan mempunyai kapasiti yang unik merangsang sistem imun anak-anak untuk beberapa kesan positif jangka panjang.[12] Kedua, suami ku akan mentahniknya dengan mengunyah makanan seperti kurma hingga halus. Mudah-mudahan dari banyaknya bakeria baik (probiotik) dalam mulut sang ayah, akan memperkenalkan dia pada pelbagai potensi penyakit dari luar. Ketiga, aku akan memberikannya makan makanan yang sihat iaitu makanan yang meningkatkan imuniti tubuh dan tidak merosak tubuh seperti sayuran, buah-buahan, ikan, tempe, tauhu atau lainnya yang diproses secara sederhana. Tanpa sebarang bahan aditif maupun preservatif. Aku tidak mahu menjadi seorang ibu yang tidak memperhatikan makan anak-anaknya. Firman Allah, “Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.”[13]. Keempat, aku akan mengajarkannya bersosial dengan masyarakat sekitar untuk membiasakan anak terkena kuman. Hal ini bertujuan melatih sistem pertahanan tubuhnya. Aku tidak akan tenang membiarkan anak hanya bermain tablet, menonton astro, atau berkunci di rumah sahaja. Atau dengan bahasa lain, tindakan ini disebut juga sebagai imunisasi aktif semulajadi.
AYU RAUDHAH BUKAN PENGANUT TEORI KONSPIRASI
Di bahagian terakhir surat ketiga mu menceritakan hal ehwal konspirasi dan gerakan antivaksinasi. Lalu kau printscreen perbuatan ku membalas komen para pengkritik ku. Sekali pandang, kau seperti kebudak-budakan Jacknaim, kerana masih terus mengangkat isu picisan sebagai character assassination. Maaf. Aku tidak berminat menghurainya. Aku maafkan mu Jack. Sebagai ilmuan, kita harus memandang perkara ini secara objektif. Kedua belah pihak ada konspirasinya, baik anti mahupun yang pro. Teori konspirasi hanya boleh dijadikan fakta setelah ditemukan bukti-bukti konkrit. Begitu pegangan ku. Bila kita berdebat, hendaklah disesuaikan dengan akal pihak lawan. Sebab itu, Dr Jacknaim adalah insan yang amat aku sanjungi kerana hanya kau yang berani bersemuka dengan panahan hujah dari ku. Tahniah ku ucapkan. Masa depan mu cerah, insyaallah. Negara ini memerlukan orang-orang seperti mu.
Cukup aku menjelaskan secara ringkas. Kerana waktu sudah larut malam. Sebagai muslim kebanyakkan yang lain, aku harus bersiap mengisi hari-hari terakhir Ramadhan ku memburu malam al-Qadar. Aku mempercepat ketikan jari-jemari ku. Meskipun sebenarnya aku sangat lelah, namun rasa bahagia menyampaikan kebenaran itu mampu mengatasi rasa lelah ku. Entah kenapa malam ini terasa begitu indah. Aku berasa kebahagiaan itu akan sempurna jika kekasih hati yang halal buat ku duduk disamping, sebagai suami dengan pelukan yang mesra memesona.
___________________
Nota kaki:
[1] QS. Al-'A`raf: 26
[2] Trypsin in OPV and other vaccines. Kemaskini pada 31 Mei 2016. Dikutip dari laman, http://www.who.int/immunization_standards/vaccine_quality/vmc/en/
[3] Vaccine Ingredients and Manufacturer Information. Dikutip dari laman, http://vaccines.procon.org/view.resource.php?resourceID=005206#header_dtap_ipv_hib
[4] Irsyad Fatwa ke-30: Hukum Vaksin Daripada Perspektif Islam. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Di kutip dari laman, http://219.92.51.250/index.php?option=com_content&view=article&id=320:30&catid=48&Itemid=395 pada 27 Jun 2016
[5] Wahbah az-Zuhaili, al-Wajรฎz fรฎ Ushรปl al-Fiqh, (Beirut: Dรขr al-Fikr al-Mu’รขshir, 1999) hlm. 226-231
[6] Youtube. Ust Azhar Idrus- Vaksin Babi. 26 Mei 2011. https://www.youtube.com/watch?v=aawJyXNaEQ8
[7] Razak MN. Surat 3: Belajar dari anak kita. Dikutip dari laman, https://www.facebook.com/notes/muhamad-naim-ab-razak/surat-3-belajar-dari-anak-kita/1418183098207537. 27 Jun 2016
[8] Ayu Diah KP et al. Antibacterial Activity of Indonesian Local Honey Against Strains of P. Aeruginosa, S. Aureus and MRSA. Jprjournal: Mac 2012. Di muat turun dari laman, www.jprjournal.com/index.php/jpr/article/download/54/33
[9] Forouzanfar F et al. Black cumin (Nigella sativa) and its constituent (thymoquinone): a review on antimicrobial effects. Iran J Basic Med Sci: 2014. Dikutip dari http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4387228/
[10] Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119)
[11] Raudhah A. Difteria: Menjawab Tuduhan Admin Pseudoscience Watch (PW) dan Pro Vaksinasi. 22 Jun 2016. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=139971109757241&id=100012330575497&__mref=message_bubble
[12] Hanson LA. Breastfeeding Provides Passive and Likely Long-Lasting Active Immunity. Ann Allergy Asthma Immunol. 1998. Di kutip dari, https://www.academia.edu/18071039/Breastfeeding_Provides_Passive_and_Likely_Long-Lasting_Active_Immunity
[13] QS An-Nahl: 114








 


 Ke hadapan kekasihku Ayu Raudhah, 

Semoga terus berada dalam limpahan nikmat dan rahmat. Aku berharap ini bukan kali terakhir aku berutus surat denganmu. Sungguh aku berharap kau akan terap mengirim surat buatku. Tapi aku bimbang sekiranya surat ini akan membuat hatimu hancur remuk dan melukai perasaanmu. 

Aku bukan dayus yang akan sesekali mengangkat tangan dan membenamnya pada kulit lembut si gadis. Tapi ada kalanya, aku terpaksa menyakitimu bukan pada fizikal, bukan pada batin yang menyiksa tetapi sedikit jentikan pada emosimu. Sekalipun aku tahu bahawa hati wanita mudah tersentuh dan merajuk.

Kerana aku tahu, akan ada waktu di mana kesakitan akan buat kita dekat dengan Tuhan dan kembali menjadi hamba yang bertakwa. Dan aku berharap sedikit calar pada emosimu ini akan membawa cahaya keinsafan buatmu. Segalanya aku lakukan kerana sayangku dengan peradaban dunia ini.

Lelaki adalah makhluk yang hampir sukar untuk setia. Di saat mereka belajar untuk menjadi seorang pencinta yang setia, jangan lepaskan mereka. Wanita itu adalah makhluk yang tidak kenal akan pengkhianatan dan kecurangan. Di saat mereka berjinak untuk mendalaminya, maka usah takut untuk melepaskan.

Dan aku yakin akan kesetiaan seorang wanita yang tetap akan kembali ke pangkuan kekasihnya biarpun sering dilukai. Dia hanya akan pergi bila sudah tidak ada lagi alasan untuk terus setia.


Sahabat ku Dr. Jacknaim yang baik, kesederhanaan tidak akan membuat diri ini berasa lebih tinggi, lebih anggun atau lebih cantik dari yang lain. Kesederhanaan takkan mengundang lidah kita untuk ghibah apatah lagi fitnah, merosak hati bahkan lupa bahawa kita tidak sempurna.
Kesederhanaan takkan mengundang mata mengiring hati kepada tulisan yang terkadang memuji atau bahkan melukai.
Cantik itu sederhana sahaja bagi ku. Cukup pakai pakaian taqwa.
Aku jadi teringat pelajaran Quran Sunnah waktu di sekolah agama dulu, dalam surah al-A’raf, "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." [1]



POLEMIK PRO CHOICE DAN EVIDENCE BASED SUNNAH.

Suratmu sudah aku hadam sehingga hancur lumat menjadi butir butir kesedaran dan taubat yang akhirnya diserap masuk ke dalam jiwaku. Jujur aku katakan ,bahawa aku beroleh ketenangan dan berbangga denganmu. Kau teguh dan utuh dalam menegakkan hak dari batil yang berwarna-warni. Semoga ia juga menjadi pegangan dalam hidupmu, membawa kepada penerimaan Islam yang syumul.

Jika tidak boleh lakukan kesemuanya, maka jangan tinggalkan  apa-apa yang boleh dilaksanakan. Semoga selepas ini, kau juga akan terus melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Adapun keburukan yang terang benderang, setara dengan memancarnya terang mentari adalah perbuatanmu menipu identiti dirimu sebagai seorang doktor. 

Kau gah berdiri di atas penipuan dan menimbulkan fitnah terhadap puluhan ribu doktor yang berdiri di dunia ini. Kesalahan terbesarmu biarpun dinafi termasuklah dengan mengakui dirimu sebagai seorang doktor walhal sebelum ini kau mengatakan bahawa dirimu bekerja sebagai jururawat di Hospital Sungai Buloh. 

