MAKSUD DISEBALIK CERPEN KEMBANG SEPATU MEKAR BERSAMA KESUNYIAN CUORA AMBOINENSIS JANTAN



Tema: Asperger syndrome dan aras intelektual golongan ini.

Latar: Berlatarkan bandaraya Jakarta, Sungai Ciliwung, Universitas Indonesia Jakarta dan tasik besar berdekatan UIJ. Kenapa Jakarta dipilih? Kerana ia antara tempat yang memaparkan delusi kebangkitan perubatan At Tibb An Nabawi. Indonesia sering dibangga oleh golongan anti vaksin sebagai tidak mengamalkan vaksinasi dan tiada wabak penyakit berjangkit. Ia adalah kenyataan palsu dan lemah.


Juga menunjukkan pertembungan antara delusi perubatan islam menentang perubatan barat.


Jika diteliti, terdapat kebangkitan golongan salafi di Indonesia yang memperjuangkan perubatan islam sebenar termasuklah vaksinasi.


Gemeente Batavia menggambarkan simbolik kewujudan dua zaman berbeza iaitu Era sebelum diagnosis Asperger/Autism dan zaman moden.


Hakikatnya di Indonesia , Populasi yang cukup besar, kemampuan kerajaan menyediakan vaksin percuma kepada masy terhad. Benarkah tiada endemik? Ada tetapi sistem pengumpulan data dan notifikasi penyakit berjangkit di sana masih di tahap yang lemah.


Bukti? boleh rujuk prevalance dan risk burden of tuberculosis di Indonesia.

Penceritaan: melalui dua sudut pandang. Pertama melalui watak gadis Asperger Syndrome. Ia menggambarkan pandangan berbeza dan terhad pesakit Ssperger Syndrome. Apa yang mereka nampak dan fikir tidak semestinya benar tetapi terhad disebabkan hidup dalam alam sendiri.
Contoh; pemerhatian terhadap kura2 katup jantan makan ikan sedangkan diet utama adalah herbivor. Proses berfikir membuat dia yakin bahawa kura-kura itu menghabiskan ikan di kolam dan makan tanpa sebarang sebab. Hakikatnya, watak aku menunjukkan apa sebenarnya yg terjadi mengikut perspektif sebenar. Bahawa si gadis Asperger hidup dalam bayangan dan mimpi mereka sendiri. Mereka sangka bahawa kura-kura menghabiskan ikan di kolam. Padahal ia hasil dari kesalahan fikiran mereka.

Nilai; Asperger atau autism bukan penyakit baru tapi sudah lama wujud. Bahkan, sesetangah dari mereka genius. Ada yang boleh jadi doktor dan sebagainya. Cuma masalah mereka yang sukar berkomunikasi dan bersosial menyebabkan tidak ramai yang mampu survive. Apabila pengkategorian diwujudkan, mereka digambarkan sebagai seolah-olah  cacat dan timbulkan persepsi negatif.

Maka tidak hairan, jumlah diagnosis autism meningkat dengan adanya sistem klasifikasi penyakit dan meningkat hampir 4 kali ganda selepas pengenalan DSM IV criteria pada tahun 1993.

Ciri-ciri Asperger yang dipaparkan melalui cerpen ini termasuklah; repetitive activity pesakit asperger/autism.. Perbuatan memetik bunga raya berulang kali dan dibuang ke dalam sungai, menggengam dan melepas tangan, memerhati kura2 secara berterusan.

Kurang kemahiran sosial; masuk ke dalam teksi tanpa ada nilai yang diterima masyarakat normal.

Masalah komunikasi seperti watak aku dan si gadis kerap berjumpa dalam tempoh beberapa tahun tetapi tidak membuat mereka membina hubungan intim atau persahabatan. Antara masalah utama Asperger/ Autism!

Nilai IQ yang tinggi. Digambarkan melalui watak si gadis yang tetap berjaya menamatkan pengajian di bidang perubatan sekalipun menghidap Asperger syndrome. Ini diakui oleh surat oleh wakil General Medical Council yang membuat pemerhatian terdapat doktor yang menghidap Asperger syndrome. Data ini diterbitkan hanya selepas pengumuman WHO untuk menolak manipulasi dan tindakbalas terhadap mereka yang menghidap autism

Asperger Relapse (A.R) – watak bayangan Facebook; Ayu Raudhah berjuang untuk tolak vaksin. Sudut kiasan diguna disini. Maksudnya, kalau takda vaksin, takda autism. Dalam kontek sains sebenar, tidak ada relapse (atau terkawal) untuk Asperger. Tetapi, rawatan psikososial dan kaunseling dapat membantu mereka berfungsi dalam masyarakat.


Bagaimana cerpen ini ditulis: Kiasan kepada surat balas Ayu Raudhah yang menggunakan bahasa sindiran  “Kura-Kura Jantan kesunyian dan memakan ikan-ikan di kolam”