BAB 13 (a) MENJAWAB SURAT CINTA KE 12 JACKNAIM



1. Ayu jawab dulu surat sahabat doktor ini memandangkan beliau seperti cacing kepanasan kerana Ayu seperti mengabaikan isi surat-surat cintanya. Ayu pernah lihat kura-kura jantan yang kesunyian dalam kolam sekolah bertahun-tahun. Akhirnya, habis semua ikan-ikan dalam kolam itu dibunuhnya tanpa sebab lapar maupun dahaga.


2. Beliau sekali lagi mengangkat data-data statistik dari second rate research mengatakan vaksin berjaya menghapuskan penyakit smallpox dari dunia dan berjaya mengawal penyakit measles, pertusis dan lain-lain. Bahkan tahun 1979, WHO dengan bangganya mendeklarasi pembasmian smallpox tersebut


3. Ayu Raudhah mendapati smallpox belum berjaya dibasmi dari dunia kerana pada tahun 2002 - 2005, WHO mengumumkan kepada negara anggota supaya mengadakan stok vaksin smallpox atas alasan ancaman bioterorisme (senjata biologi)


4. Padahal virus smallpox hanya disimpan di 2 makmal sahaja iaitu (Amerika dan Rusia). Pengganas mana lagi yang mampu sebar virus kalau bukan penyimpan virus itu sendiri? Mereka sebar virus, lalu mereka menjaja vaksinnya. Sama macam dalam filem Jadoo lakonan hero idola Ayu, Hritik Roshan


5. Kesimpulan: Smallpox hilang dari dunia bukan kerana kejayaan vaksin. Tapi kejayaan dunia memerangi bioterorisme. Pola penurunan kes measles, pertusis, polio dll itu bermula dari tahun 1920 lagi atas banyak faktor. Kalau kita belajar metodologi penyelidikan, kajian tinjauan (observational studies: cohort, cross sectional, case control etc) tidak mampu memberikan jawapan secara pasti hubungan sebab dan akibat (causal relationship) penyakit kerana data dan kesan diambil pada masa yang bersamaan. Metodologi yang salah menghasilkan interpretasi yang salah juga.


6. Kemudian, beliau sendiri mengangkat paper yang bahas kesan sampingan buruk vaksin. Alhamdulillah. Beliau mengakui nya dan sudah menjawabnya sendiri. Ayu suka sangat.


"Ingat apa yang saya katakan sebelum ini? (sesetengah kecacatan genetik tidak kelihatan tanpa ada provokasi) Dan ya, dalam kes ini, pemberian vaksin merangsang kejadian tersebut", Jacknaim


7. Tapi beliau melakukan kesalahan yang fatal apabila mengkritik madu sebagai penyebab penyakit botulism pada bayi bawah umur 1 tahun. Serangan membuta tuli atas madu ini dibuat berdasarkan tiga (3) kertas iaitu:


a. Abdulla, C O et al, “Infant Botulism Following Honey Ingestion",


Penyelidikan ini lebih worse dari penyelidikan Wakefield. Saya tak tahu bagaimana beliau boleh angkat paper yang menjadikan 1 case report sebagai hujah "Madu menyebabkan botulism pada bayi bawah umur 1 tahun". Padahal beliau mati-matian kritik paper Wakefield atas alasan saiz sample yang kecil pada surat yang lepas.


b. King LA, et al, "Infant botulism in France"


Membaca abstract nya saja kita sudah boleh buat kesimpulan bahawa ia ini tidak menyatakan secara langsung hubungan sebab akibat antara madu dengan C. Botulinum. Saya tidak tahu mengapa beliau memberikan rujukan ini. Apakah kerana desakan cinta sucinya? Apakah kerana hendak cepat tarik kesimpulan? Atau supaya kelihatan ilmiah?


c. Cox N, "Infant botulism" (1991-2009)


Laporan ini juga tidak menunjukkan hubungan sebab dan akibat. Juga tidak menyatakan sample madu dari mana diambil. Apa yang saya faham, risiko masuknya spora C. Botulinum pada madu sama dengan risiko pada bahan makanan dari alam seperti susu ibu, susu lembu, susu bayi atau makanan dalam tin, pisang, dan lain-lain


Kajian yang dibuat di Barat itu telah dibuktikan kepalsuannya oleh kumpulan doktor dari Al Khafji National Hospital Saudi Arabia yang menyelidiki lebih dari 220 contoh Madu dari pelbagai negara dan wawancara dengan keluarga dari lebih 1500 bayi yang diberi minum Madu sejak lahir.