Aku berdoa agar jangan sahaja cahaya terang berderang itu membakar dirimu seperti mana cahaya mentari membakar tubuh tubuh manusia di padang mahsyar ekoran giat berselimut dosa sewaktu hidupnya.

Maka apabila kau bercerita tentang taqwa sebagai pakaian terbaik, maka wajib bagiku untukku tanggalkan penipuan yang sedang membungkus tubuhmu. Agar kau bisa kembali pakaian takwa yang telah kau tinggalkan ekoran kesungguhanmu menghancur jahanam ahli perubatan moden.
Suka aku ingatkanmu kembali terhadap ujian-ujianku terhadapmu. Ya, bukan sahaja wanita yang pandai menguji kesetian seorang lelaki padanya. Tapi aku juga diberi kelebihan untuk menguji kejujuran. Aku sudah biasa mencintai yang salah dan bukan yang dikehendaki oleh Tuhanku. Dan percintaan itu mengajarku cara-cara menguji kejujuran cinta seorang gadis. Juga aku belajar menguji kejujuran seorang lelaki. Disebalik lembut perwatakanku, tetap juga aku bisa menyerang seperti singa kelaparan dan merobek segala kemungkaran yang melekat pada kejernihan hati.


Saya tengah check kelayakan saya dalam bidang agama tapi jumpa sijil kursus kahwin 7 tahun lepas yang tak sempat nak dipraktikkan ja. Jadi saya nak tanya lah ustaz2 alami ni.

Betul ka ada hadis shahih kata nabi buat tahnik pakai madu? Sebab ada orang bagitau saya tahnik ni kaedah nabi bagi imunisasi dekat bayi.

Saya tak nafi la mukjizat nabi. Guna kurma, kunyah dan masukkan dalam mulut bayi. Tu adalah mukjizat yang nabi buat. Tapi tak pernah jumpa hadis nabi bagi madu kecuali pendapat ulamak.

Jadi soalan saya, kalau adalah orang alim. Sangat alim. Tapi kebetulan ada HIV/AIDS sebab pernah buat jahat masa muda muda sebelum bertaubat dulu. Sekarang orang alim ni memang alim la sebab dah bertaubat. Jadi, sanggup tak suruh orang alim tu buat tahnik dekat anak? Nak buat sendiri tapi semayang pun tinggal, puasa pun jarang jarang. Nak bagi vaksin tak boleh sebab haram ada babi.

Macam mana ya? Tolong2 orang susah dulu- Muhamad Na’im Bin Ab Razak

Kata-kataku di atas adalah ujianku buat golongan pro choice dan juga ahli masyarakat yang sejak kebelakangan ini gemar menggunakan gelaran diri sebagai doktor biar dalam masa yang sama menghentam doktor sebenar seperti ku. Ada yang tidak pernah habis SPM tetapi menjadi doktor mempromosi mesin rawatan elektromagnetik. Ada yang secara tiba-tiba mengkaji herba dari universiti palsu dan lantas berbicara tentang gerakan menolak vaksin. 




Ujian pertamaku kau jawab dengan membuat satu kontradiksi pada dirimu. 'Siapa suruh orang ada jangkitan tahnik? Tu yang suruh orang soleh atau ayah bayi itu sendiri...."


Apakah tidak cukup soleh manusia yang aku katakan itu. ‘Jadi soalan saya, kalau adalah orang alim. Sangat alim. Tapi kebetulan ada HIV/AIDS sebab pernah buat jahat masa muda muda sebelum bertaubat dulu. Sekarang orang alim ni memang alim la sebab dah bertaubat.’ Hingga membuat kau mengeluarkan reflek spontan seperti ayatmu itu.

Ini menggambarkan bahawa golongan anti vaksinasi juga sebenarnya takut dengan penyakit. Mereka takut dijangkiti dengan kuman tetapi kegagalan mereka menerima kebenaran itu membuatkan mereka membuat ayat berbentuk defensif. Mesti kau kerapkali mendengar ayat ini bukan.

“Kenapa nak takut kalau anak kamu dah kena vaksin?”

Maka tanya diri kamu sendiri. Kenapa kamu masih ada stigma yang meletakkan seorang yang sudah berdosa tetapi kembali insaf dan benar benar mencintai Tuhannya sebagai tidak soleh?

Jika aku ingin stigma, nescaya aku tidak memilih kerjaya ku sebagai seorang doktor. Dan aku juga berpijak pada bumi yang nyata bahawa aku seorang manusia yang dipenuhi noda dan kotor. Mungkin menjijikkan sesetengah dari kamu. Sedang yang mengecamku juga adalah terdiri dari ustaz-ustaz, imam atau golongan agamawan yang rancak bermain noda. Yang akhirnya mengakui kebejatan menjadi imam solat di waktu malam, dan menjadi nahkoda kepada pelayaran melampias nafsu tika rembulan semakin mekar bercahaya. Apabila nyawa di hujung hembusan nafas terakhir, maka berkata benar adalah jalan untuk membuka ruang kepada penghuraian misteri yang membawa kepada diagnosis shahih dan rawatan yang bertepatan.

Aku suka dengan jawapanmu yang dipenuhi dengan kebenaran. “HIV pun tak tertular dgn air liuq. Haha. Kelaka lah” . Walaupun kau tahu HIV tidak berjangkit melalui air liur, maka kau tetap akan rasa takut untuk anak-anakmu ditahnik mereka kan.

Tapi, apakah kau dapat menjamin bahawa manusia yang kelihatan suci dan tampak soleh itu tidak akan memberi racun kepada anakmu. Apakah kau tahu bahawa banyak penyakit cegahan vaksin yang boleh berjangkit melalui air liur dan hingus yang bisa menjangkiti anakmu itu? Hepatitis B, tuberculosis, diphteria adalah antara dari ribuan penyakit. 

Tapi, pandangan kamu semua sudah dibutakan dengan kesempurnaan dunia dan memustahillkan iman mu untuk menilai disebalik kehodohan realiti. 

Kau memilih yang soleh seperti makanan organik, perubatan homeopathi atas alasan ia tidak tercemar. Sedang vaksin bagimu umpama HIV/AIDS yang biarpun sudah bertaubat menjadi alim tetapi tetap jijik pada pandangan matamu. Ya, pesakit HIV/AIDS yang bertaubat dan menjadi alim itu sudah menjadi bersih pada pandangan Rabbnya tetapi tetap kelihatan kotor pada kamu.

Samalah halnya dengan vaksin. Sekalipun aku menghabiskan sepurnama hidupku berbahas akan kealiman, kewarakan, ketinggian budi pekerti vaksin, maka kau akan tetap ingat akan segala dosanya dan dia tetap jijik buatmu.


Dan sekalipun kau bergembira kerana menjawab soalanku, aku akan pastikan bahawa kau tidak sampai ke tahap terbahak-bahak kerana ujian seterusnya terkandung dalam segenap barisan ayat, ‘Dari clinical observ pun dah boleh tau. Tak dengar lagi kes penyakit tertular melalui tahnik.’

Pernyataan sebegini adalah benda biasa untuk kebanyakan golongan anti vaksin atau pro choice untuk menghalalkan keinginan secara terpilih mereka. Ahli perubatan yang menilai isu tahnik akan mengeluarkan fakta bahawa HIV/AIDS tidak merebak melalui air liur.

Tapi untuk kes berjangkit lain, nanti kita buat kajian lanjut!

Akan tetapi, orang anti vaksin akan menampakkan taring hipokrisi mereka dengan menambah lagi bengkang bengkok lantas menambah pening tentang isu ini. Kata mereka, ini adalah sunnah. Jadi kita tidak boleh persoalkan! Sedangkan, merekalah yang menjadi kera terkena secubit cili padi pada punggung mereka. Melentik apabila dijentik, tetapi lupa gegak gempita mereka sewaktu mengatakan bahawa vaksin tidak ada Randomized control trial, double blind, placebo study yang menunjukkan bahawa vaksin itu berkesan.

Sedangkan mereka bukan golongan yang ahli dalam bidang perubatan yang arif dengan disiplin ilmu yang membawa kepada bagaimana satu satu kesimpulan tentang kaedah merawat atau mencegah penyakit itu dibuat.

Saya tidak pernah menafikan sunnah. Tapi, pernah kah anda berbahas tentang evidence based islam ataupun evidence based of islamic medicine atau evidence based of alternative medicine? Kerana Firaun yang sesat pun meminta agar Musa membuktikan kebenaran risalah dakwahnya.
Dalam kes rawatan homeopati contohnya, ada tak ahli homeopathi menjalankan kajian randomized control trial double blind, placebo study untuk membuktikan kaedah rawatan mereka berkesan. 

Tidak ada!

Yang ada hanyalah testimoni. Adakah testimoni cukup untuk dijadikan keberkesanan kaedah rawatan mereka? 

Jika kita boleh letakkan perbandingan secara figuratifnya, testimoni berkenaan keberkesanan paracetamol atau panadol untuk mengurangkan demam akan menjadi beratus kali ganda berbanding testimoni ubat homeopati mengurangkan demam.

