MISTERI PENINGKATAN KES AUTISM



Siapa yang perasan ada dalam kalangan anak-anak kita, kawan-kawan , keluarga, jiran atau diri kita sendiri sedikit atau terlebih pelik? Kadang-kadang kita panggil 'sot' atau ‘wayar tak betul”?

Maksudnya, dia tak sama dengan apa yang kita harapkan. Sebab, kebanyakan kita ada persamaan dari segi naluri atau gerak rasa dan ia menyebabkan kita senang bergaul dengan masyarakat

Tapi mereka ni berbeza sikit. kadang kadang kita panggil mereka lurus bendul, kadang-kadang kita cakap mereka ni kurang sensitif, kadang-kadang kita cakap mereka kaki gaduh, pendiam, tak suka bersosial dan macam-macam label la.

Kawan-kawan. Benda ni memang wujud dalam kalangan kita semua sejak dari dulu lagi. Malah ada dalam kalangan kita yang ada ciri ciri ni. Kita kena faham bahawa perkembangan kita ni diukur dari banyak aspek;  Fizikal, motor, kognitif, komunikasi/bahasa, dan sosial/emosi.

Ini dapat menentukan macam mana keadaan kita seperti tinggi, berat, tabiat, gaya hidup, cara bergaul dengan orang, penyelesaian masalah, berkomunikasi, penerimaan kepercayaan dan agama, menangani stress dan sebagainya. 

Tapi bila ada sedikit masalah dengan komponen ni, maka akan hasilkan manusia yang sedikit pelik. Ada yang pelik ni super genius, hebat gila. A-student. Tapi ada yang langsung tak pandai membaca, tak pandai menulis, dan tak pandai bercakap satu ayat pun.

Tapi kita sebagai orang normal, penyayang dan baik maka kita terima mereka tanpa syarat. Ada masa kita bengang dan merajuk dengan perangai mereka tapi kita masih boleh terima. Sebab kita ada common sense.

Tapi ada sesetengah dari kita menjadi pembuli. Pinggir mereka, pukul mereka, tak mahu berkawan dengan mereka atau pulaukan secara besar-besaran. Lama kelamaan, kita kelompokkan mereka sebagai ‘lain dari kita’.  Dan lama-lama kita cuma nak berkawan sesama yang normal sahaja lalu mereka yang tidak normal terus dipinggirkan.

Tak da kawan, takda peluang belajar, tak diberi kerja dan tak diberi hak dan keadilan sosial. Benda ni ambil masa beratus ribu tahun untuk jadi macam ni. Ada yang kata evolusi dan macam-macam la. Tapi sebenarnya, ia disebabkan sifat kita yang suka membuat klasifikasi.

Akibat ketidak adilan ini, akhirnya ada golongan cerdik pandai yang cuba menjelaskan keadaan ini. Berdasarkan pemerhatian, mereka mula membuat kategori bagi menilai persamaan dan perbezaan. Semakin lama, sistem ini semakin berkembang dan menjadi spesifik. Jadi dari yang tidak normal ni; ada yang sebab gila, terencat akal, cacat atau lembab perkembangan mereka. Kemudian kita luaskan atau kecilkan pencirian kita sampai lah lama-lama ada satu sistem pengkelasan. Benda ni kita panggil proses sains.

Dari situ kita mula berfikir tentang proses penyelesaian masalah. Tapi sebelum nak selesaikan, kita kena tahu apa masalah tu dulu. Lalu kita pun buat lah andaian secara rambang bahawa itu dan ini menyebabkan masalah dan kita cuba untuk selesaikan. Perasan tak siapa yang banyak buat benda ni? Lelaki! Sebab cara lelaki berfikir adalah untuk menyelesaikan masalah sementara perempuan pula terlampau bijak. Cuma tak tahu bijak yang mana akan menampakkan mereka bijak di depan masyarakat.

Lepas tu bila kita tengok hasil penyelesaian masalah kita hasilkan keputusan yang berlainan maka kita fikir lagi macam mana nak selesaikan. Melalui kaedah cuba jaya secara berterusan maka kita cuba untuk kenal pasti masalah dan buat klasifikasi dan kaedah rawatan baru. 

Tiba-tiba kita jadi panik sebab kita dapati bahawa yang asing atau pelik ni macam dah nak makin banyak dari yang normal. Lalu kita buat macam-macam teori dan andaian dan kita baiki dan baiki lagi sampailah ada yang terbukti berkesan.

Tuan-tuan dan puan-puan. Inilah kaedah sains! Dan kaedah inilah yang menyebabkan tiba-tiba muncul istilah autism dan menimbulkan huru hara kepada masyarakat. 

Graf Peningkatan Kes Autism yang diplot kesan extrapolasi screening tool oleh CDC. Graf ini boleh diterjemahkan kesan daripada modifikasi sistem pengkelasan autism dan juga ubah suai soalan saringan mengesan autism.

Oleh yang demikian kita dapati bahawa sebelum tahun 1975, TIDAK ADA langsung pesakit autism. Yang ada cuma terencat akal, skizofrenia dan masalah saraf yang mempunyai ciri autistik. (antara ciri autistik boleh dikesan melalui cerpen dalam bab seterusnya).

Apabila sistem pengkelasan ini mengalami ubah suai, maka kita dapati bahawa graf pesakit yang didiagnos sebagai terencat akal atau skizofrenia menurun dengan begitu mendadak sekali.