Hasil penyelidikan ini membuktikan tidak ada satupun Madu yang tercemar Clostridium Botulinum dan tidak ada satupun bayi yang menderita botulism kerana Madu


Sahabat ku Jacknaim, ingat ini.. Selamanya kajian akal tidak akan mampu menandingi khabar dari Al-Quran dan Hadith autentik!


8. Beliau juga menyatakan penggunaan habbatussauda secara berlebihan akan memberikan kesan sampingan. Saya kira kita semua setuju. Minum air 1 galon pun boleh mati. Tidak ada pertembungan idea disini. Makan panadol 4 gram (4000 mg) per hari pun boleh menyebabkan kerosakan hati.


Tambahan: Ayu curiga Jacknaim mengangkat isu keburukan Madu dan habbatussauda ini sebenarnya mahu menimbulkan keraguan pada masyarakat awam atas Thib Nabawi dan berniat jahat menghancurkan argumentasi para pengamal Thib Nabawi. Maafkan ayu kalau salah. Padahal Ayu kan dah bahas dalam surat 3 bahawa Thib Nabawi itu dapat mengisi 'kelompongan' yang wujud pada perubatan standard


9. Bahagian terakhir, Jacknaim bahas masalah posting dalam Anti-Pseudoscience Watch mengenai Autism yang ditulis dalam vaccine insert Tripedia.


Nampak gayanya sahabat sudah terperangkap. Sebenarnya, vaksin Tripedia itu telah pun di ditarik balik kerana laporan kesan sampingan yang diterima. Bahkan Malaysia sendiri tidak menggunakan vaksin itu. Penarikan vaksin ini dari pasaran pada tahun 1998 membatalkan seluruh hujah saudara yang berhempas pulas mempertahankan Tripedia. Masalahnya adalah vaksin 5 in 1 seperti Pentacel dan Pentaxim mengandungi bahan yang sama bahkan lebih banyak lagi dari bahan dalam Tripedia.


Beginilah lingkaran syaitan dalam dunia perniagaan vaksin. Manusia jadi tikus percubaan. Lepas satu jenama ditarik, muncul lagi jenama lain. Sama mcm Thimerosal. Sebelum tahun 2000 ia dipakai bebas. Selepas itu, ia ditarik. Tapi dalam flu vaccine masih ada Thimerosal. Puncanya apa?


Masalah metodologi yang rapuh. Harap awak jelas


-------------------------------------
Rujukan:

[1] http://vaccinetruthjacknaim.blogspot.my/…/bab-12-aefi-yang-…

[2] http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3448763/

[3] http://www.aafp.org/afp/2002/0401/p1388.html

[4] http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20724121

[5] http://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/00056589.htm


Comments
Muhamad Na'im Ab Razak Ayu Raudhah ni abang harap balik study betul2 la dulu maksud eradication tu ape... sy bagi masa smpai jam 12 malam untuk revise article ni. lepas tu consider final
Like · Reply · 2 · 6 hrs


Ayu Raudhah Dah posting tu kita final la.. hurm9
Like · Reply · 1 · 6 hrs


Ayu Raudhah Ayu tulis ni dlm masa 30 minit sahaja. Sibuk raya. Sori ek.
Like · Reply · 1 · 5 hrs




Muhamad Na'im Ab Razak Ni komen sahaja tau.. bukan jawapan.. saya just skim untuk cari your mistake je. nanti sy balas.
 

Saya suka analogi 1. TQVM.. i really like it. sweet. just what i need. perfect.
 

(2..3.4.5) --> Ok la point ni saya tolak sebab bila ayu tak faham definisi perbincangan, tak faham maksud maksudnya hujah sendirinya tertolak la sama macam fakta madu tertolak
 

6. Buktikan disepanjang perbincangan saya bermula dari prolog sampai la habis ayat bab 12 yang berjumlah hampir 280 pages bahawa saya berbicara tentang vaksin = tiada kesan sampingan. Sekali lagi tunjukkan kegagalan Ayu Raudhah memahami konteks diskusi
 

7. Baik. Alhamdulillah syukur. senang kerja saya deal dengan orang macam ayu ni..... Alhamdulillah bila kita tunjukkan balik apa yang digunakan, maka benda tu akan jawab balik apa yg x difahami.
 