Dalam meneliti sesuatu ayat Al Quran dan Hadis, kita akan dapat menjangka kenapa Rasulullah melakukan sesuatu dan tidak pada sesuatu. Tapi pada masa sama menggalakkan sesuatu.
Kerana baginda sudah tahu bahawa manusia akhir zaman akan mengadakan penipuan demi penipuan menggunakan nama baginda. Hal yang selalu baginda ingatkan kepada kita berkali kali di dalam periwayatan hadis.

Kita lihat apa yang terjadi pada tradisi tahnik. Ya, Rasulullah melakukan tahnik atas sebab yang kita tidak tahu tujuannya. Mengunyah kurma dan seterusnya memberi kepada bayi secara perlahan-lahan agar bayi dapat menghisap rasa manis dan zat kurma itu. Dalam konteks ilmu yang kita perolehi hari ini, maka kita dapat kaitkan perbuatan tahnik dengan kebaikan memberi sedikit benda manis kepada bayi. Terutamanya untuk bayi yang dilahirkan ibu yang menghidap kencing manis. Kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk mengalami masalah hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.  Juga perbuatan bayi menyedut kurma akan melatih otot mulut mereka untuk menghisap susu ibu secara efektif nanti.

Namun, ia tetap tidak akan dapat menjawab persoalan tentang kenapa Nabi Muhammad melakukan tahnik. Dalam hal ini, hanya baginda yang mengetahuinya secara terperinci.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Burdah dari Abu Musa, dia berkata; “Aku pernah dikaruniai anak laki-laki, lalu aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliau memberinya nama Ibrahim dan mentahniknya dengan sebuah kurma (tamr)."- Dikeluarkan oleh Al-Bukhari (5467 Fathul Bari)

Bahkan, tidak ada sebarang dalil dan bukti yang menunjukkan para sahabat melakukan tahnik sewaktu Nabi Muhammad masih hidup biar pun masing-masing terkenal dengan kezuhudan dan kealiman mereka. Apa lagi yang kau inginkan dari kezuhudan dan kealiman lelaki di akhir zaman jika mahu dibandingkan dengan para sahabat?

Saya benar benar berharap ada golongan ustaz ustaz pro choice datang berbahas dengan saya tentang isu tahnik biarpun saya bukanlah ahli dalam bidang ugama. Setidak-tidaknya, mereka datang memberi satu kebenaran kepada saya di atas sesuatu perbuatan mereka. Sehingga kini, hanya seorang sahabat saya yang menerima pendidikan pondok yang berani berkata benar. Dan saya hargai kejujuran ahli agama seperti beliau yang berani menjawab persoalan saya berdasarkan bukti yang kukuh dan adil. Sememangnya kami banyak berbahas isu semasa dalam konteks perubatan agama dan jawapan beliau adil. Sekalipun beliau memilih untuk melakukan yang lain. Bagi saya, itu adalah hak beliau untuk membuat pilihan setelah menilai bukti bukti yang ada.




Namun, yang paling membimbangkan kita pada hari ini adalah sikap sesetengah golongan agamawan yang tidak mahu berkata benar kerana dipengaruhi oleh gerakan-gerakan tertentu. Ia adalah kontra dengan sikap ulamak kita dahulu seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, Imam al Nawawi, Imam al Izz bin Abdul Salam dan lain lain sanggup dipenjara dan diseksa semata mata enggan bersekongkol dengan pemerintah yang zalim.[i]

Akibatnya muncul lah golongan ustaz atau ustazah segera dalam facebook yang berfatwa dan berhukum mengikut sesedap rasa. Paling merisaukan saya ialah kecenderungan masyarakat awam hari ini yang sanggup menerima bulat bulat sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna facebook yang menggunakan akaun palsu. Sedangkan di dalam islam, kredebiliti seseorang ilmuan dari segi integriti dan ilmu mereka sangat dititikberatkan. 

Seakan masyarakat kita hari ini lebih sanggup diheret ke dalam kegelapan berbanding untuk terus berada dalam cahaya. 

Contoh yang secara terang dan jelas boleh dilihat melalui pemilik akaun facebook palsu Ayu Raudhah ini. Apabila ditanya soalan lanjut, beliau berpusing-pusing dengan hujah beliau sendiri dengan memetik pelbagai sumber yang sebenarnya tidak langsung menjawab soalan yang ditanya.

Muhamad Na'im Ab Razak: Then, memang nabi betul2 tahnik guna madu ke


Ayu Raudhah: Kitab I'anatu Al-Tholibin,
 

(ู‚ูˆู„ู‡: ูˆุฃู† ูŠุญู†ูƒู‡) ุฃูŠ ูˆุณู† ุฃู† ูŠุญู†ูƒ ุงู„ู…ูˆู„ูˆุฏ ุฐูƒุฑุง ุฃูˆ ุฃู†ุซู‰ ู„ุงู†ู‡ (ุต): ุฃุชู‰ ุจุงุจู† ุฃุจูŠ ุทู„ุญุฉ..ุญูŠู† ูˆู„ุฏ ูˆุชู…ุฑุงุช، ูู„ุงูƒู‡ู†، ุซู… ูุบุฑูุงู‡، ุซู… ู…ุฌู‡ ููŠู‡، ูุฌุนู„ ูŠุชู„ู…ุธ، ูู‚ุงู„ (ุต): ุญุจ ุงู„ุงู†ุตุงุฑ ุงู„ุชู…ุฑ، ูˆุณู…ุงู‡: ุนุจุฏ ุงู„ู„ู‡.
ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู….
ูˆุงู„ุชุญู†ูŠูƒ: ู‡ูˆ ู…ุถุบ ู†ุญูˆ ุงู„ุชู…ุฑ، ูˆุฐู„ูƒ ุญู†ูƒ ุงู„ู…ูˆู„ูˆุฏ ุจู‡ ู„ูŠู†ุฒู„ ู…ู†ู‡ ุดุฆ ุฅู„ู‰ ุงู„ุฌูˆู.
ูˆู‚ูˆู„ู‡: ุญุจ ุงู„ุงู†ุตุงุฑ ู‡ูˆ ุจูƒุณุฑ ุงู„ุญุงุก ุฃูŠ ู…ุญุจูˆุจู‡ู….
(ู‚ูˆู„ู‡: ุฑุฌู„، ูุงู…ุฑุฃุฉ ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุฎูŠุฑ) ุฃูุงุฏ ุณู† ูƒูˆู† ุงู„ู…ุญู†ูƒ ู„ู‡ ุฑุฌู„ุง، ูุฅู† ู„ู… ูŠูˆุฌุฏ ูุงู…ุฑุฃุฉ.
ูˆุฃู† ูŠูƒูˆู†ุง ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุฎูŠุฑ ูˆุงู„ุตู„ุงุญ.
ูˆุนุจุงุฑุฉ ุดุฑุญ ุงู„ุฑูˆุถ: ู‚ุงู„ ููŠ ุงู„ู…ุฌู…ูˆุน: ูˆูŠู†ุจุบูŠ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ุงู„ู…ุญู†ูƒ ู„ู‡ ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุฎูŠุฑ، ูุฅู† ู„ู… ูŠูƒู† ุฑุฌู„ ูุงู…ุฑุฃุฉ ุตุงู„ุญุฉ.
ุงู‡.
(ูˆู‚ูˆู„ู‡: ุจุชู…ุฑ) ููŠ ู…ุนู†ุงู‡ ุงู„ุฑุทุจ.
ู‚ุงู„ ููŠ ุงู„ู†ู‡ุงูŠุฉ: ูˆุงู„ุงูˆุฌู‡ ุชู‚ุฏูŠู… ุงู„ุฑุทุจ ุนู„ู‰ ุงู„ุชู…ุฑ ู†ุธูŠุฑ ู…ุง ู…ุฑ ููŠ ุงู„ุตูˆู….
ุงู‡.
ูˆู…ุซู„ู‡ ููŠ ุงู„ุชุญูุฉ.
(ูˆู‚ูˆู„ู‡: ูุญู„ูˆ) ุฃูŠ ูุฅู† ู„ู… ูŠูˆุฌุฏ ุชู…ุฑ ูุจุญู„ูˆ ู„ู… ูŠู…ุณู‡ ุงู„ู†ุงุฑ ุฃูŠ ูƒุฒุจูŠุจ.
See Translation


Ia tidak langsung menjawab pertanyaan saya bahkan mengeluarkan sepotong kitab berbahasa arab yang mana saya pasti beliau sendiri tidak tahu menterjemahkannya. Malah saya percaya bahawa Ayu sendiri tidak tahu akan status kitab ini yang diragui kesahihan isi kandungannya. Terdapat kebenaran yang terbenam di dalam lautan hadis-hadis yang tidak shahih.

Perbuatan menggunakan madu untuk tahnik tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah berdasarkan bukti hadis yang ada buat masa kini. Mungkin, suatu hari nanti akan ada bukti baru yang menemukan kita hadis shahih tentang hal ini. Sehingga itu, Perbuatan tersebut hanyalah pendapat alim ulamak yang menisbahkan madu dengan kemanisan kurma.


Seorang sahabat saya yang saya kenali sewaktu berada di Yogjakarta sering menyarankan kepada saya untuk meneliti hujah dari laman sesawang mereka iaitu muslim.or.id. Saya sudah memeriksa integriti laman web ini dan mendapati bahawa hujah mereka juga selari dengan apa yang saya pegang.

