16.5 PERUBATAN ISLAM ITU PROGRESSIF DAN SELARI DENGAN ISLAM.




Kau bagitau abang sejak bila Doktor Moden tolak Makanan Quran dan Sunnah Nabi? Abang guna Madu Sidr dari Arab Saudi ni. Tiap Tiap pagi abang makan kurma 7 biji dengan satu sudu kecil madu. Kadang kadang abang tambah telur separuh masak untuk lebih kick lagi. Habbatus Sawda pun abang guna. Mintak zaitun lagi la dah lama abang gantikan minyak kelapa sawit
Tapi abang tak ada lah sampai tolak Vaksin atau kaedah perubatan moden. Bukan macam kau!
Amalkan sunnah pun nak kena ada hadis palsu dan menipu guna nama Nabi Muhammad. Bagi la ulamak seluruh dunia berkumpul kata vaksin Harus untuk mengelak darurat tapi tetap juga kau kata haram.
Dasar lebih pandai dari ulamak dan lebih bijak dari doktor.
Kau tengah beli minyak kelapa dara ke tu?
19 Julai 2016.