Maksudnya Ayu sendiri dah setuju kajian sampel kecil macam wakefield dapat jatuhkan evidence tu sebagai tak diterima. hahaha
 

8.menunjukkan kekeliruan Ayu tentang ayat ayu sendiri "Sahabat ku Jacknaim, ingat ini.. Selamanya kajian akal tidak akan mampu menandingi khabar dari Al-Quran dan Hadith autentik!" sebab Ayu juga menggunakan akal dalam ayat point no 8
 

9. Terperangkap bukan bererti tidak boleh terlepas. Macam saya sayang ayu la.. kalau sayang x bole pegang kemas2 nanti tak bole bernafas. kena pandai lepas, tarik, lepas tarik
Like · Reply · 3 · 5 hrs



Ayu Raudhah fokus pada masalah metodologi. Kalau awak faham ini, insyaallah selesai lah seluruh permasalahan.




Muhamad Na'im Ab Razak ayu faham metodologi? ajar saya. saya nak belajar
Like · Reply · 1 · 4 hrs


Ayu Raudhah masuk public health balik ye


Muhamad Na'im Ab Razak tak.. ajar saya





Ayu Raudhah Awk berikan je ayu 1 experimental studies (RCT, double blind, placebo effect) mengkaji interaksi antara bahan-bahan dalam vaksin itu atas bayi. Sudah lebih dari cukup.

Tak perlu kot print screen folder dlm komputer awak. Lucunya.




Ayu Raudhah sederhanakan ilmu awak jacknaim. jangan terlalu complicated sampai semua studies awk nk angkat sebagai hujah.



Muhamad Na'im Ab Razak baik.. bagitau saya macam mana prosedur untuk buat RCT,double blind, placebo effect untuk vaksin?
Like · Reply · 1 · 4 hrs



Ayu Raudhah Yes. semakin cerdik abam kita. Pernah lihat drugs interaction dalam vaccine insert tak? Atau kajian eksperimen yg mereka tulis? bagi contoh kat ayu. Nanti kita bahas. Malam dah ni. ngantuk



Muhamad Na'im Ab Razak tak tahu. minta ayu ajar. saya nak rawat kebodohan saya
Like · Reply · 1 · 3 hrs


Ayu Raudhah awk selalu menjebak. mcm tak ikhlas



Muhamad Na'im Ab Razak aik kenapa menghukum. salahkah bertanya


Muhamad Na'im Ab Razak mesti ayu lagi sayang saya kan berbanding ramai2 lagi dr lelaki yg tengah mengayat awak sekarang kan..so please jawab la pertanyaan saya
Like · Reply · 1 · 3 hrs


Ayu Raudhah dah biasa kena soalnya




Ayu Raudhah Hm. Ayu cuba explain walaupun dah tahu nanti awak akan jebak komen Ayu masuk dalam surat awak ke depan.
 

Contoh: ubat sodium diclofenac. Ada tak kajian eksperimen dibuat utk evaluasi efficacy dan safety pada masalah Acute Uncomplicated Ankle Sprain? Jawapannya, ada. Telah dibentuk 1 kelompok sakit dan 1 kelompok kontrol placebo. Perubahan respon dicatat dan dinilai sama ada signifikan atau pun tidak.

Kalau vaksin Pentacel? Mana kajian eksperimennya? Yang beribu-ribu sample itu adalah kajian drugs interaction antara vaksin ini dengan vaksin itu. Mana kelompok palcebo? Lepas jual vaksin, cover pakai kajian tinjauan (yang berjibun paper awak bagi tu kajian tinjauan lah)

Ape ni? Bila ada report berkaitan Autism atau penyakit lain yang berat hantar ke FDA, vaksin ditarik. Tukar jenama lain, modified sikit, jual lagi.

Ini masalah metodologi. Dapat ke ni awak?


Ayu Raudhah Mesti nanti timbul persoalan kat kepala awak. Kalau betul ape yang ayu cakap, kenapa ia dilaksanakan? takkan para pakar tak tahu perkara ini?

Jawapan: Perlaksanaan vaksin tanpa argumentasi penyelidikan yang kuat ini Ayu namakan sebagai Farmakopolitik dan Farmakoekonomik.

Bukan farmakologi secara umum yang kita pelajari
Like · Reply · 1 hr







Nota Kaki

Ayu Raudhah, https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=151457871941898&id=100012330575497&comment_id=151534245267594&reply_comment_id=151614511926234&ref=notif&notif_t=mentions_comment&notif_id=1467989031893125