Dalam menjelaskan tentang penggunaan selain kurma untuk tahnik, dr. Raehanul Bahraen[ii] mensyarahkan bahawa Syaikh Muhammad Shalih Al Munajjid hafizhohullah menjelaskan,  Adapun hikmah dari tahnik menggunakan kurma maka para ulama terdahulu berpendapat bahwa ini adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam agar yang paling pertama masuk ke perut bayi adalah sesuatu yang manis. Oleh karena itu, dianjurkan mentahnik dengan sesuatu yang manis jika tidak mendapatkan kurma.”

Dan ia seterusnya membawa pula kepada pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah yang menjelaskan[iii]

“Tahnik ialah mengunyah sesuatu kemudian meletakkan/ memasukkannya ke mulut bayi lalu menggosok-gosokkan ke langit-langit mulut. Hal ini dilakukan dengan tujuan agar bayi terlatih dengan makanan, juga untuk menguatkannya. Yang patut dilakukan ketika mentahnik hendaklah mulut (bayi tersebut) dibuka sehingga (sesuatu yang telah dikunyah) masuk ke dalam perutnya. Yang lebih utama, mentahnik dilakukan dengan kurma kering (tamr). Jika tidak mudah mendapatkan kurma kering (tamr), maka dengan kurma basah (ruthab). Kalau tidak ada kurma, bisa diganti dengan sesuatu yang manis. Tentunya madu lebih utama dari yang lainnya”

Kesalahan yang dilakukan oleh kebanyakan golongan pro choice adalah dengan melakukan sesuatu amalan tanpa berdasarkan sumber yang shahih dari pihak yang mempunyai autoriti berdasarkan tahap keilmuan mereka. Maka tidak hairan lah seorang selebriti terkenal boleh mengeluarkan kenyataan yang jelas mengelirukan masyarakat.


VAKSIN HALAL[iv]

Empat orang anak saya tidak divaksin.
saya tak suka.
tapi anak orang lain,terpulang.
tiada halangan.

Apa yang saya amalkan ialah memastikan setiap mereka menyusu dengan susu ibu selama dua tahun sebagaimana yang ditulis di dalam Al Quran.

Ditahnik dengan kurma atau madu sebagaimana yang nabi s.a.w ajarkan.

Mengamalkan makan habbatus sawda sebagaimana yang nabi s.a.w anjurkan,
kerana habbatus sawda dapat mengubati segala penyakit kecuali mati.insya Allah

Belajar,baca,faham dan amalkan Al Quran.

Perkara sebegini wajar ditegur dari terus berleluasa. Bukan kerana saya benci golongan pro choice atau tidak menghormati hak mereka untuk vaksinasi anak anak. Tidak!

Bahkan saya adalah seorang yang berfikiran terbuka dan menghormati keputusan yang diambil oleh satu satu individu dengan syarat mereka faham kesan dan akibat dari perbuatan mereka. Paling mentang, perbuatan itu dilakukan atas dasar ilmu yang shahih.

Bukan kerana mengikut sentimen dalam facebook. Tidak!

Contoh yang sama adalah dalam hal tahnik. Nabi Muhammad tidak pernah mengatakan bahawa tahnik itu adalah kaedah imunisasi islam ataupun vaksin halal. Satu satunya bukti melakukan tahnik adalah menggunakan kurma dan tidak ada seseorang pun yang tahu akan hikmah disebalik ritual ini. Adakah ulamak melakukan kesalahan dengan memberi pandangan bahawa amalan tahnik harus diteruskan dan memberi alternatif seperti madu dan sebagainya.

Jawapan saya tidak. Kerana ia dilakukan mengikut konteks dan ilmu pengetahuan pada waktu itu. Bahkan saya juga bukan anti sunnah atau anti hadis dan saya bisa sahaja meraikan pandangan orang islam yang meneruskan tradisi ini dengan hati yang terbuka.

Akan tetapi, dengan menisbahkan sesuatu ke atas Rasulullah atas dasar menghalalkan perbuatan untuk menyedapkan nafsu masing-masing adalah sangat tidak tepat dan salah. Rasulullah tidak pernah menganjurkan perbuatan tahnik sebagai kaedah imunisasi. Jika tidak, sudah tentu amalan tahnik dilakukan secara meluas pada ketika itu. 

Berdasarkan sumber sumber hadis yang shahih, Rasulullah hanya melakukan tahnik terhadap bayi yang baru dilahirkan dan dibawa kepada baginda. Sekiranya tahnik adalah kaedah menyediakan vaksin halal, maka akan terdapat hadis yang menunjukkan perbuatan tersebut dijalankan secara meluasnya. Tidak ada bukti Nabi Muhammad keluar rumah di awal pagi menjalankan misi mentahnik setiap bayi. Juga tidak ada sebarang arahan meminta sahabat baginda yang alim dan soleh menjalankan misi menyediakan ‘tali pinggang keledar’ untuk setiap permata Islam di bumi Mekkah dan seluruh jajahannya.

Kekasihku Ayu Raudhah yang aku sayangi. Sesungguhnya aku tidak putus-putus berdoa agar kau diberi keninsafan oleh Allh S.W.T dan aku berharap hari-hari terakhir Ramadhan ini akan menjadi As Sebab untuk kau mendapat hidayah. Apabila aku bertanya kepada kamu samada Tahnik adalah 100% alami dan selamat untuk imunisasi, maka kau mengeluarkan kenyataan aku ertikan sebagai kelakuan badut untuk membuat manusia ketawa.

Ayu Raudhah Kira imunisasi aktif semulajadi.
Kalau vaksin kan imunisasi aktif buatan.
Jadi pro choice ni tak boleh lah dikatakan tak pakai tali pinggang




Aku sudah tidak mampu untuk membiarkan kebodohan ini dari terus berlaku walaupun kau menjadi kecintaanku, kekal mekar dalam ingatanku, tumbuh mewangi dalam hatiku, menjadi siulan bibirku dan terbawa di dalam setiap  mimpi indahku.

Imuniti itu adalah dari perkatan latin, immunitas yang merujuk kepada perlindungan daripada perbicaraan mahkamah untuk senator roman sewaktu tempoh mereka bertugas. 

Dalam konteks tubuh badan manusia, ia merujuk kepada perlindungan daripada penyakit. Sel dan molekul yang bertanggungjawab untuk menyediakan imuniti dipanggil sebagai Sistem Imuniti. Tindakbalas bahan asing terhadap badan akan menggerakkan satu tindak balas yang dipanggil sebagai immune response. Akan tetapi, bahan asing selain kuman juga boleh mengaktifkan sistem ini. Dan, sistem pertahanan badan bisa sahaja menyerang sel badan sendiri atau diaktifkan secara tidak terkawal membawa kepada masalah seperti autoimmune dan spektrum alergik .

Ia dibahagi kepada Imuniti Innate dan Adaptive. Imuniti innate merujuk kepada imuniti semulajadi yang menjadi pertahanan pertama dalam menentang bakteria atau kuman dan sebagainya. Ia dihasilkan oleh tubuh dan bersifat sementara.

Jangkitan kuman akan mengaktifkan imuniti adaptive atau juga dipanggil sebagai acquired atau specific melalui satu siri tindak balas yang kompleks yang dihasilkan melalui mekanisma imuniti humoral dan imuniti cell mediated. 

Badan menghadapi serangan jangkitan melalui dua keadaan iaitu imuniti aktif dan imuniti pasif. Imuniti aktif adalah keadaan di mana badan kita dijangkiti kuman menyebabkan proses pengecaman kuman, pembunuhan kuman dan penyimpanan data mengenai kuman tersebut di dalam sel memori. Vaksin bertindak dalam kaedah tersebut. Jangkitan secara semulajadi juga dipanggil sebagai imuniti aktif. Tidak ada istilah imuniti aktif semulajadi atau imuniti aktif buatan.

Imuniti pasif adalah keadaan di mana antibodi disalurkan terus kepada badan dengan cara pemindahan antibodi dari plasenta kepada bayi . Juga melalui suntikan anti toksin melawan pesakit tertentu seperti tetanus. Ia bersifat sementara dan tidak kekal.

Tidak ada istilah imuniti aktif semulajadi atau istilah imuniti aktif buatan seperti yang disebut oleh Ayu Raudhah. Kedua dua kaedah samada vaksin ataupun jangkitan kuman secara semulajadi dipanggil sebagai imuniti aktif.

Walaubagaimanapun, pengenalan terma  ‘semulajadi’ vs ‘buatan’ sering digunakan oleh sebahagian golongan antivaksin yang menggunakan penghujahan tidak mahu bahan buatan memasuki badan. Ia bukanlah sebab mereka tidak percaya kepada vaksin tetapi mahu imuniti dibentuk secara semulajadi. Bererti mereka mahu didedahkan kepada semua jenis penyakit secara semulajadi berbanding vaksin.

