"Our
private plane is waiting doctor. Ready to depart any time"
Untung juga kalau jadi orang kaya. Shift pagi tadi, dapat pesakit
kemalangan jalan raya. Ada calar calar di muka dan sedikit kecederaan pada
mata. Terus rujukan antarabangsa dibuat tanpa menggunakan telefon hospital.
Keluarga pesakit keluarkan telefon mereka dan dail siap-siap doktor di sana.
Pakar bedah plastik dan pakar bedah mata dah
bersedia di Singapore. Saya Cuma bagi rawatan asas dan terus mereka terbang
balik ke Singapore.
Tuan-puan, itu kuasa duit! Orang cakap, duit tak
dapat beli segalanya. Tak Tuan, silap! Duit ada kuasa dan anda boleh buat apa
sahaja dengan duit tersebut (dengan izin Allah)
Anda boleh dapat rawatan standard atau panggil
mana-mana pakar swasta dan dapat rawatan yang lebih dari mencukupi.
Habis tu, orang miskin atau tak berkemampuan macam
mana?
Kami di kementerian kesihatan Malaysia cuba sedaya
upaya nak bantu anda semua. Peruntukan kesihatan kita tak banyak dan banyak
benda kita kena cover termasuklah
untuk latihan kepada staff dan persediaan menghadapi bencana. Selagi kerajaan
kita mampu, selagi itu kita cuba bantu.
Ada yang kata hospital kerajaan tak berguna dan
tak mampu buat apa-apa. Anda betul dan anda silap. Ada masanya, kami ada
kekangan dalam memberi rawatan. Maka kami guna prinsip Maqasid Al Shariah dan
Fiqh Awlawiyyat untuk nilai apa keutamaan yang kami boleh lakukan untuk beri
yang sebaik mungkin. Itu pun tak sempurna.
Tak dinafi ada faktor limitasi menyebabkan ada
juga kes dimana kami terlepas pandang. Sebabnya, bila kita cuba mengejar
sempurna dalam keadaan kita belajar merangkak, semestinya banyak kali kita akan
terjatuh. Manusia seperti kami pasti akan buat silap.
Lima tahun saya berada di Sabah, saya rasa yang
saya lebih banyak menangis. Sebab saya rasa malu dengan diri sendiri. Saya tak
kaya. Tapi syukur ada insurans, ada rumah, ada income yang stabil. Bila cuti,
saya masih mampu melancong, menyelam skuba, berparti dengan kawan kawan. Tapi
kegembiraan itu hanya defense mechanism
untuk sembunyikan apa yang saya rasa.
Ramai antara kita bercakap pasal hak. Ini hak saya
dan itu hak saya. Tapi ramai yang lupa akan tanggungjawab mereka juga.
Tanggungjawab pada diri, masyarakat dan agama. Lantas kita jadi sangat selfish
dan tak bertimbang rasa.
Lima tahun kerja, saya tak pernah rasa pandai atau
rasa cukup ilmu di dada untuk jadi hebat. Saya hanya mampu belajar dan tambah
ilmu di dada dari sehari ke sehari. Bila merawat, saya cuba bagi yang terbaik
dan termampu.
Bila ada waktu lapang, kami pergi kawasan
pedalaman. Bagi rawatan yang termampu. Atau buat pembedahan kecil berdasarkan
kapasiti dan limitasi kami. Tapi, orang kita lebih cakna isu syria dan
palestin. Sebab benda tu buat kita jadi famous.
Disekeliling kita, ramai yang tak cukup makan.
Takda duit untuk dapatkan rawatan. Ada yang mati menjadi "bangkai".
Tiada siapa peduli pun.
Cuma, mereka yang bersyukur pasti Allah tambahkan
nikmat mereka. Hospital kecil tempat saya bertugas pun sama. Saya bekerja di
bawah 3 orang ketua jabatan dan pakar. Saya pun sempat pangku jawatan tersebut
beberapa bulan. Banyak penambah baikan yang ada.
Pertama kali saya jejak kaki disini, saya pun
menyumpah seranah. Dulu saya di HUSM penuh dengan peralatan canggih, rawatan
kelas antarabangsa dan ubat ubatan mahal. Disini, nak tengok filem MRI pun
susah. Saya tanya diri saya, macam mana aku nak kerja di tempat macam ni?
Sehari demi sehari satu demi satu penambahbaikan
berlaku. Orang awam mungkin tak faham betapa excited nya kami dapat biphasic defibrillator menggantikan monophasic zaman jepun. Dapat ventilator
vella berbanding Parapac atau oxylog lama kami. Ujian darah yang sangat terhad
itu dapat kami lakukan sekurang kurangnya bantu kami rawat pesakit daripada
tembak dalam gelap.
Di negara maju dah bercakap pasal ECMO CPR (saya
guna duit sendiri beribu ringgit nak belajar pasal ni) bercakap pasal PCI for cardiac arrest patient on mechanical
CPR, bercakap pasal myoglobin/BNP sebagai future cardiac biomarker. Kami disini masih lagi tahap boleh ke nak
cuba jaya streptokinase on cardiac
arrest/ left mainstem occlusion, tergagau cari bajet untuk Trop I dan CKMB.
Ni belum masuk bab vaksin lagi. Yang kufur nikmat
cakap vaksin tak perlu sebab dah tak darurat. Demand nak home delivery sebab
UK dah buat. Sibuk nak fight doktor
perempuan sahaja sambut isteri beranak sebab doktor lelaki nafsu tinggi.
Tak payah orang awam bising pun kami tahu benda ni
dan perlahan-lahan tingkatkan perkhidmatan. Mana mampu layan, kami layan. Tapi
tak payah la kau nak guna perkataan hak atau main sentimen agama kalau kau tak
reti pun maksud amanah dan tanggungjawab.
Kawan saya pernah pesan. Jack, ko tak payah jawab
panjang panjang orang macam ni. Kau cakap; "kotey hang!",
"pukimak la ko!"
Saya boleh je jawab macam tu. Peduli apa. Bukannya
saya tak pernah jadi jahat. Tapi selagi boleh berlembut, kita cuba didik
perlahan lahan.
Ada juga beberapa orang yang pernah rasa saya
jerit F-word, cekik leher baju. Beberapa
pakar pun saya pernah maki dalam telefon. Peduli apa. Kalau mau langgar, aku
langgar je! Darah muda mendidih dan amarah meruap-ruap. Fikir saya ketika itu,
biar kita jadi kurang ajar demi untuk mendapatkan yang terbaik untuk pesakit.
Tapi, keganasan tak kan selesaikan apa-apa pun.
Itu cara zaman kuno dan kita semua harus belajar jadi beradab.
Suatu hari nanti,
InshaALLAH
all is well. Thing will get better. Our future will be bright.
Quarters Hospital Lahad Datu.
15
Julai 2016.