Apabila sistem pengkelasan mula berfungsi sedangkan ahli sains masih lagi belum mempunyai satu resolusi tepat berhubung masalah ini, maka ia menimbulkan semakin banyak kekeliruan dan tanda tanya. Semua orang tiba-tiba berlumba untuk jadi pandai dan membuktikan teori mereka yang membawa kepada misteri peningkatan mendadak kes autism ini. Bukan hanya vaksin yang dipersalahkan tetapi hampir semua teknologi atau semulajadi.



 
Akhirnya manusia buat kajian untuk tengok betul ke ini disebabkan vaksin, thiomersal, mecury, pencemaran udara, glyphosate genetically modified food dan sebagainya? Dan melalui kajian itu, semua tunjuk tak da kaitan. Kita jadi makin panik sebab kita tak tahu macam mana nak baiki benda yang kita tak tahu puncanya. Tuan-puan sekalian, ini terjadi sebab kita sedang melalui fasa pembangunan ilmu yang belum lagi diteguhkan kebenaran sainsnya- Not Established Science!

Jadi kita buat pelbagai jenis ujian untuk cuba mencegah mereka jadi lebih pelik. Maka keluarlah ujian itu dan ini. Benda ni kita panggil screening tool. Dan screening ni, kita nak cari seberapa banyak manusia yang berpotensi jadi tak normal supaya kita dapat halang dan bantu mereka jadi normal balik. Tapi, orang awam akan jadi panik,

Sebab tu keluar data 1 dari 45 orang kanak-kanak akan dapat autism pada tahun 2015. Tak! Bukan macam tu. Itu adalah hasil kajian melalui temu ramah untuk tengok kemungkinan tentang autism. Soalan yang ditanya kepada ibu-bapa bersifat terlalu umum bahkan lebih meluas berbanding sebelum ni. Tak boleh nak beza betul atau tak itu autism. Cerebral palsy atau kecederaan semasa kelahiran yang membawa kecacatan turut difahami secara salah oleh ibu bapa sebagai autism. Tapi masyarakat yang tak faham disiplin ilmu perubatan tentang kaedah saringan ini akan mula melatah lagi dan lagi. Sedangkan kajian demi kajian dibuat untuk menunjukkan tuduhan itu tak berasas.

Dan kita kena tahu macam mana data screening ini dapat bacaan tersebut. Banyak faktor selain yang dinyatakan diatas seperti banyaknya sekolah pendidikan khas dalam kawasan yang dijalankan saringan tersebut. Data tersebut juga termasuk kanak-kanak yang pernah menerima satu diagnosis autism atau masalah menyerupai autism seperti akibat faktor pemakanan.

Akhirnya, makin lama makin banyak yang jadi masalah. Hingga ada yang normal pun di kata tak normal. Maka dari kaedah saringan yang menyebabkan kita dapat ramainya populasi yang disyaki tak normal ni, maka kita buat lagi kaedah saringan untuk pilih yang betul-betul tak normal. Maksudnya spesifik kepada yang tak normal itu. Tapi benda ni orang awam tak kan faham maka akan terus timbulkan huru hara. Sebabnya mereka salah tafsir kaedah ilmu sains yang diguna pakai oleh saintis. Sebab orang awam tak belajar disiplin ilmu ini.

Sebab tu makin banyak graf itu dan ini pasal autism. Masing-masing cuba cari benda untuk yang bermasalah ini berdasarkan definisi dan pengkelasan yang kita buat. Cara ini memang bagus lah sebab kita boleh rangka macam-macam pelan penambah baikan.

Tapi perbezaan hingga menyebabkan ketidakadilan sosial itu akan menyebabkan kehancuran. Maka sebab tu kalau kita perhatikan, ada hikmahnya Allah jadikan Islam dengan tidak membezakan seseorang hamba dari segi rupa kulit, fizikal dan bangsa.Maka kita lihat bahawa masalah ni tak kan timbul kalau kita tak buat kategori tersebut dan jalani kehidupan seadanya.

Tapi lepas tu, ada pula sistem pengkelasan lain timbul. Contohnya Islam sendiri. Walaupun semua orang sama taraf tapi ada satu kriteria lagi yang timbul iaitu wujud juga sistem pengkelasan. Kali ni nak kelaskan siapa paling beriman atau bertakwa. Kenapa? Sebab memang manusia ni dah macam tu diciptakan. Otak dah berfikir untuk kelaskan itu dan ini. Jadi dah tahu benda ni tak kan dapat dielak, maka akhirnya TUHAN cakap yang menentukan siapa masuk syurga adalah DIA.

Jadi sekarang ni, saya yakin anda sudah faham kenapa isu autism ni diheboh-hebohkan dengan begitu meluas sekali. Dan anda pasti tahu kenapa sentimen ini akhirnya dimainkan dengan hebat sekali?

Maksudnya Tuan tuan dan Puan puan, benda ni dari dulu dah ada. Cuma cara kita berfikir dan pengkelasan kita yang membuatkan ia nampak baru terjadi. Dulu, kita menilai dan menerima seadanya. Tapi kini, kita mengejar kesempurnaan dan buat sifat zuhud untuk kita terima seadanya dah hilang. 

Jadi Tuan Puan sekalian, ketahuilah bahawa vaksin tak sebabkan autism. Dan ketauilah bahawa anak-anak yang autism juga boleh jadi sehampir normal yang mungkin kalau kita didik dan rawat mereka betul-betul. Jadi sama-sama kita ubah cara pemikiran kita dan sama-sama kita terima kebenaran ini.