Setiap gerakan antivaksinasi mempunyai premis mereka sendiri. Dalam kes Ayu Raudhah, awak tidak lain dan tidak bukan adalah umpama satu programming yang menjalani kerja-kerja brainwash dan propaganda menolak vaksinasi dalam masyarakat umum dengan menghentam dari semua sudut. Agama, bahan organik atau semulajadi Vs Buatan atau Kimia, Unsur haram, bahan kimia berbahaya dan sebagainya. Ciri ini tersangat jarang berlaku dalam komuniti antivaksinasi seluruh dunia.


CINTA NABI
Membaca kisah mimpi mu, tidak membuatkan hati ku senang. Nafas ku semakin sesak, ritma jantung berdegup lebih kencang, dan ada sesuatu yang tiba-tiba datang begitu saja mengaliri tubuh ku. Aku mohon ampun kepada Allah Swt kerana telah menjerat hati lelaki dengan cinta palsu nya. Aku bukan isteri mu yang selayaknya mendapat ungkapan rasa cinta. Kau hanyut dalam gelora nafsu mu sendiri. Dalam kesepakatan yang dibuat, kita setuju untuk saling berutus surat secara akademik. Memberi pencerahan kepada masyarakat awam.
Cinta orang sekarang kebanyakkannya tidak kena tempat. Cinta Nabi adalah kerana mengharapkan seluruh umatnya terlepas dari azab Allah. Dia risau umatnya dibakar dalam api neraka. Itulah cinta yang benar-benar tulus dan sejati. Tak kira kepada siapa dan di mana. Dr. Jacknaim, kiblat cinta kau memang berbeza. Kau mencintai kerana dunia. Meskipun aku dianggap sebagai gadis doktor yang menyembunyikan identiti, tapi aku tak mahu diperlakukan sesuka hati. Aku sangat sensitif terhadap hal-hal yang terasa melecehkan harga diriku.


Aku mengagumi cintamu terhadap Nabi. Kerana Nabi juga menyintai kita. Kerana cintanya baginda terhadap umatnya maka dia sentiasa memberi amaran tegas kepada kita. Salah satunya adalah, 

"Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama orang lain. Karena barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya dari neraka".-sabda nabi

Selari dengan hujahmu yang takut dibakar api neraka, maka aku tunjukkan mu jalan untuk berbuat demikian. Kerana aku risau bahawa cintaku terhadapmu telah membuatkan dirimu lalai dalam meneliti ketegasan Rasulullah terhadap golongan seperti dirimu. Yang sanggup menipu dan berdusta atas nama Rasulullah demi untuk mencapai matlamat duniawi.

Malah, sehari demi sehari, segala kenyataan ayat dan hujjah mu jelas menunjukkan bahawa dirimu tidak lain dan tidak bukan, hanya seorang picisan tanpa sebarang asas perubatan. Kelahiranmu adalah untuk menjadi fitnah kepada masyarakat. Memberi harapan kepada insan- insan yang sedang dalam keliru dan dilema untuk akhirnya memilih tidak memberi suntikan vaksinasi kepada anak-anak mereka.

VAKSINASI DAN POLEMIK HALAL HARAM
Banyak orang maklumi. Vaksinasi ada pelbagai jenis antara lain vaksinasi BCG, Hepatitis B, DTap, Hib, Polio (IPV), MMR, Measles, Meningitis, dan lain-lain. Pembuatan vaksin memang menjadi permasalahan tersendiri bagi umat Islam, walaupun ada setengah pihak yang menafikan. Dalam proses tersebut bercampur dengan bahan yang haram. Sebagai contoh, Polio dibiakkan menggunakan enzim tripsin Babi. Dipetik dari laman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa baru-baru ini, kebimbangan telah dibangkitkan oleh masyarakat Islam berhubung dengan produk yang berasal dari babi (trypsin) yang digunakan dalam pengeluaran OPV dan vaksin lain yang dihasilkan dalam kultur sel. [2]

POLEMIK MASYARAKAT TENTANG BABI DALAM VAKSIN

Masalah dengan kebanyakan golongan antivaksin atau pejuang siber adalah suka mengambil petikan hujah secara sepatah sepatah. Jika kau biasa dengan hujah perdebatan anti muslim seperti Geert Wilders dan  Ali Sinai, maka kau akan menyedari terdapat persamaan di antara mereka dan golongan pejuang siber seperti dirimu. Sungguh aku berharap agar Ramadhan yang mulia ini membuat dirimu kembali bertaubat dan insaf. 

Ada pun Geert Wilders dan Ali Sinai gemar mengambil ayat ayat Al Quran secara separuh separuh untuk membuktikan bahawa Islam itu agama penuh bejat, pembiak sarang terorist dan anti semintic, maka kamu juga melakukan teknik yang sama. 

Aku tahu, masyarakat cukup sensitif tentang isu babi. Aku tidak salahkan mereka biarpun ada di antara mereka yang bertegas dalam isu pengharaman babi tetapi tidak segan silu melakukan perbuatan haram yang lain seperti riba, zina dan meminum arak.

Malah, kau juga tidak akan sesekali berasa pelik apabila menemui golongan anti vaksin menggunakan hujah agama untuk menentang vaksinasi sambil merokok secara berjemaah sedangkan merokok juga difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan[v]. Malah majoriti umat Islam seluruh dunia juga mengharamkan rokok termasuklah Indonesia[vi], Al Azhar[vii], Yusuf Qaradawi[viii] dan Arab Saudi[ix] [x] [xi]. Bahkan, persidangan ulamak sedunia[xii] juga mengharamkan rokok, begitu juga berpuluh yang lain melalui Badan Kesihatan Sedunia[xiii].

“Akan datang kepada manusia suatu zaman (ketika itu) seorang tidak lagi peduli dengan apa yang dia dapatkan, apakah dari yang halal atau haram?!” (HR. Bukhari: 2059)

Jika kita mahu menggunakan agama untuk mengharamkan vaksin atas datangnya dari sumber babi yang haram, maka kau harus kembali berfikir tentang perbuatan merokok yang secara terang-terangan diharamkan para ulamak.

Adapun demikian, kenyataan WHO yang kau nyatakan itu adalah benar. Tidak dinafi bahwa terdapat sesetengah anti vaksin yang mengandungi bahan enzin tripsin babi. Akan tetapi, kenyataan itu juga disertakan bersama keputusan Majlis Fatwa Agama Eropah[xiv] yang diadakan pada 1-7 Julai 2003 yang menggesa pemimpin Islam dunia dan Majlis-majlis Agama Islam untuk berfikiran terbuka dan memberi suntikan vaksin terhadap anak-anak Islam.

Hanya terdapat sejumlah kecil enzin trypsin yang digunakan untuk menstabilkan vaksin dan ia telah menjalani kaedah pembersihan sehingga sifat asalnya sudah berubah.

Aku hanyalah seorang doktor yang pada ketika ini memiliki satu sahaja sijil agama. Iaitu sijil menyertai bengkel kursus nikah yang aku sertai hampir 7 tahun yang lampau tetapi belum sempat aku praktiskan dalam kehidupanku. Seingatku, aku juga mempunyai sijil sijil[xv] lain dan tauliah tetapi terlucut di saat kembaraku merentas masa. Maka aku tidak ingin memanjangkan perbicangan tentang isu khinzir ini melainkan menyentuh satu atau dua poin sahaja.

Aku sudah sedia maklum akan keadaan masyarakat Malaysia terutamanya melayu yang cukup sensitif dengan isu babi sehinggalah wujud amalan-amalan yang dipertikaikan kesahihannya seperti membasuh anggota badan yang terkena babi dengan satu jirusan air lumpur dan dibilas dengan enam jurusan lagi air bersih. Adapun demikian, pendapat ini disandang An-Nawawi rahimahullah yang bermazhab Shafie[xvi] dan pandangan ini dipegang oleh majoriti umat Islam di Malaysia. Seingatku, satu kejadian pernah diterangkan oleh Nabi Muhammad melalui hadisnya yang menjelaskan isu mengenai bekas yang dikotori air liur anjing[xvii] yang menjadi punca ia dinisbahkan kepada najis babi oleh sebahagian ulamak. 

Maka aku tidak ingin tambah memeningkan masyarakat dengan perbahasan tentang kedudukan babi mengikut pengertian Fiqh Ikhtilaf ataupun perbezaan pendapat. Adalah tidak hairan untuk kau menemukan satu minoriti kecil umat Islam yang mempunyai pandangan  yang jauh lebih kontra berbanding dirimu. Hanya apabila kau benar-benar ingin mencari kebenaran dan tidak membuat sesuatu penghukuman terlalu cepat, maka kau akan menemui kebenaran itu.

Adapun demikian, izinkan aku bercerita tentang enzim ini. Benar ia digunakan untuk menghasilkan vaksin bagi mencegah penyakit polio, cirit birit yang disebabkan rota virus dan selesema ekoran pandemik selesema burung.

Muhammad Saifudin Hakim[xviii] menjelaskan bahawa Enzim ini digunakan dalam satu peringkat penghasilan vaksin. Seterusnya, ia harus “dibersihkan” atau “dihilangkan” sehingga tidak mengganggu tahapan proses produksi vaksin selanjutnya. Oleh karena itu, enzim tripsin TIDAK TERDAPAT dalam produk akhir vaksin yang diberikan kepada manusia. Enzim tersebut mengalami proses pemurnian (purifikasi) sehingga terpisah dari produk akhir vaksin

Dalam erti kata lain, apabila produk akhir dihasilkan, ia tidak lagi mengandungi kandungan babi. Mungkin ramai yang berbahas tentang adakah cara mencuci enzim babi sewaktu proses penghasilan vaksin itu sah? 

