16.3 MENGHARAP REALITI YANG INDAH



"Our private plane is waiting doctor. Ready to depart any time"

Untung juga kalau jadi orang kaya. Shift pagi tadi, dapat pesakit kemalangan jalan raya. Ada calar calar di muka dan sedikit kecederaan pada mata. Terus rujukan antarabangsa dibuat tanpa menggunakan telefon hospital. Keluarga pesakit keluarkan telefon mereka dan dail siap-siap doktor di sana.

Pakar bedah plastik dan pakar bedah mata dah bersedia di Singapore. Saya Cuma bagi rawatan asas dan terus mereka terbang balik ke Singapore.

Tuan-puan, itu kuasa duit! Orang cakap, duit tak dapat beli segalanya. Tak Tuan, silap! Duit ada kuasa dan anda boleh buat apa sahaja dengan duit tersebut (dengan izin Allah)

Anda boleh dapat rawatan standard atau panggil mana-mana pakar swasta dan dapat rawatan yang lebih dari mencukupi.

Habis tu, orang miskin atau tak berkemampuan macam mana?

Kami di kementerian kesihatan Malaysia cuba sedaya upaya nak bantu anda semua. Peruntukan kesihatan kita tak banyak dan banyak benda kita kena cover termasuklah untuk latihan kepada staff dan persediaan menghadapi bencana. Selagi kerajaan kita mampu, selagi itu kita cuba bantu.

Ada yang kata hospital kerajaan tak berguna dan tak mampu buat apa-apa. Anda betul dan anda silap. Ada masanya, kami ada kekangan dalam memberi rawatan. Maka kami guna prinsip Maqasid Al Shariah dan Fiqh Awlawiyyat untuk nilai apa keutamaan yang kami boleh lakukan untuk beri yang sebaik mungkin. Itu pun tak sempurna.

Tak dinafi ada faktor limitasi menyebabkan ada juga kes dimana kami terlepas pandang. Sebabnya, bila kita cuba mengejar sempurna dalam keadaan kita belajar merangkak, semestinya banyak kali kita akan terjatuh. Manusia seperti kami pasti akan buat silap.

Lima tahun saya berada di Sabah, saya rasa yang saya lebih banyak menangis. Sebab saya rasa malu dengan diri sendiri. Saya tak kaya. Tapi syukur ada insurans, ada rumah, ada income yang stabil. Bila cuti, saya masih mampu melancong, menyelam skuba, berparti dengan kawan kawan. Tapi kegembiraan itu hanya defense mechanism untuk sembunyikan apa yang saya rasa.

Ramai antara kita bercakap pasal hak. Ini hak saya dan itu hak saya. Tapi ramai yang lupa akan tanggungjawab mereka juga. Tanggungjawab pada diri, masyarakat dan agama. Lantas kita jadi sangat selfish dan tak bertimbang rasa.

Lima tahun kerja, saya tak pernah rasa pandai atau rasa cukup ilmu di dada untuk jadi hebat. Saya hanya mampu belajar dan tambah ilmu di dada dari sehari ke sehari. Bila merawat, saya cuba bagi yang terbaik dan termampu.

Bila ada waktu lapang, kami pergi kawasan pedalaman. Bagi rawatan yang termampu. Atau buat pembedahan kecil berdasarkan kapasiti dan limitasi kami. Tapi, orang kita lebih cakna isu syria dan palestin. Sebab benda tu buat kita jadi famous.

Disekeliling kita, ramai yang tak cukup makan. Takda duit untuk dapatkan rawatan. Ada yang mati menjadi "bangkai". Tiada siapa peduli pun.

Cuma, mereka yang bersyukur pasti Allah tambahkan nikmat mereka. Hospital kecil tempat saya bertugas pun sama. Saya bekerja di bawah 3 orang ketua jabatan dan pakar. Saya pun sempat pangku jawatan tersebut beberapa bulan. Banyak penambah baikan yang ada.

Pertama kali saya jejak kaki disini, saya pun menyumpah seranah. Dulu saya di HUSM penuh dengan peralatan canggih, rawatan kelas antarabangsa dan ubat ubatan mahal. Disini, nak tengok filem MRI pun susah. Saya tanya diri saya, macam mana aku nak kerja di tempat macam ni?

Sehari demi sehari satu demi satu penambahbaikan berlaku. Orang awam mungkin tak faham betapa excited nya kami dapat biphasic defibrillator menggantikan monophasic zaman jepun. Dapat ventilator vella berbanding Parapac atau oxylog lama kami. Ujian darah yang sangat terhad itu dapat kami lakukan sekurang kurangnya bantu kami rawat pesakit daripada tembak dalam gelap.

Di negara maju dah bercakap pasal ECMO CPR (saya guna duit sendiri beribu ringgit nak belajar pasal ni) bercakap pasal PCI for cardiac arrest patient on mechanical CPR, bercakap pasal myoglobin/BNP sebagai future cardiac biomarker. Kami disini masih lagi tahap boleh ke nak cuba jaya streptokinase on cardiac arrest/ left mainstem occlusion, tergagau cari bajet untuk Trop I dan CKMB.

Ni belum masuk bab vaksin lagi. Yang kufur nikmat cakap vaksin tak perlu sebab dah tak darurat. Demand nak home delivery sebab UK dah buat. Sibuk nak fight doktor perempuan sahaja sambut isteri beranak sebab doktor lelaki nafsu tinggi.

Tak payah orang awam bising pun kami tahu benda ni dan perlahan-lahan tingkatkan perkhidmatan. Mana mampu layan, kami layan. Tapi tak payah la kau nak guna perkataan hak atau main sentimen agama kalau kau tak reti pun maksud amanah dan tanggungjawab.

Kawan saya pernah pesan. Jack, ko tak payah jawab panjang panjang orang macam ni. Kau cakap; "kotey hang!", "pukimak la ko!"

Saya boleh je jawab macam tu. Peduli apa. Bukannya saya tak pernah jadi jahat. Tapi selagi boleh berlembut, kita cuba didik perlahan lahan.

Ada juga beberapa orang yang pernah rasa saya jerit F-word, cekik leher baju. Beberapa pakar pun saya pernah maki dalam telefon. Peduli apa. Kalau mau langgar, aku langgar je! Darah muda mendidih dan amarah meruap-ruap. Fikir saya ketika itu, biar kita jadi kurang ajar demi untuk mendapatkan yang terbaik untuk pesakit.

Tapi, keganasan tak kan selesaikan apa-apa pun. Itu cara zaman kuno dan kita semua harus belajar jadi beradab.

Suatu hari nanti,

InshaALLAH all is well. Thing will get better. Our future will be bright.

Quarters Hospital Lahad Datu.
15 Julai 2016.