Kehadapan Ayu Raudhah yang dihormati dan
dikasihi Allah,
Ayu Raudhah shared Anti-Pseudoscience Watch's video.July 19 at 3:21pm ·Ayu tidak percaya Allah Swt memberikan penawar penyakit manusia dari bahan/perbuatan yang diharamkan-NyaAsas akidah muslimin..
Saya cuba untuk tidak berbahas isu berkaitan agama
kerana saya bukanlah mereka dari kalangan ahli. Saya juga tidak layak untuk
mengeluarkan hukum kerana saya bukan seorang yang siqah mengikut disiplin
keilmuan islam.
Akan tetapi, saya tidak pernah percaya bahawa
Allah sanggup membiarkan hambanya mati secara sia-sia dengan cara meletak
undang-undang karut marut.
Apabila terdapat keraguan terhadap satu-satu
perkara yang menyalahi prinsip asas kehidupan beragama maka saya akan cuba
mencari kebenaran di sebalik isu itu. Ternyata Islam memberikan solusi yang
cukup istimewa sekali lantas menjadikan ia sebagai satu agama yang sejagat.
Apa guna mempunyai agama sekiranya satu-satu agama
itu gagal menyediakan solusi untuk satu-satu masalah kehidupan.
Asas akidah umat Islam bukan berkisar kepada
memilih untuk berubat menggunakan benda haram atau madu. Asas akidah umat Islam
adalah berasaskan Tauhid. Ia dijelaskan dengan penuh mendalam dalam surah Al
Ikhlas.
Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah
adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan
tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatupun yang setara dengan Dia
Dalam hal perubatan, ia boleh menjadi isu akidah
dan ia juga boleh menjadi isu muammalat.
Kesalahan yang menyalahi dasar akidah bukan dari
aspek berubat dengan menggunakan benda haram tetapi apabila meletakkan diri
dalam keadaan mempercayai bahawa sesuatu bahan itu dapat menggantikan Allah
dalam memberi kesembuhan.
Berubat dengan benda halal juga boleh menyalahi
akidah andai meletak kepercayaan total terhadap sesuatu benda itu sebagai kuasa
penyembuh.
Hal yang sama terpakai dengan mentakwilkan kuasa
penyembuh kepada makhluk seperti Si Fulan bin Fulan telah menyembuhkan aku.
Yang menyembuh hanya Allah sedangkan manusia hanya mampu berusaha.
“Dan
apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku.” [QS Asy Syu’ara: 80]
Mentakwil satu kuasa mampu memberi kesembuhan
kepada kita adalah satu penyakit yang lebih serius dari penyakit yang dihadapi
seseorang muslim.
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin
rahimahullah pernah berbicara dengan ahli perubatan dan melontarkan kata-kata
bernas beliau, “Wahai saudara-saudaraku,
penyakit itu ada dua, yaitu penyakit hati, inilah penyakit maknawi dan yang kedua adalah penyakit jisim, inilah
penyakit hissi. Jenis pertama harus lebih utama diperhatikan dan ditangani karena
ia mengakibatkan kebinasaan abadi.”
Penggunan perubatan moden untuk merawat penyakit
atau vaksin bagi mencegah penyakit adalah selari dengan apa yang Allah ajarkan
kepada kita. Ya, kesemua itu bukan penyembuh. Tetapi kita sembuh kerana
diizinkan oleh Allah.
“Setiap
penyakit ada ubatnya. Apabila ubat itu tepat untuk suatu penyakit, penyakit itu
akan sembuh dengan seizin Allah ‘Azza wa Jalla.” Dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu anhu yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim.
Saya yakin dan percaya bahawa Allah tidak akan
mensia-siakan usaha ribuan manusia sejak dari zaman maharaja cina hingga ke
hari ini yang berusaha sedaya upaya membuat kajian dalam menghasilkan vaksin
dan ubat-ubatan. Kerana Allah sudah memberi jaminan bahawa mereka yang berusaha
pasti diberi kejayaan.
Isu berubat dengan benda haram sudah saya jelaskan
dengan panjang lebar dalam dua bab terdahulu.
Dan saya juga hanya ada satu skema jawapan untuk
persoalan tentang sampai bila nak guna benda haram dalam berubat?
“Selagi cara itu terbukti
berkesan selari dengan kajian sains, dibenarkan secara kesepakatan ulamak,
mendasari prinsip Maqasid Al Syariah, tidak berniat untuk mendatangkan
kezaliman dan tidak ada alternatif yang dibuktikan keberkesanannya mengikut
disiplin ilmu yang shahih dan berautoriti.
Dan kerana itu, walau saya tidak sempurna Islam
saya dan masih belum menjadi seorang wali tetapi saya akan tetap berpegang
teguh dalam menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor Muslim. Dan kerana
itu juga, saya adalah penyokong usaha vaksinasi kepada golongan yang memerlukan.