Akan tetapi, masyarakat kita sudah terlalu menyempitkan pemikiran mereka bahawa babi itu adalah najis yang tidak dapat dibersihkan kecuali samak. Walhal, tidak ada langsung dalil tentang itu. Di dalam Al Quran sendiri di nyatakan bahawa yang diharamkan adalah memakan DAGING[xix] babi. Maka kau akan mendapati bahawa majoriti ulamak bersetuju bahawa memakan daging babi[xx] adalah haram kecuali darurat.[xxi]

Walaubagaimanapun, ulamak berbeza pendapat berhubung penggunaan bahagian lain pada babi selain DAGING lantas membawa kepada majoriti ulamak menjatuhkan hukuman harus. Perbezaan pandangan ulamak dalam bahagian ranting seharusnya kita redhai dan hormati kerana ia bergantung kepada banyak faktor termasuklah tempat mereka tinggal, zaman di mana mereka tinggal, faktor geopolitik. Perbezaan ini adalah satu rahmat kepada umat Islam sebagai bukti bahawa Islam adalah agama yang syumul.[xxii] Jika kau benar-benar faham tentang agama Islam yang kau anuti, maka tidak perlu ada keraguan untuk kau menggunakan vaksin.[xxiii]
 
Ini kerana, kewajiban menggunakan untuk menggunakan vaksin telah diakui oleh majoriti besar ulamak Islam yang meluluskannya melalui satu seminar Islamic Organization for Medical Science, "The Judically Prohibited and Impure Substances in Foodstuff and Drugs" yang diadakan di Kuwait pada tahun 1995.  Seramai 112 ahli ulama dalam pelbagai disiplin ilmu Islam yang diketuai oleh Sheikh Dr Mohammad Sayed Tantawi[xxiv] telah sepakat dalam hal ini .

The Gelatin formed as a result of the transformation of the bones, skin and tendons of a judically impure animal is pure, and it is judically permissible to eat it.

Terdapat juga kebimbangan yang dibangkitkan oleh masyarakat berhubung pencemaran vaksin yang diproses menggunakan enzim babi ini. Antaranya melalui kajian Victoria et al[xxv] berhubung penemuan fragmen DNA virus dalam vaksin RotaTeq. 

Penyediaan enzim untuk proses penghasilan vaksin telah melalui satu siri kawalan kualiti yang ketat bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit atau pencemaran. Garis panduan tersebut telah disediakan oleh Committee for Medicinal Product for Human Use[xxvi]. Walaubagaimanapun, kajian dari semasa ke semasa sedang dijalankan untuk menyempurnakan kaedah ini. Bahkan saintis juga sedang mencari jalan untuk mencari alternatif lain yang selamat dan berkesan selain enzim dari babi ini. Akan tetapi, buat masa kini saintis masih belum menemuinya.

Berhubung dengan penemuan fragmen circoviruses dari jenis porcine circovirus 1 dan 2 (PCV1 dan PCV2) dalam vaksin rotaTeq, saintis mendapati bahawa PCV1 tidak menyebabkan sebarang penyakit dalam babi[xxvii]  [xxviii]  [xxix]atau manusia[xxx] [xxxi] [xxxii]. Manakala PCV2 pula boleh menyebabkan penyakit dalam babi[xxxiii] tetapi kesan dalam manusia tidak diketahui buat masa kini[xxxiv]. Walaubagaimanapun, kajian dan pengawasan yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang diberi vaksin RotaTeq tidak menunjukkan AEFI yang signifikan melainkan rasa loya, muntah dan sakit perut dan selamat untuk digunakan[xxxv].

Hukum menggunakan alasan agama untuk menolak vaksinasi boleh dibahagikan kepada dua. Yang pertama adalah harus untuk diamalkan oleh diri kamu sendiri dan tidak meracuni fikiran umat Islam lain untuk berbuat demikian. Itupun setelah kamu mengambil kira kesan buruk perbuatan itu dan berani bertanggungjawab diatas akibat perbuatan kamu itu. Adapun demikian, adalah haram untuk dirimu meracuni fikiran umat Islam untuk berbuat hal yang sama kerana ia adalah satu perbuatan yang zalim dan menyalahi ketetapan yang dibuat oleh para ulamak dan pakar dalam bidang perubatan. 

Di atas keterdesakan itu, terdapat pula golongan umat Islam yang gila akal mereka menggunakan teori konspirasi untuk membuktikan terdapatnya agenda yahudi untuk melemahkan atau membunuh umat Islam melalui penggunaan vaksin. Hakikatnya, teori konspirasi berlegar pada premis menegakkan benang yang basah oleh sebahagian umat Islam yang gagal membangkang hukum sains dan agama dalam berpegang pada pendirian mereka, 

Dalam erti kata lain, ia adalah untuk mencari entiti bagi dipersalahkan andai timbul kesan buruk akibat dari saranan mereka. Hakikatnya, teori konspirasi ini sendiri dibangkitkan mereka yang pada asalnya beragama yahudi dan tidak bersetuju dengan keputusan ahli majlis agama mereka sendiri yang menghalalkan penggunaan bahan yang pada dasarnya haram mengikut hukum Taurat.

Teori seperti penggunaan Fluoride dan Vaksin yang berbahaya turut dipopularkan oleh Rafael Bratman, seorang yahudi yang membangkitkan sentimen itu dalam kalangan golongan yahudi. Rafael Bratman mengemukakan hujah bahawa penggunaan kedua bahan ini bertentangan dengan hukum taurat dan boleh menghancurkan bangsa Yahudi. Disebalik semua itu, beliau terkenal dengan industri penghasilan bahan ‘semulajadi’ atau organik.

Kenyataan Rafael Bratman ditolak oleh majoriti ahli agamawan Yahudi[xxxvi] yang turut menyedari akan kepentingan vaksin dalam menangani penyakit berjangkit.

Mereka sedar bahawa keengganan bangsa yahudi dalam menerima suntikan vaksinasi akan mendedahkan masyarakat kepada bahaya penyakit berjangkit. Antaranya kes penularan wabak measles dalam komuniti Yahudi Orthodok di Amerika Syarikat yang menolak vaksin[xxxvii]. Pada tahun 2013, 58 kes jangkitan measles berlaku dalam dua penempatan Yahudi Orthodok di Brooklyn iaitu 30 orang di Williamsburg dan 28 orang di Borough Park. Keengganan menjalani vaksinasi yang menggunakan penipuan agama turut dapat dilihat melalui kes penularan measles yang melibatkan 20 mangsa yang terdiri dari kalangan ahli Texas Megachurch[xxxviii]. 

Disebabkan itu, majoriti Rabbi terkemuka Yahudi menyarankan penggunaan vaksin baik dari cabang orthodok, reformis mahupun dari gerakan zionist. Antara mereka adalah Rabbi David Samson[xxxix], Rabbi Abraham Adler[xl] dari Kashrus and Medicines Information Service yang menjadi suara agamawan Yahudi di Britain, Rabbi Yehuda Brodie[xli]  Rabbi Nachman of Bratslov[xlii], Rabbi Joseph H. Prouser[xliii] dan Rabbi Mark Washofsky[xliv]

Dorit Rubinstein Reiss dalam artikelnya yang disiarkan oleh Hasting Law Journal turut menyelar tindakan ibu bapa yang menyelar tindakan ibu bapa yang enggan membenarkan suntikan vaksinasi diberikan kepada anak-anak mereka bersekolah.[xlv]

Agama Kristian termasuklah Katholik, Protestan Lutherans, Mormons, Episcopalians, Presbyterians, Christian Scientist turut senada dalam membenarkan penggunaan vaksin untuk tujuan pencegahan penyakit. Malah, salah satu cabang dari agama Kristian iaitu Jehovah Witnesses yang pada asalnya menentang penggunaan vaksin turut mengakui keberkesanan vaksin dan akhirnya mengeluarkan hukum bahawa penggunaan vaksin adalah di atas pilihan pengikut mereka dan tidak ada halangan dari segi agama.[xlvi].

Jadi, siapa sebenarnya yang mengatakan bahawa Penggunaan Vaksin adalah agenda Yahudi dan Kristian untuk menjahanamkan agama Islam? Atau anda masih terleka lagi dan seronok membaca siri buku teori konspirasi oleh John D Gray? 

Walaubagaimanapun, masyarat tidak dipaksa untuk mengambil vaksin yang menggunakan enzim dari babi untuk pemprosesannya  kecuali vaksin yang diwajibkan pengambilannya mengikut saranan Kementerian Kesihatan.

Beberapa vaksin juga diperoleh dari pengguguran bakal bayi manusia (fetus) yang sengaja dilakukan, antara lain adalah Pentacel iaitu vaksin DTap-IPV/Hib yang biasa dipakai di Malaysia untuk mencegah difteria, kancing gigi, batuk kokol, polio & Haemophilus Influenzae type B.

POLEMIK MASYARAKAT TENTANG SEL MANUSIA DALAM VAKSIN.

Dalam sejarah penciptaan vaksin moden, ada sel yang diguna daripada tiga bayi yang digugurkan dan membawa kepada perdebatan berkaitan dengan isu moral dan agama. Tidak terkecuali adalah agama kristian Katholik[xlvii] yang akhirnya dibuat keputusan akhirnya melalui suara mutlak di Vatican[xlviii] Dari konteks kau dan aku yang mewakili suara suara Islam, maka semestinya kita semua harus bersetuju dengan keputusan Muzakarrah fatwa peringkat dunia yang mengeluarkan kenyataan bahaw hukum asal menggunakan vaksin adalah haram tetapi keadaan mudharat membenarkan penggunaannya. Perkataan Darurat tidak bererti satu-satu wabak itu sudah terjadi di hadapan mata sehingga keperadaban dunia musnah.Tetapi ia juga termasuk langkah pencegahan menghadapi wabak selari dengan ajaran Islam. Antara fatwa yang berkongsi pandangan tersebut termasuklah Majlis Fatwa Agama Islam Eropah[xlix] Majelis Ulama Indonesia[l] Akademi Fiqh Islam Antarabangsa[li] Grand Mufti of Arab Saudi[lii] dan juga Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia seperti yang disebut Ayu itu.

Pihak Doktor perubatan tidak pernah menafikan kebenaran penggunaan sel diploid manusia dalam menyediakan sesetengah vaksin. Ia tidak menjadi rahsia dalam kalangan doktor perubatan.WI-38 line (Winstar Institute 38) yang dihasilkan dari sel diploid paru paru lung fibroblast seorang bayi wanita yang digugurkan oleh satu keluarga yang mempunyai jumlah bilangan anak yang ramai pada tahun 1969, MRC-5 (Medical Research Council 5) menggunakan sel tisu diploid dari bayi lelaki berusia 14 minggu pada tahun 1970 dimana ibu mengalami masalah gangguan psikiatri yang teruk  dan RA273. (R=Rubella, A=Abortus, 27=27th abortion in the study, 3=3rd tissue explanted) di mana ibu pesakit membuat keputusan untuk menggugurkan bayi setelah dijangkiti kuman Rubella.

Kenyataan melampau seperti terdapat janin bayi dalam vaksin dan kementerian kesihatan sedunia menjalankan siri pengguguran bayi untuk penghasilan vaksin walaubagaimanapun adalah tidak benar. Hanya sel tersebut digunakan untuk proses membiakkan virus yang hanya boleh hidup dalam sel manusia iaitu Rubella. Ia juga digunakan untuk menyediakan beberapa jenis vaksin lagi iaitu Polio, Chicken Pox, Hepatitis A, Rabies, Smallpox. 

Proses pengguguran bayi sudah tidak dilakukan kerana sel sel janin tersebut disimpan dan dibiakkan di dalam makmal. Walaubagaimanapun, tidak semua vaksin menggunakan sel janin bayi. Kajian lanjutan telah dijalankan di mana ada vaksin yang dihasilkan menggunakan sel dari buah pinggang monyet atau embryo ayam. Vaksin tersebut terdapat dalam pasaran biarpun ia tidak sebagus vaksin yang dihasilkan dari kuman yang dibiak mengguna sel manusia.

Sehingga hari ini, pelbagai kajian lanjutan dijalankan untuk mencari kaedah baru untuk membina vaksin yang jauh lebih selamat, bersih dan halal. Namun, ia tidak menjatuhkan hukuman haram untuk umat islam menggunakan vaksin seperti mana yang dijelaskan majoriti ulamak dunia

KEBAIKAN MAKANAN YANG ADA DIBERITAKAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH
Aku menghirup nafas. Detak jantung ku sudah normal. Aku sudah menguasai diri ku sepenuhnya. Ada riak gembira di wajah ku tatkala membaca bait terakhir mimpi mu,
“Hurm, bagus tu. Abang ni berpendidikan barat. Tapi tetap nak ikut Sunnah. Abang setuju.” Balasku dengan penuh ikhlas, tiada niat untuk membodek golongan anti vaksin [7]
Aku harap pernyataan mu jujur. Jika kita telusuri literature berkaitan makanan ini, kita akan dapati bahawa ia miliki pelbagai manfaat farmakologi seperti antiviral, antibiotic, antifungal, antitumor, antiradang, bronkodilator dan lain sebagainya yang diperlukan dalam mengawal penyakit. Kita sebut saja madu. Penyelidikan dijalankan oleh Ayu Diah KP et al dalam Antibacterial Activity of Indonesian Local Honey Against Strains of P. Aeruginosa, S. Aureus and MRSA mendapati madu tempatan Indonesia (Baca: madu dari nusantara melayu kita) mempunyai kesan antibakteria terhadap kuman P. aeruginosa, MRSA, dan S.aureus. [8]

MAKANAN SUNNAH MAKANAN TERBAIK DALAM KONTEKSNYA

Makanan yang dianjurkan oleh Al Quran dan Hadis adalah antara makanan yang terbaik dunia tetapi tidak semestinya tanpa sebarang risiko. Penggunaan sesetengah bahan makanan dalam konteks yang salah adalah berbahaya.

Pemberian madu kepada bayi di bawah umur satu tahun contohnya meningkatkan risiko terkena penyakit yang dipanggil infant botulism, menyebabkan lumpuh dan meninggal dunia. Penggunaan madu secara berleluasa dalam pesakit kencing manis juga akan membuatkan kandungan gula dalam darah menjadi kucar kacir dan membawa risiko jangkitan maut.

Susu ibu seperti yang dipersetujui oleh majoriti penduduk dunia selari dengan ajaran Islam juga tidak terkecuali dengan bahaya. Sesetengah bayi mempunyai masalah allergik terhadap susu ibu dan ada yang boleh menyebabkan penyakit jaundis.

Ini belum lagi dikira dengan penggunaan Habbatus sawda secara rambang yang boleh menyebabkan kegagalan  buah pinggan.

Begitu juga rawatan menggunakan bawang putih juga tidak terkecuali dari risiko allergik yang melampau.

Islam itu agama yang syumul. Harus kita ingat bahawa Islam bukan semata-mata untuk bangsa Arab. Populasi Muslim di seluruh dunia terdiri daripada pelbagai bangsa dan tabiat pemakanan yang berbeza. Setiap lokasi geografi pasti mempunyai kaedah dan tabiat pemakanan berbeza. Adakah adil untuk kita mengambil kesemua budaya arab hanya kerana retorik mengikut sunnah?

Dan, seperti yang saya katakan tadi. Rawatan menggunakan kaedah semulajadi juga tidak terpelihara dari masalah dan komplikasi. Oleh itu, tidak wajar untuk mewar warkan kepada dunia mengatakan bahawa makanan semulajadi itu lebih baik berbanding pencegahan menggunakan vaksin.

Kekasihku Ayu,

Masa yang berbaki buat saya sedikit suntuk. Walaubagaimanapun saya berjanji untuk terus mengutus surat buatmu secara berkala andai terdapat kelapangan masa. Buat masa ini, Ini adalah utusan surat terakhir kerana aku mahu kau hadam sehabisnya dahulu isi suratku ini. Aku akan kembali lagi suatu hari nanti demi untuk membuktikan cintaku padamu.

Semoga, warkah kali ini dapat menjawab sedikit sebanyak persoalanmu. Dan semoga aku diberi kekuatan untuk menulis surat yang lain. Aku berjanji akan kembali dengan penilaian yang lebih kritis dan mendalam selepas ini.

Sebelum berlalu pergi, sama-sama kita menadah tangan dan berdoa pada Allah S.WT ga dibuka pintu hidayah untuk menerima kebenaran. Semoga engkau tidak merajuk atau terkilan dengan teguran dari suratku. 

Akhir kata, aku mohon dan merayu agar kau menggugurkan status mu sebagai doktor palsu agar kau tidak terus menerus menimbul kekacauan dalam kalangan masyarakat. Lantas menimbulkan fitnah terhadap profesi kedoktoran. Aku tidak dapat menjamin bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa-doa sahabat doktorku yang meminta agar kau ditimpa ujian di atas perbuatanmu ini. Tapi bagiku, cukup lah aku berdoa agar kau diberi kesedaran dalam menuju penghujung Ramadhan ini.


Semoga Ramadhan mentarbiyyahkan kita,

Dr.Jacknaim




[i][i] Dr. Maszlee Malik, "Menuju Sejahtera Meraih Bahagia", Alaf 21
[ii] dr. Raehanul Bahraen, "Benarkah Tahnik Termasuk Imunisasi Islami?" 7 Disember 2012,
https://muslim.or.id/10863-benarkah-tahnik-termasuk-imunisasi-islami.html
[iii] Rujuk dr. Raehanul Bahraen
[iv] Suhaimi Saad, 28/6/16, 2.13  am
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=508724825998827&set=a.138266559711324.1073741828.100005839421151&type=3&theater
[v] Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali ke 37, 23 Mac 1995
[vi] Ijtima Ulama Komisi Fatwa MUI III, 24-25 Januari 2009
[vii] Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Grand Imam of Al-Azhar
[viii] Sheikh Yusuf al-Qaradawi, The Lawful and the Prohibited In Islam, al Falah Foundation
[ix] Muhammad bin Ibraaheem bin Abdul-Lateef Aal-ish-Sheikh, 4.6.1383 AH
[x] Abd ar-Rahman ibn Nasir as-Sa'di, Rabi'-ul-Awwal, 1376 AH
[xi] Abdul Azeez bin Abdullah bin Baaz
[xii] The International Islamic Conference to Combat Intoxicating Substances and Drugs, Held in Al-Medina al-munawarah, 27-30 Jumada Al-Ula 1402 AH (22-25 March 1982)
[xiii] Dr M.H. Khayat, Islamic Ruling on Smoking Second Edition,World Health Organization, 2000.
[xiv] http://www.who.int/immunization_standards/vaccine_quality/englishtranslation.pdf?ua=1
[xv] Dr Muhamad Na’im Bin Ab Razak adalah alumni Friendly Comparative Religion (FCR) yang menamatkan kursus perbandingan agama di bawah kelolaan Islamic Information and Services Foundation. Beliau menggarap ilmu daripada Bro Shahkirit Kalkulal Govidji, Lim Jooi Soon, Engku Fauzi dan Ustaz Mohd Amin Yaacob. Selain itu, beliau turut mengikuti kursus Train the Trainers Course in Islam oleh Sheikh Nuruddeen Lemu dan Bashir Mundi dari Dawah Institute of Nigeria, Sheikh Yusuf Estes dan Dr Zakir Naik.
[xvi] Muhammad Saifudin Hakim, "Pencucian Benda Yang Terkena Babi, Harus Dengan Tanah?", 9 March 2016, Accessed on 1/7/16 at 4.30 am
Sumber: https://muslim.or.id/27647-pencucian-benda-yang-terkena-babi-harus-dengan-tanah.html            
[xvii] HR. Muslim no. 279
[xviii] Muhammad Saifudin Hakim, "Hukum Vaksinasi Polio (1) : Prosesnya Bersinggungan Dengan Bahan Dari Babi?", Access on 1.7.16, 2.39 a.m
https://muslim.or.id/27615-hukum-vaksinasi-polio-1-prosesnya-bersinggungan-dengan-bahan-dari-babi.html
[xix] QS. Al An’aam: 145
[xx] Kholid Syamhudi, Lc, "Pengharaman Babi" 16 December 2008, Accessed on 1/7/2016 at 4.00 am
Sumber: https://muslim.or.id/461-babi-haram.html
[xxi] Nurdeng, D."Review Article Lawful and unlawful foods in Islamic law focus on Islamic medical and ethical aspects", International Food Research Journal 16: 469-478 (2009)
[xxii] Shaykh Muhammad Ibn Saalih al Uthaymeen, "Differences of Opinion Amongst the Scholars: Their causes and our position towards them", translated by Abu Safwan Ibn Abdulwahid Ibn Haibatan, 2007, Al Hidaayah Publishing and Distribution Ltd.
[xxiii] Ibid. Muhammad Saifudin Hakim.
[xxiv] http://www.immunize.org/concerns/porcine.pdf
[xxv] Joseph G. Victoria, Chunlin Wang, Morris S. Jones et al, "Viral Nucleic Acids in Live-attenuated vaccines: Detection of Minority Variants and an Adventitious Virus", Journal of Virology, J. Virol. June 2010 vol. 84 no. 12 6033-6040.
[xxvi] Committee for Medicinal Product for Human Use, "Guideline on the use of porcine trypsin used in the manufacture of human biological medicinal products", European Medicines Agency, 20 February 2014
[xxvii] I. Tischer, L. Bode, J. Apodaca et al, "Presence of antibodies reacting with porcine circovirus in sera of humans, mice, and cattle", Archives of Virology
August 1995, Volume 140, Issue 8, pp 1427-1439
[xxviii] G C Dulac and A Afshar, "Porcine circovirus antigens in PK-15 cell line (ATCC CCL-33) and evidence of antibodies to circovirus in Canadian pigs."Can J Vet Res. 1989 Oct; 53(4): 431–433.
[xxix] G.M Allan, S. Kennedy, F McNeilly et al, "Experimental Reproduction of Severe Wasting Disease by Co-infection of Pigs with Porcine Circovirus and Porcine Parvovirus", Journal of Comparative Pathology, Volume 121, Issue 1, July 1999, Pages 1-11
[xxx] Kim Hattermann, Claudia Roedner, Cornelia Schmitt, et al, "Infection studies on human cell lines with porcine circovirus type 1 and porcine circovirus type 2", Xenotransplantation, Volume 11, Issue 3, pages 284–294, May 2004
[xxxi] Annette Mankertz, "Molecular biology of Porcine circovirus: analyses of gene expression and viral replication", Veterinary Microbiology, Volume 98 Issue 2, 4 February 2004
[xxxii] Gabriel Arteaga-Troncoso, Fernando Guerra- Infante et al, "Ultrastructural alterations in human blood leukocytes induced by porcine circovirus type 1 infection", Xenotransplantation, Volume 12, Issue 6, Version of Record online: 4 OCT 2005
[xxxiii] M. Fenaux, T. Opriessnig, P. G. Halbur et al, A Chimeric Porcine Circovirus (PCV) with the Immunogenic Capsid Gene of the Pathogenic PCV Type 2 (PCV2) Cloned into the Genomic Backbone of the Nonpathogenic PCV1 Induces Protective Immunity against PCV2 Infection in Pigs", Journal of Virology, June 2014, vol 78 No 12.
[xxxiv] Gordon M. Allan, John A. Ellis, "Porcine circoviruses: a review," J Vet Diagn Invest 12:3–14 (2000)
[xxxv] WHO, "Questions and answers relating to finding of porcine circoviruses in rotavirus vaccines", 3 June 2010. http://www.who.int/immunization_standards/vaccine_quality/PCV1_Q_and_As_rotavirus_vaccines_3Jun10.pdf
[xxxvi] Roger Price, "Why Vaccinations are Kosher and Required" July 23, 2014. Accessed online on 1/7/2016 on 5.30 am
http://www.jewishjournal.com/judaismandscience/item/why_vaccinations_are_kosher_and_required
[xxxvii] Barskey AE, Schulte C, Rosen JB et al, "Mumps outbreak in Orthodox Jewish communities in the United States." N Engl J Med. 2012 Nov;367(18):1704-13
[xxxviii] Eric Brown, "Measles Rates Triple In 2013 Due To Unvaccinated Communities", 12/7/13, Accessed online on 1/7/2016 at 5.40 am.
http://www.ibtimes.com/measles-rates-triple-2013-due-unvaccinated-communities-1499318
[xxxix] Rabbi David Samson, "Are Vaccinations Kosher? Accessed on 1/7/2016 at 5.49 am. "http://www.yeshiva.co/ask/?id=10
[xl] Rabbi Abraham Adler, "Re: Porcine and other animal derived ingredients in non oral medication", 31 July 2003
[xli] By Rabbi Yehuda Brodie, "Why the Fluenz vaccine is not treif", October 10, 2013. Accessed on 1/7/2016 at 5.52 AM
http://www.thejc.com/comment-and-debate/analysis/112252/why-fluenz-vaccine-not-treif
[xlii] Rabbi Louis Jacobs, "Nahman of Bratslav", The Jewish Religion: A Companion 1st Edition, Oxford University Press, 1995
[xliii] Rabbi Joseph H. Prouser, "Compulsory Immunization in Jewish Day Schools", HM 427:8.2005
[xliv] Dorit Rubinstein Reiss, "Thou Shalt Not Take the Name of the Lord Thy God in Vain: Use and Abuse of Religious Exemptions from School Immunization Requirements", Hasting Law Journal, Vol 65:1551, 2014
[xlv] Ibid, rujuk artikel tulisan Dorit Rubinstein Reiss.
[xlvi] Ibid, rujuk artikel tulisan Dorit Rubinstein Reiss.
[xlvii] Daniel P. Maher, "Vaccines, Abortion,and Moral Coherence" The National Catholic Bioethics Quarterly", Spiring 2002
[xlviii] Pontifical Academy For Life, "MORAL REFLECTIONS ON VACCINES PREPARED FROM CELLS DERIVED FROM ABORTED HUMAN FOETUSES" http://www.immunize.org/concerns/vaticandocument.htm#top
Salinan asli boleh diperolehi daripada "Medicina e Morale", edited by the Centra di Bioetica della Universita Cattolica dan disimpan di Rome.
[xlix] ibid
[l] Fatwa MUI No. 16 tahun 2005
[li] Organisation of Islamic Cooperation International Islamic Fiqh Academy", Second Declaration of the International Islamic Fiqh Academy (IIFA) on the Obligatory Nature of Polio Vaccination,
http://www.polioeradication.org/portals/0/document/media/newsstories/20130514_islamicfiqh_fatwa_eng.pdf
[lii] Fatwa from the Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa (Legal Islamic Verdict on Polio Vaccination) by His Imminence (Late) Sk. Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz, Grand Mufti of Saudi Arabia & President Committee of Muslim Scholars and Office of Academic Research and IFTA, 2008.